Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Alahai Kareena Kapor Dan Saif Ali Khan..

Hai..hai..baru jer semalam aku post pasal top 10 hits topik dalam blog aku ni ari ni tetiba aku gatal la plak nak buat entry pasal artis retis ni ha.. bukan apa..tengah dok walk blogging blog orang lain aku terbaca satu isu yang memang ramai jugak orang sebelum ni yang mempertikaikan kontroversi  yang melibatkan Islam.




Kenal Kareena Kapor dan Saif Ali Khan? Of course sapa yang suka sangat banget tonton cerita hindustan..bolly the melly wood kenal dengan mamat dan minah ni kan..Actually aku bukanlah nak cerita betapa hensem dan machonya si Saif ALi Khan mahupun lawa ke si Kareena Kapor tuh..cuma statement diorang yang aku terbaca yang membuatkan aku tergerak hati nak tulis pasal ni. Mungkin post aku ni dah agak outdated la sebab pasangan ni dah kawin tahun 2012 lagi tapi since aku ni bab2 dunia artis Bollywood tak amik pot sgt tu yang baru sekarang terhegeh2 nak buat. Heh.

Kalau peminat kedua2 aktor dan aktress ni mesti tau yang diorang ni dah kawin. Dalam gebang2 nak kawin tu mulalah isu ni plak timbul, yelah  kalau dah nama Saif Ali Khan of course la secara common sense nya orang tau dia Islam, dan kalau Kareena Kapor plak sah sahlah Hindu. So, yang kontroversinya kat sini adalah isu agama. Sebab Kareena tidak akan convert Islam demi untuk mengahwini kekasihnya si Saif Ali Khan ni.  Petikan dari sebuah blog:

    "Kareena  dikhabarkan tidak akan masuk Islam dan juga tidak akan mengubah namanya untuk menikahi kekasihnya, Saif Ali Khan.

      Saif sendiri mengatakan pada email:

     " Aku tidak ingin dia (Karena) untuk mengubah agamanya. Itulah masalah dengan agama yang benar2 sangat sensitif. Mereka mengharapkan konversi. Saya tidak membeli atau percaya itu. Saya fikir itu baik bahawa pemerintah juga memiliki aturan kecuali saya salah informasi tentang hukum yang diubah untuk memasukkannya dalam UU perkahwinan khusus jika dan ketika kita menikah tidak ada yang harus mengubah agamanya sendiri".

Petikan dari blog ini ; AKAK DI SEBALIK PINTU

Alahai mamat sorang ni..mazhab mana yang dirujuknya aku pun tak tau.Jawapan yang diberikan pun nampak sangat si Saif Ali Khan ni macam orang tak beriman. Tapi inilah realiti nya sekarang. Aku tak berapa pandai nak cakap pasal agama ni tapi sedikit sebanyak tau la sikit sikit. Apa pun, benda ni normal jer kat India mahupun Indonesia.. Bila kahwin dengan orang Islam tak perlu nak convert masuk Islam. Cuba buat macam ni kat Malaysia..conform tak selamat dunia akhirat la jawabnya pasangan tu.

Bila terbaca artikel ni..aku teringat cakap seorang colleague aku yang India. Dia suka dengan lelaki Melayu tapi taknak convert Islam.

"I suka dengan lelaki Melayu tapi I tak nak convert. Sebab bila dah masuk Islam banyak sangat nak kena berkorban."

Aku hanya senyum kambing jer sambil pandang minah tu dan buat buat tak layan. Dalam hati aku cakap nak berkorban apanya? bukannya suruh berkorban nyawa mahupun harta. Bukannya suruh dia pergi berperang ke..apa ke. Just sekadar menukar agama dan pegangan itu jer. Islam tak suruh pun bila convert kena berkorban macam macam. Suruh putus hubungan dengan family apa sumer. Memeluk Islam tak bermaksud kena jadi Melayu. Aduyai..masalah bila orang tak paham konsep dan yang lebih penting..hidayah tak sampai. Aku hanya mampu berdoa agar moga moga Allah SWT gerakkan la hati colleague aku ni dalam mengenal Islam.

