Nuffnang Ads

Thursday 30 May 2013

Wang Hantaran mahal?? Susah nak kawin??

Hai hai...adeh baru balik lunch ni rasa nk tito jer kejenya..malas betul rasa..so, nak mengelak dari mengantuk, maka aku pun fikir2 satu tajuk entry yang aku rasa mostly dah ramai bloggers cover tapi aku tetap nk post jugak sbb ni kira personal thoughts aku sendiri la..

Ok, andaikan korang lelaki, nak kawin, korang tau ke brp nk bagi kat bakal isteri korang tu? cuba refer gambar kat bwh:

  


So, skrg ni, korang check la background education bakal bini korang tu, adakah tahap SPM, Diploma, Degree atau yg seangkatan dgnnya. Mau berpeluh tgk jumlah angka hantaran nak dibagi. Tu baru wang hantaran, belum mas kahwin, hantaran barang2 kawin, photography dan sbgnya, mau dkt berpuluh ribu gak hangus nk kena bayar. Seriously, aku kesian dgn lelaki2 Islam berbangsa Melayu kat Msia. Jenuh oi nak byr hantaran gf masing2. Ngee..

Bila tgk alek jadual tu kan, mcm tak logik jer angka tuh. Ya, aku perempuan, of course aku bangga kalau dpt hantaran mahal, tp, tu bukan point aku sbnrnya. Aku sbnrnya tak peduli lgsg pun pasal wang hantaran ni, ikutkan nk nikah dan buat kenduri doa selamat jer..semua tu boleh settle less dlm RM2000 - RM3000 jer. Tapi, biasalah, idea aku ni ditentang oleh pihak keluarga aku. Dan berbalik kepada jadual di atas, memandangkan aku lulusan degree, maka aku layak dpt RM15000 sbg wang hantaran. Giler. Tapi itu yg berlaku. Ok, nanti aku citer mcm mana.

So, berbalik kepada isu ni. Sbnrnya wang hantaran ni tak perlu sgt pun. Kalau nk skalipun, biarlah sesuai dgn kedudukan kewangan bakal suami. Jgn yg bakal isteri pun meroyan mintak sampai RM30 -RM40K ..mati keras la bf ko nak pinang, last2..tak dapat nk kawin. Pastu meroyan lagi..kih3. Aku tak tipu, benda ni ada berlaku.

Actually, aku tak tau la dgn pasangan yg lain, tapi, pada aku dan tunang aku ni yg kitaorg buat utk duit hantaran ni. First, check savings, duit hantaran cukup. Tapi tak cukup nk cover majlis. Tunang aku keje dia kerani biasa, so bila buat loan tu susah nk lepas. Then, aku decide mcm ni jer, aku cuma pinjam nama aku kat bank buat loan. ALhamdulilah, lepas, tp kitaorg pinjam tak byk pun. Setakat nk cover majlis tuh boleh lagi. Tapi, loan ni tunang aku yg akan byr tetiap bulan. Aku takkan amik tau. Tunang aku ckp takpe ke nk pakai nama aku? Lorh, kata nk kawin kan,,tak kisahlah lagi pun aku phm dia mcm mana. Kurang berkemampuan dari segi wang. Pada aku takde hal. Tapi, kalau pompuan, aku nasihatkan kalau pakai nama sendiri nak buat loan top up tuk kawin, make sure bakal suami tu mmg boleh dipercayai. Kang, tak pasal2 korang tanggung hutang free. Make sure jgn terus transfer kat bank acct diorg. Ni, bergantung pada mcm mana korang nilai bf korang ni la k. Yg, ni..i dont really care.

Dan, lepas merisik apa sumer, kitaorg still lagi simpan duit nak kawin. Yelah, nak beli barang hantaran plak..door gift lagi..cincin..sumer kitaorg pakai duit gaji jer. Duit gaji aku combine dgn duit gaji dia. Alhamdulilah sekali lagi..cukup! Yg penting, niat kena betul dan InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku beruntung dpt tunang yg pandai berjimat dan rajin. Yelah, duit gaji aku biasanya tunang aku yg akan simpankan. Kalau simpan dgn aku, tak smpai tgh bulan dah lobos..aku ni boros orgnya. hehehehe.

