Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Alahai Kareena Kapor Dan Saif Ali Khan..

Hai..hai..baru jer semalam aku post pasal top 10 hits topik dalam blog aku ni ari ni tetiba aku gatal la plak nak buat entry pasal artis retis ni ha.. bukan apa..tengah dok walk blogging blog orang lain aku terbaca satu isu yang memang ramai jugak orang sebelum ni yang mempertikaikan kontroversi  yang melibatkan Islam.




Kenal Kareena Kapor dan Saif Ali Khan? Of course sapa yang suka sangat banget tonton cerita hindustan..bolly the melly wood kenal dengan mamat dan minah ni kan..Actually aku bukanlah nak cerita betapa hensem dan machonya si Saif ALi Khan mahupun lawa ke si Kareena Kapor tuh..cuma statement diorang yang aku terbaca yang membuatkan aku tergerak hati nak tulis pasal ni. Mungkin post aku ni dah agak outdated la sebab pasangan ni dah kawin tahun 2012 lagi tapi since aku ni bab2 dunia artis Bollywood tak amik pot sgt tu yang baru sekarang terhegeh2 nak buat. Heh.

Kalau peminat kedua2 aktor dan aktress ni mesti tau yang diorang ni dah kawin. Dalam gebang2 nak kawin tu mulalah isu ni plak timbul, yelah  kalau dah nama Saif Ali Khan of course la secara common sense nya orang tau dia Islam, dan kalau Kareena Kapor plak sah sahlah Hindu. So, yang kontroversinya kat sini adalah isu agama. Sebab Kareena tidak akan convert Islam demi untuk mengahwini kekasihnya si Saif Ali Khan ni.  Petikan dari sebuah blog:

    "Kareena  dikhabarkan tidak akan masuk Islam dan juga tidak akan mengubah namanya untuk menikahi kekasihnya, Saif Ali Khan.

      Saif sendiri mengatakan pada email:

     " Aku tidak ingin dia (Karena) untuk mengubah agamanya. Itulah masalah dengan agama yang benar2 sangat sensitif. Mereka mengharapkan konversi. Saya tidak membeli atau percaya itu. Saya fikir itu baik bahawa pemerintah juga memiliki aturan kecuali saya salah informasi tentang hukum yang diubah untuk memasukkannya dalam UU perkahwinan khusus jika dan ketika kita menikah tidak ada yang harus mengubah agamanya sendiri".

Petikan dari blog ini ; AKAK DI SEBALIK PINTU

Alahai mamat sorang ni..mazhab mana yang dirujuknya aku pun tak tau.Jawapan yang diberikan pun nampak sangat si Saif Ali Khan ni macam orang tak beriman. Tapi inilah realiti nya sekarang. Aku tak berapa pandai nak cakap pasal agama ni tapi sedikit sebanyak tau la sikit sikit. Apa pun, benda ni normal jer kat India mahupun Indonesia.. Bila kahwin dengan orang Islam tak perlu nak convert masuk Islam. Cuba buat macam ni kat Malaysia..conform tak selamat dunia akhirat la jawabnya pasangan tu.

Bila terbaca artikel ni..aku teringat cakap seorang colleague aku yang India. Dia suka dengan lelaki Melayu tapi taknak convert Islam.

"I suka dengan lelaki Melayu tapi I tak nak convert. Sebab bila dah masuk Islam banyak sangat nak kena berkorban."

Aku hanya senyum kambing jer sambil pandang minah tu dan buat buat tak layan. Dalam hati aku cakap nak berkorban apanya? bukannya suruh berkorban nyawa mahupun harta. Bukannya suruh dia pergi berperang ke..apa ke. Just sekadar menukar agama dan pegangan itu jer. Islam tak suruh pun bila convert kena berkorban macam macam. Suruh putus hubungan dengan family apa sumer. Memeluk Islam tak bermaksud kena jadi Melayu. Aduyai..masalah bila orang tak paham konsep dan yang lebih penting..hidayah tak sampai. Aku hanya mampu berdoa agar moga moga Allah SWT gerakkan la hati colleague aku ni dalam mengenal Islam.

Pape pun untuk pasangan Saif Ali Khan dan Kareena aka Bebo...semoga "selamat" lah hendaknya. Nak tau sapa lagi keturunan Khan yang fail?

SHAH RUKH KHAN DAN SALMAN KHAN..

Dua2 out. Chow.




P/S: Gambar sumber Google. Aku tak amik kredit untuk petikan di atas. Kredit all goes to the mentioned blog above. Petikan hanya sebagai sumber rujukan semata2.

p/s: Pendapat hanya luahan peribadi semata2.


Monday 30 December 2013

Blog review: Top 10 most hit topic for the year of 2013

Moshi..moshi..apa khabar? sihat? Alhamdulilah..wah..dah dekat nak masuk tahun baru dah gamaknya kita ni kan? lagi 2 hari dah tahun 2014. So..apa azam tahun baru korang? Takde azam lagi? takpelah..aku pun sama gak..every new year aku tak pernah berazam. Everything just go through naturally. Aku pun tak tau nak berazam macam mana ha..apa pun yang aku buat..aku akan buat spontan. Kalau aku rasa nak buat, aku akan buat sampai habis..Heh.

Dah nak masuk tahun 2014 ni...aku pun rasa elok2 jugaklah kalau aku review balik sepanjang aku tulis blog ni apa topik yang paling hot dalam blog ikan bilis aku ni ha..Here we go..

1- Review : Cosmoderm Gentle Series - 462 Hits. 

Comment blogger: Mak aii..masa aku buat entry ni tak pernah aku terpikir hits aku akan setinggi ni wei. Serius tak pernah sangka pun. Tapi, melalui hits ni jugak aku tau la ramai yang terbukak hati nak pakai Cosmoderm ni kan? Good. Support Malaysia produk. :)

2- Bausch K Branded Stainless Steel - 368 Hits

Comment Blogger: Ini jugak antara topik hit dalam blog aku. Rasanya mesti ramai orang nak kawin kan tahun ni. Tu yang asyik dok google "cincin untuk lelaki" kot. Keluar la topik aku ni ha..Hihihihi.

3- D Massela Collection Boutique vs Seri Mempelai Collection - 205 Hits.

Comment Blogger: Niat aku membandingkan dua buah butik perkahwinan ni bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Tapi cuma nak meluahkan pendapat berdasarkan pengalaman dan jugak personal preferences dari sudut sebagai seorang customer. Full stop.

4-Wang Hantaran Mahal?? Susah nak kahwin?? - 205 Hits.

Comment Blogger: Hits sama macam topik di tangga ketiga. Tapi yang ni aku letakkan kat tangga keempat sebab ianya bersifat general. Topik ni jugak aku buat berdasarkan pengalaman sendiri dan pendapat sendiri semata-mata.

5-Review Gadget: Nokia Lumia 520 - 76 Hits.

Comment Blogger: Entry ni pun atas pengalaman sendiri jugak. Dah kebetulan time tu aku memang tengah jakun pakai Nokia Lumia ni pun ha. Excited bebenor.

6-Review Produk: Ronasutra Mineral Oil based Make Up - 69 Hits.

Comment Blogger: Dari first day aku post entry ni, everyday hits dia makin naik. So..aku tau mostly pembaca blog walking maybe suka bab2 review produk kecantikan, make up based ni ha..Dan of course la sebab Ronasutra kan tengah hot sekarang ni. Sapa tengok Love You Mr Arrogant? Cuba tgk make up artist dia pakai brand apa? Ronasutra kau! Kelas gitu..

7-Wedding Review: Hantaran Lelaki dan Perempuan - 54 Hits.

Comment Blogger: Time ni mood tgh kemaruk nak kawin. Tu yang bersemangat jer nak tulis entry pasal ni tapi gambar takde. Terpaksalah merepek dalam post ni.Bila nak upload gambar tak tau? hihihihi.

8- Congrats Lee Byung Hun & Lee Min Jung!! - 30 Hits.

Comment Blogger: Aku memang kipas susah mati Lee Byung Hun. Dan aku tau dia kahwin dengan Lee Min Jung aku rasa tersangatlah sesuai gitu. Si hensem dgn si comel! Kelas! Seriously, I rather him marrying Lee Min Jung than Song Hye Gyo. Sebab Song Hye Gyo memang lawa tapi high end sgt. Maybe that's why break up.

9-Novelis Thriller No 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid - 47 Hits.

Comment Blogger: Mamat ni memang dah ramai peminat. Termasuklah aku. Entry ni sekadar nak berkongsi dengan pembaca penulis novel favourate aku.

10- Tinggal 4 bulan - 28 Hits.

Comment Blogger: Mesti korang ingat apa maksudnya dengan tinggal 4 bulan kan? Jangan risau, sebab aku bukannya nak meninggalkan negara mahupun meninggal dunia (Nauzubillah)..aku cuma akan beralih ke bab baru dalam kehidupan aku which is I am getting married. Topik jer yang suspense. Heh.


Overall, melalui pengamatan aku, kebanyakan pembaca yang singgah kat blog aku ni lebih suka kepada review produk-produk mahupun gadget. Dan kebanyakan entry yang aku post yang lebih menjurus kepada serius atau critical thinking kurang hits. Mungkin sebab search engine tak dapat cari ataupun pembaca yang blog walking tak berminat nak baca entry aku yang kengkadang panjang berjela mengalahkan buat esei untuk SPM. Entry yang berbaur politik..haram..tak sampai 10 hits pun!

So, based from this small input of survey, trend..so next year mungkin aku akan lebihkan review untuk produk-produk sebegini dan mungkin walaupun mustahil, aku akan kurangkan merepek dalam blog aku ni ha.. Hahhaha. Kalau ada pun korang layan je la k..


Whatever it is, to all readers who had been visiting my blog wherever you are..thank you for reading. I know there's not much infor in my so called lame blog but still by doing an entry in this blog has been quite a journey to me. Lot's of fun  that I have been through and still..I love my blog & I love blogging..!!

Rather than Happy New Year..I prefer to say "Selamat Tahun Baru" sebab kita tak tau samaada tahun depan bakal menjadi tahun yang selamat buat kita.. (Ungkapan dipetik dari Metro 27hb Disember 2013, by Kunta Kunte).

Chow  Peeps!



