Nuffnang Ads

Tuesday 3 June 2014

Review Filem : MAL...MAL...MALIFICENT

Hi...

Boleh kata agak lama jugak aku tak update blog kecik aku ni ek...kebelakangan ni agak busy dengan dateline work yang tak sudah2..setiap minggu dok dating dgn husband aku samaada kat ofis dia takpun ofis aku...itulah aktiviti wajib kitaorang sekarang...keje macam orang giler..tak kaya2 gak...hmmmm...nak buat macam mana...for the moment layan kan je la...

Anyway...today aku cuti. Yes...dah berapa lama dey aku tak apply leave. Ingat esk nak balik kg. Dah lama tak tgk mak ayah...sob..sob...

Husband aku plak still lagi bekerja pada saat entry ni ditulis... kebetulan mmg aku baru lepas tgk wayang. Since sekarang musim cuti sekolah sesak sket la kat wayang ek...bulan ni boleh kata banyak movie best jugak yang dah keluar...antaranya X-Men- Days of future past...Edge of tommorow ...dan yang paling latest...MAL...MAL...MALIFICENT. Heh.



Between these 3 new release...aku pilih nak tgk Malificient. Reason senang jer. Angelina Jolie. In fact bila gazette dia keluar tempoh hari pun mmg aku dah target nak tgk movie ni. So..stick to the plan...
Alkisahnya citer ni psl seorang gadis pari2 bernama Malificient yang pada zaman kanak2nya seorang pari2 yang ceria dan baik hati. Tapi semuanya berubah bila seorang manusia masuk ke dalam kawasan Malificient ni dan di tangkap mencuri. Di pendekkan cerita Malificient ni akhirnya suka kat manusia yang bernama Stefan ni...

Bertahun berlalu...raja yang memerintah berdekatan kawasan tempat tinggal Malificient ni cuba untuk menyerang dan menjajah tempat tinggal Malificient...namun kalah teruk sbb Malificient merupakan pari2 penjaga yang sgt kuat. Then... raja ni makin uzur dan mula utk cari pewaris yg baru bagi meneruskan niatnya untuk menjajah kawasan Malificient. Stefan ketika itu yang berkhidmat untuk raja merasakan ini adalah peluangnya utk menjadi pewaris takhta ...Stefan masuk ke kawasan Malificient dgn muslihat lain. Dia sendiri ingin membunuhnya. Namun in the end tak sampai hati...Stefan hanya mampu memotong sayap Malificient.Akhirnya, Stefan berjaya mewarisi takhta. Malificient pulak yg terasa dikhianati berubah dari seorang pari2 baik berdendam dan menyimpan rasa marah pada Stefan.

Beberapa tahun Stefan menaiki takhta dia dikurniakan seorang puteri. Dan..Stefan menjemput semua rakyat jelata untuk meraikan perkara tersebut.Kecuali...Malificient.
Malificient yang mengetahui tentang keramaian itu melalui orang suruhannya...Davial, menjadi tetamu tak diundang . Ketika keramaian ini Malificient mengenakan sihir ataupun sumpahan kepada puteri Stefan bahawa pada hari lahirnya yang ke 16, puteri itu yang bernama Aurora bakal tercucuk jari di mesin tenun dan akan tidur buat selamanya. Hanya  ciuman cinta sejati yg boleh menyedarkan puteri itu kembali.

Even Malificient dah kenakan sumpahan kat puteri Stefan, Aurora, dia still lagi rasa nak amik tahu pasal puteri Aurora ni. So..dalam diam..dari kecik sampai Puteri Aurora besar...Malificient secara tak langsung menjadi ala2 fairy godmother but Puteri Aurora ni. Hinggalah Puteri Aurora hampir genap berumur 16 tahun..finally Malificient berdepan dengan Puteri yang dijaganya dalam diam tu, dan Malificient terpaksa mengakui yang dia tanpa disedari menyayangi Puteri Aurora.

Dek mula terbitnya rasa sayang pada Puteri Aurora...Malificient cuba nak tarik balik sumpahan yang dikenakan namun sumpahan tersebut tidak boleh ditarik balik...so..kalau nak tahu apa kesudahan Malificient ni...kena tonton sendiri ok.  XD.

Overall...Malificient sangat tidak mengecewakan. Lakonan mantap Angelina Jolie sebagai Malificient, dari segi lenggok bahasa dan body language sangat menjadi. I always like Angelina Jolie in "Tomb Raider" but I love her more as Malificient. 

Rating 4 out of 5.

P/S: Pendapat hanya luahan penulis semata. Sumber gambar Google.



No comments:

Post a Comment