Nuffnang Ads

Wednesday 30 October 2013

Review Produk: Ronasutra Mineral Oil based make up series

Hai..hai..korang suka make up tak? Aku suka..kalau dh namanya pompuan, normal la tu suka bab2 bermekap nih..tapi aku bukan makeup junkie ok..kalau kulit aku mulus ala2 Song Hae Gyo...takpun cam Lisa Surihoney tu...xpela..ni muka pucat pastu ada jenjawat tomey2 sket2 kat muka ni, wajiblah dok makeup sket , bagi naik seri..ok, dah tak yah nk ckp byk..ni entry review produk makeup bukan psl masalah kulit puan..Heh.

Seperti kenyataan di atas (aduh..ayat ..skema sungguh), muka aku ni tak la bermasalah teruk sgt..tapi jenis skin yg sensitif, berminyak dan senang jenjawat nk bermaharajalela,  maka aku nyer rutin penjagaan wajah kenalah extra sket.. That's why kalau nk pilih make up pun, aku pikir 50 X sblm beli sesuatu produk. Cari..punya cari..jumpalah aku dgn benda ni ha;..:p


Bak kata Puan Vanida Imran, "Problem skin?? No problem!". Hmm..aku setuju jgk la ckp dia tu. Sbb, produk Ronasutra ni je la yg ada dlm beg makeup kecik aku. Dari base makeup, loose powder foundation, blusher, Kabuki brush..sumer brand ni je ha.. Entah, maybe sbb produk ronasutra ni masuk dan sesuai dgn kulit aku. Pakai rasa best jer muka..Hihihihi..nampak natural jer... Heh.

Ok..ini antara produk fav dari Ronasutra yg aku heart sgt..


1-Ronasutra Mineral Base & Concealer:

Lepas apply toner & mosturizer, baru aku letak makeup base ni. Reason, senang jer, kalau nk try pakai tanpa mosturizer boleh , tapi dia nyer blend in tu tak cantik la. Serious, sbb aku pernah try pakai tanpa mosturizer. Rasa cam bertapuk jer benda ni. Sbb make up based ni jenis powder, that's why mmg kena pakai dgn mosturizer, baru kena dgn warna kulit and it blends well with your skin. Once dah letak mosturizer, muka aku nmpk fresh, dan ada flawless dia. Aku selalunya letak make up based ni tipis jer. Tapi, efek dia mmg tip top. Tak caya, cuba try dulu. Aku pakai Base 01.

Ok, off topic jap, masa time aku kena irritation kat muka, aku pakai Cosmoderm punya Sunscreen, tapi, maybe sbb muka aku ni jenis berminyak, so makeup tak tahan lama sgt. Dan asyik kena touchup. Satu perkara yg paling aku menyampah. That's why aku tukar ke Ronasutra Make up based ni. Ni pun sbb aku terus gi kaunter dia kat Shah Alam tu ha. Promoter dia yg baik hati ajar aku nk makeup mcm mana. Hihihihi.



2- Ronasutra Minera Foundation & Powder:

Lepas tepek make up based, aku dok touch up pakai benda alah ni plak. It's like a completion. tak yah letak banyak2 kang putih sgt tak natural la. Just tutup sket2 makeup based tadi. Ni cara aku la. Aku pakai No 1 punya, Cream Peach. Even sblm aku pakai makeup based brand Ronasutra ni gak, aku mmg pakai foundation powder ni jer. Tapi, mmg lain kalau pakai skali dgn make up based dia. Nampak lagi natural dan aku mmg suka skin color aku blend dgn powder ni.  Selalu aku pakai benda ni dgn foundation jenis lain. Heh.


3- Ronasutra Mineral Cheek Color:

Lepas dah habis pakai make up based ngn foundation powder tuh, aku letak blusher ni plak.Ronasutra Mineral Cheek Color. Aku pakai base yg nama dia Cool Pink. Dulu aku ada beli yg Warm Pink nyer, tp warna dia merah giler, tak sesuai dgn tona kulit aku. So, masa nk beli alek, promoter tu ckp tona kulit aku sesuai pakai yg Cool pink punya. Nampak lembut je color dia, even colleague aku pun ckp warna blusher ni cantik.

