Nuffnang Ads

Tuesday 8 December 2015

Why we should hire you??

 Baru2 ni aku ada attend dua interview. Dua2 dari syarikat yang memang established dan agak terkenal . In fact, aku tak pernah mimpi pun nak diinterview oleh dua syarikat ni. Alhamdulilah rezeki, dipanggil untuk hadir ke temuduga. 



So, First interview yang aku pergi, timingnyer jer pun dah buat aku letih. Sebab interview selepas waktu kerja. Mula2 aku negotiate jugak la nak mintak reschedule interview tapi menurut orang yang panggil aku untuk datang interview tu, sebab interviewernyer bakal bercuti panjang, so ikut jer la schedule yang diorang dah arranged tu. Actually tak best sebenarnya datang interview selepas waktu kerja. Yela ..pagi dah busy..rush sana sini time kerja, balik kerja pulak terus datang interview. So, for me, I dont really prefer pergi selepas waktu kerja.

Sampai2 jer, aku kena buat assesment dalam setengah jam macam tu. Assesment ni biasa la..selalu interviewer nak tengok personaliti kita macam mana..bla..bla..bla.. Habis jer, aku terus call person in charge pastu dalam 5- 10 minit, tunggu sementara nak dipanggil interview.

Masuk2 jer dalam bilik interview ni, aku diinterview oleh dua orang wanita. Seorang Melayu ,seorang Cina. And, they way they look at me like..huh?? so called underestimate look gitu. Biasalah..aku ni dari luaran memang nampak macam tak meyakinkan sikit, but I know myself well. 

Antara soalan2 yang pastinya ditanya:

        Tell me about yourself

         What is your greatest weakness?

         What is greatest achievement?

         Do You have any favorite sports?

         What would you be in the next 5 years?

         Tell me about your current job..


Ni antara soalan2 yang masih aku ingat lagi la. Dan aku admit, aku memang boleh jawab soalan2 di atas tapi bila aku pikir balik, ianya bukanlah jawapan yang terbaik yang boleh menggambarkan personaliti dan kredibiliti aku sendiri.

Mungkin jugak sebab interviewer nya body language, cara percakapan  kedengaran tak begitu berminat dengan apa yang cakap sebab they become quite passive and not really asking the right question that I thought they would ask. SO, my interview ended quite short. Less than 45 minutes.

Dan bila aku keluar jer dari bilik interview tu..I know my interview sucks. Whatever..


Then, the next week, I got another call. Also an invitation to attend an interview.

Aku accept. And this time. Aku lebih bersedia untuk jadi diri sendiri.

Tapi masa interview, aku lambat 10 minit gara2 recruitment agency ni blur giler pastu tak reti nak arrange interview betul2. Serius aku pissed off giler tapi aku relax jer la. Takkan nak marah2 pulak kan? Benda dah jadi. Tengah panas pun buat2 cool sudeh.

Alhamdulilah, mungkin dah rezeki, dapat jugak attend interview tu. Kali ni interviewer dia lebih baik berbanding interview yang aku datang sebelum ni. Yang interview aku hari tu lelaki. Berketurunan cina.


Masuk2 jer..dia tanya serba sedikit pasal diri aku. Tell me about yourself tu of course la. Well, kali ni, aku cuba untuk relaks dan jawab sebaik mungkin. 

Tapi, interview yang ni..tak pun bertanya tentang what you will be within the nex 5- 10 years..what is your hobby/greatest achievement..bla2..strictly job related dan aku jawab berdasarkan pengalaman dan teknikal skill yang aku dah pernah experienced sebelum ni.


Berbanding interview aku sebelum ni, this inteview was way much better. Aku lebih yakin dan bersedia. Titik.


So, in summary, sometimes dalam interview ni..macam2 boleh berlaku. Macam kes aku, bila di pikirkan balik, aku sebenarnya tak boleh nak expect apa sebenarnya interviewer nak sebab lain company, lain ragamnya. So, benda yang paling penting adalah, kita sebagai calon temuduga perlulah sentiasa bersedia. Tak kisah lah korang nak jawab, redah interview macam mana sekalipun, yang penting, get ready and be prepared. Sebab kalau tak prepared, rugilah..mana tau kot2 leh dapat kerja baru ke apa ke..

Dan, one more thing, kalau kita masih bekerja, soalan favourate diorang, why do you want to leave your current job? Why we should hire you?

Kalau korang macam mana korang nak jawab??


p/s: pendapat hanya luahan berdasarkan pengalaman penulis. Sumber gambar Google.