Thursday 26 December 2013

Honeymoon review: Langkapuri Inn Langkawi

Helo..hai..hai..hai..dah kahwin? best kahwin? seronok kahwin? Kalau best Alhamdulilah. Itu yg diharapkan dari sebuah perkahwinan. Anyway, dah macam trend skrg ni kalau lepas kahwin jer mesti nak terus pergi honeymoon kan? Tak kisahlah mana pun destinasi, janji kalau pergi dgn suami atau isteri tersayang itu memang terbaik.



Well, as for me, lepas jer habis majlis bertandang belah suami tempoh hari, sehari lepas tu, kami bertolak untuk honeymoon di Langkawi. Kami naik flight jer awal pagi via Air Asia. Kalau naik flight, cepat jer sampai Langkawi ni ha. Dalam satu jam macam tu. Flight aku tempoh hari pukul 7 pagi, so seawal 3 pagi mmg aku dan suami dah bgn. Actualy, suami aku tak tido pun that;s why managed bgn awl. Hahaha.





Ok, pakej honeymoon yg kami ambil adalah 4 hari 3 malam dan hotel yang kitaorg booked adalah Langkapuri Inn hotel. Hotel ni even 2 bintang sekalipun popular beb. Sebab apa? Hotel budget yang murah dan sangat2 convinient.  Yang paling best, belakang hotel ni, laut. Sea view. Selain dari tu, byk kedai2 makan, kedai kedai comel untuk membeli belah, dekat dengan shopping mall which is Cenang Mall, dan jarak berjalan kaki sahaja nak ke Underwater World Langkawi. Seberang jalan jer. Memang pekan hidup la.

View bilik kami adalah garden view dan kat belakang tu pantai la..standard room. Kalau standard room, bilik dilengkapi dengan queen size bed, mini bar & tv. Yang ni kira standard atau basic punya facilities la. Bilik air pun sempoi jer tapi bersih dan selesa. Not bad la for 2 star type of hotel.





Sepanjang penginapan kat sini, aku selesa dan enjoy duduk kat hotel ni sbb most staffs kat Langkapuri Inn ni ramah. Customer service memang bagus. View dekat Langkapuri Inn ni jgk sgt cantik sbb diorg mmg jaga pantai Cenang ni. Airnya hijau jernih , pasir takde sampah . Cuma bila mandi kat pantai tu jaga2 sikitla sebab ada Obor-obor. Yang lain ..terbaek. Dari segi makanan pulak, oklah buat sebuah hotel 2 bintang. Not bad. Nak kata sedap sangat tu tak la tapi better than nothing. Variety is there but not that many. Anyway, hotel 2 bintang maa..low ur expection. Heh. Sepanjang aku menginap kat sini aku tak makan kat hotel sgt pun. Breakfast jer. Lunch, dinner jalan2 cari makan kat pekan Kuah tak pun restoran dekat dekat situ jer.

Overall honeymoon aku kat sini tak mengecewakan. Sangat berpuas hati dan enjoy sangat duduk kat hotel ni. Insya Allah kalau aku datang Langkawi lagi aku akan menginap kat sini lagi..

Till then..chow.

P/S: Sumber gambar. Google.

Tuesday 24 December 2013

Saja2: Kenapa suka blogging

Hai..hai..hai..buat apa tu? tgh lunch? atau tak lunch disbbkan hari ni ofis tutup awal? nak tunggu masa balik?Apa pun yg korang buat I wish you well and happy always..chewah..hehehehe



Entry aku kali ni pasal "Kenapa suka blogging?" atau..kenapa korang suka tulis blog? Macam mana boleh terjebak dlm dunia blogging? Well, masing2 mesti punya jawapan yg tersendiri kan? Ada yg kata saja suka2..saja2 nk asah bakat penulisan..suka meluahkan perasaan dan berkongsi benda, pendapat, review dgn org lain..dan tak kurang jugak yg nk populariti, glamor..konon2 muka perasan comey mekap tebal pastu ada org komen"ei cantik la awak ni" mula la perasan tak tentu hala..xpun .."u ni mmg hensem la...i suka baca blog u ..tasty" Heh. Tasty? apa dia leh jilat ke blog org yg dipujinya tu? tak pun berangan nk kumpul duit nuffnang, adsense byk2.. Heh...Apa pun jawapan korang, aku ok jer..sbb aku pun terjebak dlm dunia blogging ni byk sbb..hahahaha. 

Berbalik kepada entry di atas, blogging mmg best. Aku suka blogging sbb everytime aku rasa macam ada idea atau saja nk kongsi pengalaman ke apa ke..aku akan channelkan melalui blog. Yela, aku ni kan pemalu orgnya. Dlm blog jer yg aku leh berkata2 tanpa batasan tp dilimitkan. Entry blog aku ni plak..mcm rojak..sometimes aku akan cerita benda yg aku pakai dan mmg ada hasil yg best..sometimes, personal feelings, personal view, preparation itu ini..review filem . Tapi itu semua bergantung kpd mood aku. Mixed feelings. Inspirasi aku utk bhn blogging mostly berkisar dari pengalaman dan everyday's life aku. Misalnya, aku tgk satu cerita best, then aku akan update kat blog aku. 

Honestly, kenapa suka cilok gambar Google? My answer senang jer. Maleh nk upload gambar. hahahaha. Mostly kalau blogger perempuan mmg suka letak gambar, gambar yg cantik2, gambar2 sendiri yg comey, kiut miut, posing maut habis, tapi itu terpulang pada citarasa masing2. But i am not into a picture. Teringin jugak nk letak gambar sendiri yg tak berapa nk lawa ni dlm blog sendiri tp buat masa sekarang aku  tak terbukak hati lagi nk letak gambar sendiri. Atas sbb2 tersendiri. Maleh la.. Aku lebih kepada isi blog dari gambar.I like remain mystery. Heh.

Aku suka blogging atas dasar utk suka2 dan isi masa lapang. And again, I am amazed dgn blog aku yg kecik dan buruk ni sbb  byk gak hits yg aku dpt. At least I know I have readers out there. Terima kasih sgt kerana sudi singgah dan baca apa yg aku repekkan dlm blog ni. Peace y'all. Pape pun, eventhough aku buat blog atas dasar suka suki..I love my blog, and I am enjoying it. Hit tak byk, takde ads nuffnang sgt pun aku ok jer. Sbb aku blog bukan atas dasar duit. Bukan sbb nk tepek makeup tebal pastu tayang kat blog masing2 supaya sumer org kenal dan boleh jadi the next Hanis Zalikha ataupun blogger tercantik Malaysia Tapi sbb minat. Ikut free style aku jer. So, far, dah lebih 30 post/entry aku buat untuk  blog ni dalam tempoh beberapa bulan which is for me, more than good enough.

And, mungkin jugak aku terasa mcm nk blogging sbb aku ni kaki blog walking. Suka baca blog org dan dari situlah timbul minat dan keinginan utk buat blog sendiri. Yela, asyik dok baca blog org lain jer..why not aku open aku nyer blog sendiri. So, this is what I am doing right now. 

Pape pun alasan korang utk berblogging, be urself..be original.


P/S: Gambar sumber mcm tak biasa..dari Google la.






Monday 23 December 2013

Tips supaya pakej perkahwinan anda tidak sucks!!

Hai..hai..what's up? busy keje? tito? tgh termenung pening memikirkan atau mencari pakej perkahwinan yg sesuai buat kalian? Mentang2 skrg ni hujung tahun musim org kahwin, nak tulis pasal bab2 kawin jer aku ni..hehehe..



Ok lah, aku maybe tak berpengalaman sgt dlm bab2 kawin ni, tapi experience menguruskan sendiri majlis kawin aku membuatkan aku sedar kengkadang ada benda yg patut diberi perhatian, especially dlm bab2 mencari pakej perkahwinan yg sesuai dan citarasa dan budget yg dilaburkan utk mereka. Seperti yg berlaku dlm majlis kahwin aku awal bulan ni. Mmmg dugaan yg tidak dijangka sungguh! Dan aku sgt..sgt..sgt..tidak berpuas hati dgn servis yg diberikan sbb pakej diorg boleh dikatakan agak mahal tapi servis macam lahanat!!. Sorry for the bad use of wordings but no words can describe as of what I had experience recently during my wedding.

And, since this is my blog, this is my personal view, niat aku tulis dlm entry ni bukan bermaksud utk memburukkan mana2 pihak, cuma aku harap apa yg berlaku pada majlis aku tidak akan berlaku pada org lain. Errr..mungkin ada kot. Anyway, aku mmg cukup tidak puas hati dan marah sgt dgn pakej perkahwinan yg aku assume akan memberikan khidmat yg baik, but unfortunately, dissapointing sgt!!

Pakej yg aku nk ckp ni adalah pakej kahwin belah aku sendiri, Abby Astana Pengantin, yg dulunya OK skrg KO!. Family aku pernah pakai khidmat diorg ni masa abg aku kawin dulu, masa tu diorg mmg ok, makanan sedap, presentation ok, boleh kata sumernya puas ati la. Tapi, apakan daya, mungkin bukan rezeki aku kot dgn diorg ni, majlis aku berjalan dgn lancar tapi cacat celanya sgtla byk.

Bukan nk kata apa la, tapi, kalau org kalau byr mahal. harap servisnya pun level dia mestila berbaloi dgn apa yg dibyr ye tak? Ini..bayar dah dekat RM11000, tapi, buat macam cikai jer wat per? Menyusahkan aku dan keluarga aku lagi adalah! Di bawah ni aku senaraikan apa yg membuatkan aku cukup geram dgn diorg ni:

1- Majis hari Ahad tapi khemah baru nk start pasang dah dekat nk maghrib! Janji dgn ayah aku nk pasang lepas Asar, tunggu punya tunggu haram sekor pun tak muncul lagi nk pasang khemah kat umah aku! Sampai ayah aku plak nk kena pegi kedai diorg ni jumpa dgn boss diorg baru nk buat? Mcm haram! Aku marah sbb ramai org tanya majlis ni jadi ke tidak sbb takde khemah pun kat rumah kitaorg! Siap org ckp salah rumah kot! Lepas tu pasang khemah macam org nk bergaduh plak! Korang yg dtg lmbt so apa2 hal tanggung sendiri la!

2- Makanan dah out - Tak sedap. Yg ni aku maleh amik pot, sbb makanan pengantin pun dah out. Sejuk, rasa macam makanan semalam yg dipanas balik. Aku suap dua tiga sudu, pastu dah. Fail! Out!