Pape pun untuk pasangan Saif Ali Khan dan Kareena aka Bebo...semoga "selamat" lah hendaknya. Nak tau sapa lagi keturunan Khan yang fail?

SHAH RUKH KHAN DAN SALMAN KHAN..

Dua2 out. Chow.




P/S: Gambar sumber Google. Aku tak amik kredit untuk petikan di atas. Kredit all goes to the mentioned blog above. Petikan hanya sebagai sumber rujukan semata2.

p/s: Pendapat hanya luahan peribadi semata2.


Monday 30 December 2013

Blog review: Top 10 most hit topic for the year of 2013

Moshi..moshi..apa khabar? sihat? Alhamdulilah..wah..dah dekat nak masuk tahun baru dah gamaknya kita ni kan? lagi 2 hari dah tahun 2014. So..apa azam tahun baru korang? Takde azam lagi? takpelah..aku pun sama gak..every new year aku tak pernah berazam. Everything just go through naturally. Aku pun tak tau nak berazam macam mana ha..apa pun yang aku buat..aku akan buat spontan. Kalau aku rasa nak buat, aku akan buat sampai habis..Heh.

Dah nak masuk tahun 2014 ni...aku pun rasa elok2 jugaklah kalau aku review balik sepanjang aku tulis blog ni apa topik yang paling hot dalam blog ikan bilis aku ni ha..Here we go..

1- Review : Cosmoderm Gentle Series - 462 Hits. 

Comment blogger: Mak aii..masa aku buat entry ni tak pernah aku terpikir hits aku akan setinggi ni wei. Serius tak pernah sangka pun. Tapi, melalui hits ni jugak aku tau la ramai yang terbukak hati nak pakai Cosmoderm ni kan? Good. Support Malaysia produk. :)

2- Bausch K Branded Stainless Steel - 368 Hits

Comment Blogger: Ini jugak antara topik hit dalam blog aku. Rasanya mesti ramai orang nak kawin kan tahun ni. Tu yang asyik dok google "cincin untuk lelaki" kot. Keluar la topik aku ni ha..Hihihihi.

3- D Massela Collection Boutique vs Seri Mempelai Collection - 205 Hits.

Comment Blogger: Niat aku membandingkan dua buah butik perkahwinan ni bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Tapi cuma nak meluahkan pendapat berdasarkan pengalaman dan jugak personal preferences dari sudut sebagai seorang customer. Full stop.

4-Wang Hantaran Mahal?? Susah nak kahwin?? - 205 Hits.

Comment Blogger: Hits sama macam topik di tangga ketiga. Tapi yang ni aku letakkan kat tangga keempat sebab ianya bersifat general. Topik ni jugak aku buat berdasarkan pengalaman sendiri dan pendapat sendiri semata-mata.

5-Review Gadget: Nokia Lumia 520 - 76 Hits.

Comment Blogger: Entry ni pun atas pengalaman sendiri jugak. Dah kebetulan time tu aku memang tengah jakun pakai Nokia Lumia ni pun ha. Excited bebenor.

6-Review Produk: Ronasutra Mineral Oil based Make Up - 69 Hits.

Comment Blogger: Dari first day aku post entry ni, everyday hits dia makin naik. So..aku tau mostly pembaca blog walking maybe suka bab2 review produk kecantikan, make up based ni ha..Dan of course la sebab Ronasutra kan tengah hot sekarang ni. Sapa tengok Love You Mr Arrogant? Cuba tgk make up artist dia pakai brand apa? Ronasutra kau! Kelas gitu..

7-Wedding Review: Hantaran Lelaki dan Perempuan - 54 Hits.

Comment Blogger: Time ni mood tgh kemaruk nak kawin. Tu yang bersemangat jer nak tulis entry pasal ni tapi gambar takde. Terpaksalah merepek dalam post ni.Bila nak upload gambar tak tau? hihihihi.

8- Congrats Lee Byung Hun & Lee Min Jung!! - 30 Hits.

Comment Blogger: Aku memang kipas susah mati Lee Byung Hun. Dan aku tau dia kahwin dengan Lee Min Jung aku rasa tersangatlah sesuai gitu. Si hensem dgn si comel! Kelas! Seriously, I rather him marrying Lee Min Jung than Song Hye Gyo. Sebab Song Hye Gyo memang lawa tapi high end sgt. Maybe that's why break up.