Hah..lagi satu, Mineral blusher ni 2 in 1 tau. Promoter tu ajar kita leh jadikan blusher ni jadi  lipstick. Pergh, mmg ekonomi. Hihihihi..Caranya, dap2kan blusher ni dulu kat bibir, pastu sapu dgn lip gloss. Cantik warna dia. Tapi, aku jarang buat sbb aku lebih suka warna pinkish natural lip ice sheer color. Hehehe.

4- Ronasutra Mineral Eye Shadow:



Kalau rajin aku letak la benda alah ni. Ala, main campur2 je benda ni. Selalu eye shadow bukan fav aku sgt kalau nk makeup. Sbb biji mata aku dahlah kecik, tak nmpk pun kalau letak eye shadow. Tapi, for those who like it, up to you guys la ek.

5- Ronasutra Sensitive Kabuki Brush:



Nak apply makeup Ronasutra ni, wajib dan digalakkan sgt beli Kabuki brush dia. Tapi, aku cuma pakai masa nk apply blusher jer. Tang nk letak makeup base ngn foundation powder tu aku prefer pakai span. Sbb pada aku la, pakai span lagi tahan lama dari pakai kabuki brush ni. Kabuki brush ni berus dia mmg lembut, Tak rasa gatal bila pakai kat muka.

So, dah gebang pasal produk2 Ronasutra ni, meh akak citer harga dia lak:

1-Ronasutra Make Up based - RM45
2-Ronasutra Foundation Powder - RM48
3-Ronasutra Mineral Cheek Color - RM38
4-Ronasutra Kabuki Brush - RM38
5-Ronasutra Eye Shadow - RM38

Kalau beli satu set, boleh thn gak mahal harga dia, tapi, benda ni boleh pakai lama, dan the best part is, sbb ianya mineral based maka takde tarikh luput. So, pakai la smpai bila2 pun. Benda mahal, kualiti ok takpe, takdelah rasa membazir je beli make up set ni kan.

Korang boleh beli online untuk produk Ronasutra ni. Try Google k. hehehe. Aku maleh nak link website dia. hihihihi. Tapi, Aku advice beli kat kaunter dia lagi senang, selain korang leh tau camner nak pakai produk ni dgn betul, promoter diorg yg comey2 tu gak leh syorkan kat korang produk mana yg sesuai dgn tone warna kulit korang. Siap diaorg makeup free lagi nk kasi try tgk ok ke tak. Ok ape..

Satu lagi, ada jgk yg merungut since makeup ni powder based, agak leceh gak nk handle benda ni. yelah, sbb asyik tertumpah pastu nanti ada kesan kat baju la apa la.. Senang jer, kalau dah tau benda ni powder based, pepandai la handle, aku kalau pakai masa memula mmg sengal sket byk yg tumpah, tapi dah tau camner nk handle penutup dia tu tak susah dah. Nak cepat bukak penutup tu elok2, gerenti tak tumpah sgt. Dah nama pun powder based mmg la comot sket. Susah apa, lapik je ngn tisu. Settle.

Dah..aku nk gi wat keje alek..Chow.

P/S: Sumber gambar rembat en.google.



Monday 21 October 2013

Review Filem: Escape Plan

Hai..Hai..again..buat aper tu? tgh lunch sambil main internet ke?? Heh.

Semalam aku berpeluang untuk tgk cerita seperti gambar di bawah:



My comments..damn nice movie!! mmg entertaining sungguh!. Movie yg mengisahkan Ray Breslin (Sylverster Stallone), seorg elit professional dlm bab2 pecah keluar penjara ni sbg cara untuk dia carik makan. Ray mempunyai kebolehan unik dimana dia menggunakan segala pancainderanya dlm usaha nk keluar penjara! (Ceh..ayat skema sungguh!) Setakat yg aku tgk dlm movie ni, kononnya dia dah pecah keluar dari 14 buah penjara seluruh AS. Pergh..dasyat!! Ray sebenarnya diupah oleh FBI sbg cara utk menguji samaada penjara2 di AS tu sukar utk dilobosi penjenayah .