3-Staff butik yg cukup menyampah dan takde inisiatif sendiri utk update customer!Selagi aku tak call, msg, jgn harap diorg nk call aku ke..apa ke.. sampai make up pun aku kena arrange sendiri? aku dah cukup busy takkanlah itu pun aku kena arrange jugak!

4- Masa time nk bersanding yg paling aku rasa diorg ni mmg cukup biadap dlm majlis aku, bila aku dpt call dari suami aku ckp baju pengantin dia problem teruk. Seluar pjg sblh 2 inci! Pastu kotor dan besar! Tak sama langsung macam sblm kitaorg dtg fitting hari tu! Apa guna aku dgn suami aku dulu dtg dari jauh semata2 nk pegi fitting tp bila time majlis kahwin tu sendiri, pakaian serupa mcm org tak pegi fitting jer! Time fitting janji nk adjust measurement utk suami aku , siap amik measurement dia skali last2  baju kawin tak kena langsung! Dahlah kotor,bagi baju besar pastu bagi mcm nk taknak jer! Aku mmg high blood pressure time tuh tp nasib baik bff aku dgn mak andam tolong coolkan! Kesian kat suami aku tu ha, terpaksa dia staplekan seluar tu supaya jgn nmpk obvious sgt! parents dia, sedara mara dia sumer tanya. Aku bukan org yg jenis peduli apa org nk kata tp utk wedding aku sendiri mmg sakit hati sgt!I still got a reputation to take care! Dahlah tu, call balik pekerja butik tuh dia suruh dtg butik balik amik baju lain! Helo, pikirla skit! mana la sempat laki aku nk pegi butik nak tukar baju lain apa sumer?:? serius sgt sambil lewa dan lgsg tak mintak maaf kat kitaorg pun! Again! sgt biadap! Dan sungguh tak professional!

5-Time nak sanding, kerusi pelamin, kotor! aku pandang suami aku dia pun pandang aku, kitaorg terpaksa control perasaan nak "amuk" time tuh. Sabar..cool! Tak berselera lgsg aku nk duduk kat kerusi dia tuh. Kotor! sbb tu makan pun tak lalu.Nampak sgt diorg tak jaga peralatan majlis.

6- Last but not least, masa nk hntr alek pakaian butik tak senonoh ni, aku tak dpt nkjumpa dgn org yg bertanggungjwb uruskan majlis kawin aku hari tu. Ikutkan ati nk jer aku bhskan diorg time tu tp nk wat camner..sumer hilang masa aku dtg! aku hntr msg kat owner dia dan bgtau segala ketidak puasan hati aku and guess what? smpi skrg tak bls lgsg msg aku! ckp mintak maaf pun tidak! What an asshole!At least say something to us if you value ur customer dude!! I aint pay you for nothing! In fact I bet diorg pun tak peduli kalau kitaorg nk wat majlis tp xde duit! Right?

So, itu antara unexpected things yg berlaku dlm majlis aku tempoh hari. Seriously, it sucks! Aku nk ckp ini jela..org Melayu kalau nk berniaga..buat cara nk berniaga.Jgn disbbkan butik dah ramai org kenal, ada nama, pastu tamak duit sumer majlis ko nk buat dan lepas tu aniaya majlis org lain. Berkat ke duit yg korg dpt tu? Fikir la sket. Jgn tau nk untung jer! Jgn nk tarik muka, layan customer mcm nk tak nak..PR pun teruk..apa? diorg ingat aku byr pakai daun ke nk guna khidmat diorg tuh? Abah aku siap byr full payment sblm majlis lagi ok!! Apa guna husband aku bagi duit hantaran semata2 hangus kat diorg jer! Waste of money!

Moral of the story..sila2 lah pantau pakej perkahwinan yg korg nk amik andai korg berhajat nk kawin. Sbb, bila kita nk kawin ni..kalau x grand mcm Rozita Che wan & Zain Saidin  punya wedding pun takpe..janji majlis itu sempoi, meriah, sweet dan pakej perkahwinan yg diambil tu boleh memuaskan hati kita..berbaloi dgn apa yg dibyr...jgn indah khabar dari yg telah dijanjikan. Please do some research before you assigned one of the wedding package to be in charge for your wedding. Macam aku, aku amik butik ni sbb sblm ni mmg diorg pernah buat utk kitaorg dan hasilnya ok that's why I was expecting the same result for my wedding! And unfortunately its not!

Even majlis belah aku byk dugaan, syukur segalanya lancar walaupun time tu aku dan husband mmg tgh kontrol dan cuba tersenyum sbyk mungkin masa time majlis! Dlm hati tu, Allah je yg tau..nasib baik time majlis masa bertandang dh cover balik apa yg kurang masa majlis belah aku. Alhamdulilah.




P/S: Gambar as ussual, pinjam dari Google.






Wednesday 18 December 2013

Journey starts: Life after marriage~

Pergh..mmg betul2 berhabuk la blog aku ni gamaknya..Hai..hai..how are u? I am fine thank you. Hehehe. Selepas almost 1 bulan lebih jugaklah aku tak mengupdate blog dek kesibukan wedding aku yg baru je selesai, Alhamdulilah. Even byk sgt dugaan dan perkara2 yg sgt menguji kesabaran sepanjang majlis pernikahan, bersanding dan bertandang..syukur, selamat jugak akhirnya. Syukur sgt. Alhamdulilah.

And, dah dekat 2 minggu jugaklah aku bergelar isteri org. Isteri kepada seorg suami yg sgt penyabar, kelakar, sempoi dan yg paling penting, we love each other. Best kawin? Best sgt. Hihihihi.

Actually, life lepas kahwin ni takde la byk beza sgt, lebih kurang je sblm kawin. Cuma, ada beberapa perkara yg agak major dlm hidup aku dah berubah. Contoh, tempat tinggal. Dah kawin, aku tinggal dgn parents suami aku. Tinggal di rumah mertua. Tapi, aku ok jer. Alhamdulilah jugak dpt mertua yg sporting dan memahami. Aku masih lagi dlm mode utk menyesuaikan diri dgn kehidupan dan lifestyle belah mertua aku yg pada aku sgt..sempoi! smpai aku sendiri naik segan, tapi dah boleh lah adapt sket2.

Dulu pegi balik keje naik LRT jalan kaki, skrg suami yg hantar ke LRT station. Balik pun dia jgk yg jemput. Kenapa tak naik kereta? AHhahahhaha. Aku tak reti bwk kete. Lesen ada tapi dh lama dah mati. Nak idupkan kena pegi kursus alek alahai malehnya. Tapi, one day..someday..one fine day..aku akan amik lesen balik. Bila..tak tau. Hahahhaa.

Dulu masa belum kawin, makan malam balik keje bedal je la apa yg ada. selalu malam aku x makan sgt pun, makan roti tak pun sekali sekala bedal meggi. Tapi, ni bila balik keje mak mertua aku masak, tau lepas mandi solat apa sumer tuh..melantak kat bawah. Bwahahahahha. Teruk sungguh menantu sorg ni.  Kengkadang aku rasa segan pun ada. Yela , sumer dah ready. Beza sungguh kalau aku kat umah sendiri. AKu la yg mengemas, masak, basuh baju..bla,..bla,... Kena culture shock plak. Nak tolong mak mertua aku cakap takde apa sgt nk tolong. Even dia ckp macam tu pun, aku tolong jer apa2 yg patut dibuat tu ha..



Papepun, life after marriage makes me happy, sbb boleh berkepit dgn husband aku 24 jam, nak pegi mana2 pun senang. balik lmbt pun senang. Dia pun tak payah dah nk antar aku alek Gombak yg nun jauh di sana tu hah. Best. :) Hari2 dating dgn husband sementara masih takde anak lagi ni hah. Everyday is a honeymoon..chewah.

Err..nk tulis apa lagi ek? for now, cukuplah smpi sini. Nanti kalau berkesempatan aku akan upload gambar2 time kawin plak.

Chow.







Friday 22 November 2013

Till the next 9 days..Last prep before Journey to Lalala Land

Hai..hai..hai.. tgh buat apa tu? tito? masih lagi tgh menyuap nasi? kek? ais krim? ayam goreng McD ke mulut? Heh. No matter what you do I wish you well & happy..



Anyway..entry aku yg ni aku buat on the spot. No research, goggling through pak cik Google (except photo) atau apa yg seangkatan dgnnya. It's just my personal view. Ok, kalau korang nmpk sticker utk wedding aku kat atas blog aku yg buruk tp still ada org view ni, aku cuma tinggal less than 9 days sblm aku bakal menjadi isteri org! Surprising I am enjoying myself till now..hahahaha..sbg org bujang and of couse..as a virgin..*ehem*.

Bak kata tunang aku..

"Nikmatilah hari2 terakhir awk sbg anak dara ok..because after this, you're mine! sweet heart!".

See? Dia punya ayat tu kan..ada rasa ala2 psiko tak? seram sejuk aku jap bila dgr tunang aku ckp mcm tu.
-_-  *rolls eye*. Then aku balas balik.

"Nanti lepas kahwin ayang buli saya tak?" * sambil buat muke comey*.

Tunang aku dgn senyum penuh makna..

"Eh..Taaaaaaak!!!!!" sambil gelak2 nakal.


Ok..dia mmg suka game aku. Menyakat aku mmg no 1. Fine. But I still LOVE him. :)


Biar apa pun, aku tau aku just nk relaks kan diri aku sebanyak mungkin. Nak kata last minute preparation tu..takde lah sgt..setakat nk beli telur rebus buat bunga telur, kemas bilik pengantin..susun doorgift..bla..bla..bla..tu jer. Tp, yg tu pun..bukan aku yg buat. Apa lagi, kerahan tenaga kerja. Hahaha.

So, bila aku dah start hantar kad kahwin kat kengkawan , call  apa sumer diorg tanya..

"Dah nak kawin dah ko ni ha..so dah pergi spa? mandi susu? berurut?"

Aku sambil buat kening double jerk dan dgn muka selamba pun balas;

"Hah? spa? mandi susu? Perlu ke?".

Kawan aku ni plak balas;

"Laa..wei, takkan ko tak wat sumer tuh? wajibla bakal pengantin dok naik seri sket dgn pegi sental badan ni sumer hah. Kengkawan kita sumer sblm kawin pegi spa noks!!"

Aku terdiam jap. Tapi aku jwb alek.

"Boleh pegi..Ko sponsor aku pegi" sambil buat muka selamba.

Kawan aku plak...apa lagi..diam terus. Mesti dia dh dpt detect yg aku kurang senang dgn soalan dia tu.