9-Novelis Thriller No 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid - 47 Hits.

Comment Blogger: Mamat ni memang dah ramai peminat. Termasuklah aku. Entry ni sekadar nak berkongsi dengan pembaca penulis novel favourate aku.

10- Tinggal 4 bulan - 28 Hits.

Comment Blogger: Mesti korang ingat apa maksudnya dengan tinggal 4 bulan kan? Jangan risau, sebab aku bukannya nak meninggalkan negara mahupun meninggal dunia (Nauzubillah)..aku cuma akan beralih ke bab baru dalam kehidupan aku which is I am getting married. Topik jer yang suspense. Heh.


Overall, melalui pengamatan aku, kebanyakan pembaca yang singgah kat blog aku ni lebih suka kepada review produk-produk mahupun gadget. Dan kebanyakan entry yang aku post yang lebih menjurus kepada serius atau critical thinking kurang hits. Mungkin sebab search engine tak dapat cari ataupun pembaca yang blog walking tak berminat nak baca entry aku yang kengkadang panjang berjela mengalahkan buat esei untuk SPM. Entry yang berbaur politik..haram..tak sampai 10 hits pun!

So, based from this small input of survey, trend..so next year mungkin aku akan lebihkan review untuk produk-produk sebegini dan mungkin walaupun mustahil, aku akan kurangkan merepek dalam blog aku ni ha.. Hahhaha. Kalau ada pun korang layan je la k..


Whatever it is, to all readers who had been visiting my blog wherever you are..thank you for reading. I know there's not much infor in my so called lame blog but still by doing an entry in this blog has been quite a journey to me. Lot's of fun  that I have been through and still..I love my blog & I love blogging..!!

Rather than Happy New Year..I prefer to say "Selamat Tahun Baru" sebab kita tak tau samaada tahun depan bakal menjadi tahun yang selamat buat kita.. (Ungkapan dipetik dari Metro 27hb Disember 2013, by Kunta Kunte).

Chow  Peeps!



Thursday 26 December 2013

Honeymoon review: Langkapuri Inn Langkawi

Helo..hai..hai..hai..dah kahwin? best kahwin? seronok kahwin? Kalau best Alhamdulilah. Itu yg diharapkan dari sebuah perkahwinan. Anyway, dah macam trend skrg ni kalau lepas kahwin jer mesti nak terus pergi honeymoon kan? Tak kisahlah mana pun destinasi, janji kalau pergi dgn suami atau isteri tersayang itu memang terbaik.



Well, as for me, lepas jer habis majlis bertandang belah suami tempoh hari, sehari lepas tu, kami bertolak untuk honeymoon di Langkawi. Kami naik flight jer awal pagi via Air Asia. Kalau naik flight, cepat jer sampai Langkawi ni ha. Dalam satu jam macam tu. Flight aku tempoh hari pukul 7 pagi, so seawal 3 pagi mmg aku dan suami dah bgn. Actualy, suami aku tak tido pun that;s why managed bgn awl. Hahaha.





Ok, pakej honeymoon yg kami ambil adalah 4 hari 3 malam dan hotel yang kitaorg booked adalah Langkapuri Inn hotel. Hotel ni even 2 bintang sekalipun popular beb. Sebab apa? Hotel budget yang murah dan sangat2 convinient.  Yang paling best, belakang hotel ni, laut. Sea view. Selain dari tu, byk kedai2 makan, kedai kedai comel untuk membeli belah, dekat dengan shopping mall which is Cenang Mall, dan jarak berjalan kaki sahaja nak ke Underwater World Langkawi. Seberang jalan jer. Memang pekan hidup la.

View bilik kami adalah garden view dan kat belakang tu pantai la..standard room. Kalau standard room, bilik dilengkapi dengan queen size bed, mini bar & tv. Yang ni kira standard atau basic punya facilities la. Bilik air pun sempoi jer tapi bersih dan selesa. Not bad la for 2 star type of hotel.





