Nuffnang Ads

Friday 20 June 2014

Think: Kaitan antara World Cup dan MC

Hi...





Demam World Cup 2014 AKA Piala Dunia dah pun bermula sejak beberapa minggu yang lepas. Maka berpusu2lah update kat Facebook, Twitter pasal World Cup. Siap terang2 cakap sapa yang disokong...bla..bla..bla..pastu, update profile apa sumer, tangkap gambar sekreatif yang mungkin lalu diupload ke Facebook takpun Instagram. See? macam tu hebat penangan World Cup. Yela, dah semua orang cakap; "Ala..4 tahun sekali maa"... Hmmm...Heh. Tu belum lagi masuk post sengal pasal World Cup yang buat rules untuk isteri2, tunang2, girlfriend2 comey sekalian yang tak boleh ganggu mahupun komen apa2 pasal team bola yang diorang minat dan entah apa2 la lagi. Macam la tengok bola tu boleh bagi ko duit, takpun buat ko kaya.Heh.


Tapi, kalau orang yang memang tak suka tengok bola macam aku ni ha seriously takde rasa pape pun. Ala..bola je pun...nak tgk sekumpulan lelaki beramai2 kejar sebiji bola semata2 nak masukkan bola dalam gawang gol. Tu je la. Pastu nak kena bersengkang mata plak? baik tak payah. Tidur lagi best. Heh. 

Bercakap pasal  fans bersengkang mata semata2 nak tengok bola di awal pagi ni, confirm tetiba MC naik mendadak. Ye la, dah ramai yang apply MC semata2 tak dapat bangun gara2 bola. Semua ni berkemungkinan besar menyebabkan produktiviti syarikat terjejas, disebabkan ramai pekerja yang MC, ponteng kerja mahupun datang lewat ke pejabat. 

Mana taknya, nak tengok siaran langsung jer dah dekat pukul 3 atau 4 pagi, of course memang akan jadi mata panda bila datang ofis. Pastu, badan rasa letih dan tak cergas. Yela, dah kesiangan, mengantuk di pagi hari. kalau tengok time weekends jer takpe. Sebab boleh qada tidur lepas tu. Kalau tengok hari2, paham2 snediri je la.

Di China contohnya, seorang peminat bola sepak meninggal dunia kerana langsung tak tidur selama 2 hari gara2 World Cup. Sampai macam tu sekali fanatiknya peminat bola nih. Umum mengetahui manusia memerlukan rehat yang cukup demi kesihatan diri. Bayangkan kalau kita tak tidur selama 48 jam, tak mengantuk ke wei? mesti rasa moody, rasa cam tak best. Pastu buat keje pun mesti banyak kesalahan sebab tak fokus. 

Nak tengok bola boleh, nak jadi peminat bola pun, boleh tapi biarlah berpada2. Kalau tak dapat nak tgk time waktu keje, kalau ada Astro kat rumah tu, rakam je la. Bukannya susah pun. So, pagi esoknya lepas balik keje pun korang boleh tgk jugak. Aku tau certain people lebih enjoy siaran live tapi kalau impaknya tak membantu diri sendiri buat per? Kalau sakit dah tak boleh enjoy tengok dah.. kita sakit sekalipun World Cup still jalan!

Seperti gambar yang aku letak, Khairy Jamaludin try nak mintak MC pun PM kita tak bagi. Cool giler!

Till then peeps!

P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis. Kredit gambar dari Wanista.



Sunday 15 June 2014

Past & Present....




April tahun 2007....aku baru je tamat Degree aku dalam bidang Sains Politik, major in Internal relations...so..bila dah habis ni..aku cakap kat diri aku...

Selamat tinggal US Foreign Policy...goodbye Weapon of Mass Destruction...selamat jalan Principals of Macro Economics...sayonara Introduction to Law...dan semua course yang pernah aku amik, study dan score. Ada yang baik..cukup2 makan dan ada jugak yang aku fail...heh. See...aku taklah pandai sgt pun...dan last but not least...its time to face the real world....


