Nuffnang Ads

Friday 14 June 2013

HR Blues..

Hari ni hari jumaat, patutnya hari jumaat adalah hari yg amat dinantikan oleh semua org yg bekerja, tapi..hari ni, memandangkan aku agk moody, stress dan bad mood hari ni dan tak tau kpd siapa nk diluahkan perasan terbuku di hati ni..biarlah aku ekspresasikan dlm blog aku ni hah..-__-

Aku keje dlm HR dah lama dah,dekat 7 tahun la mcm tu. In fact sejak aku grad lagi background kerja aku mmg purely HR. Even bukannya aku ni full practice sgt tp kira advance level gak, still, i am in the learning curve, byk lg technical skills as HR practitioner yg perlu diasah, so, setakat aku nak resign dan apply keje kat tmpat lain ok lagi kot. Kekekeke. Mana la tau...

Kalau dah nama pun keje di HR dept, mmg byk ragam manusia yg aku boleh nmpk. Perangai budak fresh grad, peel colleague kat ofis, ada baik dan buruk, peel HOD lagi..Office politics..pergh byk giler kot. Nak lagi best, aku mmg keje swasta dan entah kenapa mmg aku slalu dpt company yg bangsa kulit kuning lebih ramai dari bangsa lain. Aku tak pernah dpt boss Melayu, sumer ex-boss aku chinese. Tapi, byk kelebihan bekerja dgn diorg ni. Byk benda ko akan bljr dan baru kau tau langit tu tinggi rendah mcm mana. By rights, diorg ni lebih suka nk keje dgn kaum sendiri je tapi if you can prove that you are competed, hardworking as same level as them, they dont mind to work with you. Another thing, diorg ni very demanding. Everything must be accurate, fast & the bosses only want to know bout the results. They dont care how you do it, they just want to know the results.If you are complaining, to them you are not competent. If you are asking so many questions, they will tell you that you are not confident. Jadi staff in HR dept jugak byk mengajar aku mcm mana nk berdepan dgn org, deal with problems, dan lebih penting, (pada aku la), nak ajar staff yg mengada2 melebih2! Staff mcm2 perangai, ada ok , ada yg kena explain baru faham dan ada yg ignorance. Org yg ignorance ni agak mencabar sket pada aku. Dah tau benda tu salah, buat jgk, kena hantar show cause letter tak bls, time bila warning letter sampai ckp company tak adil. Pulak. Ada jugak yg "pintar" belaka. Dapat gaji, hantar surat resign menerusi faks! Giler kentang wa cakap lu! Mmg kreatif kalau bab2 mcm ni. Tapi, lepas tu call aku balik mintak tolong kalau ada company call nk buat reference check ckp benda yg baik2 jer utk diorg. Ada seorg ex-staff company lama aku lahabau sungguh berani call aku dan buat mcm ni. Aku balas jer;

"Maaf la, i tak kenal you sgt, so i tak leh nk komen apa2"

Terus staff ni tak call aku. Kekeke.

Org tak tau sbnrnya apa yg tersirat di hati HR personnel. Hr ibarat org pertengahan antara company management dan staff. So, apa2 yg management buat dan pd staff diorg rasa itu tak adil, HR yg kena handle sumer tuh. Truthfully, i love my job! Seriously! tapi, sometimes, perangai manusia ni kita tak leh nak agak sgt. Bila kita wat keje sepenuh hati, diorg ckp kita ni tak buat keje, dan sesuka hati SERANG HR. Apa ni? just because kitaorg ni dept yg tidak membawa bisnes kepada company korg boleh ckp sesuka hati as if kitaorg ni takde perasaan ke? Jgn nk berlagak sgt la kawan! Kalau HR kononnya tak buat keje, korang takkan dpt gaji tetiap bulan ok!! Respect org sket, bukan main terjah mcm tu jer.

Pagi ni plak, aku gak sakit hati dgn seorg staff ni. Aku baru je masuk ofis dan baru nk bukak laptop, minah ni datang dan tanya kenapa dia still tak dpt duit claims dia lagi. Tapi, pertanyaan dia tu, mmg membuatkan aku agak hot la. Biadap tak bertempat dan dia ckp aku plak yg agitated?? What the F***??
Tu baru soalan, belum jawapan lagi. Aku tanya dia balik ada submit hardcopy tak, dia ckp dia tak ingat. Ha..part ni yg mmg aku panas dgn pompuan ni. Claims yg aku process basically adalah hardcopy. Kalau hardcopy staff takde dgn aku maknanya aku tak process utk bulan tersebut. Staff kena submit benda tu kat aku. Kalau benda tu tak ada dgn aku, then maknanya, mmg aku tak dapat la claim tersebut. Time aku explain kat dia, dia tiba2 snap dan ckp "Yeah, ok fine." Then terus blah dari situ. Disbbkan aku agak tidak puas hati dgn statement minah ni, aku pegi check alek claims yg aku dh process utk last month. Claim dia mmg takde, so x perlu nk buat scene ckp kuat2 bagi sumer org dgr! Baru manager, even HOD pun bagi claim kat aku personally. Ko yg baru tahap manager bossy nk mampus! Rasa terkilan, geram, sedih, sumer bercampur baur la time tu. Follow up as per our conversation, aku hantar emel kat dia suh check kat dia nyer side lak sbb aku dah check claim dia mmg takde. Pastu dia emel alek ckp dia tak jumpa claim tuh. Fine, aku balas balik kat dia yg aku akan process claim dia dulu sbb copy dah ada dlm sistem, cuma nk kena print out report jer. Sbb bila aku fikir balik, geram tu ada, tp, still kena profesional. Sbb tu aku ckp aku akan process claim dia. Yelah, dia pakai duit jumpa client duit gaji dia, kenalah reimburse balik. Takpelah. Tgk, HR personnel sampai ke situ pikir utk staff. Aku masih lagi respect dia sbg staff , tp dia, tak pandang langsung pun aku ni. Ala, ko dgn aku pun sama2 makan gaji. rileks la..tak payah nk poyo sgt! AKu tau ko tuh mgr..tapi jgn perasan bagus sgt boleh tak??

But..in the end, nothing personnel, it's just work. Yeah, mmg ada pahit manis gak keje dlm HR ni, tapi, nilah kerja yg byk mematangkan aku dan melihat sesuatu dari perspektif yg berbeza.Still, aku pernah menang award, dan dapat promotion. Yang paling tak leh aku lupe, ada staff panggil aku "HR Gangster" sbb style aku yg entahlah..nk kata garang tu idaklah tapi..erm...entahlah..Kekeke.

p/s: coretan hanya luahan penulis semata-mata.




No comments:

Post a Comment