Nuffnang Ads

Wednesday 31 December 2014

Throw Back: The bad..the Good of year 2014

By all means...lagi beberapa minit je nak masuk tahun 2015. Ya Allah..syukur Alhamdulilah aku masih lagi berpeluang untuk menempuhi tahun seterusnya. Although aku boleh cakap banyak benda lagi aku tak dapat nak capai dalam tahun 2014 ni..still, lots of good things has happened and it really enlightened my life for the past of 2014.

Sekadar recaps untuk tahun 2014:



1- First time bergelar isteri. Rasa lain sgt. Happy dan hidup lebih terurus.Sebab dulu sorang jer..sekarang dah berdua. Still...kalau nak dapat title isteri mithali tu jauh lagi ler..insya Allah.


2- At least blog kecik dan tak famous aku ni dah ada follower. Alhamdulilah. Walaupun tak ramai dan tak segah blog cik Epal, Mr K, Namee Roslan...Mantot dan otai2 yang lain. Terima kasih tak terhingga pada yang sudi add blog malu2 kucing aku ni. Arigatou!



3-Sangat enjoy kehidupan sebagai husband and wife. Ada happy, sedih, gaduh2 manja apa sumer. Biasalah. sedangkan makan bihun sup pun tergigit cili padi..ni kan pulak husband and wife..ecece..buat pepatah sendiri pulak iyer.



4- Rezeki dalam pekerjaan. At least usaha keras aku berhasil jugak. Actually aku dah rancang nak resign tapi lain pulak jadinya. Lain yang aku cuba nak buat , lain yang aku dapat. Boss tetiba nak buat special salary revision. Tapi aku tak mintak hoh. Dah orang nak bagi. Amik je loh!!




5-Tahun 2014 dah genap setahun aku bergelar isteri. 1st Anniversary. Suka2...hihihihi.


Tahun ni jugak aku rasa negara kita banyak diuji dengan dugaan dan musibah yang cukup mencabar. Dari pesawat MH 370 yang hilang sampai sekarang tak jumpa...pesawat MH17 ditembak pulak, lepas tu negara kita dilanda puting beliung dan terbaru...pantai timur dilanda banjir yang sangat buruk dan yang paling latest, pesawat Air Asia terhempas. A lot for us to handle..so much as the pain. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Harap banyakkan bersabar dengan semua ujian dan dugaan yang melanda. Yang pergi takkan kembali, dan yang masih hidup  kena lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Dunia kita sekarang bukan macam dulu.Dunia zaman sekarang lebih mencabar. Harap tahun 2015 ni, akan jadi tahun yang lebih baik buat diri aku, negara dan korang2 sumer yang membaca dan sudi membaca entry aku yang tak seberapa ni hah.


Amin..Amin...Ya rabballalamin. Goodbye 2014..2015..here we come!


p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Some of the pics from Google.





Thursday 18 December 2014

Salah ke kalau jadi Lone Ranger?

Mostly kebanyakan orang suka keluar secara berkumpulan, dengan best friends, boy friend, office mate, bff dan yang seangkatan dengannya. Well, up to you guys but there is a few people who actually enjoy going out or doing stuffs alone. Like me. 




Aku lebih prefer keluar seorang. Sebab kebanyakan benda yang aku nak buat bukan semua orang boleh terima. Actually, memang dari kecik aku a loner. Baik dekat  rumah, sekolah, universiti dan jugak time bekerja sekarang. Having said that, It's not that I dont have a so called best friend or whatever, but, due to some circumstances, aku rasa , lebih baik aku buat hal aku je kot.