6 Months. Masa yang aku amik untuk dapatkan keje. Betapa tempoh 6 bulan yang aku lalui ni banyak cabaran dan dugaan..kena perli dgn family sebab ada degree tapi tak dapat keje..sedara mara dok tanya bila nk dpt keje...kengkawan bila jumpa dok saing asyik tanya keje apa yang ko dapat? Gaji berapa...asyik bandingkan aku dengan anak orang lain takpun adik beradik sendiri..dan macam2 lagi soalan yang seriously memang buat aku pressure dan pening tak tau nak cakap apa...

So...bila kita selalu ditekan begini...aku rasa letih. Penat. Semua orang seakan menghukum hanya disebabkan aku masih tak dapat keje walaupun lulusan universiti. Kadang2 orang lupa yang rezeki masing2 tu banyak caranya kalau Allah nak bagi. Mungkin ini yang berlaku kat aku. Tapi.. rezeki tak datang bergolek kalau tak berusaha. Lepas jer majlis kahwin abang aku selesai...aku terus carik keje. Atas bantuan seorang kawan...akhirnya aku dapat keje jugak...

Biarpun ianya cuma kerja kontrak biasa selama sebulan dengan gaji yg ciput...aku still terima dengan rasa syukur. Bila aku bagitau kat family aku diorang tak kata apa2 pun. Macam tu je la..
takde pujian ...tiada apa2. Deep down in my heart...walaupun aku tak patut cakap aku sebenarnya agak terkilan dgn semua tu tapi aku just cool down jer..tapi bila difikirkan balik maybe takde apa yang nak diorang bangga atas kejayaan aku pun. Kerja HR Admin Asst je pun.sapa nak bangga ye dak?. nak buat macam mana...parents aku memang tak berkenan aku keje swasta.


Dan bermulalah kehidupan aku kembali ke KL. Aku pindah balik KL atas dasar kerja..dan tanpa bantuan sesiapa. Aku sendiri yang cari rumah sewa, biayai sendiri segala perbelanjaan. Hanya Allah shj yang tau macam mana extremenya aku ikat perut sebab gaji kecik tak cukup nak buat belanja. Siap Maggi tu aku belah dua pasal takde duit nak makan. Ada jugak 2 atau 3 hari aku cuma alas perut dengan roti dan air kosong..semata2 nak survive. Nampak macam apa yang kita selalu tengok dalam drama Melayu kan tapi itulah hakikatnya yang aku lalui. Seksa memang seksa...tapi aku buat dunno je. Sabar jelah...sebab takde sesiapa akan tolong aku. Full stop.

Dari segi keje plak, nama pun fresh grads so banyak benda aku kena belajar dari mula. From zero to something. Mula2 keje selalu kena marah dan buat salah tu biasa...aku tak kisah kena marah janji aku boleh settlekan keje aku.The most beneficial  life lessons yg sebenar bukannya masa universiti...zaman kita boleh honeymoon..tak datang kelas, ponteng pun takpe sebab kawan akan tolong signkan attendance kita tapi adalah saat dimana kita dah mula bekerja nak carik duit sendiri. Aku tau orang underestimate aku masa mula2 keje just because so called fresh grads status. Heh. Even ada satu insiden yg lebih menguatkan semangat aku utk terus bekerja adalah seorang consultant ni yg sgt pndg rendah pada aku..but i take the challenge. Akhirnya..dari budak temps yang selalu kena buli finally diserap sbg permanent.

Dah jadi permanent...gaji dah up but still negative impression dari family tu tetap ada. Aku still tak phm kenapa . Probably sebab aku masih lagi dlm.sektor swasta kot. Gaji pun cukup2 makan dan masih tak terlalu mapu lagi nak tolong family. Bila parents aku berleter suruh tukar keje, aku lebih suka mendengar dari mempertahankan diri aku sendiri. Tadah telinga jelah gamaknya. Maybe sebab tu kot aku lebih suka duduk sengsorang kat KL dulu dari balik rumah parents aku. 

Rezeki aku agaknya lepas 2 tahun kerja dinaikkan pangkat dan gaji lebih bagus. Masa berlalu terlalu cepat. Byk pengalaman kerja yg aku dpt and now its time for me to change...