Hinggalah tiba satu tahap dimana Ray kemudiannya mendapat tawaran kerja utk memecah keluar dari penjara yg konon2nya susah untuk dilobosi sesiapa pun. Ray menerima tawaran tersebut tanpa mengetahui yg ianya adalah perangkap dari bossnya sendiri yg sgt suka pakai hand sanitizer tuh.. (Macam org sakit jiwa jer).

Sampi je kat dlm penjara tuh, yg kemudiannya dikenali sbg penjara ghaib "Underworld Prison known as The Tomb", yg menempatkan ramai penjenayah profil tinggi. Kat sini Ray buat kawan dgn Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) secara tak sengaja dan bermulalah komplot diaorg nk melarikan diri.

Overall citer ni mmg sgt entertaining dan brilliant. Kengkadang aku respek  kalau Hollwood wat movie, even aku bukannya minat sgt dgn mat salleh yg perasan bagus ni, bygkan citer dia pasal nk kuar penjara je pun, tapi, idea utk movie tu kreatif giler, pastu letak plak otai otai filem aksi mcm Pak Stallone (Legendary Rambo) , dan Pak Schwarzenegger (Legendary Terminator a.k.a bekas Gabenor California), mmg tarbaik!

Tapi, dlm terbaik2 pun, hati aku ada sket terguris la dan berfikir pasal watak Javed, seorang taikun dadah kat middle east beragama Islam yg in the end berkomplot jgk dgn Ray dan Emil utk keluar dari penjara tu. Memula masa watak Javed ni kuar dia tegur Ray, aku tak ingat dialog dia apa tapi lepas tu berakhir dgn ucapan 'Assalamualaikum" Aku tak tau la samada pengarah dia ni disisi mana, samada nk tunjukkan org Islam ni jahat ataupun gimik semata2.

Aku tak tau la dgn org lain, tapi akan ada byk scene dlm citer ni yg mmg ayat ckp pakai lepas dan menunjukkan diskriminasi yg sbnrnya. Especially terhadap org Islam. Kalau dgr mmg kasar betul la. Biasalah, kalau dah nama movie Hollywood, dia nk tunjuk diorg je yg hero, diorg je yg bagus..F***! Apa pun, just enjoy the movie je la, tak perlu nk ambil pot sgt sbb kita sbg seorg Islam tak perlu cepat sgt melatah dgn definasi org kafir ni terhadap kita..dah diorg tak paham, atau memang sengaja buat2 tak paham..Heh.

Despite all that, citer ni mmg clean dari sebarang unsur 18SX. I dont see any kissing, hugging or even banging scenes. Which is good. Heh. Aku cuma nmpk dua org pompuan je dlm citer ni. Yg lain, all the big boys..tough & rough. Hehehe.

My rating, 3.5 out of 5

Chow.

P/S: Ini adalah pendapat/ulasan peribadi semata2.









Sunday 20 October 2013

Sentimen Double Standard

Hai..hai..lama gak aku tak update blog merapu aku ni hah..busy keje dan persiapan untuk wedding ..mmg x cukup masa la kiranya. Anyway..since aku ada masa senggang sket ni so aku terpikir nk buat entry spt tajuk di atas..
Baru2 ni aku berpeluang pergi kr satu event "jom kahwin" kat SACC Mall, Shah Alam. Even almost sumer preparation untuk wedding aku kebanyakannya dh siap aku saja je nk menjengah kot2 mana tau ada deal2 yg best kat sama. Well, guess what..sgt mengecewakan aku dn tunang aku gak la. Mostly byk vendor yg buat booth kat situ lebih kpd gaya, mutu dn duit! Ada duit sumer jln. Seriously, susah nk carik booth yg everybody can afford. Kesimpulan aku masa pegi event tu adalah..not everybody can afford! I mean kalau mmg yg berduit tu xpe lagi la..tp maybe ada jgk pasangan yg financially restricted tak byk choice utk diorg. Sbb tu org ckp kalau nk kawin mmg byk pakai duit, sbb ada butik2 yg hnya mementingkn duit semata2. Dahlah tu..kebetulan plak aku dgn tunang aku baru lepas cat bilik tidur, so mmg kitaorg pakai sempoi je la..dgn jeans yg ada tompok2 cat..hahahaha..mmg tak nmpk mcm bakal pengantin pun..kah2..