Aku tak kisah orang panggil aku kera sumbang ke, misfits ke, weirdo ke..lone ranger ke hape ke..sebab, bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. Masa aku kat universiti, I used to be in groups, hang out with my "dearest" girlfriends. Hu ha hu ha ...gelak2..lepak2 sama2. But then, aku tak pernah jadi diri sendiri. Aku paksa diri aku untuk jadi macam diorang, which my mind totally rejected. Sometimes, badan aku je dengan diorang ni, tapi minda..pemikiran kat mana2 tah melayang. Lagi satu, kalau dalam grouping ni mesti ada sorang yang nak sgt berlagak as if dia ni leader. Entah sapa2 tah lantik. Dia lantik diri sendiri je pun. Padahal..mana ada orang appoint dia jadi so called leader. Sentiasa akan ada seorang kawan kita yang merasakan diri dia lagi superior dan influencer dari grouping dia yang lain. Yela..dah kita ni ala2 backdrop je untuk dia. Kira, ala2 tuan puteri dengan dayang2. Nak2 kawan kita yang kira ada rupa sikit. Actually..tak la lawa mana pun. Harap darah kacukan, muka ala2 Pan Asia sikit dah budget cantik ar. One thing yang aku perasan, bila kita sentiasa dalam grouping dengan orang lain, kita jadi penat. Penat untuk jaga hati org lain, tapi diorang tak jaga hati kita. Yelah, sometimes, kita kawan2 pun ada gaduh2 jugak kan. Dan entah kenapa la..grouping aku suka tikam aku dari belakang. Maksudnya, ada benda yang diorang tau, aku tak tau..ada benda yang diorang buat, diorang tak ajak aku ataupun aku orang terakhir yang tau. See..I care for them for nothing. But then..aku tak nafikan ada jugak kawan2 yang baik, ambil berat pasal hal kita apa sumer. SO, tak payah cakap pasal best friend forever dengan aku. Because they don't exist. But good friends, yes. They exist.

In fact ramai sangat yang salah sangka dengan orang yang suka buat hal sendiri, suka keluar sengsorang..makan sengsorang ni. Dicopnya kita kera sumbang. Tak reti nak bersosial..etc..bla..bla..bla.. Amboi..senang betul orang judge kita kan. Tapi, biasalah..orang judge berdasarkan apa yang diorang nampak. Even benda tu bukannya hakikat yang sebenar. 


Aku tak tau dengan orang lain, tapi based on my true story, berseorangan menjadikan aku  seperti di bawah:


1- Independant. Berdikari. Sebab aku tau aku hanya bergantung pada diri sendiri untuk hidup dan tak ada siapa akan tolong aku bila aku susah.


2- Berwaspada. Criminals is everywhere .Especially when you are alone, be careful. Kalau boleh jangan jalan kat tempat2 yang vulnerable untuk orang amik kesempatan melakukan sesuatu yang tak baik kat kita. 


3- Banyak masa untuk diri sendiri. Manjakan diri. Buatlah apa je aku nak. Janji aku tak susahkan hidup orang lain.


4-Lebih berkeyakinan. Tak kisah kalau takde sapa nak teman. Unless if you already married. Like me.

5-Boleh duduk sengsorang sambil fikir apa yang aku dah buat selama ni. Selalunya lepas jogging, masa zaman bujang2 dulu aku amik masa dalam 30 ke 45 minit, rehat sambil dengar lagu dan fikirkan tentang apa yang aku dah lalui sebelum ni.


6-Lasak. When you are alone, you are much more conscious. Kita jadi lebih peka. Orang takkan senang nak kenakan kau.


7- Embrace your solitude. At least. Terimalah keadaan seadanya andai kita selalu berseorangan. Dengan ini kita akan jadi lebih sedar diri dan menghargai setiap orang yang menyayangi kita dan menerima kita seadanya. In my case, my husband is my greatest "best friend" I have ever had.

8-Lebih menghargai diri sendiri. Sebab susah senang..it's only between you & yourself. 


9- You can be alone, but never forget people around you. Such as a few good friends, family. Trust me, one day..some how....no matter how alone you are, you gonna get their help some day.


10- When you die, you die alone. 




Apa yang aku tulis ni..adalah based on my experience. Mungkin pengalaman orang lain berbeza2. But, just my two cents.



P/S: Sumber gambar google.






Saturday 13 December 2014

Review: Dove Hair fall Rescue series

Seriously..keje aku memang stress. Mana tak stress, handle most of the things for the whole company on my own. By the time aku buat entry ni, I'm still in the office , just finished bits of my job supaya aku tak breakdown on Monday.


Bila dah stress, confirm rambut aku gugur. Rambut aku pun dah makin nipis ni hah sejak menjak kerja kat company aku sekarang ni. Boleh kata hari2 tu aku dok kutip rambut yang bersepah je kat lantai. Asyik gugur jer..risau botak pulak den!

Pakai Catalyst punya minyak tu pun tak jalan. Aduyai. tension seh. Nak beli Shaklee punya produk yang Prosante tuh, bapak mahal harga dia. Tak mampu aku nak maintain benda mahal2 ni.