Aku decide untuk resign. Sebab...aku nk cari dan buat benda lain pulak...Alhamdulilah sebelum notis berhenti kerja aku habis aku berjaya dapat kerja di sebuah company swasta yg lebih baik  dan aku boleh belajar banyak lagi knowledge kat company baru aku ni.

But being in this new company for the past few years was kinda rocky to me. Macam naik roller coaster but I managed to survive. Sampai sekarang aku masih lagi boleh bertahan even kerja bertimbun2. Masuk tahun ketiga bekerja byk benda yang aku dah mahir dan boleh siapkan dalam tempoh yg singkat.

Compared to the good old days...I think I achieved more now. Hidup aku lebih terurus...tak perlu nk ikat perut lagi..orang sekeliling pun dah tak cakap banyak dah..including my parents.. Please don't get a wrong message about my parents. Although they lecture me a lot, hakikatnya diorang cuma mahu yang terbaik untuk aku. Mungkin pada parents aku usaha yang aku buat tak cukup so that's why diorang sangat tegas dalam mendidik aku.I'm not trying to impress or brag about myself but hey, it's a fact. Selagi kita tak buktikan sesuatu pada orang yang pandang rendah kat kita ni, selama itulah diorang akan labelkan kita  tak mampun untuk berjaya. Kejayaan tu tak semestinya kena hebat, cukup andai kita mampu buktikan yang kita boleh berdikari dan tahan dengan cabaran hidup. Selain tu, hidup ni kena banyak sabar. I admit I am not a patient person, but I can manage to be as much as patience as it gets. 

Well..i guess all those pain and vain i've been through paid off. Looks like not all of it goes straight to the drain.

After all...no pain..no gain.

Cheers.


P/s: pendapat hanya nukilan penulis semata2. Sumber gambar google.

Thursday 12 June 2014

Fatih Seferaganic - Kenali Qari Muda dari Amerika...

Kenal tak dengan tuan empunya nama bernama Fatih Seferagic yang hensem ni? Seorang Qari muda bukan berketurunan Arab yang berasal dari Bosnia, tetapi dilahirkan di Germany dan seterusnya berhijrah ke US (Bukan Ulu Selangor ok).  



Aku maybe memang dah out to date punya manusia yang tinggal sebab Fatih ni pernah datang ke Malaysia tahun lepas..tapi disebabkan kejahilan aku yang suka Google benda bukan2 maka aku terlepas pandang contoh2 baik macam Fatih ni. Heh. Harap dapat dimaafkan..mihmihmih...

Fatih pada mulanya tinggal di Baltimore selepas berhijrah ke US ketika usianya 4 tahun dan belajar hafazan selama 7 tahun di Islamic Society Baltimore , di bawah tunjuk ajar Syeikh Qari Zahid & Qari Abid. Beliau kemudian berpindah ke Dallas selama 10 bulan mempelajari bahasa Arab klasik di Bayyinah's Dream. Kini, beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan guru Qur'an. Fatih juga dilantik sebagai Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Yang membuat aku tertarik adalah...even Fatih adalah seorang hafiz, dia masih seperti remaja2 di US yang lain. Hobinya seperti menulis, membaca, main games, belajar bahasa, falsafah dan psikologi malah ice-skating seperti kebanyakan remaja kita. Bezanya, level Fatih ni sebagai seorang belia atau remaja lagi up dari kita sebab muda2 lagi dah boleh hafaz Al-Quran. Point aku..pernah dengar seorang Qari atau Hafiz hobi dia suka main games? Sempoi giler. Heh. Siap ada Facebook dan Twitter. Fuyoo...



And..walaupun dia handsome..muda2 dah jadi laki orang..so, gigit jari je lah hijabista kat Malaysia ni hah yang dok angau kat mamat ni.. Takpe..stok "Qari" Malaysia ramai lagi. Pilih..pilih..Mihmihmih..

Fatih adalah antara a few rare teenage Islamic role model yang boleh dijadikan teladan buat belia2 kita kat sini, dari kebanyakan teenage role model yang entah apa2...contohnya macam Justin Bieber. One word for JB..Loser! Eh,.apa aku mengarut dok masuk pasal JB lak nih...duh!