Perlu sgt ke wang hantaran ni? if u ask me, i would say, yes, but depends. Bergantung kpd budi bicara masing2. Keluarga belah pompuan pun kalau boleh jgnlah letak hantaran tinggi sgt. Tak perlu nk jual anak, patutnya bersyukur anak tu bakal dipinang seorg lelaki. Akhirnya, dpt jugak lepaskan tanggungjwb pada org lain yg sudi nak memikul segala beban tersebut. ni tidak, lagi menyusahkan ada. kengkadang saja je tu. Berkias. nak reject, reject je la..takyah dok bagi susah laki tu nak sediakan duit apa sumer.

Mmg sekarang ni kalau nk kawin  byk belanja, Aku tak tipu. Sbb aku sendiri bakal berkahwin dan mmg agak terkedu dgn segala perbelanjaan yg perlu dikeluarkan. Tapi, kita kenalah pandai nk budget dan skip/potong mana yg tak perlu. Disbbkan aku kena jaga hati keluarga aku jgk, maka terpaksalah jugak aku ikutkan kehendak org tua aku. mana yg budget tak penting, aku akan cantas sebaiknya. Macam yg aku cerita, idea aku tak diterima org tua, diorg nk bersanding la, apa la..xnk catering lain la..haiya..manyak susah woo..pening, nak itu ini, tapi takde org SPONSOR!

Bercakap psl sponsor, sgt beruntung kalau bakal pengantin byk sponsor, yela, mak bapak sponsor buat catering, kakak sponsor pelamin, abg sponsor doorgift, dan mcm2 lagi. Mmg terbaik. Apatah lagi kalau adik beradik ramai. Lagi best. Tp, aku tak beruntung spt itu. Aku takde sponsor, mak bapak pun xnk sponsor,so aku kena sponsor sendiri. Sama dgn tunang aku. Dia pun pakai duit sendiri jer. sbb tu kitaorg maleh nk wat grand sgt. Sbb pada aku dan tunang aku, lepas kawin lagi akan pakai byk duit. Berhabis sbb sehari perkahwinan adalah sgt tidak berbaloi kecuali barang tertentu, mcm cincin kahwin. Wedding ring mmg akan dipakai seumur hidup. Kalau nk berhabis duit beli cincin yg satu ni, tak kisah sgt la. Itu apa yg aku dan tunang aku buat.

Tapi, tu la..masam manis dalam nak melangsungkan perkahwinan kitaorg ni, org tak tau, kitaorg tak byk cerita pun kat org. Mungkin parents aku dgn parents dia ingat kita berdua ni berduit sgt tapi yelah, Allah je yg tau nak ikat perut macam mana. Anyway..kitaorg cool dan rileks jer..takyah nak pening2.

Tapi, org melayu kita ni, dek nk jaga hati org, kita yg seksa ye dak? tak sedia doorgift, org cakap kedekut, tak buat catering elok2, org mengata. Pendek kata apa yg dibuat tuh, mmg bakal dikata la jwbnya. Sbb tu la, kalau nk wat majlis kawin, tak yah jemput ribu2,,yg dtg tu pun belum tentu kita kenal dan entah2 sapa la semata2 nk makan free. ni terjadi masa abang aku kawin dulu. Jemputan hanya syarat yg ingin dikhabarkan bhw seorg lelaki dan wanita telah menjadi suami isteri yg sah bagi menggelakkan fitnah. Kalau jemputan tak ramai, kita pun senang sket nk layan tetamu, takde yg terasa dan sbgnya. SO, tetamu leh balik dgn senang hati sbb puas ati dgn layanan tuan rumah dan pengantin. Tapi, biasalah, dah nama org Melayu, kalau tak menunjuk tu, tak sah. Jiran sblh rumah buat besar-besaran, kita lagilah nk wat grand. kasi satu kampung tau. Kenapa masa kawin nk semua org tau tapi bila masa nk bercerai xnk bagitau pulak? , malu ke kak?