Sepanjang penginapan kat sini, aku selesa dan enjoy duduk kat hotel ni sbb most staffs kat Langkapuri Inn ni ramah. Customer service memang bagus. View dekat Langkapuri Inn ni jgk sgt cantik sbb diorg mmg jaga pantai Cenang ni. Airnya hijau jernih , pasir takde sampah . Cuma bila mandi kat pantai tu jaga2 sikitla sebab ada Obor-obor. Yang lain ..terbaek. Dari segi makanan pulak, oklah buat sebuah hotel 2 bintang. Not bad. Nak kata sedap sangat tu tak la tapi better than nothing. Variety is there but not that many. Anyway, hotel 2 bintang maa..low ur expection. Heh. Sepanjang aku menginap kat sini aku tak makan kat hotel sgt pun. Breakfast jer. Lunch, dinner jalan2 cari makan kat pekan Kuah tak pun restoran dekat dekat situ jer.

Overall honeymoon aku kat sini tak mengecewakan. Sangat berpuas hati dan enjoy sangat duduk kat hotel ni. Insya Allah kalau aku datang Langkawi lagi aku akan menginap kat sini lagi..

Till then..chow.

P/S: Sumber gambar. Google.

Tuesday 24 December 2013

Saja2: Kenapa suka blogging

Hai..hai..hai..buat apa tu? tgh lunch? atau tak lunch disbbkan hari ni ofis tutup awal? nak tunggu masa balik?Apa pun yg korang buat I wish you well and happy always..chewah..hehehehe



Entry aku kali ni pasal "Kenapa suka blogging?" atau..kenapa korang suka tulis blog? Macam mana boleh terjebak dlm dunia blogging? Well, masing2 mesti punya jawapan yg tersendiri kan? Ada yg kata saja suka2..saja2 nk asah bakat penulisan..suka meluahkan perasaan dan berkongsi benda, pendapat, review dgn org lain..dan tak kurang jugak yg nk populariti, glamor..konon2 muka perasan comey mekap tebal pastu ada org komen"ei cantik la awak ni" mula la perasan tak tentu hala..xpun .."u ni mmg hensem la...i suka baca blog u ..tasty" Heh. Tasty? apa dia leh jilat ke blog org yg dipujinya tu? tak pun berangan nk kumpul duit nuffnang, adsense byk2.. Heh...Apa pun jawapan korang, aku ok jer..sbb aku pun terjebak dlm dunia blogging ni byk sbb..hahahaha. 

Berbalik kepada entry di atas, blogging mmg best. Aku suka blogging sbb everytime aku rasa macam ada idea atau saja nk kongsi pengalaman ke apa ke..aku akan channelkan melalui blog. Yela, aku ni kan pemalu orgnya. Dlm blog jer yg aku leh berkata2 tanpa batasan tp dilimitkan. Entry blog aku ni plak..mcm rojak..sometimes aku akan cerita benda yg aku pakai dan mmg ada hasil yg best..sometimes, personal feelings, personal view, preparation itu ini..review filem . Tapi itu semua bergantung kpd mood aku. Mixed feelings. Inspirasi aku utk bhn blogging mostly berkisar dari pengalaman dan everyday's life aku. Misalnya, aku tgk satu cerita best, then aku akan update kat blog aku. 

Honestly, kenapa suka cilok gambar Google? My answer senang jer. Maleh nk upload gambar. hahahaha. Mostly kalau blogger perempuan mmg suka letak gambar, gambar yg cantik2, gambar2 sendiri yg comey, kiut miut, posing maut habis, tapi itu terpulang pada citarasa masing2. But i am not into a picture. Teringin jugak nk letak gambar sendiri yg tak berapa nk lawa ni dlm blog sendiri tp buat masa sekarang aku  tak terbukak hati lagi nk letak gambar sendiri. Atas sbb2 tersendiri. Maleh la.. Aku lebih kepada isi blog dari gambar.I like remain mystery. Heh.