Tapi, ada hikmah di sebalik semua tu..at least mmg boleh nmpk hati budi manusia ni mcm mana kalau kita ni selekeh, tak berduit, tak nmpk mcm org kaya2...mmg boleh kira la brp byk promoter kat event tu yg tegur kitaorg. Nak lg best, kitaorg lalu dkt dgn promoter pun diorg tak layan..buat2 tak nmpk. Ni adalah kali keempat aku dtg untuk event jom kahwin ni dan yg ni adalah yg paling sucks! Sblm ni kalau aku dtg dgn tunang aku mmg lain layanan dia. Almaklumlah, pakai pun senonoh sket dn promoter dlm event tu tak menyempat nk bg pamplet, explanation kat kitaorg..siap tarik suruh duduk..tgk2 dulu...what a show! Heh.

Seriously speaking, that show was just to take away your money!. Mmg kalau buat bisnes keuntungan adalah yg paling utama,tapi, aku harap sgt dlm bisnes tu, at least etika melayani pelanggan yg dtg ke booth korang tu adalah always your potential client. Jgn judge org dari luaran, pandang atas bwh, lirikan mata yg angkuh dn sombong, pandang org sblh mata, explanation nk xnak..baik tak yah buat bisnes macam tu. Tak pun, ko letak je notis kat booth ko..." no money no talk". Settle. Aku pun tak yah buang masa dtg booth mcm tu.

Actually, ni bukan pertama kali aku dilayan ala double standard mcm ni. Dah byk kali. Sbb tu aku dh boleh expect semua ni. Sbb mmg kita sentiasa judge org lain berdasarkan luaran semata2. Well, cant blame them as well. Aku pun kengkadang judge org jgk..tp tgk situasi.

Double standard ni kat mana2 pun boleh jadi..so kalau korang terasa mcm di double standardkan atau pernah mengalami situasi mcm ni..take it easy jer. Sbb diorg pun tak lah bgs mana...tak bijak mana pun,..diorg tak lyn ko, itu diorg punya loss la...No big deal.

p/s: ini hanyalah pendapat peribadi penulis semata2.


Tuesday 8 October 2013

Wedding Review: Hantaran Lelaki & Perempuan

Hai hai hai...lama dah tak update pasal kawin- kawin ni...memandangkan majlis aku pun mmg dh nk dekat tapi persiapan macam lagi 6 bulan kitaorg nak menikah maka aku sekarang ni tgh membalancekan diri aku antara kerja & persiapan wedding aku. Trap with work and reponsibilities to fullfill,.aduyai..fening mak jemah tau! Heh.

Anyway, sekarang ni mmg aku dan tunang aku tgh aktif menyelesaikan apa yg patut. Actually yg slow tu bukan apa pun, benda2 macam beli hantaran, nk kena isi borang nikah, buat HIV Test apa sumer tu hah. Tapi sumer tu Alhamdulilah so far still in control, so, hopefully we manage to settle all this before the big day.

Ok, entry aku kali ni adalah berkenaan hantaran pihak lelaki dan perempuan. For now maybe aku tak letak gambar, sbb tak sempat nk snap sumer benda alah tu, beli, campak dlm kete tunang pastu aku sumbat sumer brg aku kat rumah tunang aku. Kalau simpan dlm bilik aku..takut lipas buat rumah..Heh. ;p

Ini senarai hantaran dari aku untuk pihak lelaki: (7 Dulang)


1- Persalinan Baju Melayu (Trivia - memula aku nk bagi sejadah + kain pelikat, tapi tunang aku tak nak, sbb dia seumur hidup tak pernah pakai kain pelikat. Kalau aku bagi gak, dia ugut dia nak balas dgn kain batik..Aisey..xpelah..huhuhu).