Well, actually aku tak terasa apa2 pun bila dia ckp macam tu. Normal la tu kita nk nmpk paling cantekk..paling meletop..paling the va va voom time majlis kita. Aku pun sama. Tapi, ikut diri sendiri la..majlis kita, kita yg nk kawin, so ikut kata hati sendiri dan biar akal yg waras mengadili. Tpi, kebanyakan org kita suka mengikut kebiasaan yg org lain buat so everytime org lain tanya,kita ada "standard" jawapan yg boleh dijawab. Heh.

Senang citer, aku bukan tak nak pegi spa, buat berurut apa sumer tu, tapi  aku cuma nk jadi diri aku yg sbnrnya. Kata dah terima seadanya, so terima je la diri yg biasa2 dan tak lawa ni seadanya. Lagipun aku tak de peruntukan untuk semua tu.Kalau aku byk duit mcm couple Zain Saidin dgn Rozita Cik Wan yg smpi beratus ribu kuar duit utk kahwin tu lain la..Heh. So, I just leave it that way. Mungkin skrg aku tak berkesempatan nk pegi spa..but maybe during first wedding anniversary aku boleh buat semua tu..and the best part is..aku boleh ajak suami aku join skali. Yes. I love him.

Tapi, kan, cuba ko pikir for the groom plak. Bila nk kawin sempoi jer. Jadi diri sendiri dan takde nk grooming sgt la. Biar kemas, badan tak berbau, dan nmpk presentable dah ok. Tgk, betapa senangnya lelaki. Aku pernah pegi satu kenduri kahwin adik sedara aku. Groom dia..sgt2 sempoi! Biarpun bertubuh berisi dan tanpa sebarang bedak kat muka dia yg sememangnya kulit org Melayu kita, dia nmpak rileks dan bersahaja. Cuma yg nmpk pengantin perempuan yg beria2 makeup tebal, mengalahkan makeup Rozita Cik Wan! Tapi itu tak buatkan Groom tu rendah diri..sbb dia tau mmg dia bukannya hensem mcm Adi Putra jauh sekali Aaron Aziz, cuma dia terima diri dia seadanya. Memang aku respek giler kat groom tu!

Aku tak kata yg the bride tu tak perlu buat apa2 pun. Pompuan tetap kena jaga air muka pompuan gak. Kena ada persediaan jugak. Tapi, at the same time tak yah nk berhabis duit sgt la. Aku still maintain dgn diri aku, jaga kesihatan, penjagaan muka yg basic dan disiplin dan Alhamdulilah berkesan. Makanan pun aku jaga. Aku tak diet sgt, aku still makan mcm biasa tapi malam aku just alas perut. Cukup sekadar 3 keping roti disapu peanut butter dan Cocoa Collagen. Kalau nk bersenam..hari2 aku bersenam..jalan kaki..naik tangga ke tmpt keje..kalau ada masa lapang aku akan jogging..tu jer rutin aku. yg lain..tarak!

Aku tak tau la,...ni hanya personal view, kalau terasa atau tersinggung tahap kontroversi, hard to say, I'm sorry! most bride to be pasang badan, which is on your solemnization and your wedding day. So, this time, your groom would be so amazed and happy to be married with you because you truly are "beautiful". What happens after the wedding? not so taking care of yourself already, due to busy with work and above all, your kids! Aku tak ckp mcm aku ni baik sgt dan boleh take care suami aku perfectly but what I'm saying is, marriage is more than just grooming and make up! Yg penting, jadilah diri sendiri dan terima kelemahan, keburukan diri sendiri seadanya. Dah kata nk hidup sama2 ..so, terima jelah!. Kentut busuk ke..suka sendawa ke..korek hidung ke..laki sapa? Bini sapa? Korang jugak. Kadang kala tak dinafikan yg lepas kahwin tekanan sgt byk..kerja yg tak pernah habis, nk kena layan suami.. anak2 pulak byk peel. Menangis, demam..kita yg kengkadang tak tidur malam sbb berjaga nk jaga anak2 kita. So, normallah  kalau once in a while memang kita akan nmpk serabai, tak terurus..normal lah..just take it easy, sbb itulah diri kita yg sbnrnya.

Sama mcm family..ada family yg byk drama..ada family yg sukar org luar nk phm.. Hanya Allah dan kita shj yg tahu family kita macam mana..

Entry ni nmpk mcm lari dari tajuk kan? Whatever.



P/S: Gambar cilok en Google mcm biasa. Hahaha.












Monday 18 November 2013

Food best: Aku...Dia & Mochi..

Hahaha..Hai..hai..hai..pergh..entry aku ni mmg tak boleh blah..ayat jiwang giler..tapi, bukan jiwang apa pun sbb aku nk share satu desert Jepun paling ummph aku pernah rasa seumur idup..mmg sedap giler! Heh.

Hari sabtu aritu aku kuar jenjalan dgn tunang aku (bakal husband..lagi 2 minggu..hihihi), kat Mid Valley. Kebetulan dah jalan lama sbb aku bengang dgn dia carik jeans pastu punyalah lama dan fussy giler mamat sekor nih..err..(Ayang..please dont be angry..ayang encem kan?kan?kan?) ;p so, perut aku lapo..Then naik kat tingkat 3 area food court yg baru buat tuh..ternmpklah..satu  desert place ni..nama dia 'Aka-chan No Hoppe"! So, aku pun dok tgk2 lepas tu baru sedar rupenya..desert tu kuih Mochi. One of my all time fav japanese desert! So, aku pun apa lagi..spontan mengorder tanpa byk soal..Sbb aku mmg dah sedia maklum kuih Mochi tu apa kebenda..macam mana rasa dia..




Aku pun order la dlm 4 biji..1 Double Chocolate, Green Tea, Melty Caramel & Jungle Banana. Harga 1 bijik Kuih Mochi ni agak mahal la jgk..sebiji comey tu RM3.80, kecuali yg Double Chocolate, RM4 sebiji. So, aku pun ok jelah..Dah lepas order, dlm 10 minit mcm tu dia nyer waitress bwk kuih mochi tu..And guess what..

Walawei...sedap giler aku cakap ko!!Mmg best.Terus aku fell in love dgn desert nih!! Lembut je isi dan  rasa dia. Sampai ari ni aku dok teringat kat rasa dia. Kuih Mochi paling sedap dan best dimakan sejuk. Flavor fav aku of course la Double Chocolate..Tunang aku lak..giler bantai Melty Caramel..even ini adalah first time dia dok merasa Kuih Mochi ni tp nmpk tunang aku enjoy la makan desert ni.Heh.Even dia desert tp rasa dia tak manis nk mati..sedap2 jer..yum..yummy!!

Aka chan no Hoppe ni asal dari kota Itoigawa, wilayah Niigata. Even aku tak pernah pegi Jepun tapi aku ingat tempat ni hasil dari tgk citer Jepun yg mmg tiada kesudahan. Siap boleh ingat tempat kat mana..hihihi.. Maksud Aka-chan adalah "baby" atau "bayi". And, Hoppe membawa maksud" baby cheek" atau "pipi bayi". Reason kenapa dia letak nama tu maybe sbb kuih Mochi dia lembut giler mcm pipi baby la kiranya. Aku suka sgt dgn kertas paper dia sbb sgt comel dan eksklusif..serta very the hygenic! Sesuai sgt kalau nk bg buah tgn kat org! hehehehe.



Korang jgn risau sbb Kuih Mochi ni dibuat daripada Tepung beras dan insyaAllah halal..Aku tak perasan gak tanda halal tp mmg ramai org kita yg dok melantak benda ni..Cara pembuatan Kuih ni jgk sgt teliti dan segala bhn diimport direct dari Jepun dan dibuat fresh everyday. Terbaek dari ladang !! Sbb apa aku appreciate sgt desert ni sbb aku mmg giler makan benda2 comey dan sedap! ^__^ Lagi satu susah nk dpt Kuih Mochi yg sedap kat Malaysia nih! Selalu biasa jer rasa dia..Tp yg ni mmg purely Mochi cuisine Nippon juga mari!!

Setakat ni aku cuma nmpk desert stall utk Kuih Mochi ni kat Mid Valley jer, tempat lain  takde la plak..tp lepas ni mmg aku rajin la ajak tunang aku dok melepak kat Mid  Valley ni  psl "baby cheek" ni punya pasal..heheheheh.

The best in the world! Mochi cuisine ever! Banzai!!


P/S: Gambar sumber dari Google


Thursday 14 November 2013

My Pick!: Top 20 fav music all the time !

Hai..hai..lama gak aku tak update blog aku ni hah..dek kesibukan keje dan last minute prep for my wedding..aisey..penat seh. Pastu dgn tension..macam2 dugaan..aduyai..anyway..life must go on!!

Ok..aku baru jer update Nokia Lumia 520 dgn application Nokia Music+ and I am really loving..loving it!! Seriously mmg best giler application nih. Boleh kata aku agak addicted jgk ar sbb kebanyakan lagu dia mmg dah jarang kita dgr sekarang dan most of it mmg all time favourate aku. And the best part is..kita boleh download benda ni offline without internet! Terbaik!. Hehehe..

So..since ini blog aku maka pilihan pun atas citarasa aku gak la ek..here goes the chart.Aku akan mix between current music now,90's & 00's music!:



1- Nick Lachey - You're the only one
. Aku tau psl lagu ni dari Nokia Music+ ni jgk..a very deep and heartfelt songs. Sedih gak la dgr lagu ni. Everytime bila aku dgr akan ada satu perasaan sebak di dada..chewah..heh. Purely sincere type of love ballads. A great piece all time.



2- Selena Gomez - Slow Down
Compared to Nick Lachey's song, lagu ni mmg catchy sgt. Sapa kalau suka clubbing sesuai kot dgn lagu ni. Tp aku bkn kaki clubbing ok. Aku cuma suka dgn beat lagu ni jer. Catchy sgt dn mmg best.



3. Fall Out Boy - My Songs Know What You Did In The Dark
Pnjg x nama lagu ni? Tp berbaloi sbb beat dia pun cam best. Rentak dia mix antara pop dn rock but really blends well.Kalo aku dgr lagu ni time nk pegi keje confirm rasa kepala terhangguk2 dgr lagu ni. Heh.



5. Robin Thicke - Blurred Lines
Lagu ni kan tgh top skrg ni..actually lagu dia dok ulang lirik yg sama jer tp the beat rules! Unik kot pada aku.