Macam2 peel org berkahwin ni. Apapun, laluinya dgn tabah dan bykkan sabar. Biasalah, kita tak mampu nk puaskan hati semua org tapi kita cuba utk tidak bergantung pada org lain. Yg psl wang hantaran tu, selagi ada mentaliti makcik2 yg materialistik yg hanya pandang duit dan benda semata2..wnag hantaran tetap akan tinggi dan membebankan kaum lelaki. Tapi, perlu diingatkan para lelaki jgk. Kalau dpt bakal isteri yg baik dan bakal mertua yg tak cerewet, jgn amik kesempatan plak, sebaiknya berikan hantaran yg sewajarnya. At least boleh buat topup untuk belanja hangus. Catering misalnya. org kata..buat baik berpada-pada, mertua baik jgn nak naik muka! keh3.

Oklah..aku dah malas nk tulis lagi..before that..sila lihat ini..:



So, what do you say? ;)

P/S: gambar dari goggle.


Tuesday 28 May 2013

Bausck K...Branded stainless steel..



Hmm..Actually aku pun baru tau pasal Bausch K ni..tu pun sbb sejak dah jadi bakal bride to be ni dok mencari cincin utk tunang aku punyalah payah..Yela..lelaki kan tak boleh pakai emas, so limited to platinum, palladium, silver dan stainless steel.

So, aku pun dok blog walking kat sumer blog yg sepatutnya, cari punya cari kebetulan ada satu blog ni mentioned pasal cincin kahwin lelaki. So, maka terkenallah aku dgn nama Bausch K ni. Then aku terus search kat Google. My comments, cincin dia berkualiti, cantik, design yg moden dan paling penting, sgt2 affordable. Seriously mmg berkenan betul aku dgn cincin dia. Siap ada yg couple ring lagi. Plus, cincin stainless steel tahan lama. tak mcm silver yg warna dia akan kusam dan pudar kalau dah lama pakai. So, aku bgtau tunang aku dan kitaorg terus je carik cincin kahwin ni utk dia.



Actually, tunang aku ni xnk pakai cincin, dia tak kisah jer kalau pakai cincin couple, aku tak phm kenapa la lelaki mmg tak suka pakai cincin kawin. Tp, bila bwk jer tunang aku nih kat Bausch K, terdiam member. Elok jer dia tgk cincin kat situ dan terus berkenan. SO, apa lagi, kitaorg decide nak terus beli dan aku dan tunang aku mintak engraved nama masing2 kat cincin tu..

SA yg engraved nama kitaorg tu buat mmg cantik. Nampak smart giler dan ada sentimental value bila dah ukir nama masing2 kat cincin tu. The best part is, my dear fiancee is really happy with the ring. Finally, tercapai gak hajat nak dia beli cincin kawin. Tapi, aku terkilan sket je la, sbb aku belikan dia stainless steel, dia belikan aku emas putih ngn berlian, harga pun of course ibarat langit dan bumi, Sbb, platinum, mahal giler kot..tak mampu den..Mmg betul la kawan aku ckp, nk carik brg hantaran utk lelaki ni, mencabar sket sbnrnya...brg antara ada tak ada jer sbnrnya.

Lupa nak bagitau, harga dia mmg berpatutan sbb couple ring yg aku amik tu harga promosi RM288, tambah RM18 untuk engraved nama so total RM306. Berbaloi. Dua2 cincin ada batu Zirkonia tertanam dlm ring. Mmg tak rugi beli kat sini. Yg penting, cincin ni praktikal dan tahan lama. Even tunang aku dah belikan cincin kahwin emas putih dgn berlian tuh, aku beli gak yg stainless steel ni sbb couple wedding ring dan boleh pakai time pegi keje. Aku ni kan ganas orgnya, menangis aku kalau hilang batu berlian cincin aku tuh..huahuahua...

Bausch K ni bukan shj jual cincin, ada jugak jual aksesori lain mcm rantai, gelang tgn, jam, kamcing baju lelaki dan macam2 lagi. Dia kira fashion accessory shop yg ada nama la..

Outlet utk Bausch K kat KL ni ada 4, satu kat mid valley, Ikano, One Utama dan Pavillion. Aku dgn tunang aku beli kat Ikano, sbb kebetulan kitaorg kat The Curve. Dekat jer ha.

