Nuffnang Ads

Monday 18 May 2015

Ronasutra Pressed Mineral Foundation

Kalau siapa yang pakai brand Ronasutra, mesti dah tau yang Ronasutra dah keluar mineral powder dia yang baru, dalam bentuk compact!

Kredit Ronasutra.com


Seriously..aku dah lama berharap Ronasutra keluarkan produk dia dalam bentuk compact powder, Finnally..keluar jugak akhirnya.

Harga Ronasutra pressed Mineral Foundation ni dalam RM58. Beza RM10 dari Mineral foundation powder dia. Tapi, berbaloi untuk dibeli sebab lagi senang nak pakai dan tak leceh. Jangan risau..harga pressed powder ni dah termasuk dengan GST. Kalau nak beli beli cuba singgah kat diorang punya booth kat Plaza Masalam ataupun kat The Curve. Beli online pun boleh. Try google k..XD.

Kelebihan? Boleh refer gambar di atas. Berdasarkan pengalaman aku pakai pulak:

1- Coverage dia lebih tebal berbanding Ronasutra mineral powder foundation. Tak payah touch up banyak2 pun tak ape. Penggunaan digalakkan memakai sekali dengan mosturizer dan sedikit concealer, terutama pada bahagian mata sebab aku perasan kena letak concealer sikit baru menjadi efek pressed powder ni, dan kalau nak tahan lama, pakai make up Primer. Tak kisah lah brand ape sekalipun , janji korang cantik! Meh3

2- Tak payah susah2 lapik dengan kain, tisu bagai. Pakai dengan bangga sambil korang menepek pressed powder ni ke muka. 

3- Pastikan pilih pressed powder yang serasi dengan warna kulit muka korang. Macam aku, kalau aku pakai mineral powder dia, aku pakai Cream Peach (Kod 01), So, untuk pressed powder ni, aku pakai kod PF01 (Warna sama seperti Cream Peach) . Takut nanti kang salah pilih, muka akan jadi terlebih putih. 

4- Jimat masa untuk make up. Selalu aku make up dalam 10 minit, Sekarang dalam 5 minit pun aku boleh siap! Sebab aku bukannya makeup sangat pun. Cukup la dengan toner, mosturizer, concealer sikit, pastu pressed powder ni, diikuti dengan lip Ice dan maskara. Enough! 


5- No skin breakout or anything! Feels the same like using its mineral powder but more thicker. And it last longer on skin compared to its mineral powder,

6-Seperti mineral powdernya, pressed powder ni pun hanya ada dalam 5-6 bahan sahaja, Tak banyak bahan kimia. Bagus untuk kulit.


Kekurangan? So far, aku pakai ok jer la. Nak kata takde langsung kekurang tu tak la..Macam biasa kalau dah lama sangat kat muka, kena touch up sikit2 . But kalau muka korang jenis berminyak, make sure, serap dulu segala minyak di muka dengan oil control film ke apa ker..takut bercapuk jer kalau tak buat dulu..


Rating yang boleh aku bagi 4 out of 5 . Kenapa 4? Sebab muka aku ni susah betul nak terima bedak/pressed powder yang lain. Salah pakai jer, break out.. Haish..tension den. So, dengan adanya pressed powder Ronasutra ni, memang aku akan beli yang ni je la.. 


p/s: Just for sharing based on experience. Ini bukan entry berbayar. 






Monday 4 May 2015

" Heard it as a Rumor"

Kalau siapa yang memang kipas susah mati drama korea, mungkin ada yang follow citer baru yang tengah ditayangkan kat Astro Channel 393, "Heard it as Rumor", setiap Isnin dan Selasa, pukul 9 malam. Honestly speaking, reason being aku follow drama ni sebab props dan so called "dark furniture" yang ditonjolkan dalam citer ni. Gabungan perabut moden dan tradisional Korea/Jepun yang nampak unik dan "elegan"membuatkan aku rasa tertarik nak follow drama ni. But then..itu antara external factor yang sangat menarik berbanding drama2 korea yang aku pernah tonton sebelum ni.