6.Miley Cyrus - Bangerz

Another club song..Aku tak tau la apsal aku nyer minat byk club song..hahaha. But the beat seriously catchcy and beatable. Nice. Walaupun aku tau si minah Miley ni skrg ni sejak zaman Hannah Montanah dah habis..makin teruk jadinyer..Anyway, aku minat pada lagu bukan org..thank you.



7-Miley Cyrus - Wrecking Ball

Still minah Miley ni gak menguasai..apa yg wrecking ball sgt tak paham den. But I found the song interesting. Sbb tu dok ulang2 dgr. Ignore je la cover album dia yg..err..moden! Moden sgt!! *rolls eye*



8-Hillary Duff - Who's That Girl

Lama dah tak dgr pasal minah ni kan. Anyway, lagu ni asalnya soundtrack utk movie, tp movie apa aku tak ingat la plak. Aku suka lagu ni because it reminds me of myself..living someone else life... Hmm..



9-Backstreet Boys - Show Me the meaning of being Lonely

Lagu masa aku Form 2..ala..zaman masa tgh giler2 boy band..pastu berangan la dpt bf mcm Nick Carter tu hah. Hehehe..geli hati plak bila ingat alek. Lagu ni sgt evergreen pada aku sbb tak pernah boring..And, ini theme song aku masa zaman sekolah aku tidak seindah yg diimpikan..chewah..



10-Boyzone - Everyday I love You

Another evergreen song. Early 90's ballads never failed to impress me. :)



11-98' Degrees - I Do Cherish You

Sbb apa ek aku suka lagi ni..hmm..because lagu dia slow dan calm jer bila dgr..sweet.



12-Lindsay Lohan - Rumours

I can't deny yg minah Lindsay Lohan ni mmg talented. Tapi, aku rasa dia ni agak unstable sket ar..byk sgt controversy. Lagu Rumours ni mmg favourate aku, and I do adore her once upon a time..heh.



13-Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes

Lagu yg sgt sedih..if we really have someone we really love and have to say goodbye without them knowing..Aku bila dgr lagu ni mula la EMO tak pasal2..meleleh je air mata ni hayati lirik dia..sob..sob..sob..



14-Ricky Martin & Christina Aguilera - Nobody Wants To Be Lonely

Combo duet yg sgt menjadi. Lagu ni sgt catchy, I just like to listen and relax..chill..YEAH!!



15-Westlife - Flying Without Wings

My motivation song during SPM. Seriously menjadi..bila aku rasa cam malas nk study atau tak kisah brp A aku score janji habis sekolah..nilah lagunya yg aku dok pikir balik matlamat aku..Nak masuk U? Then work to it!



16-Britney Spears - Hit me Baby One more Time

Satu lagi artis kelahiran kelab Mickey Mouse cam Miley Cyrus yg dah lupa daratan sungguh..seksi nk mampus! Tapi ada aku kisah ko pakai camner pun janji lagu ko aku leh layan!! Lagu Britney yg ni mmg evergreen giler sbb smpi skrg dgr pun mmg cam best!



17-Mariah Carey -Through The Rain

Another song related to life..Aku ni mmg suke lagu2 yg berkaitan dgn kisah hidup aku..so, lagu akak Mariah ni mmg seswai sgt dgn aku. Heh. These ballads is classic because it tells no matter how hard your life is..never give up and go through the rain!



18-Justin Timberlake - Mirrors


Ex member N'sync yg kekal popular seantero dunia smpi sekarang. Dah jadi pelakon dah pun..lagu Mirrors ni sbnrnya pjg dia dlm 8 minit mcm tu kalau aku dgr dlm Nokia Music+, Tp kalau kita dgr radio version punya , diorg dah edit dn pendekkan, that's why aku terkejut bila aku dgr alek lagu ni mak aii pjgnya..bila nk habis..



19 - James Blunt - You're Beautiful

Another great song. Susah nk dgr lagu2 mcm ni zaman skrg..lagu yg sgt sweet pada aku.





20- N'sync - This I Promise You

Again..N'sync..entahlah..aku ni mmg suka boyband agaknya..But I cant deny that most of N'sync's songs is damn nice, catchcy, sweet mellow ballads to my hearings. Lagu ni ada sentimental value utk aku..also reminds me about my university time..heh. By the way, tgk la muka Justin zaman kanak2 ribena..comey jer..hihihi..


Mostly kebanyakan lagu yg aku letak dlm pick aku ni kebanyakannya adalah lagu2 era 90-an dan awal tahun 2000. I dunno why tapi aku rasa lagu dlm tahun2 ni mmg byk yg best2 dan tak teruk dan pelik mcm lagu "What does the Fox say??" . Seriously..who cares what does the Fox say? They don't talk damn it!. Lagu era zaman 90 an ada story and lots of inspiring song. Aku tak kata la lagu zaman skrg ni teruk sgt..tapi, mcm dah takde idea dan asyik2 seks..seks..& seks..what the hell.

p/s: sumber gambar dari google. Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2.







Wednesday 30 October 2013

Review Produk: Ronasutra Mineral Oil based make up series

Hai..hai..korang suka make up tak? Aku suka..kalau dh namanya pompuan, normal la tu suka bab2 bermekap nih..tapi aku bukan makeup junkie ok..kalau kulit aku mulus ala2 Song Hae Gyo...takpun cam Lisa Surihoney tu...xpela..ni muka pucat pastu ada jenjawat tomey2 sket2 kat muka ni, wajiblah dok makeup sket , bagi naik seri..ok, dah tak yah nk ckp byk..ni entry review produk makeup bukan psl masalah kulit puan..Heh.

Seperti kenyataan di atas (aduh..ayat ..skema sungguh), muka aku ni tak la bermasalah teruk sgt..tapi jenis skin yg sensitif, berminyak dan senang jenjawat nk bermaharajalela,  maka aku nyer rutin penjagaan wajah kenalah extra sket.. That's why kalau nk pilih make up pun, aku pikir 50 X sblm beli sesuatu produk. Cari..punya cari..jumpalah aku dgn benda ni ha;..:p


Bak kata Puan Vanida Imran, "Problem skin?? No problem!". Hmm..aku setuju jgk la ckp dia tu. Sbb, produk Ronasutra ni je la yg ada dlm beg makeup kecik aku. Dari base makeup, loose powder foundation, blusher, Kabuki brush..sumer brand ni je ha.. Entah, maybe sbb produk ronasutra ni masuk dan sesuai dgn kulit aku. Pakai rasa best jer muka..Hihihihi..nampak natural jer... Heh.

Ok..ini antara produk fav dari Ronasutra yg aku heart sgt..


1-Ronasutra Mineral Base & Concealer:

Lepas apply toner & mosturizer, baru aku letak makeup base ni. Reason, senang jer, kalau nk try pakai tanpa mosturizer boleh , tapi dia nyer blend in tu tak cantik la. Serious, sbb aku pernah try pakai tanpa mosturizer. Rasa cam bertapuk jer benda ni. Sbb make up based ni jenis powder, that's why mmg kena pakai dgn mosturizer, baru kena dgn warna kulit and it blends well with your skin. Once dah letak mosturizer, muka aku nmpk fresh, dan ada flawless dia. Aku selalunya letak make up based ni tipis jer. Tapi, efek dia mmg tip top. Tak caya, cuba try dulu. Aku pakai Base 01.

Ok, off topic jap, masa time aku kena irritation kat muka, aku pakai Cosmoderm punya Sunscreen, tapi, maybe sbb muka aku ni jenis berminyak, so makeup tak tahan lama sgt. Dan asyik kena touchup. Satu perkara yg paling aku menyampah. That's why aku tukar ke Ronasutra Make up based ni. Ni pun sbb aku terus gi kaunter dia kat Shah Alam tu ha. Promoter dia yg baik hati ajar aku nk makeup mcm mana. Hihihihi.



2- Ronasutra Minera Foundation & Powder:

Lepas tepek make up based, aku dok touch up pakai benda alah ni plak. It's like a completion. tak yah letak banyak2 kang putih sgt tak natural la. Just tutup sket2 makeup based tadi. Ni cara aku la. Aku pakai No 1 punya, Cream Peach. Even sblm aku pakai makeup based brand Ronasutra ni gak, aku mmg pakai foundation powder ni jer. Tapi, mmg lain kalau pakai skali dgn make up based dia. Nampak lagi natural dan aku mmg suka skin color aku blend dgn powder ni.  Selalu aku pakai benda ni dgn foundation jenis lain. Heh.


3- Ronasutra Mineral Cheek Color:

Lepas dah habis pakai make up based ngn foundation powder tuh, aku letak blusher ni plak.Ronasutra Mineral Cheek Color. Aku pakai base yg nama dia Cool Pink. Dulu aku ada beli yg Warm Pink nyer, tp warna dia merah giler, tak sesuai dgn tona kulit aku. So, masa nk beli alek, promoter tu ckp tona kulit aku sesuai pakai yg Cool pink punya. Nampak lembut je color dia, even colleague aku pun ckp warna blusher ni cantik.

Hah..lagi satu, Mineral blusher ni 2 in 1 tau. Promoter tu ajar kita leh jadikan blusher ni jadi  lipstick. Pergh, mmg ekonomi. Hihihihi..Caranya, dap2kan blusher ni dulu kat bibir, pastu sapu dgn lip gloss. Cantik warna dia. Tapi, aku jarang buat sbb aku lebih suka warna pinkish natural lip ice sheer color. Hehehe.

4- Ronasutra Mineral Eye Shadow:



Kalau rajin aku letak la benda alah ni. Ala, main campur2 je benda ni. Selalu eye shadow bukan fav aku sgt kalau nk makeup. Sbb biji mata aku dahlah kecik, tak nmpk pun kalau letak eye shadow. Tapi, for those who like it, up to you guys la ek.

5- Ronasutra Sensitive Kabuki Brush:



Nak apply makeup Ronasutra ni, wajib dan digalakkan sgt beli Kabuki brush dia. Tapi, aku cuma pakai masa nk apply blusher jer. Tang nk letak makeup base ngn foundation powder tu aku prefer pakai span. Sbb pada aku la, pakai span lagi tahan lama dari pakai kabuki brush ni. Kabuki brush ni berus dia mmg lembut, Tak rasa gatal bila pakai kat muka.