Pape pun, mmg puas ati beli cincin Bausch K ni. Yela, even harga dia murah , tapi pada aku dgn tunang aku, happy sgt sbb tak pernah engraved nama kat cincin sbb ini first time. Dulu masa zaman mude2 dulu tak tergerak ati pun nama engraved nama masing2..hahahaha. Tapi, inilah yg dinamakan jodoh.

So, check out their outlet, mmg best.

p/s: gambar sumber dari google




Monday 20 May 2013

Keseronokan Bride To Be... Part 1

Korang excited nak kawin? nk menikah? nak  kawin tahun ni? Well, sapa tak nak berkahwin kan..kekeke
Aku pun salah sorang bride to be gak..kekekeke

So..nak nak bila dah nk kawin ni..aku byk buat walk blogging kat google, search blog bride to be..dan sbgnya. Upon my searching, byk gak blog bride to be yg memberi byk idea, inspirasi dgn idea yg kreatif, ada juga blog yg cute dan tak kurang jgk blog bride to be yg nak muntah aku baca..lari sungguh dari tajuk dia, tajuk blog bride to be tapi tak habis2 membebel pasal bakal suami dia..ye kak..i tau u tgh tangkap cintan dgn bakal suami u tapi agak2 la..tak perlu sket2 B i, hubby i. syg, manja i..buchuk2 i...eww..please..dont go off topic will ya? meluat org baca..

Dalam aku dok2 walk blogging ni, tetiba aku terpikir, ada ke blog groom to be? so, aku pun mulalah mengoogle. Nak tau apa jawapannya..

Nope..not much..less..or maybe not at all..kalau tak silap aku, atau aku yg salah tgk ke apa ke..

So dah tau la skrg sapa yg lebih excited nak kawin kan? kan? kan? XD




Bride to be cukup excite nk citer psl persiapan dia..well, dah nama pun pompuan, of coz they want everything to be perfect. But to me, naah...i dont really give a damn. I'm not a perfectionist..mungkin genetik ex-tomboy dlm kepala otak aku ni ckp tak yah nk poyo sgt la ko ni..(ni utk aku ek statement ni). But, its true, byk benda utk wedding aku ni byk aku skip. Biasalah,.kita org Melayu ni kan byk adat. Sumer nk kena ikut..takut sedara mara marah...tuk nenek marah apa sumer..Allah marah tak takut plak..tp, aku buat bodo je la..wedding aku suka ati aku la..ikutkan nak nikah dan buat kenduri doa selamat jer. Sebab budget aku tak byk. So mana yg aku leh jimat, aku jimatkan. Tapi, ada sesetengah benda terpaksa ikut ckp org tua..malaeh la plak karang time aku kawin diorg buat muka..muncung semacam. Sebenarnya, kadang2 aku tak paham. Yg nk kawin anak, tp kenapa sedara mara suka sibuk nak suruh buat itu ini, bila suruh sponsor, byk plk alasan kuar..kelakar kan org Melayu ni.. nk jaga hati org..hati sendiri tersiksa..kah3.What the hell..

Dalam seronok2...kena beringat jgk la..ni..peringatan utk aku gak..

For all bride to be out there..enjoy, chill and dont forget to be a cheapskate ya..

p/s: gambar sumber google


Friday 17 May 2013

It's a diet thing...Senaman vs Makan Supplemen

Korang suka makan tak? Tapi TAK suka bersenam?

Well, here it goes..

Honestly.. i hate people who said they want to manage their weight like hell but at the same time, action does'nt seem same like words!! No offence y'all. Pastu bising gemuk..gemuk..gemuk..mmg padan la muka! makan tak beringat. Pastu sibuk tanya macam mana nak kurus! What the hell...*sheesh*

And, conclusionnya, mula la buat muka desperate tanya kengkawan, rakan taulan, laki, bini , sedara mara sekalian..bagaimana mau kurus? Aku ckp satu je la. Korang dah tau jawapan untuk tu kenapa masih nak tanya diorg? Yg sedara mara..kengkawan ni plak kebetulan mmg jual produk untuk kurus, so apa lagi? hehehe..lauk ni..apa lagi..sedara tak sedara..kawan tak kawan..yg penting produk kena jual. So, org yg nk kurus ni pun telah ditipu hidup2...aduyai. kesian-kesian.