Aku suka blogging atas dasar utk suka2 dan isi masa lapang. And again, I am amazed dgn blog aku yg kecik dan buruk ni sbb  byk gak hits yg aku dpt. At least I know I have readers out there. Terima kasih sgt kerana sudi singgah dan baca apa yg aku repekkan dlm blog ni. Peace y'all. Pape pun, eventhough aku buat blog atas dasar suka suki..I love my blog, and I am enjoying it. Hit tak byk, takde ads nuffnang sgt pun aku ok jer. Sbb aku blog bukan atas dasar duit. Bukan sbb nk tepek makeup tebal pastu tayang kat blog masing2 supaya sumer org kenal dan boleh jadi the next Hanis Zalikha ataupun blogger tercantik Malaysia Tapi sbb minat. Ikut free style aku jer. So, far, dah lebih 30 post/entry aku buat untuk  blog ni dalam tempoh beberapa bulan which is for me, more than good enough.

And, mungkin jugak aku terasa mcm nk blogging sbb aku ni kaki blog walking. Suka baca blog org dan dari situlah timbul minat dan keinginan utk buat blog sendiri. Yela, asyik dok baca blog org lain jer..why not aku open aku nyer blog sendiri. So, this is what I am doing right now. 

Pape pun alasan korang utk berblogging, be urself..be original.


P/S: Gambar sumber mcm tak biasa..dari Google la.






Monday 23 December 2013

Tips supaya pakej perkahwinan anda tidak sucks!!

Hai..hai..what's up? busy keje? tito? tgh termenung pening memikirkan atau mencari pakej perkahwinan yg sesuai buat kalian? Mentang2 skrg ni hujung tahun musim org kahwin, nak tulis pasal bab2 kawin jer aku ni..hehehe..



Ok lah, aku maybe tak berpengalaman sgt dlm bab2 kawin ni, tapi experience menguruskan sendiri majlis kawin aku membuatkan aku sedar kengkadang ada benda yg patut diberi perhatian, especially dlm bab2 mencari pakej perkahwinan yg sesuai dan citarasa dan budget yg dilaburkan utk mereka. Seperti yg berlaku dlm majlis kahwin aku awal bulan ni. Mmmg dugaan yg tidak dijangka sungguh! Dan aku sgt..sgt..sgt..tidak berpuas hati dgn servis yg diberikan sbb pakej diorg boleh dikatakan agak mahal tapi servis macam lahanat!!. Sorry for the bad use of wordings but no words can describe as of what I had experience recently during my wedding.

And, since this is my blog, this is my personal view, niat aku tulis dlm entry ni bukan bermaksud utk memburukkan mana2 pihak, cuma aku harap apa yg berlaku pada majlis aku tidak akan berlaku pada org lain. Errr..mungkin ada kot. Anyway, aku mmg cukup tidak puas hati dan marah sgt dgn pakej perkahwinan yg aku assume akan memberikan khidmat yg baik, but unfortunately, dissapointing sgt!!

Pakej yg aku nk ckp ni adalah pakej kahwin belah aku sendiri, Abby Astana Pengantin, yg dulunya OK skrg KO!. Family aku pernah pakai khidmat diorg ni masa abg aku kawin dulu, masa tu diorg mmg ok, makanan sedap, presentation ok, boleh kata sumernya puas ati la. Tapi, apakan daya, mungkin bukan rezeki aku kot dgn diorg ni, majlis aku berjalan dgn lancar tapi cacat celanya sgtla byk.

Bukan nk kata apa la, tapi, kalau org kalau byr mahal. harap servisnya pun level dia mestila berbaloi dgn apa yg dibyr ye tak? Ini..bayar dah dekat RM11000, tapi, buat macam cikai jer wat per? Menyusahkan aku dan keluarga aku lagi adalah! Di bawah ni aku senaraikan apa yg membuatkan aku cukup geram dgn diorg ni:

1- Majis hari Ahad tapi khemah baru nk start pasang dah dekat nk maghrib! Janji dgn ayah aku nk pasang lepas Asar, tunggu punya tunggu haram sekor pun tak muncul lagi nk pasang khemah kat umah aku! Sampai ayah aku plak nk kena pegi kedai diorg ni jumpa dgn boss diorg baru nk buat? Mcm haram! Aku marah sbb ramai org tanya majlis ni jadi ke tidak sbb takde khemah pun kat rumah kitaorg! Siap org ckp salah rumah kot! Lepas tu pasang khemah macam org nk bergaduh plak! Korang yg dtg lmbt so apa2 hal tanggung sendiri la!