2-Mandian  Badan + Body Spray+ Deodorant Mark & Spencer "Autograph". (Trivia - Tunang aku mmg suka barang kaler gelap nih, sbb tu dok pilih benda warna hitam jer...hihihi)

3-Perfume Mont Blanc "Legend" (Trivia - Bila tunang aku start kenal aku baru dia pakai perfume, perfume ni agak sentimental bagi aku & tunang sbb ini adalah first perfume yg aku bagi kat dia as gift, masa mula2 bercinta. Sampai sekarang dia mmg lekat dgn perfume Mont Blanc ni. Tak nak brand lain..Mmg Legend.. -_- )

4-Wallet+Belt Swiss Polo ( Trivia - Dalam misi mencari brg hantaran ni aku rasa dua benda ni agak susah nk carik utk tunang aku. Sbb aku tau taste dia mcm mana, syukur gak kwn dia ada bgtau try carik kat IOI Mall Puchong sbb ada sale brand Swiss Polo. Dapat gak carik yg dia berkenan. Settle).

5- Kasut formal Swiss Polo (Trivia - Sama seperti di atas. Kitaorg beli one shot).

6- Jam Tgn " Skagen" (Trivia - Kitaorg tak beli ek jam ni, Jam ni mmg tunang aku dah ada, cuma dia tak pernah pakai.. asyik buat display jer dlm kotak dia, so nk save budget, aku cdgkan baik buat "display" betul. Heh..buruk perangai sungguh kitaorg ni..ala rileks la..bukannya ada org tau. Hihihihi).

7- Coklat/Buah-Buahan/Tat Nenas/Kek (Trivia - Maybe nanti aku decide nk bg yg mana).


Ini pulak hantaran dari pihak lelaki untuk belah aku: (5 Dulang)


1- Persalinan Baju Kurung (Trivia- Yeay, dpt baju kurung, bukan kain batik. Kalau tak..nanes aku..huhuhu)

2-Telekung + Al -Quran (Trivia - Yg ni mmg biasa pihak lelaki bagi, seronok aku dpt telekung baru, hehehe).

3-Cincin + Rantai+ Cek wang Hantaran ( Trivia - Sumer org tanya naper aku tak nk pakai emas , sbb cincin dgn rantai tuh white gold +diamond, but I beg to differ. Wang hantaran pulak, cek tu hanya cek biasa yg akan di framekan, sbb ongkosnya pihak aku dah amik dulu..wat belanja hangus..mmg hangus betul la..-_-).

4- Beg tgn Charles & Keith + Swiss Polo Clutch+ Kasut (Trivia - Tinggal kasut yg aku tak jumpa lagi, kalau jumpa pun, heels dia ya Allah..tinggi nk mampus. Sorry, I'm not heels junkie.)

5-Cup cakes ( Trivia - dah request dgn tunang mintak dia kalau boleh bagilah cup cakes..sbb aku mmg suka cup cakes pun..yum..yum..yummy..;p).


Ok..inilah kesemua hantaran yg aku dgn tunang aku dah listing dan dah pun beli. Tinggal 2-3 jenis brg je lagi yg tak beli lagi ni hah..

Pasal gambar tuh..insya Allah nanti aku try snap alek..masa time majlis, senang sket.

Theme utk hantaran ni aku tak pikir lagi tgk macam mana.. dtg giler aku wat main belasah jer..hehehe..takdelah..just joking . ;)

Till then...chow.






Friday 4 October 2013

Why Men Marry Bitches?

Korang pernah dgr nama buku atau baca buku seperti di atas? Aku rasa mesti ramai yg tahu pasal buku ni, karya Sherry Argov. Actually aku baca buku ni dah lama..dalam 5 - 6 tahun lepas. Masa zaman2 muda remaja.. zaman orang baru nk kenal cinta.



Anyway, berbalik kepada buku ni, to me it's kind a fun book to read. Tapi bukan semuanya ko boleh apply especially kalau ko nk ngorat..ayat..tackle lelaki idaman Malaya la. Well, according to the book, ini reference "bitch" menurut Sherry Argov;

"Term "bitch"is meant to refer to a woman who is strong in her identity and secure with who she is".