So, kebetulan aku jenjalan kat KLCC aritu, Guardian ada sale. Aku pun tengok la barang2 kat situ. Kebetulan jugak aku lalu tempat yang dok jual shampoo ni hah. Dalam dok usha2 ternampak la shampoo Dove ni. Time tu plak harga tengah murah. Siap dia bagi free gift lagi. Tumbler air Dove. Comel je aku tengok. Tengah sale harga dalam RM12++  Ok la tu. Apa lagi, aku rembat shampoo conditioner dan serum dia. Time bayar pulak lagi best! Dapat USB dove yang cute warna pink bentuk burung. Alalala..murah rezeki aku hoh..banyak tul dapat benda free.

So the next day, aku start pakai shampoo ni even shampoo aku sebelum ni yang Loreal Hair fall treatment tu belum habis. Sebab dah lama pakai shampoo tu dah macam takde effect kat rambut aku. Rasa macam makin gugur lagi adalah. 

Well, first time pakai shampoo dia rasa best sgt. Bau shampoo ni memang wangi, pastu buih dia memang sangat banyak. Time shampoo rasa best jer. 

Lepas shampoo rambut, aku pakai dia nyer serum lak. Ussually aku tak berapa suka letak serum kat rambut pasal rambut aku mesti jadi cam oily dan leper/. Tapi, first time aku pakai serum yang memang tak sticky dan buat rambut aku rasa lembut dan tak leper lepas guna. Cara pemakaian sempoi jer. Lepas shampoo rambut, dalam rambut tengah masih basah, guna dalam 2-3 drop serum dia dan apply kat rambut dari tengah hingga ke hujung rambut. Make sure tak kena kulit kepala.

Bila rambut dah kering, rasa harum dan best kat rambut tu still ada. Dan the best part is..even aku tak shampoo rambut keesokkan harinya pun rambut rasa ok lagi. Sebab aku cuma shampoo rambut selang sehari.



Dan.. the best part is..slowly, rambut aku still gugur. Cuma kuantiti dia dah kurang. Atau aku boleh kata gugur dalam 2 -3 helai je la.. Aku sekarang ni kalau pegi kerja suka ikat rambut, so dulu bila time bukak ikatan rambut tu. sakit je hati aku tengok rambut gugur sebab putus macam tu jer. Nampak sangat rambut aku ni memang stress. asal ikat kuat sikit jer putus. Tapi, lepas guna shampoo Dove ni, ada perubahan la. Rambut dah kurang putus. Kalau putus pun tak banyak macam dulu la..

Semalam aku baru je beli hair tonik dia. Tapi tak pakai lagi la. So tak tau macam mana kesan dia. So far bila pakai shampoo, conditioner dan serum dia memang sesuai dengan rambut aku so which is why I want to give it a try still!


To me..tak salah aku nak cakap, this range of hair fall shampoo is quite a good investment. Harga pun berpatutan la jugak. Insya Allah..mudah-mudahan rambut aku tak la gugur balik. Pape pun..kena usaha jugak la nak control hair fall ni sblm terlambat. 

 p/s: Ini bukan entry berbayar ek. Just to share my experience using this product. Sumber gambar Google.



Tuesday 2 December 2014

How I meet him....

Ada la satu hari ni aku naik ke level lain dalam dept aku. Kebetulan time tu aku terserempak la dengan sorang budak kecik ni ha. Dari jauh dok tersengih2 pandang aku. Aku dalam hati terdetik macam ni;

    "Ele budak ni.. muka jambu lagi..ada hati nak ngorat aku. tolak troli je pun." 

Berlagak giler s*** aku dulu. Tu dulu. Aku pun time tu just angkat kening je la. Sebab aku bukannya kenal budak jambu ni sapa. Heh. Tak main la budak2 muda ni. Entah ada duit ke idak. Ahaks..


Babak ke dua:

Aku baru kuar dari satu dept ni yang namanya Fullfilment Officer. Tetiba terserempak lagi dengan mamat jambu ni:

"Ala...mamat ni lagi..apasal la asyik terserempak je kejenya dengan dia ni". Hati aku terdetik.

Anyway, control ayu je la. Tapi tak jadi sebab:

"Kak Pah!" wei ko dari mana Kak Pah!" Tetiba budak jambu ni jerit  nama "timangan" aku.

Aku punya bengang, tak jadi nak keluar , patah balik aku balas kat mamat ni. Pantang betul orang panggil aku Kak Pah!

"Wei ko apa hal panggil aku Kak Pah?? Nama aku  ****** la!" Aku cam bengang je dengan mamat ni. Besar kecik besar kecik je aku tengok dia ni. Sambil tangan aku ringan je dok pukul2 mamat jambu ni.