2- Makanan dah out - Tak sedap. Yg ni aku maleh amik pot, sbb makanan pengantin pun dah out. Sejuk, rasa macam makanan semalam yg dipanas balik. Aku suap dua tiga sudu, pastu dah. Fail! Out!

3-Staff butik yg cukup menyampah dan takde inisiatif sendiri utk update customer!Selagi aku tak call, msg, jgn harap diorg nk call aku ke..apa ke.. sampai make up pun aku kena arrange sendiri? aku dah cukup busy takkanlah itu pun aku kena arrange jugak!

4- Masa time nk bersanding yg paling aku rasa diorg ni mmg cukup biadap dlm majlis aku, bila aku dpt call dari suami aku ckp baju pengantin dia problem teruk. Seluar pjg sblh 2 inci! Pastu kotor dan besar! Tak sama langsung macam sblm kitaorg dtg fitting hari tu! Apa guna aku dgn suami aku dulu dtg dari jauh semata2 nk pegi fitting tp bila time majlis kahwin tu sendiri, pakaian serupa mcm org tak pegi fitting jer! Time fitting janji nk adjust measurement utk suami aku , siap amik measurement dia skali last2  baju kawin tak kena langsung! Dahlah kotor,bagi baju besar pastu bagi mcm nk taknak jer! Aku mmg high blood pressure time tuh tp nasib baik bff aku dgn mak andam tolong coolkan! Kesian kat suami aku tu ha, terpaksa dia staplekan seluar tu supaya jgn nmpk obvious sgt! parents dia, sedara mara dia sumer tanya. Aku bukan org yg jenis peduli apa org nk kata tp utk wedding aku sendiri mmg sakit hati sgt!I still got a reputation to take care! Dahlah tu, call balik pekerja butik tuh dia suruh dtg butik balik amik baju lain! Helo, pikirla skit! mana la sempat laki aku nk pegi butik nak tukar baju lain apa sumer?:? serius sgt sambil lewa dan lgsg tak mintak maaf kat kitaorg pun! Again! sgt biadap! Dan sungguh tak professional!

5-Time nak sanding, kerusi pelamin, kotor! aku pandang suami aku dia pun pandang aku, kitaorg terpaksa control perasaan nak "amuk" time tuh. Sabar..cool! Tak berselera lgsg aku nk duduk kat kerusi dia tuh. Kotor! sbb tu makan pun tak lalu.Nampak sgt diorg tak jaga peralatan majlis.

6- Last but not least, masa nk hntr alek pakaian butik tak senonoh ni, aku tak dpt nkjumpa dgn org yg bertanggungjwb uruskan majlis kawin aku hari tu. Ikutkan ati nk jer aku bhskan diorg time tu tp nk wat camner..sumer hilang masa aku dtg! aku hntr msg kat owner dia dan bgtau segala ketidak puasan hati aku and guess what? smpi skrg tak bls lgsg msg aku! ckp mintak maaf pun tidak! What an asshole!At least say something to us if you value ur customer dude!! I aint pay you for nothing! In fact I bet diorg pun tak peduli kalau kitaorg nk wat majlis tp xde duit! Right?

So, itu antara unexpected things yg berlaku dlm majlis aku tempoh hari. Seriously, it sucks! Aku nk ckp ini jela..org Melayu kalau nk berniaga..buat cara nk berniaga.Jgn disbbkan butik dah ramai org kenal, ada nama, pastu tamak duit sumer majlis ko nk buat dan lepas tu aniaya majlis org lain. Berkat ke duit yg korg dpt tu? Fikir la sket. Jgn tau nk untung jer! Jgn nk tarik muka, layan customer mcm nk tak nak..PR pun teruk..apa? diorg ingat aku byr pakai daun ke nk guna khidmat diorg tuh? Abah aku siap byr full payment sblm majlis lagi ok!! Apa guna husband aku bagi duit hantaran semata2 hangus kat diorg jer! Waste of money!