Nak lagi best, makan..pulun produk ******** tersebut berkotak-kotak...duit dah banyak habis,badan tak turun2 jgk. bila dah jadi macam ni..mulalah gi serang si penjual tadi. Yg menjual produk ni lak, byk berdalih, ckp "alah..ko makan cara tak betul kot..org lain makan elok jer..! " tak pun "you tak control makan ke?" Hmph...menghabiskan beras je la ckp dgn si penjual produk ni. Yang org ni plak, duit takde..tapi lemak makin byk berkumpul ada la! keh keh keh.

Ini antara contoh yg mana aku pernah tgk sendiri terjadi. Yang aku ckp ni, mungkin ada pihak yg akan terasa ataupun tersinggung, tapi, selalunya yg asyik promote nak jual brg ni Org Melayu. Katakan kalau bangsa lain, ya, dia mungkin jual produk yg sama tapi dia akan nasihat jugak, Produk ni akan lagi berkesan kalau disertai sekali dgn senaman, dan mengamalkan pemakanan yg sihat. Yg kita org Melayu ni plak buta2 beli brg, tak buat research apa sumer main beli jer, tu yg jadi "pandai" tak tentu pasal tuh. ada setengah org ni ikut kwn, kawan kata bagus, boleh turun berat badan tanpa senaman, mula excited bodoh tak tentu psl. Berat dlm 78kg, terus berangan nak buang lemak sampai berat jd 50 kg. Apa kes? takdenye produk yg begitu ajaib begitu. Kalau ye pun la, mesti org yg jual produk tu letak julap. :p

Takde benda senang dlm dunia ni. Yes, life is always like that. Sama jugak kalau kita nak turunkan berat badan. Kalau tak berusaha dan asyik nk makan jamu, supplemen yg entah apa2..yg selalu korang nmpk dlm suratkhabar, majalah apa sumer tu, pikirkan jgk kesannya terhadap tubuh korang. Aku tak kata sumer produk tu buruk, tapi at least for the safe side, make research dan baca testimoni. Dan cuba check adakah testimoni tersebut betul atau tipu. Even aku pun kalau nk mkn supplemen, aku research dulu baru try. Kurus nak, tapi usaha taknak..eh, mana leh mcm tu.

Aku nk bgtau cerita benar ttg diri aku. Dulu masa kat universiti aku suke makan. Makan jer keje aku. Jajan apa sumer aku lantak. Dan cukup suka dgn makanan bergoreng. Tapi, aku beruntung sbb even aku mkn byk skalipun badan aku tak mudah naik sbb doktor ckp tahap metabolisme aku agak tinggi, so bdn tu mmg akan naik..tapi dia amik masa, sbb aku byk berjalan. Kat situ, kira dah cover jgk la nk buang lemak sket2. *Ahaks* .Tapi, nak dijadikan citer, masa final year, bdn aku naik tetiba..tapi takde la gemuk cuma aku rasa dagu aku dah ada double chin *cedey* . Pastu, parents ngn kawan sumer tegur muka dah bolaat! Oh No! Shit! Damn! Ni tak leh jadi ni..

Lepas je aku grade, aku duduk kat umah mcm tu..jadi penganggur terhormat sat sblm dpt keje. Aku start jadi "Serial Killer" . Nak hapuskan segala lemak2 aku.  Aku control makan dan exercise 3 kali seminggu (takde keje ma...byk masa. hehehehe). Selalunya aku jogging round kawasan perumahan aku tu jela..sekali round ada la dlm 2.5KM mcm tu. Mula2 seksa jugak la. Ni mesti lemak2 aku menjerit suruh berhenti. Sbb jarang senam apa sumer, Cepat jer pancit. Lari tak sampai 500 meter, dah mengah. (Pathetic sungguh! ). Tapi, masuk minggu ketiga, aku dah mula rasakan perubahan. Badan agak ringan dan aku dah boleh lari agak jauh, non stop. Breathing dah makin boleh kawal. Start dari situ, aku mmg cukup seronok jogging. Kira mcm kalau tak exercise tu, rasa pelik la. Lepas sebulan, berat aku turun 1kg. Kira oklah. Sbb aku taknk turun mendadak sgt. Not good for health anyway. Tak elok utk jantung.

Di pendekkan cerita, dgn senaman dan kawalan makan yg ketat, berat aku sblm ni dlm 58kg, Turun ke 52kg dlm masa 3 bulan. Kira 1 bulan 2 kg . Maintain la.Pada aku. And, i am so happy about it. Baju dah makin longgar, badan mmg man***. Masa time Konvo, sumer tegur aku dah kurus. Kira penat lelah aku selama ni berbayar la. Dan paling best, i can get rid of my double chin already! *yeay*

So, even skrg ni aku berkerja, masa dah makin kurang, stress makin byk, aku still lagi meluangkan masa utk bersenam at least sekali seminggu. Aku tak punya byk time masa hari kerja sbb aku balik pun dah mlm. Still, even badan naik sket pun (faktor umur dan sbb suka melantak ayam goreng mcd dgn lahapnya) aku bukan dlm kategori obes ataupun gemuk. Cuma bdn berisi jela dari dulu, kurus kering. Tapi, aku lebih suka bdn aku skrg sbb at least nmpk la mcm pompuan kalau tak mcm papan. Dan aku masih lagi control makan mcm biasa especially malam. Aku tak makan nasi. Selalu dinner aku makan roti ataupun kuih jer. Kecuali jumaat, aku makan nasi utk tenaga esk paginya nak jogging. Itu rutin aku every week. Aku jgk mkn supplemen Catalyst.

So conclusionnyer, you can take supplemen as long as you know how your body works. Kenapa kita nak diet? sbb kita terlebih isi perut kan? then kalau nk diet senang jer. Kurangkan makan atau makan bila lapar. Ni jgn pagi kau lantak Nasi berlauk, tgh hari nasi goreng USA , malam  Nasi Daging Merah. Sumer karbohidrat alamat mmg terlebih isi ler jwbnya. Pastu, jgn biasakan makan lewat mlm. Mlm perut perlu rehat, bukan bekerja. Lebih baik makan 2 jam sblm tido atau nak lebih baik lagi, dinner sblm pukul 8 mlm. Kalau malam tu lapar, makan la low fat yogurt, minum jus buah ke, salad buah ke apa ke. So long tak berat.

Aku bukan nak kurus, aku cumer nk maintainkan berat badan aku skrg. Anda bagaimana?






Thursday 16 May 2013

Betul ke wanita materialistik??

Err..ini adalah entry first aku...ini first time aku buat blog.  Forgive me for any weaknesses..anyway..benda ni sebenarnya dah lama bermain di fikiran aku tapi entahlah asyik terperap dlm otak tak tau nak channel ke mana so i just want to share this with you guys...ini cuma pendapat personal aku je la..

Betul ke perempuan materialistik?? Perempuan ni dahlah byk kena label, dilabel gedik la..mengada2 la..lembap la..lampi la..slow..tak reti buat apa2..lemah, asyik bergantung kat lelaki dan tup tup sekarang..aisey, kena label materialistik plak?? what the hell? Betul atau tidak, aku tak tau tapi i think kita perempuan tak patut dilabel dgn sewenang2 nya..Right, girls? cukup2 la dgn segala label yg ada..(dah macam tag nak beli baju plak).

Aku bagi contoh, ada sorang pompuan ni, keje ok, gaji pun not bad, dan kebetulan muka agak lawa. And she is low profile.Then of course la ramai jejaka perasan dtg mengorat. Dalam byk2 jejaka perasan ni yg cuba nak try nasib ngn girl ni, sumernya tak berduit sgt. Tapi girl ni lyn jer, dlm layan melayan tuh..ada la sorg jejaka ni ajak dia gi makan naik motor. Tapi, girl ni menolak. Girl ni bagitau, dia tak suka naik motor. Pulak. Apa lagi, mamat ni frust menonggeng la. Baru nak feeling2 awek ni peluk dia naik motor apa sumer. Last2 tak tercapai hasrat. Keh keh keh.

Disbbkan sakit hati, mamat ni mula buat fitnah, dia ckp girl ni, materialistik. Habis sumer org yg kenal girl ni dia bagtau materialistik. Dan kebiasaanya org kalau dah selalu org mengata ni diorang ni percaya jer. Elok2 reputasi girl ni girl baik dah tukar profile jadi girl jahat. Girl kikis duit laki. Pulak dah. See, how easy people judge us girls and this girl already got red in her ledger.(Pinjam ayat Black Widow dlm The Avengers). Girl ni plak yg tak sedar tak tau bhw dia sudah dilabel. Just because she said no. Disbbkan org sekeliling dah mula mengata dan si girl ni dah kena tempiasnya dia pun mula nak tau apa hal plak ni. Siasat punya siasat, akhirnya dia tahu apa cerita sebenar. So, dia confront dgn mamat tu, asking him what is his problem. So mamat ni pun dgn EMO nya mempertahankan apa yg dia rasa. Huh..girl ni gelak jer bila mamat tu cuba nk defend diri dia. Reason dia senang jer kenapa dia taknak naik motor. Satu, sbb dia seumur hidup tak pernah naik motor. So dia rasa ada sedikit canggung dan kurang manis naik motor dgn lelaki yg baru kenal. Dah naik motor of course kena peluk apa yg patut kalau taknak tertonggeng tetiba. Yang si mamat ni plak buta tuli asyik anggap girl ni byk alasan. In the end, the girl just walk off (Tapi dgn cara baik) sbb dia malas nak layan benda sia2.

Contoh kedua, kalau korang nampak girl yg dressing maut  dari atas sampai bwh, baju branded, jaket branded, kasut, jam, pendek kata sumer high quality la..ataupun girl ni jenis high maintenance (tak kisah barang tu branded atau tidak janji stylo) adakah korang akan terus ckp diorg ni materialistik? atau diorg hanya aim nak BF yg berduit semata?  What do you think?

To me, it depends to that particular girl jgk. Kalau dia mmg anak org kaya tu lain la. Tapi berdasarkan pengalaman aku, not all girls are materialistic. Technically, we are materialistic, we are easily attracted to jewelry, fine shoes, bags and even clothes. But, terms materialistic is seems very subjective to the eyes of beholder. To me if you are materialistic but you are paying your own bills then its fine. Takde sugar daddy sponsor then its good. Materialistik yg tak menyusahkan org lain kecuali poket sendiri lebih baik dari kikis duit lelaki orang lain.

So, boys..better not judge us girls so quickly. I bet guys have their own flow to know whether the girl is materialistic or not. SO, be the judge, but dont easily judge. Get to know them before you "label" . Aku tau sbb lelaki mmg suka melabelkan perempuan. Girls gedik..girls murah...Awek buat main..Awek buat bini..And the list goes on..

As for me, i'm a girl. of coz i feel offended kalau org ckp girls ni materialistik. Jenis perempuan materialistik mmg wujud. Tapi bukan semua. Skrg ni most girls got more $$$$ than boys ok! Byk contoh aku tgk dekat restoran, cinemas,shopping mall, Girlfriend yg byr utk Boyfriend..Huh..what the hell? Yang BF plak bila tgk GF byr utk diorg terkebil2 pastu buat dunno. Nak jaga ego la  tu..cheit..! SO, in this case, tak ke boys yg sekarang ni jadi materialistik ?? :p

Ada byk contoh lagi, misalnya, artis, selebriti, model yg kawin dgn datuk, anak raja, businessman yg kaya raya. Adakah mereka juga materialistik? kalau dah job description diorg mmg asyik kena nk berjumpa dgn lelaki high profile mcm ni ada tak korang fikir yg satu hari nanti jodoh diorg comes from this kind of circle as well? Well, i dunno..maybe. Sbb selalunya jodoh ni ada di sekeliling kita. Antara kita sedar atau tak jer. Mungkin korang ckp  artis ni asal  tua tp kaya apa salahnya but who knows..there is love as well.

Girls bukannya memilih sgt. kitaorg pun xdela nak cari boys yg kaya sentiasa, kitaorang phm lelaki zaman sekarang ni yg rata2 average joe bukannya berduit sgt.Ada jgk girls yg lebih pandang kepada hati, means they dont mind bout the money bec they have money on their own. Cukuplah kalau boys tu stabil, ada kerja biarpun gaji tak lumayan macam girls, dan terima girls ni seadanya.

So, which one are you? Materialistik or plastic??

p/s: Ini cuma komen peribadi semata2. Kalau tak sempurna maaf diminta. Jaa ne!!