So, dah gebang pasal produk2 Ronasutra ni, meh akak citer harga dia lak:

1-Ronasutra Make Up based - RM45
2-Ronasutra Foundation Powder - RM48
3-Ronasutra Mineral Cheek Color - RM38
4-Ronasutra Kabuki Brush - RM38
5-Ronasutra Eye Shadow - RM38

Kalau beli satu set, boleh thn gak mahal harga dia, tapi, benda ni boleh pakai lama, dan the best part is, sbb ianya mineral based maka takde tarikh luput. So, pakai la smpai bila2 pun. Benda mahal, kualiti ok takpe, takdelah rasa membazir je beli make up set ni kan.

Korang boleh beli online untuk produk Ronasutra ni. Try Google k. hehehe. Aku maleh nak link website dia. hihihihi. Tapi, Aku advice beli kat kaunter dia lagi senang, selain korang leh tau camner nak pakai produk ni dgn betul, promoter diorg yg comey2 tu gak leh syorkan kat korang produk mana yg sesuai dgn tone warna kulit korang. Siap diaorg makeup free lagi nk kasi try tgk ok ke tak. Ok ape..

Satu lagi, ada jgk yg merungut since makeup ni powder based, agak leceh gak nk handle benda ni. yelah, sbb asyik tertumpah pastu nanti ada kesan kat baju la apa la.. Senang jer, kalau dah tau benda ni powder based, pepandai la handle, aku kalau pakai masa memula mmg sengal sket byk yg tumpah, tapi dah tau camner nk handle penutup dia tu tak susah dah. Nak cepat bukak penutup tu elok2, gerenti tak tumpah sgt. Dah nama pun powder based mmg la comot sket. Susah apa, lapik je ngn tisu. Settle.

Dah..aku nk gi wat keje alek..Chow.

P/S: Sumber gambar rembat en.google.



Monday 21 October 2013

Review Filem: Escape Plan

Hai..Hai..again..buat aper tu? tgh lunch sambil main internet ke?? Heh.

Semalam aku berpeluang untuk tgk cerita seperti gambar di bawah:



My comments..damn nice movie!! mmg entertaining sungguh!. Movie yg mengisahkan Ray Breslin (Sylverster Stallone), seorg elit professional dlm bab2 pecah keluar penjara ni sbg cara untuk dia carik makan. Ray mempunyai kebolehan unik dimana dia menggunakan segala pancainderanya dlm usaha nk keluar penjara! (Ceh..ayat skema sungguh!) Setakat yg aku tgk dlm movie ni, kononnya dia dah pecah keluar dari 14 buah penjara seluruh AS. Pergh..dasyat!! Ray sebenarnya diupah oleh FBI sbg cara utk menguji samaada penjara2 di AS tu sukar utk dilobosi penjenayah .

Hinggalah tiba satu tahap dimana Ray kemudiannya mendapat tawaran kerja utk memecah keluar dari penjara yg konon2nya susah untuk dilobosi sesiapa pun. Ray menerima tawaran tersebut tanpa mengetahui yg ianya adalah perangkap dari bossnya sendiri yg sgt suka pakai hand sanitizer tuh.. (Macam org sakit jiwa jer).

Sampi je kat dlm penjara tuh, yg kemudiannya dikenali sbg penjara ghaib "Underworld Prison known as The Tomb", yg menempatkan ramai penjenayah profil tinggi. Kat sini Ray buat kawan dgn Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) secara tak sengaja dan bermulalah komplot diaorg nk melarikan diri.

Overall citer ni mmg sgt entertaining dan brilliant. Kengkadang aku respek  kalau Hollwood wat movie, even aku bukannya minat sgt dgn mat salleh yg perasan bagus ni, bygkan citer dia pasal nk kuar penjara je pun, tapi, idea utk movie tu kreatif giler, pastu letak plak otai otai filem aksi mcm Pak Stallone (Legendary Rambo) , dan Pak Schwarzenegger (Legendary Terminator a.k.a bekas Gabenor California), mmg tarbaik!

Tapi, dlm terbaik2 pun, hati aku ada sket terguris la dan berfikir pasal watak Javed, seorang taikun dadah kat middle east beragama Islam yg in the end berkomplot jgk dgn Ray dan Emil utk keluar dari penjara tu. Memula masa watak Javed ni kuar dia tegur Ray, aku tak ingat dialog dia apa tapi lepas tu berakhir dgn ucapan 'Assalamualaikum" Aku tak tau la samada pengarah dia ni disisi mana, samada nk tunjukkan org Islam ni jahat ataupun gimik semata2.

Aku tak tau la dgn org lain, tapi akan ada byk scene dlm citer ni yg mmg ayat ckp pakai lepas dan menunjukkan diskriminasi yg sbnrnya. Especially terhadap org Islam. Kalau dgr mmg kasar betul la. Biasalah, kalau dah nama movie Hollywood, dia nk tunjuk diorg je yg hero, diorg je yg bagus..F***! Apa pun, just enjoy the movie je la, tak perlu nk ambil pot sgt sbb kita sbg seorg Islam tak perlu cepat sgt melatah dgn definasi org kafir ni terhadap kita..dah diorg tak paham, atau memang sengaja buat2 tak paham..Heh.

Despite all that, citer ni mmg clean dari sebarang unsur 18SX. I dont see any kissing, hugging or even banging scenes. Which is good. Heh. Aku cuma nmpk dua org pompuan je dlm citer ni. Yg lain, all the big boys..tough & rough. Hehehe.

My rating, 3.5 out of 5

Chow.

P/S: Ini adalah pendapat/ulasan peribadi semata2.









Sunday 20 October 2013

Sentimen Double Standard

Hai..hai..lama gak aku tak update blog merapu aku ni hah..busy keje dan persiapan untuk wedding ..mmg x cukup masa la kiranya. Anyway..since aku ada masa senggang sket ni so aku terpikir nk buat entry spt tajuk di atas..
Baru2 ni aku berpeluang pergi kr satu event "jom kahwin" kat SACC Mall, Shah Alam. Even almost sumer preparation untuk wedding aku kebanyakannya dh siap aku saja je nk menjengah kot2 mana tau ada deal2 yg best kat sama. Well, guess what..sgt mengecewakan aku dn tunang aku gak la. Mostly byk vendor yg buat booth kat situ lebih kpd gaya, mutu dn duit! Ada duit sumer jln. Seriously, susah nk carik booth yg everybody can afford. Kesimpulan aku masa pegi event tu adalah..not everybody can afford! I mean kalau mmg yg berduit tu xpe lagi la..tp maybe ada jgk pasangan yg financially restricted tak byk choice utk diorg. Sbb tu org ckp kalau nk kawin mmg byk pakai duit, sbb ada butik2 yg hnya mementingkn duit semata2. Dahlah tu..kebetulan plak aku dgn tunang aku baru lepas cat bilik tidur, so mmg kitaorg pakai sempoi je la..dgn jeans yg ada tompok2 cat..hahahaha..mmg tak nmpk mcm bakal pengantin pun..kah2..

Tapi, ada hikmah di sebalik semua tu..at least mmg boleh nmpk hati budi manusia ni mcm mana kalau kita ni selekeh, tak berduit, tak nmpk mcm org kaya2...mmg boleh kira la brp byk promoter kat event tu yg tegur kitaorg. Nak lg best, kitaorg lalu dkt dgn promoter pun diorg tak layan..buat2 tak nmpk. Ni adalah kali keempat aku dtg untuk event jom kahwin ni dan yg ni adalah yg paling sucks! Sblm ni kalau aku dtg dgn tunang aku mmg lain layanan dia. Almaklumlah, pakai pun senonoh sket dn promoter dlm event tu tak menyempat nk bg pamplet, explanation kat kitaorg..siap tarik suruh duduk..tgk2 dulu...what a show! Heh.

Seriously speaking, that show was just to take away your money!. Mmg kalau buat bisnes keuntungan adalah yg paling utama,tapi, aku harap sgt dlm bisnes tu, at least etika melayani pelanggan yg dtg ke booth korang tu adalah always your potential client. Jgn judge org dari luaran, pandang atas bwh, lirikan mata yg angkuh dn sombong, pandang org sblh mata, explanation nk xnak..baik tak yah buat bisnes macam tu. Tak pun, ko letak je notis kat booth ko..." no money no talk". Settle. Aku pun tak yah buang masa dtg booth mcm tu.

Actually, ni bukan pertama kali aku dilayan ala double standard mcm ni. Dah byk kali. Sbb tu aku dh boleh expect semua ni. Sbb mmg kita sentiasa judge org lain berdasarkan luaran semata2. Well, cant blame them as well. Aku pun kengkadang judge org jgk..tp tgk situasi.

Double standard ni kat mana2 pun boleh jadi..so kalau korang terasa mcm di double standardkan atau pernah mengalami situasi mcm ni..take it easy jer. Sbb diorg pun tak lah bgs mana...tak bijak mana pun,..diorg tak lyn ko, itu diorg punya loss la...No big deal.

p/s: ini hanyalah pendapat peribadi penulis semata2.


Tuesday 8 October 2013

Wedding Review: Hantaran Lelaki & Perempuan

Hai hai hai...lama dah tak update pasal kawin- kawin ni...memandangkan majlis aku pun mmg dh nk dekat tapi persiapan macam lagi 6 bulan kitaorg nak menikah maka aku sekarang ni tgh membalancekan diri aku antara kerja & persiapan wedding aku. Trap with work and reponsibilities to fullfill,.aduyai..fening mak jemah tau! Heh.

Anyway, sekarang ni mmg aku dan tunang aku tgh aktif menyelesaikan apa yg patut. Actually yg slow tu bukan apa pun, benda2 macam beli hantaran, nk kena isi borang nikah, buat HIV Test apa sumer tu hah. Tapi sumer tu Alhamdulilah so far still in control, so, hopefully we manage to settle all this before the big day.

Ok, entry aku kali ni adalah berkenaan hantaran pihak lelaki dan perempuan. For now maybe aku tak letak gambar, sbb tak sempat nk snap sumer benda alah tu, beli, campak dlm kete tunang pastu aku sumbat sumer brg aku kat rumah tunang aku. Kalau simpan dlm bilik aku..takut lipas buat rumah..Heh. ;p

Ini senarai hantaran dari aku untuk pihak lelaki: (7 Dulang)


1- Persalinan Baju Melayu (Trivia - memula aku nk bagi sejadah + kain pelikat, tapi tunang aku tak nak, sbb dia seumur hidup tak pernah pakai kain pelikat. Kalau aku bagi gak, dia ugut dia nak balas dgn kain batik..Aisey..xpelah..huhuhu).