Sumber gambar Google


Rupanya..bila aku dah start follow dari mula drama ni agak addicting pada aku. Entah kenapa tapi rasa macam best dan aku boleh relate drama ni dalam dunia realiti. 

Alkisahnya drama ni mengisahkan tentang Seo Bom (Ko Ah Sung) dan teman lelakinya, In Sang (Lee Joon) yang merupakan anak kepada keluarga elit dan ternama di Korea yang menjadi 'ibu bapa muda' (dek terlanjur dan Seo Bom mengandungkan anak luar nikah In Sang) akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Namun, disebabkan keluarga In Sang dari keluarga elit dan ternama agak sukar bagi ibu bapanya menerima Seo Bom yang berasal dari keluarga biasa. Pelbagai insiden lucu dan tidak disangka terjadi dlm drama ni hingga aku pun senyum simpul jer time tonton drama ni. HAHAHA.

Tapi..watak yang paling menarik dlm drama ni tentulah Seo Bom. Bagaimana cara dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan keluarga In Sang, cuba adapt dengan adat, budaya dan disiplin yang cukup ketat yang menjadi amalan turun temurun keluarga In Sang. Hanya disebabkan Seo Bom ingin jadi seperti bapa mertuanya yang berkuasa dan kaya. Hasil usaha keras dan sifat semulajadi Seo Bom yang bersikap ingin tahu dan bijak menggunakan kuasa, ibu bapa mertuanya semakin sayang dan  menerima Seo Bom  dan keluarganya, biarpun pada mulanya keluarga mertua Seo Bom tidak boleh menerima keluarga Seo Bom. Aku jugak agak kagum dan tertarik dengan pendekatan keluarga In Sang yang sentiasa mengatasi segala gossip semenjak mereka mendapat "Instant grandson" secara positif dan bijak dalam menyembunyikan perkara tersebut dari perhatian media dan umum.

Drama ni masih lagi on air. Rasanya panjang lagi kot sebab total episod untuk drama ni adalah 32 episod. Still a long way to go. Bagi aku pulak, menonton citer ni setiap Isnin dan selasa pukul 9 malam ibarat melepaskan tension kerja. XD

Actually, kalau difikirkan balik, banyak mesej yang terdapat dalam drama ni. Boleh kata sekarang ni kalau sesiapa mempunyai kuasa wang dan politik , kira orang tu memang "otai" la. Bezanya, dalam drama ni, macam mana keluarga In Sang tolong Seo Bom cuba untuk mengubah hidup dirinya sendiri dan keluarganya tanpa menggunakan wang tetapi cara lain seperti menaikkan status atau taraf hidup keluarganya sedikit demi sedikit cukup brilliant pada aku. Dapat mengelak supaya orang tidak mengambil kesempatan dan orang jugak tidak mengata.

Cuba tengok drama Melayu pulak. Kalau anak orang kaya kawin dengan anak orang biasa, jika besannya tu orang miskin, bukannya nak difahami, dihina lagi adalah. Entah apa2.

Bukanlah nak mengata drama luar ni bagus sangat, tapi, dah terang lagikan bersuluh, drama Melayu kita masih lagi di takuk lama dan sorry to say, sangat tak berkualiti. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku tengok drama Melayu yang berkualiti. Banyak sangat drama melepaskan batuk di tangga, sambil lewa dan so called novel adaptation yang entah apa2. Macam mana nak sokong produk sendiri kalau aku pun tak faham drama2 Melayu ni nak sampaikan mesej apa pun tak tau.

Asyik2 nak promote cinta pelik2. Macam drama Ariana Rose tu. Terlanjur dulu baru bercinta hingga ke syurga . Hah? What the heck??


P/S; Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2.