Ok, I get it. So, skrg kita leh buat perbandingan kita ni "Bitch" yg macam mana. Ye tak? Adakah kita jenis sweet girl..bf suruh buat apa kita buat atau kita ni mmg jenis suka melawan, bf ckp macam ni..kita balas macam ni, bf kata jgn buat, kita buat gak. Pendek kata jenis berani mati la. Lelaki susah nk kontrol. Aku rasa lelaki mmg byk menyampah dgn contoh no 2 kot lagi2 kalau jenis yg gedik menggeletis tuh. Ish..aku pun menyampah kot.Heh.

Tapi, Sherry Argov tak memaksudkan "Bitch" di dlm bukunya seperti di atas. "Bitch" yg dia maksudkan adalah "confident" woman. Wanita yg tau membawa diri, tahu mengawal hidupnya sendiri tanpa perlu meminta pertolongan lelaki  orang lain. Dia boleh hidup even buat keje sorang2, protect diri dia sorang, baru cool bebeh.Lelaki pun terpaksa respect kalau dia wat keje. Ini antara contoh2 yg boleh aku utarakan. Actually byk jenis confident woman ni pun. So, maksudnya terlalu subjektif.

And, sepanjang aku membaca buku ni jgk, aku tertarik dgn apa yg Sherry Argov ni tulis, mungkin ada betulnya jgk.

Ok, katakan ada seorg lelaki hensem ni, ramai girls tergila2 kat mamat ni. Kebetulan plak mmg dia ada status dan berduit. Kira pakej lengkap la. Tup..tup..tau  dia pilih wanita yg sederhana. Nk kata lawa sgt pun tidak,sbb dia mmg boleh cari lagi lawa tapi perempuan sederhana tu jgk yg dia pilih. Pastu, mulalah org mengata, kenapa la mamat hensem tu tak pilih wanita yg sepadan dgn diri dia. Tgk..pandangan org.

Tapi, bagi mamat tu plak, bagi org lain mungkin akan ckp wanita tu biasa2 sahaja, tak ada yg menarik sgt tapi bagi mamat tu, dpt memikat wanita itu adalah bagaikan satu kemenangan yg besar utk dirinya. Sbb apa? Satu sbb shj. Because the woman is different. She can't be control!

Kita mmg dah sedia maklum naluri lelaki yg suka bersaing ala predator suka menakluk org lain. Begitu jugak when it comes to relationship. Selalunya ada sbb mengapa kita pilih pasangan kita. Bila seorg wanita itu unpredictable pada mata lelaki, she will become sexy dan lelaki agak tercabar bila berdepan with this kind of woman. Contoh paling senang, tgk citer "Boys over Flower", Tak kisahlah korang tgk version yg mana, still heroin tu seorg yg sgt unpredictable. Sbb tu hero dlm citer ni berbulu jer dgn heroin dia. Tapi..in the end, hero tu tetap nk kat heroin ni, falling in love with her.

Itu buku tu yg ckp. Sejauh mana kebenarannya, aku tak tau. Tapi, ada kebenarannya jugak. Sometimes kita tgk ada couple yg pada pandangan mata kasar masyarakat kita agak awkward. Bf hensem, gf so so. Gf cute, bf so so. See..biar apa pun, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Satu lagi point yg menarik minat aku, seperti di bawah;

“Men see the way you dress, and then make assumptions about your relationship potential.  He would rather see a form-fitting blouse than a plunging neckline, and he’s much more fascinated by a long skirt with a slit up the side than a micro-mini skirt that shows the whole leg.”  Agree or Disagree?  Why?