Kalau nak ketahui lebih lanjut pasal Fatih ni, aku letak je la facebook dan Twitter link dia..




* Artikel dipetik dari blog ini HITAM PUTIH KEHIDUPAN

P/s: pendapat hanya luahan penulis semata2. Sumber gambar google.


Wednesday 11 June 2014

Tips: Favourate casual celebrity style!

Yellow is Royal!
Hi hi hi...

Tengok gambar selebriti bergaya mulalah nak terperasan nak pakai baju macam apa yang artis tu pakai..nak pakai cam gini la..itu la..apa la.entah masuk entah tidak tak tau la..tapi..it's fun sekali sekala cuci mata..

Ok..entry aku kali ini adalah entry spam gambar banyak2..sebab takde idea sangat nak tulis apa, tadi tengah dok google kat Polyvore.com yang baju memang lawa giler tapi harga boleh bikin kikis duit gaji aku terus sebulan tetiba terasa nak buat entry pasal casual style. Antara pilihan aku adalah style dari Kate Middleton, Emma Stone, Kate Moss, Nina Dobrov, Song Ji Hyo dan Lily Collins...

Mari kita layanzzz....

LILY COLLINS
Comey jer..sweet!

Wow!

Simple yet classy!

semuanya pun sempoi jer!

EMMA STONE

Ayu gitu!

semua i Loike!!!

How to style like Emma Stone!

I adore this dress! 

Cool!



KATE MIDDLETON


Something that I will adapt!

Close UP!

Style like the princess!


Princess in style!



KATE MOSS, NINA DOBREV, KIRSTEN STEWART & SONG JI HYO

Simple is the way





I love this the most!!!!!!


P/S: Sumber gambar google.




Monday 9 June 2014

Think: Trend peminta derma & salesman zaman sekarang

Hola...



Katakanlah satu hari ni korang tengah relax2 enjoy lunch sambil lepak dengan kawan2 mahupun family atau husband dan wife masing2 makan2.. tetiba ada la hamba Allah ni datang dgn penuh budi bahasa...
Bagi salam dulu

"Kak ..abang  mintak maaf menganggu..saya ada jual satu produk yang bla..bla..bla..

Tak pun

"Kak..abang..sorry ganggu time abang tengah makan ni...saya dari rumah anak yatim bla..bla..harap boleh menderma dengan ikhlas...bla..bla...

Hmm...Pfft. Tak terkata hendaknya.

First of all, time makan adalah time ataupun masa untuk kita berehat dari segala kerja yang kita tengah buat ataupun bakal buat. Pada aku la..bukan benar2 masa yang sesuai untuk meminta derma atau menjual barang2 dan sebagainya. Aku tau zaman sekarang ni memang ramai yang buat idea yang unik dan kreatif dalam berniaga tapi agak -agak la. Takkan time tengah makan pun korang nak masuk line gak??.

Seriously..benda ni selalu terjadi kat aku masa time lunch. Orang mintak jual barang bukan2. Bukannya kita perlu sangat pun barang tu tapi salesman kalau nak masuk line bukan main lagi ayat2 pengayat dia. Nak lagi best, siap dia berdiri sebelah kita macam tak nak blah kalau tak beli barangan dia..so, kalau orang tu macam tak selesa nak tak nak terpaksa beli jugak la..barangnyer pun bukan murah..ada yang lagi mahal dari pasar malam. Contoh..apek jual DVD cetak rompak..siap duduk depan kita suh belek2 citer2 baru yang telah dirompaknya...aku still prefer enjoy tgk wayang ..takpun tgk kat astro first sudeh...

Tu baru satu contoh, contoh yang lagi satu ni..ini hanya pendapat aku je la..ada yang gunakan unsur agama untuk tarik pembeli. Nak jual barang boleh...tapi kalau dah menyalahgunakan agama untuk sesuatu kepentingan tu..memang aku tak bagi muka la. Ada satu hari ni ada sorang salesman ni panggil aku non-muslim hanya disebabkan aku tak jawab salam!! Macam mana aku nak dgr dia bagi salam sedangkan telinga aku bersumbat earphone?? Pastu..bagi pandangan yang sangat sinis pulak tu.. Terasa den.. huhuhu...tapi tak kisah...bab2 double standard ni memang aku dah biasa dah hoh! Heh.