2-Mandian  Badan + Body Spray+ Deodorant Mark & Spencer "Autograph". (Trivia - Tunang aku mmg suka barang kaler gelap nih, sbb tu dok pilih benda warna hitam jer...hihihi)

3-Perfume Mont Blanc "Legend" (Trivia - Bila tunang aku start kenal aku baru dia pakai perfume, perfume ni agak sentimental bagi aku & tunang sbb ini adalah first perfume yg aku bagi kat dia as gift, masa mula2 bercinta. Sampai sekarang dia mmg lekat dgn perfume Mont Blanc ni. Tak nak brand lain..Mmg Legend.. -_- )

4-Wallet+Belt Swiss Polo ( Trivia - Dalam misi mencari brg hantaran ni aku rasa dua benda ni agak susah nk carik utk tunang aku. Sbb aku tau taste dia mcm mana, syukur gak kwn dia ada bgtau try carik kat IOI Mall Puchong sbb ada sale brand Swiss Polo. Dapat gak carik yg dia berkenan. Settle).

5- Kasut formal Swiss Polo (Trivia - Sama seperti di atas. Kitaorg beli one shot).

6- Jam Tgn " Skagen" (Trivia - Kitaorg tak beli ek jam ni, Jam ni mmg tunang aku dah ada, cuma dia tak pernah pakai.. asyik buat display jer dlm kotak dia, so nk save budget, aku cdgkan baik buat "display" betul. Heh..buruk perangai sungguh kitaorg ni..ala rileks la..bukannya ada org tau. Hihihihi).

7- Coklat/Buah-Buahan/Tat Nenas/Kek (Trivia - Maybe nanti aku decide nk bg yg mana).


Ini pulak hantaran dari pihak lelaki untuk belah aku: (5 Dulang)


1- Persalinan Baju Kurung (Trivia- Yeay, dpt baju kurung, bukan kain batik. Kalau tak..nanes aku..huhuhu)

2-Telekung + Al -Quran (Trivia - Yg ni mmg biasa pihak lelaki bagi, seronok aku dpt telekung baru, hehehe).

3-Cincin + Rantai+ Cek wang Hantaran ( Trivia - Sumer org tanya naper aku tak nk pakai emas , sbb cincin dgn rantai tuh white gold +diamond, but I beg to differ. Wang hantaran pulak, cek tu hanya cek biasa yg akan di framekan, sbb ongkosnya pihak aku dah amik dulu..wat belanja hangus..mmg hangus betul la..-_-).

4- Beg tgn Charles & Keith + Swiss Polo Clutch+ Kasut (Trivia - Tinggal kasut yg aku tak jumpa lagi, kalau jumpa pun, heels dia ya Allah..tinggi nk mampus. Sorry, I'm not heels junkie.)

5-Cup cakes ( Trivia - dah request dgn tunang mintak dia kalau boleh bagilah cup cakes..sbb aku mmg suka cup cakes pun..yum..yum..yummy..;p).


Ok..inilah kesemua hantaran yg aku dgn tunang aku dah listing dan dah pun beli. Tinggal 2-3 jenis brg je lagi yg tak beli lagi ni hah..

Pasal gambar tuh..insya Allah nanti aku try snap alek..masa time majlis, senang sket.

Theme utk hantaran ni aku tak pikir lagi tgk macam mana.. dtg giler aku wat main belasah jer..hehehe..takdelah..just joking . ;)

Till then...chow.






Friday 4 October 2013

Why Men Marry Bitches?

Korang pernah dgr nama buku atau baca buku seperti di atas? Aku rasa mesti ramai yg tahu pasal buku ni, karya Sherry Argov. Actually aku baca buku ni dah lama..dalam 5 - 6 tahun lepas. Masa zaman2 muda remaja.. zaman orang baru nk kenal cinta.



Anyway, berbalik kepada buku ni, to me it's kind a fun book to read. Tapi bukan semuanya ko boleh apply especially kalau ko nk ngorat..ayat..tackle lelaki idaman Malaya la. Well, according to the book, ini reference "bitch" menurut Sherry Argov;

"Term "bitch"is meant to refer to a woman who is strong in her identity and secure with who she is".

Ok, I get it. So, skrg kita leh buat perbandingan kita ni "Bitch" yg macam mana. Ye tak? Adakah kita jenis sweet girl..bf suruh buat apa kita buat atau kita ni mmg jenis suka melawan, bf ckp macam ni..kita balas macam ni, bf kata jgn buat, kita buat gak. Pendek kata jenis berani mati la. Lelaki susah nk kontrol. Aku rasa lelaki mmg byk menyampah dgn contoh no 2 kot lagi2 kalau jenis yg gedik menggeletis tuh. Ish..aku pun menyampah kot.Heh.

Tapi, Sherry Argov tak memaksudkan "Bitch" di dlm bukunya seperti di atas. "Bitch" yg dia maksudkan adalah "confident" woman. Wanita yg tau membawa diri, tahu mengawal hidupnya sendiri tanpa perlu meminta pertolongan lelaki  orang lain. Dia boleh hidup even buat keje sorang2, protect diri dia sorang, baru cool bebeh.Lelaki pun terpaksa respect kalau dia wat keje. Ini antara contoh2 yg boleh aku utarakan. Actually byk jenis confident woman ni pun. So, maksudnya terlalu subjektif.

And, sepanjang aku membaca buku ni jgk, aku tertarik dgn apa yg Sherry Argov ni tulis, mungkin ada betulnya jgk.

Ok, katakan ada seorg lelaki hensem ni, ramai girls tergila2 kat mamat ni. Kebetulan plak mmg dia ada status dan berduit. Kira pakej lengkap la. Tup..tup..tau  dia pilih wanita yg sederhana. Nk kata lawa sgt pun tidak,sbb dia mmg boleh cari lagi lawa tapi perempuan sederhana tu jgk yg dia pilih. Pastu, mulalah org mengata, kenapa la mamat hensem tu tak pilih wanita yg sepadan dgn diri dia. Tgk..pandangan org.

Tapi, bagi mamat tu plak, bagi org lain mungkin akan ckp wanita tu biasa2 sahaja, tak ada yg menarik sgt tapi bagi mamat tu, dpt memikat wanita itu adalah bagaikan satu kemenangan yg besar utk dirinya. Sbb apa? Satu sbb shj. Because the woman is different. She can't be control!

Kita mmg dah sedia maklum naluri lelaki yg suka bersaing ala predator suka menakluk org lain. Begitu jugak when it comes to relationship. Selalunya ada sbb mengapa kita pilih pasangan kita. Bila seorg wanita itu unpredictable pada mata lelaki, she will become sexy dan lelaki agak tercabar bila berdepan with this kind of woman. Contoh paling senang, tgk citer "Boys over Flower", Tak kisahlah korang tgk version yg mana, still heroin tu seorg yg sgt unpredictable. Sbb tu hero dlm citer ni berbulu jer dgn heroin dia. Tapi..in the end, hero tu tetap nk kat heroin ni, falling in love with her.

Itu buku tu yg ckp. Sejauh mana kebenarannya, aku tak tau. Tapi, ada kebenarannya jugak. Sometimes kita tgk ada couple yg pada pandangan mata kasar masyarakat kita agak awkward. Bf hensem, gf so so. Gf cute, bf so so. See..biar apa pun, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Satu lagi point yg menarik minat aku, seperti di bawah;

“Men see the way you dress, and then make assumptions about your relationship potential.  He would rather see a form-fitting blouse than a plunging neckline, and he’s much more fascinated by a long skirt with a slit up the side than a micro-mini skirt that shows the whole leg.”  Agree or Disagree?  Why?

Aku jawab "Agree". So, betapa lelaki2 di luar sana mmg suka tgk benda2 terdedah ni..in the end, wanita sebegini yg diorg carik. Pernah dgr term " Awek main2 dan Awek buat bini"? Sila fahamkan term di atas. Katakan kalau aku lelaki, aku lebih suka perempuan yg tak menayang aset2 di bdn dan yg seangkatan dgnya. Rugi wei...Heh. Katakan gf ko pakai mini skirt. Naik eskalator, nk memanjat eskalator tuh..macam2 ko boleh nampak..Oops..ni bukan 18sx ok.Selalu yg suka pakai mini skirt mcm ni amoi2 putih melepak tu ha..cuba ko perhati, kengkadang aku yg ternampak pun segan, malu wei. Diaorg leh wat selamba jer. Selulit berlipat2 habis sumer nampak.Ceh. Lagi satu, pakai baju macam tak pakai baju. Especially kalau baju yg jenis baju jarang, yg boleh nmpk bra kalau tak pakai baju dalam. Sekarang ni org mcm tak kisah pun, kalau dh nama pun baju dlm, nk pakai baju jrg tu boleh, tp cover la pakai singlet ke hapa ke. Takkan itu pun ko nk tayang?

Overall, this is a fun book, tapi mcm yg aku ckp dari mula, ada certain points yg tak sesuai utk diapplykan mengikut keadaan. Buku ni ok, tapi terlalu byk meletakkan teori dan syarat dlm relationship. Kalau ko nak relationship ko berjaya, ko kena buat mcm ni, dan ini..dan ini..and the list continues.

Let me tell you one thing. I used to try some of the things inside this book and my relationship never works.

So, I drop all the do's & don't s in relationship and be myself. It works. :)

p/s: Sumber gambar dari google.











Thursday 3 October 2013

Adakah Anda mangsa Fesyen??

Korang suka berfesyen tak? Aku suka. Sapa kalau ckp tak suka tuh..err..sendiri mau ingat la ek.




Tapi, dalam korang bereksperimen dlm nk berfesyen nih,kena ingat satu perkara yg mungkin kita tak mahu berlaku kat kita. Jadi MANGSA FESYEN. Ok, mengikut apa yg aku tau, kalau kita nk tau samada kita jadi mangsa fesyen ataupun tak adalah bila kita asyik mengikuti perkembangan fesyen dan cuba nak jadi mcm apa yg kita nmpk. Ala2 "Copy & Paste". Lalu bermulalah episod kita asyik nk shopping, beli baju baru, tudung baru, seluar baru yg "In" demi nak merealisasikan apa yg kita tgk dlm majalah fesyen entah apa ke jadah sumer tuh. So..poket teramatla lobos..sbb as you know, nk berfesyen mmg byk pakai duit, tp tgk gak kebijaksanaan kita pilih fesyen mcm mana. Jgn disbbkan nk terlalu "In" sgt jadi "Out". Tu dah bukan fesyen namanya, tu namanya sengal tak bertempat.Heh. Duit habis..org mengata lagi adalah.

