Nuffnang Ads

Wednesday, 3 September 2014

Berebut kicap punya pasal maka jadilah Good Daughter Hana!

       Masa dulu2 time aku still lagi kasar, asyik dok pakai t-shirt besau dengan jeans, taknak pakai kain, baju kurung apa sumer, ramai dok confuse aku ni lelaki ke perempuan. Muka pun tak nampak macam perempuan sangat sebab ramai kawan lelaki aku cakap aku ni muka garang. Perangai pun tak serupa perempuan dah. Asyik nak bergaduh..pernah kena panggil dengan cikgu disiplin sebab aku pernah "swing" (tumbuk) muka kawan lelaki sekelas aku sebab dia tak henti2 ejek aku hodoh!  Puas rasa dapat bagi sebijik dekat mamat ni. Biarpun tangan aku pijar, sakit kena rotan dengan papan pembaris yg tebal tu beberapa kali, aku tak rasa menyesal pun dengan apa yang aku buat. Mulut mamat tu busuk sangat! And he deserves it!




Eh...terover plak mukadimah aku ni. Aisey, benda tu berlaku kat masa aku sekolah rendah. Citer lama dah pun. Cuma bila aku tengok satu citer Korea yang tengah hot ditayangkan kat ONE HD sekarang ni, aku teringat kisah dulu2. Hehe.

Good Daughter Hana. Korang tengok tak citer ni? Aku memang tengah follow citer ni sekarang. Everyday dari hari Isnin sampai Jumaat tak miss tengok citer ni. Walaupun sometimes citer ni boleh dikatakan meleret2 la jugak tapi aku still nak tengok sebab best. Sometimes, adegan diorang nak berbincang pasal pewaris je pun dah dekat 10 - 15 minit. Bezanya kenapa aku masih lagi boleh layan tang diorang dok borak apa sumer tu adalah perbincangan diorang tak la mengarut sangat. Macam biasa, kalau dah namanya drama, of course banyak giler drama dan tipikal citer korea confirm ada dalam drama ni.

Alkisahnya citer ni pasal cucu2 chef diraja keluarga Jang yang selama 400 tahun yang menghasilkan kicap bertahan dalam dunia perniagaan Korea. Tapi, citer ni lebih berkisarkan hidup Jang Ha Na aka Jang Eun Seoung, seorang cucu perempuan yang paling bongsu menyamar sebagai lelaki pada mulanya atas idea ibunya yang mahukan kehidupan Jang Eun Seoung lebih terjamin. Macam2 yang Jang Ha Na ni dah lalui tapi dia tetap tak nak mengaku kalah demi membuktikan kebolehannya setanding cucu lelaki yang secara tradisinya mewarisi perniagaan keluarga.

 As usual, cheezy korean dramas.Contoh, lead lelaki suka tolong heroin diam2, ada sorang lagi lead lelaki tanpa disedari dah nak terjatuh cintan kat lead heroin.Ala2 cinta tiga segi la gamaknya. Heh. Adegan benci membenci, busuk hati, dan macam2 lagi la so called drama dalam citer ni. Tapi sumer adegan tu seronok ditonton sebab lakonan masing2 yang memang real dan nampak kebencian antara satu sama lain. 

Tapi, dalam best2 jugak citer ni, entahlah, maybe it's just me. Time mak tiri dan nenek tiri nak buat jahat, macam ada je tak logik dia. Pastu, sumer orang tak nak bagitau atuk dia keadaan yang sebenar. Yang aku geram tu, sumer pembantu dan orang gaji atuk dia baik2, kenapa still lagi buta tuli ikut jer arahan mak tiri dan nenek tiri  lead heroin? Boleh jer dok bantu lead heroin diam2. Ahaks. 

Part nak busuk hati dan benci membenci pulak, eii,, memang menaikkan darah aku la. Aku yg tengok pun rasa geram. Orang kata kalau kita dah dok menyampah dengan lakonan seseorang artis tu maknanya lakonan dia berjaya la. Dengan memek muka tak sedar diri masing2. 

Seronok tengok citer ni sebab personally aku memang suka karektor lead heroin. She's calm, rational,tough but at the same time she's a well raised daughter with a big heart. Jang Eun Seoung aka Jang Ha Na. Kengkadang aku pun konfius tengok minah ni. Sukar nak dipastikan jantinanya hahaha.  Part yang paling aku suka bila Jang Ha Na ni gi bantai abang tiri dia. Daebak habis!  Dan...Part yang paling kelakar bila adik perempuan lead lelaki kedua jatuh hati kat lead heroin. Siap nampak bersinar2 jer muka Jang Ha Na ni..Ahaks. Lawak giler. Aduyai.XD.

Papepun...citer ni memang best utk di layan. 

p/s; Sumber gambar google.






No comments:

Post a Comment