Tu baru bab salesman jalanan, belum bab orang mintak derma lagi...orang zaman sekarang ni mintak derma memang kreatif. Cakap dengan berbudi bahasa, tunjuk license mintak derma apa sumer..entah betul entah tidak tak tau la..tapi, bila orang mintak derma kat aku ussually aku akan just ignore sahaja. Esok aku tgk muka orang yang sama jugak mintak derma. Yang kesian kengkadang, pelancong..kena tipu hidup2 wei.

Lagi satu, kalau korang selalu jalan kat KL Sentral, ada a few ways diorang nak kenakan ko atas nama belas kasihan. Yang ni memang jadi kat aku. Atas dasar nama nak tolong menolong orang yang kurang upaya ni...aku tertolong seorang mak cik tua keturunan India sorang ni sebab dia ni cacat penglihatan (buta)  asyik terpekik2 mintak tolong nak pergi LRT. Aku pelik apasal semua orang tak nak tolong, last2 aku tolong la jugak..Hah...time tu la...pancing dah mengena..

" Miss , you are so kind, thank you for helping me". kata mak cik tu.

"No worries, I was on my way to take LRT as well". Balas aku.

Then...dalam dia dok berbual2 tu, tetiba dia keluarkan satu paket kecil warna pink mengandungi minuman ala2 Milo la kiranya. 

" Miss, you can help me by buying this nice drink, it's only RM1" mak cik tu berkata lagi.

" Urm...It's ok.. I do not need that. Thanks!" Balas aku pulak.

Tapi, dia punya memaksa nak suruh aku beli tu..memang menjengkelkan. Seriously, dan aku suspect dia sengaja taknak  bayar tambang tren LRT dia. Aku plak time tu memang rasa macam dah malas nak layan mak cik tu lagi so aku tanya dia nak pegi mana, dia cakap nak pegi Asia Jaya, so aku pun bayarkan je la tambang dan aku cepat2 blah dari situ lepas aku hantar dia naik ke platform yang sepatutnya.

Another similar tactics same like this:

Ada sorang pak cik tua berketurunan cina ni pulak, dia pun cacat penglihatan jugak, pun gunakan cara yang sama. Bezanya, dia takkan jual apa2, dia akan terus direct cakap macam ni;

"Miss can you give me some money? I dont have money to buy food". Pak cik tu berkata.

Kebetulan pulak kes mak cik berketurunan India tu baru je lagi kena kat aku, tak dinafikan time tu memang aku bengang sikit la..Terus aku sound pak cik  tu..

" Uncle, do you always did this to everyone who help you?" Aku balas. Nada aku time ni boleh kata  tegas la jugak.

Uncle tu terdiam.. belum sempat aku nak hantar dia kat LRT dia kata takpe. Then, oklah fine.

See, macam macam taktik sekarang ni. Point aku bukan nak memburukkan mana2 pihak tapi benda ni nampak remeh tapi sebenarnya boleh buat ramai orang kurang selesa. 

Nak jual barang...boleh, tapi biarlah kena pada tempatnya. In fact orang zaman sekarang ni tau je mana nak carik barang2 tu semua in case kalau diorang  betul2 perlukan barang2 macam ni.

Nak mintak derma boleh, tapi biarlah dengan betul dan bukan mengambil kesempatan ke atas sesiapa. Banyak saluran untuk menderma dengan betul, contoh sebagai orang Islam, kita digalakkan membuat bayaran Zakat. Itu lebih baik. Kat masjid pun boleh. Tapi, mintak derma kat restoran mahupun mana2 kedai makan ....ish..sendiri mau ingat la...

Till then peeps.

p/s: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar google.








Tuesday 3 June 2014

Review Filem : MAL...MAL...MALIFICENT

Hi...

Boleh kata agak lama jugak aku tak update blog kecik aku ni ek...kebelakangan ni agak busy dengan dateline work yang tak sudah2..setiap minggu dok dating dgn husband aku samaada kat ofis dia takpun ofis aku...itulah aktiviti wajib kitaorang sekarang...keje macam orang giler..tak kaya2 gak...hmmmm...nak buat macam mana...for the moment layan kan je la...

