Nuffnang Ads
Tuesday 4 June 2013
Novelis Thriller no 1. Malaysia..Ramlee Awang Murshid
Sapa suka baca novel Ramlee Awang Murshid? Mesti ramai gak yg minat gaya penulisan Ramlee Awang Murshid ni termasuk aku. Karya2 dia mmg best. Aku tak tau la pada org lain tapi pada aku, bila aku baca novel dia ni ibarat mcm aku boleh berimaginasi dgn apa yg penulis ni nak sampaikan.
Berikut di bawah aku senaraikan antara karya Ramlee Awang Murshid yg all time fav aku:
1- Hatiku Di Harajuku:
Ini adalah first novel karya Ramlee Awang Murshid yg aku baca. Actually aku pinjam novel ni dari abg aku. Kisah mengenai seorg lelaki Malaysia bangsa Melayu yg terjebak dlm kancah gangster di Jepun atau lebih dikenali sbg Yakuza, dek penangan cinta wanita Jepun. Karya ni mmg superb dari segi jalan cerita sbb byk babak pertarungan, diselang seli ala melo drama gitu. Yg lagi satu best sbb bahasa dia bercampur, byk menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris. Sbb aku ni dulu giler J-pop. Ahaks!
2-Satu Janji:
Novel pertama Ramlee Awang Murshid yg aku beli dgn gaji pertama aku yg ciput tu hah. Cerita novel ni mengisahkan betapa seorg lelaki sanggup berbuat apa shj demi cinta yg benar2 tulus yg lahir dari hati seorg lelaki. Hero dlm cerita ni byk berkorban demi seorg gadis yg dicintainya, tapi, yg heroin ni plak mula2 jual mahal. Sanggup jadi tukang buat roti canai kat restoran milik heroin semata2 nak tackle tuan punya restoran. Dlm novel ni mmg byk unsur lawak yg pada aku, its kind a cute and sweet. Aku kalau baca novel ni tak sah kalau tak sengih sorang2. Mcm org giler. kekekeke. Dalam novel ni jgk sbnrnya banyak makna tersirat mengenai perhubungan suami isteri. Suami yg penyayang, sabar dpt isteri yg benci akan dirinya. Actually bukan benci la, tapi term heroin tu yg suka pikir dia dikahwinkan secara paksa dgn hero nih. Akhirnya, kesabaran suami terbalas bila si isteri sedar akan kesalahannya. Cerita dia jiwang sket tp jiwang yg aku leh layan. Best!
3-Trilogi Bagaikan Puteri
Part pertama Trilogi kisah pengembaraan Laksamana Sunan. Aduh, aku rasa mmg aku angau kot kat Laksamana Sunan aka Saifuddin. Mmg lelaki Melayu terakhir la.Anyway, its just a character. Dalam part ni, Laksamana Sunan bertemu dgn Haryani, seorg wanita abad ke -21 yg koma akibat kemalangan lalu rohnya mengembara ke zaman abad ke-15, dgn izin Allah. Dan Laksamana Sunan jugak yg menyelamatkan Haryani. So, biasalah, kalau dah hero dgn heroin sentiasa bersama2, mesti ada crush kan, cintan cintun gitu. Itu yg dirasai mereka berdua ni hah.Tapi, in the end, Haryani terpaksa berpisah dgn Laksamana Sunan kerana Haryani dari masa hadapan dan mustahil dpt hidup pada abad ke-15. Aku ada nangis2 jgk la baca citer ni. huahuahua. Yg membuatkan buku ni lagi terbaik adalah byk unsur2 keislaman yg diserapkan dari segi jln cerita dan sikap Laksamana Sunan itu sendiri. So, check it out.
4-Trilogi Bagaikan Puteri - Cinta Sang Ratu
Part kedua, bilamana Laksamana Sunan bertemu Sang Ratu yg ampuh kekuatan ilmu hitamnya. Tapi, akhirnya ditewaskan, diselamatkan dan diislamkan oleh Laksamana Sunan. Sang Ratu kemudian dinikahi oleh Laksamana Sunan Sendiri. Part ni jgk menceritakan pundak, keturunan Laksamana Sunan dari belah abgnya di masa hadapan yg rohnya spt Haryani mengembara ke abad -15,setelah terselamat dari bencana Tsunami yg menimpa Acheh pada abad ke -21. Again, ada part 3.
5- Trilogi Bagaikan Puteri - Hijab Sang Pencinta
Part ketiga, turn Laksamana Sunan pulak mengembara ke abad 21. Dia ditemukan semula dgn Haryani, dna hampir menikahi Haryani. Oh lupa nk bgtau, dlm part 2 sbnrnya Sang Ratu yg jadi isteri Laksamana Sunan mati ketika cuba menyelamatkan Laksamana Sunan.
6-Trilogi Bagaikan Puteri - Cinta Sufi
Laksamana Sunan kembali ke abad ke-15, bila dlm part 3 ketika saat dia nk disatukan dgn Haryani, ditembak dan tercampak kembali ke abad sbnrnya. Part ni plak, Laksamana Sunan mengembara ke tanah Portugal, dan kembali semula ke Tanah Melayu.
7- Trilogi Bagaikan Puteri - Sutera Bidadari
Still lagi cerita pasal Laksamana Sunan, Tapi tak byk. Dlm part ni, berbalik semula ke zaman sekrg, hero dia still lagi seorg lelaki mirip Laksamana Sunan, tp bukan sbnrnya.
8-Trilogi Bagaikan Puteri - Sunan Musafir
Part terakhir dan juga merupakan penutup kepada trilogi ni. Dalam part ni byk benda yg kalau korang bca the whole story akan ada beberapa perkara yg nmpk tergantung, diceritakan dalam bab ni. Dan baru aku tau sbnrnya isteri Laksamana Sunan yg disangka mati tu,tak mati sbnrnya.
Dan lain2 fav novel aku adalah, 9 Nyawa, Ranggau, Ungu Karmila dan byk lagi..Kalau aku tertulis agk sikit jer psl info novel2 nih, hrp dimaafkan la ek, sbb aku dh x brp nk ingat jln citer dia, sbb dah lama. Nmpk gaya kena marthon alek la ni..hihihihi..
p/s: gambar dari Google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment