Nuffnang Ads

Thursday 30 May 2013

Wang Hantaran mahal?? Susah nak kawin??

Hai hai...adeh baru balik lunch ni rasa nk tito jer kejenya..malas betul rasa..so, nak mengelak dari mengantuk, maka aku pun fikir2 satu tajuk entry yang aku rasa mostly dah ramai bloggers cover tapi aku tetap nk post jugak sbb ni kira personal thoughts aku sendiri la..

Ok, andaikan korang lelaki, nak kawin, korang tau ke brp nk bagi kat bakal isteri korang tu? cuba refer gambar kat bwh:

  


So, skrg ni, korang check la background education bakal bini korang tu, adakah tahap SPM, Diploma, Degree atau yg seangkatan dgnnya. Mau berpeluh tgk jumlah angka hantaran nak dibagi. Tu baru wang hantaran, belum mas kahwin, hantaran barang2 kawin, photography dan sbgnya, mau dkt berpuluh ribu gak hangus nk kena bayar. Seriously, aku kesian dgn lelaki2 Islam berbangsa Melayu kat Msia. Jenuh oi nak byr hantaran gf masing2. Ngee..

Bila tgk alek jadual tu kan, mcm tak logik jer angka tuh. Ya, aku perempuan, of course aku bangga kalau dpt hantaran mahal, tp, tu bukan point aku sbnrnya. Aku sbnrnya tak peduli lgsg pun pasal wang hantaran ni, ikutkan nk nikah dan buat kenduri doa selamat jer..semua tu boleh settle less dlm RM2000 - RM3000 jer. Tapi, biasalah, idea aku ni ditentang oleh pihak keluarga aku. Dan berbalik kepada jadual di atas, memandangkan aku lulusan degree, maka aku layak dpt RM15000 sbg wang hantaran. Giler. Tapi itu yg berlaku. Ok, nanti aku citer mcm mana.

So, berbalik kepada isu ni. Sbnrnya wang hantaran ni tak perlu sgt pun. Kalau nk skalipun, biarlah sesuai dgn kedudukan kewangan bakal suami. Jgn yg bakal isteri pun meroyan mintak sampai RM30 -RM40K ..mati keras la bf ko nak pinang, last2..tak dapat nk kawin. Pastu meroyan lagi..kih3. Aku tak tipu, benda ni ada berlaku.

Actually, aku tak tau la dgn pasangan yg lain, tapi, pada aku dan tunang aku ni yg kitaorg buat utk duit hantaran ni. First, check savings, duit hantaran cukup. Tapi tak cukup nk cover majlis. Tunang aku keje dia kerani biasa, so bila buat loan tu susah nk lepas. Then, aku decide mcm ni jer, aku cuma pinjam nama aku kat bank buat loan. ALhamdulilah, lepas, tp kitaorg pinjam tak byk pun. Setakat nk cover majlis tuh boleh lagi. Tapi, loan ni tunang aku yg akan byr tetiap bulan. Aku takkan amik tau. Tunang aku ckp takpe ke nk pakai nama aku? Lorh, kata nk kawin kan,,tak kisahlah lagi pun aku phm dia mcm mana. Kurang berkemampuan dari segi wang. Pada aku takde hal. Tapi, kalau pompuan, aku nasihatkan kalau pakai nama sendiri nak buat loan top up tuk kawin, make sure bakal suami tu mmg boleh dipercayai. Kang, tak pasal2 korang tanggung hutang free. Make sure jgn terus transfer kat bank acct diorg. Ni, bergantung pada mcm mana korang nilai bf korang ni la k. Yg, ni..i dont really care.

Dan, lepas merisik apa sumer, kitaorg still lagi simpan duit nak kawin. Yelah, nak beli barang hantaran plak..door gift lagi..cincin..sumer kitaorg pakai duit gaji jer. Duit gaji aku combine dgn duit gaji dia. Alhamdulilah sekali lagi..cukup! Yg penting, niat kena betul dan InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku beruntung dpt tunang yg pandai berjimat dan rajin. Yelah, duit gaji aku biasanya tunang aku yg akan simpankan. Kalau simpan dgn aku, tak smpai tgh bulan dah lobos..aku ni boros orgnya. hehehehe.

Perlu sgt ke wang hantaran ni? if u ask me, i would say, yes, but depends. Bergantung kpd budi bicara masing2. Keluarga belah pompuan pun kalau boleh jgnlah letak hantaran tinggi sgt. Tak perlu nk jual anak, patutnya bersyukur anak tu bakal dipinang seorg lelaki. Akhirnya, dpt jugak lepaskan tanggungjwb pada org lain yg sudi nak memikul segala beban tersebut. ni tidak, lagi menyusahkan ada. kengkadang saja je tu. Berkias. nak reject, reject je la..takyah dok bagi susah laki tu nak sediakan duit apa sumer.

Mmg sekarang ni kalau nk kawin  byk belanja, Aku tak tipu. Sbb aku sendiri bakal berkahwin dan mmg agak terkedu dgn segala perbelanjaan yg perlu dikeluarkan. Tapi, kita kenalah pandai nk budget dan skip/potong mana yg tak perlu. Disbbkan aku kena jaga hati keluarga aku jgk, maka terpaksalah jugak aku ikutkan kehendak org tua aku. mana yg budget tak penting, aku akan cantas sebaiknya. Macam yg aku cerita, idea aku tak diterima org tua, diorg nk bersanding la, apa la..xnk catering lain la..haiya..manyak susah woo..pening, nak itu ini, tapi takde org SPONSOR!

Bercakap psl sponsor, sgt beruntung kalau bakal pengantin byk sponsor, yela, mak bapak sponsor buat catering, kakak sponsor pelamin, abg sponsor doorgift, dan mcm2 lagi. Mmg terbaik. Apatah lagi kalau adik beradik ramai. Lagi best. Tp, aku tak beruntung spt itu. Aku takde sponsor, mak bapak pun xnk sponsor,so aku kena sponsor sendiri. Sama dgn tunang aku. Dia pun pakai duit sendiri jer. sbb tu kitaorg maleh nk wat grand sgt. Sbb pada aku dan tunang aku, lepas kawin lagi akan pakai byk duit. Berhabis sbb sehari perkahwinan adalah sgt tidak berbaloi kecuali barang tertentu, mcm cincin kahwin. Wedding ring mmg akan dipakai seumur hidup. Kalau nk berhabis duit beli cincin yg satu ni, tak kisah sgt la. Itu apa yg aku dan tunang aku buat.

Tapi, tu la..masam manis dalam nak melangsungkan perkahwinan kitaorg ni, org tak tau, kitaorg tak byk cerita pun kat org. Mungkin parents aku dgn parents dia ingat kita berdua ni berduit sgt tapi yelah, Allah je yg tau nak ikat perut macam mana. Anyway..kitaorg cool dan rileks jer..takyah nak pening2.

Tapi, org melayu kita ni, dek nk jaga hati org, kita yg seksa ye dak? tak sedia doorgift, org cakap kedekut, tak buat catering elok2, org mengata. Pendek kata apa yg dibuat tuh, mmg bakal dikata la jwbnya. Sbb tu la, kalau nk wat majlis kawin, tak yah jemput ribu2,,yg dtg tu pun belum tentu kita kenal dan entah2 sapa la semata2 nk makan free. ni terjadi masa abang aku kawin dulu. Jemputan hanya syarat yg ingin dikhabarkan bhw seorg lelaki dan wanita telah menjadi suami isteri yg sah bagi menggelakkan fitnah. Kalau jemputan tak ramai, kita pun senang sket nk layan tetamu, takde yg terasa dan sbgnya. SO, tetamu leh balik dgn senang hati sbb puas ati dgn layanan tuan rumah dan pengantin. Tapi, biasalah, dah nama org Melayu, kalau tak menunjuk tu, tak sah. Jiran sblh rumah buat besar-besaran, kita lagilah nk wat grand. kasi satu kampung tau. Kenapa masa kawin nk semua org tau tapi bila masa nk bercerai xnk bagitau pulak? , malu ke kak?

Macam2 peel org berkahwin ni. Apapun, laluinya dgn tabah dan bykkan sabar. Biasalah, kita tak mampu nk puaskan hati semua org tapi kita cuba utk tidak bergantung pada org lain. Yg psl wang hantaran tu, selagi ada mentaliti makcik2 yg materialistik yg hanya pandang duit dan benda semata2..wnag hantaran tetap akan tinggi dan membebankan kaum lelaki. Tapi, perlu diingatkan para lelaki jgk. Kalau dpt bakal isteri yg baik dan bakal mertua yg tak cerewet, jgn amik kesempatan plak, sebaiknya berikan hantaran yg sewajarnya. At least boleh buat topup untuk belanja hangus. Catering misalnya. org kata..buat baik berpada-pada, mertua baik jgn nak naik muka! keh3.

Oklah..aku dah malas nk tulis lagi..before that..sila lihat ini..:



So, what do you say? ;)

P/S: gambar dari goggle.


No comments:

Post a Comment