Moral of the story..sila2 lah pantau pakej perkahwinan yg korg nk amik andai korg berhajat nk kawin. Sbb, bila kita nk kawin ni..kalau x grand mcm Rozita Che wan & Zain Saidin  punya wedding pun takpe..janji majlis itu sempoi, meriah, sweet dan pakej perkahwinan yg diambil tu boleh memuaskan hati kita..berbaloi dgn apa yg dibyr...jgn indah khabar dari yg telah dijanjikan. Please do some research before you assigned one of the wedding package to be in charge for your wedding. Macam aku, aku amik butik ni sbb sblm ni mmg diorg pernah buat utk kitaorg dan hasilnya ok that's why I was expecting the same result for my wedding! And unfortunately its not!

Even majlis belah aku byk dugaan, syukur segalanya lancar walaupun time tu aku dan husband mmg tgh kontrol dan cuba tersenyum sbyk mungkin masa time majlis! Dlm hati tu, Allah je yg tau..nasib baik time majlis masa bertandang dh cover balik apa yg kurang masa majlis belah aku. Alhamdulilah.




P/S: Gambar as ussual, pinjam dari Google.






Wednesday 18 December 2013

Journey starts: Life after marriage~

Pergh..mmg betul2 berhabuk la blog aku ni gamaknya..Hai..hai..how are u? I am fine thank you. Hehehe. Selepas almost 1 bulan lebih jugaklah aku tak mengupdate blog dek kesibukan wedding aku yg baru je selesai, Alhamdulilah. Even byk sgt dugaan dan perkara2 yg sgt menguji kesabaran sepanjang majlis pernikahan, bersanding dan bertandang..syukur, selamat jugak akhirnya. Syukur sgt. Alhamdulilah.

And, dah dekat 2 minggu jugaklah aku bergelar isteri org. Isteri kepada seorg suami yg sgt penyabar, kelakar, sempoi dan yg paling penting, we love each other. Best kawin? Best sgt. Hihihihi.

Actually, life lepas kahwin ni takde la byk beza sgt, lebih kurang je sblm kawin. Cuma, ada beberapa perkara yg agak major dlm hidup aku dah berubah. Contoh, tempat tinggal. Dah kawin, aku tinggal dgn parents suami aku. Tinggal di rumah mertua. Tapi, aku ok jer. Alhamdulilah jugak dpt mertua yg sporting dan memahami. Aku masih lagi dlm mode utk menyesuaikan diri dgn kehidupan dan lifestyle belah mertua aku yg pada aku sgt..sempoi! smpai aku sendiri naik segan, tapi dah boleh lah adapt sket2.

Dulu pegi balik keje naik LRT jalan kaki, skrg suami yg hantar ke LRT station. Balik pun dia jgk yg jemput. Kenapa tak naik kereta? AHhahahhaha. Aku tak reti bwk kete. Lesen ada tapi dh lama dah mati. Nak idupkan kena pegi kursus alek alahai malehnya. Tapi, one day..someday..one fine day..aku akan amik lesen balik. Bila..tak tau. Hahahhaa.

Dulu masa belum kawin, makan malam balik keje bedal je la apa yg ada. selalu malam aku x makan sgt pun, makan roti tak pun sekali sekala bedal meggi. Tapi, ni bila balik keje mak mertua aku masak, tau lepas mandi solat apa sumer tuh..melantak kat bawah. Bwahahahahha. Teruk sungguh menantu sorg ni.  Kengkadang aku rasa segan pun ada. Yela , sumer dah ready. Beza sungguh kalau aku kat umah sendiri. AKu la yg mengemas, masak, basuh baju..bla,..bla,... Kena culture shock plak. Nak tolong mak mertua aku cakap takde apa sgt nk tolong. Even dia ckp macam tu pun, aku tolong jer apa2 yg patut dibuat tu ha..



Papepun, life after marriage makes me happy, sbb boleh berkepit dgn husband aku 24 jam, nak pegi mana2 pun senang. balik lmbt pun senang. Dia pun tak payah dah nk antar aku alek Gombak yg nun jauh di sana tu hah. Best. :) Hari2 dating dgn husband sementara masih takde anak lagi ni hah. Everyday is a honeymoon..chewah.

Err..nk tulis apa lagi ek? for now, cukuplah smpi sini. Nanti kalau berkesempatan aku akan upload gambar2 time kawin plak.

Chow.