Babak ke tiga:

Still dalam dept yang sama gak. tetiba ada budak2 dalam tu suwey betul jerit2 macam ni:

"Woi..***** ..tu kakak tu..Awek ko datang wei!!!" Sorak sorang budak dalam dept tu. Pastu sumer dok menyahut. Aku panas je. Tapi aku buat bodo je la. Mamat tu pun diam kot. Malu agaknya. Ye la..sesuka hati je bebudak ni dok couplekan aku dengan mamat jambu tuh! 


Itu antara a few "moments" buat pertama kali la aku kenal mamat ni. On & Off..sometimes ok..sometimes tak ok.. Tapi slowly aku memang kengkadang  teringat jugak pasal mamat ni cuma tak serious sangat la sebab time tu aku masih lagi dalam komitmen yang tinggal suam2 kuku jer. Tinggal nak berakhir je la.


Honestly..tak dinafikan yang mamat jambu tu boleh tahan hensem gak la orangnya. Sebab bila aku tengok gambar dia kat Facebook, muka not bad, fotogenik gak. Ececece.. Tapi ye la. Aku ni kan ego orangnya. At the same time, gaduh2 pun mamat ni sebenarnya baik budaknya. Rajin kerja, tak pernah buat hal pastu sense of humour dia memang kinda taste aku jugak la. Pastu..aku suka gak tengok dia ni sebab dia tinggi. 

Hinggalah ....mungkin nak dikatakan jodoh, aku mintak tolong dia ajar aku satu benda. Bawak kereta. First time dia ajar aku tu aku macam..wow bagus giler mamat ni. Sebab dia tak pressure aku time ajar nak bawak kereta. Dari situ jugak aku kenal perangai mamat jambu ni lebih kurang aku jer. Tetiba rasa cam ada chemistry gak. Hahaha.

And then...kitaorang pun started to get close jugakla. By the time mamat ni masuk dalam hidup aku..aku  putuskan relationship aku yang sebelum ni tinggal retak menanti belah jer. The best thing is.. Aku langsung tak sedih. In fact ..rasa lega sebab dapat lepaskan diri dari masalah. Sebab terlalu banyak sangat drama dalam relationship tu.

Aku gembira dengan keputusan aku. At the same time, mamat jambu tu layan aku jauh lebih baik berbanding relationship aku yang dulu2 tu. A few months later..terbukak hati aku nak terima mamat jambu ni as someone special dalam hidup aku. Even jarak usia kitarorang dalam 7 tahun, aku 28, dia masa tu 21 tahun.

Ramai orang cakap kalau perempuan lebih tua dari lelaki banyak masalah timbul. Ye ke? entah..itu aku tak tau tapi sepanjang aku dengan mamat ni together, takde pulak masalah macam tu. Pape pun terpulang pada diri masing2 la. Yang penting...tolerate dan respect space masing2 wajib ada.

Aku pernah couple dengan orang yang lebih tua, sebaya, sedikit muda..tapi mamat jambu ni yang paling muda. Dan perkara yang banyak membuatkan aku wow pasal mamat ni sebab even dia muda, fikiran dia jauh beza dengan kebanyakan orang muda yang aku kenal. Lebih matang dari orang yang lebih tua sendiri. Itu one of the wow factor yang aku macam respek giler kat mamat ni. Banyak lagi karektor dia yang aku suka tapi lebih baik biar aku je yang tau kan...

Kitaorang tak amik banyak masa pun nak berkenalan antara satu sama lain. Tahun 2012 couple, awal tahun 2013 tunang..akhir tahun 2013..nikah...

Sampai la sekarang...cepat betul masa berlalu . Dah setahun mamat jambu ni jadi suami aku yang sah...dan semalam,  1hb Disember 2014, adalah anniversary kitaorang yang pertama!


Dan kitaorang pun potong kek dibawah ni dan makan bersama2 pak dan mak mertua. XD

my first anniversary cakes!!


Happy anniversary  Abang! my Oo-kun..my rillakumma... banyak yang kitaorang tempuh sebelum jadi husband and wife and so does after. That's why..aku really appreciate  dan saranghae sangat2! kat mamat jambu sorang ni!! Kitaorang ni punya kekurangan masing2 tapi..kitaorang belajar untuk terima diri masing2 seadanya. Syukur Alhamdulilah..!


P/S: Chantilly by Cake Sense! Serious sedap giler!