Aku jawab "Agree". So, betapa lelaki2 di luar sana mmg suka tgk benda2 terdedah ni..in the end, wanita sebegini yg diorg carik. Pernah dgr term " Awek main2 dan Awek buat bini"? Sila fahamkan term di atas. Katakan kalau aku lelaki, aku lebih suka perempuan yg tak menayang aset2 di bdn dan yg seangkatan dgnya. Rugi wei...Heh. Katakan gf ko pakai mini skirt. Naik eskalator, nk memanjat eskalator tuh..macam2 ko boleh nampak..Oops..ni bukan 18sx ok.Selalu yg suka pakai mini skirt mcm ni amoi2 putih melepak tu ha..cuba ko perhati, kengkadang aku yg ternampak pun segan, malu wei. Diaorg leh wat selamba jer. Selulit berlipat2 habis sumer nampak.Ceh. Lagi satu, pakai baju macam tak pakai baju. Especially kalau baju yg jenis baju jarang, yg boleh nmpk bra kalau tak pakai baju dalam. Sekarang ni org mcm tak kisah pun, kalau dh nama pun baju dlm, nk pakai baju jrg tu boleh, tp cover la pakai singlet ke hapa ke. Takkan itu pun ko nk tayang?

Overall, this is a fun book, tapi mcm yg aku ckp dari mula, ada certain points yg tak sesuai utk diapplykan mengikut keadaan. Buku ni ok, tapi terlalu byk meletakkan teori dan syarat dlm relationship. Kalau ko nak relationship ko berjaya, ko kena buat mcm ni, dan ini..dan ini..and the list continues.

Let me tell you one thing. I used to try some of the things inside this book and my relationship never works.

So, I drop all the do's & don't s in relationship and be myself. It works. :)

p/s: Sumber gambar dari google.











Thursday 3 October 2013

Adakah Anda mangsa Fesyen??

Korang suka berfesyen tak? Aku suka. Sapa kalau ckp tak suka tuh..err..sendiri mau ingat la ek.




Tapi, dalam korang bereksperimen dlm nk berfesyen nih,kena ingat satu perkara yg mungkin kita tak mahu berlaku kat kita. Jadi MANGSA FESYEN. Ok, mengikut apa yg aku tau, kalau kita nk tau samada kita jadi mangsa fesyen ataupun tak adalah bila kita asyik mengikuti perkembangan fesyen dan cuba nak jadi mcm apa yg kita nmpk. Ala2 "Copy & Paste". Lalu bermulalah episod kita asyik nk shopping, beli baju baru, tudung baru, seluar baru yg "In" demi nak merealisasikan apa yg kita tgk dlm majalah fesyen entah apa ke jadah sumer tuh. So..poket teramatla lobos..sbb as you know, nk berfesyen mmg byk pakai duit, tp tgk gak kebijaksanaan kita pilih fesyen mcm mana. Jgn disbbkan nk terlalu "In" sgt jadi "Out". Tu dah bukan fesyen namanya, tu namanya sengal tak bertempat.Heh. Duit habis..org mengata lagi adalah.

Nak berfesyen boleh tapi jadilah diri sendiri. Mungkin apa yg kita tgk kat majalah mahupun TV hanya gimik  dlm dunia fesyen. Tak mustahil jugak ada benda macam tu. Fesyen diinspirasikan dari sesuatu dan kita cuma patut pandai menilai apa yg sesuai dgn diri kita. Apa yg model2 tu sumer pakai bukan semestinya apa yg terbaik pada kita.

As you know we all individuals are special. So, jadikan personaliti kita titik tolak dlm menilai apa yg kita pakai. Setengah org pakai Jeans dgn t-shirt pun dah ok, terserlah gak citarasa dia yg sebenar. Trick dia hanya pada material yg dipilih. Biar simple asal nmpk elegan dan org tak ketawakan kita lagi bagus, dari berani bermain dgn fesyen then end up dead end. Tu nmpk sgt tak cool. Setengah org mmg bergaya tp dia masih nampk smart atau cantik dgn fesyen yg digayakan. Itu namanya gifted. Kau mmg fashianista dude!

Kat Malaysia ni dah macam2 fesyen wujud, ada J-POP, K-POP, Ala arab, tudung pusing sana sini..ikat sana sini..dan entah macam2 lagi...it's good to know that Malaysians now are better in getting what they want. Suka aku tgk, sbb dari org pegi keje hinggalah budak2 hingusan mmg stylo habis. But then, fashion as you want..but be real.

Whatever it is..stick to the basic..macam biasa yg paling basic adalah yg paling menawan. :)

p/s: entry paling sikit pernah aku buat. hahaha

p/s: sumber gambar dari google