Anyway...today aku cuti. Yes...dah berapa lama dey aku tak apply leave. Ingat esk nak balik kg. Dah lama tak tgk mak ayah...sob..sob...

Husband aku plak still lagi bekerja pada saat entry ni ditulis... kebetulan mmg aku baru lepas tgk wayang. Since sekarang musim cuti sekolah sesak sket la kat wayang ek...bulan ni boleh kata banyak movie best jugak yang dah keluar...antaranya X-Men- Days of future past...Edge of tommorow ...dan yang paling latest...MAL...MAL...MALIFICENT. Heh.



Between these 3 new release...aku pilih nak tgk Malificient. Reason senang jer. Angelina Jolie. In fact bila gazette dia keluar tempoh hari pun mmg aku dah target nak tgk movie ni. So..stick to the plan...
Alkisahnya citer ni psl seorang gadis pari2 bernama Malificient yang pada zaman kanak2nya seorang pari2 yang ceria dan baik hati. Tapi semuanya berubah bila seorang manusia masuk ke dalam kawasan Malificient ni dan di tangkap mencuri. Di pendekkan cerita Malificient ni akhirnya suka kat manusia yang bernama Stefan ni...

Bertahun berlalu...raja yang memerintah berdekatan kawasan tempat tinggal Malificient ni cuba untuk menyerang dan menjajah tempat tinggal Malificient...namun kalah teruk sbb Malificient merupakan pari2 penjaga yang sgt kuat. Then... raja ni makin uzur dan mula utk cari pewaris yg baru bagi meneruskan niatnya untuk menjajah kawasan Malificient. Stefan ketika itu yang berkhidmat untuk raja merasakan ini adalah peluangnya utk menjadi pewaris takhta ...Stefan masuk ke kawasan Malificient dgn muslihat lain. Dia sendiri ingin membunuhnya. Namun in the end tak sampai hati...Stefan hanya mampu memotong sayap Malificient.Akhirnya, Stefan berjaya mewarisi takhta. Malificient pulak yg terasa dikhianati berubah dari seorang pari2 baik berdendam dan menyimpan rasa marah pada Stefan.

Beberapa tahun Stefan menaiki takhta dia dikurniakan seorang puteri. Dan..Stefan menjemput semua rakyat jelata untuk meraikan perkara tersebut.Kecuali...Malificient.
Malificient yang mengetahui tentang keramaian itu melalui orang suruhannya...Davial, menjadi tetamu tak diundang . Ketika keramaian ini Malificient mengenakan sihir ataupun sumpahan kepada puteri Stefan bahawa pada hari lahirnya yang ke 16, puteri itu yang bernama Aurora bakal tercucuk jari di mesin tenun dan akan tidur buat selamanya. Hanya  ciuman cinta sejati yg boleh menyedarkan puteri itu kembali.

Even Malificient dah kenakan sumpahan kat puteri Stefan, Aurora, dia still lagi rasa nak amik tahu pasal puteri Aurora ni. So..dalam diam..dari kecik sampai Puteri Aurora besar...Malificient secara tak langsung menjadi ala2 fairy godmother but Puteri Aurora ni. Hinggalah Puteri Aurora hampir genap berumur 16 tahun..finally Malificient berdepan dengan Puteri yang dijaganya dalam diam tu, dan Malificient terpaksa mengakui yang dia tanpa disedari menyayangi Puteri Aurora.

Dek mula terbitnya rasa sayang pada Puteri Aurora...Malificient cuba nak tarik balik sumpahan yang dikenakan namun sumpahan tersebut tidak boleh ditarik balik...so..kalau nak tahu apa kesudahan Malificient ni...kena tonton sendiri ok.  XD.

Overall...Malificient sangat tidak mengecewakan. Lakonan mantap Angelina Jolie sebagai Malificient, dari segi lenggok bahasa dan body language sangat menjadi. I always like Angelina Jolie in "Tomb Raider" but I love her more as Malificient. 

Rating 4 out of 5.

P/S: Pendapat hanya luahan penulis semata. Sumber gambar Google.