Nak berfesyen boleh tapi jadilah diri sendiri. Mungkin apa yg kita tgk kat majalah mahupun TV hanya gimik  dlm dunia fesyen. Tak mustahil jugak ada benda macam tu. Fesyen diinspirasikan dari sesuatu dan kita cuma patut pandai menilai apa yg sesuai dgn diri kita. Apa yg model2 tu sumer pakai bukan semestinya apa yg terbaik pada kita.

As you know we all individuals are special. So, jadikan personaliti kita titik tolak dlm menilai apa yg kita pakai. Setengah org pakai Jeans dgn t-shirt pun dah ok, terserlah gak citarasa dia yg sebenar. Trick dia hanya pada material yg dipilih. Biar simple asal nmpk elegan dan org tak ketawakan kita lagi bagus, dari berani bermain dgn fesyen then end up dead end. Tu nmpk sgt tak cool. Setengah org mmg bergaya tp dia masih nampk smart atau cantik dgn fesyen yg digayakan. Itu namanya gifted. Kau mmg fashianista dude!

Kat Malaysia ni dah macam2 fesyen wujud, ada J-POP, K-POP, Ala arab, tudung pusing sana sini..ikat sana sini..dan entah macam2 lagi...it's good to know that Malaysians now are better in getting what they want. Suka aku tgk, sbb dari org pegi keje hinggalah budak2 hingusan mmg stylo habis. But then, fashion as you want..but be real.

Whatever it is..stick to the basic..macam biasa yg paling basic adalah yg paling menawan. :)

p/s: entry paling sikit pernah aku buat. hahaha

p/s: sumber gambar dari google


Wednesday 18 September 2013

Review Gadget: Nokia Lumia 520

Hah...handphone rosak..rosak..dan rosak?? Asal org elok je call jadi miscall sbb takleh nk jwb pasal handphone dah hang..Aisey..tgh syok bergayut dgn tunang..tetiba phone jadi mute..adeh..ni nak marah ni..geram...grr..So, secara kesimpulannya handphone aku mmg dah weng..Sah takleh nk diselamatkan lagi. Nasib baik installment dah habis ko wat perangai..

Dulu aku pakai handphone Sony, biasalah..aku ni tgk jenama gak. Aku pakai Sony Live. Tapi, bila handphone rosak,aku terpikir gak nak beli handphone apa..so, aku start survey. Mostly kebanyakan org yg aku kenal lebih suka pakai Samsung aka "Samseng" dan jugak Iphone aka "I- Toll" . Jgn mare ek. Ni cuma gelaran peribadi aku jer. Disbbkan aku mmg tak suka nak ada brand yg sama dgn org lain, so, aku ingat nk beli handphone yg lain sket. So ..pilihan aku adalah dari Windows 8 phone. At first, aku tak tau ape kejadahnya Windows 8 phone ni. Cuma, rasa ingin tau tu mmg ada. Yela, asyik dok pakai smartphone android nak gak merasa processor lain lak. As a fresh start. I wanted to try something different.

Akhirnya, aku pilih Nokia Lumia 520. Terima kasih tak terhingga kepada cik tunang aku yg sudi nk belikan  handphone pilihan aku ni. :)




My review:

My first impression. Phone ni mmg menarik perhatian aku. Screen best, touch screen is very sleek, super sensitive dan sgt interaktif. Bagaikan komputer kecik di tgn.Chewah..*sheesh*  Overall, mmg sgt modern look dan aku suka wide tile screen dia. Nokia Lumia 520 ni macam entry phone utk version Windows 8 phone, so, most basic settings mmg ada diinstall dlm phone ni dan performance sgt ok dan puas hati.

Anyway, kat bwh ni aku senaraikan spesifikasi Nokia Lumia 520:
  • 4.0-inch WVGA display
  • Snapdragon S4 1GHz dual-core processor
  • 512MB RAM
  • 8GB internal storage, expandable up to 64GB via microSD card
  • 5-megapixel rear camera
  • Bluetooth, Wi-Fi, 3G
  • Windows Phone 8
  • 1,420mAH battery
  • 119.9 x 64 x 9.9 mm
  • 124 grams

That's about the performance. So, kita tgk lak apa yg handphone ni leh buat.

Kamera:



Nokia Lumia 520 dilengkapi dgn 5 Megapixel camera type dan dilengkapi dgn digital lenses. So, for those yg seriously mmg suke tangkap gambar..download kat facebook, twitter, instagram...pape je lah..you might like what this phone offers. Selain tu, handphone ni jugak dilengkapi dgn application gorgeous such as CInemagraph, which you can make your own motion picture. Ala..macam gambar bergerak la. Nampak real gitu. Dan yg paling best, aplikasi Smart Shoot. Let's say korang tgkp gmbr dlm keadaan tak stabil gitu, aplikasi ni membolehkan korang edit gambar mana yg paling elok utk disimpan. 

Touch Screen:



Screen touch untuk Nokia Lumia 520 ni mmg super sensitive. Sgt. Sbb bila aku nk taip msg atau surfing rasa cam best jer telunjuk jari aku nk taip kat hnadphone ni. Bila scroll rasa smooth jer. Masa tunang aku beli handphone ni, SA yg jual tu ada bagi freegift dlm bentuk scroll pen. Tapi, aku rasa tak perlu kot scroll pen tu sbb aku pakai jari pun ok jer. Takde hal pun. Ni ikut keselesaan la. Lagi satu, even kalau kita pakai gloves sekalipun, still lagi touch screen dia boleh berfungsi dgn baik. Touch screen Nokia Lumia 520 ni dalam 4 inci. Besar tuh. Bila main game, best.


Music/Videos/Entertainment/Games:

Hmm...bila aku dah decide nak beli handphone ni, aku terlupa dgn satu benda yg mmg aku suka dgr setiap pagi. Radio. Handphone ni takde aplikasi FM radio lagi. Sbb ianya adalah Windows 8 phone. Tapi, mengikut apa yg aku check, diorg dah update aplikasi ni dan hasilnya..AMBER update. Aku tak try update lagi phone aku tuh ngn AMBER nih..tak sure samaada Msia dah ada update ni atau tak. Aku tak try lagi pon,...so nothing much that I can say.

Music- Sound ok. Sedap. Stereo

Videos - Tak try lagi masukkan apa2 video dlm handphone ni sbb baru je beli dan takde masa nak explore. Tapi, pernah try tgk trailer kat youtube yg HD. Gambar super clear. Nice.

Entertainment - Dari segi application, aku rasa smartphone android choices dia agak byk lagi la. Kira Android menang la dlm bab ni dari segi aplikasi. Probably because of Windows 8 phone still something new to most of us.

Games- Sama jugak mcm application, still androids rules. Tapi, windows 8 phone ni yg bestnyer kita leh download games untuk Xbox. But, you still got to pay for it. Tu yg maleh tuh. :( ..Ada sesetengah game jer yg free. Bygkan, nak main Angry bird Rio tu pun kena bayar. Dah kena byr, tapi version free trial. ceh. baik tak payah. Candy crush..lgsg tak nampak. Huh. Diorg still lagi provide for free games tapi mostly games yg aku tak berapa nk berkenan nak main la. But still, i got some few pretty good games though. After lots of searching. :)

Navigation/Maps:


Since aku bukan reti sgt nk tgk GPS mahupun peta, so, pada aku tak penting sgt la application ni. Tapi, for those who likes to travel, this might be a useful to you. Nokia Lumia 520 ni ada Here Drive function, dimana korang leh menuju destinasi  yg diingini menggunakan  aplikasi ni. Ussually kalau nk tgk map, mesti kena ada internet kan, ha, yg ni tak payah, sbb, korang still lagi leh guna aplikasi ni offline. Tapi , kena download dulu map dia sblm nak guna. Ikut jer instruction macam mana nk download. Even aku tak guna sgt features ni, aku tetap download gak application ni. :)



Windows Phone 8 Features:

I like interactive stuffs, which is why I prefer this phone in the first place. Macam aku ckp, first thing yg menarik perhatian aku pada handphone ni adalah tile screen settings dia. Again, very interactive. :) . Touch screen Nokia Lumia 520 ni korang leh customize sendiri. Just pin to start, pastu korang arranged la dekat screen tu macam mana ko nak. Setiap aplikasi dlm handphone ni korang boleh resize daripada kecil ke besar, lebar nak macam mana, etc. Selain tu, korang leh personalize phone tu dgn setiap fav photo's yg korang nak. Macam aku, aku linkkan Facebook friends aku dlm Photos so features ni akan keluar dekat screen. Mmg nice. Smart giler.

Selain dari tu, ada aplikasi Office, dimana korang leh edit atau buat keje menggunakan  Nokia Lumia 520 gak. Ada aplikasi Word dan Excel, so korang leh touch up keje korang kat memane jer.

Oh lupe nak gebang, Nokia Limia 520 ni jugak ada own Nokia collection of application, Antara collection fav aku adalah, Nokia Glam Me & Nokia Trailer. Nokia Glam Me ni function dia mcm nk edit gambar kita bagi lagi cantik gitu, dan Nokia Trailer plak, kita leh tgk trailer terbaru utk all upcoming movies.



And again, nothing is perfect. Even aku amaze ngn handphone ni, still, ada features yg patut ada utk sebuah smartphone, Nokia Lumia 520,takde. Details spt di bawah:

               - No front camera ( Camner nak Wechat live?? :(
               - Kamera takde flash ( Almaklum gambar yg diambil cantik, tapi, lagi best kalau ada flash)
               - RAM yg agak standard 512 MB (Oklah buat sebuah handphone budget)

Despite, whatever the reason, Nokia Lumia 520 telah dinobatkan sbg Best Selling Windows 8 phone dek kerana harganya yg murah dan berkualiti. Utk sebuah phone budget, all features yg diterapkan dlm handphone ni mmg berbaloi. Murah, Modern. Mesra Alam. :)

Hah..nak tau harga, Murah jer..Harga standard masa aku survey hari tu, dlm RM529. Tapi, tunang aku berjaya belikan original handphone ni berharga RM459. Siap dpt byk freebies lagi. Pelik tapi benar.

P/s: Sumber gambar dari Google.