Nuffnang Ads

Sunday 30 November 2014

Kaya salah...miskin lagilah susah..

Actually aku takde mood sangat nak tulis blog kebelakangan ni. Entah kenapa I really dont know you see. Kesibukan kerja dan banyak perkara memerlukan pertolongan aku dari family membuatkan aku agak busy sikit for the past few days. Biasalah...aku bukannya orang senang you see.



Pernah tak dengar dengar istilah kaya salah..kalau miskin lagilah susah? Hidup dalam zaman sumernya materialistik ni akan mewujudkan istilah satu masa nanti kekayaan adalah satu keperluan dan bukan lagi hak milik eksklusif seseorang individu tu. Sekarang ni pun dah banyak jutawan senyap yang kita tak nampak tapi kumpul kekayaan dengan side income. See, mentaliti sekarang, kalau ko takde duit, takyah nak cakap banyak la. Jangan salah faham pulak bila aku cakap macam ni, nak kaya tak salah . Itu hak masing2.

Pernah sebelum aku kahwin, aku saja2 tanya kat a few vendor masa event majlis perkahwinan apa sumer, selagi kita tak confirm amik package dengan diorang dan tak bayar deposit, serious dia takkan layan kita. Tapi aku ni pulak tak suka kalau orang paksa2 aku macam tu. So, it's a big NO to me la. That's why I end up not using their service.

Hakikatnya, duit tu penting. Sekarang ni, dahlah sumernya naik, minyak pun lepas ni dah takde subsidi. Harga rumah pulak makin melambung. Kalau ada perumahan yang bagi 5% ke 7% diskaun untuk Bumiputra ke apa ke tak yah percaya la "cha ya nun alif" tu. Lagi kena game adalah. Diskaun tu akan membuatkan korang bayar lebih dari apa yang sepatutnya. Sebab  Gaji  vs cara hidup kat Malaysia ni serius tak relevan pada aku. Kekayaan, bergantung macam mana orang tu nak define la. Macam aku, even kalau aku tak kaya sekalipun, cukup la asal aku cukup makan pakai dan boleh tolong family mana yang patut di saat aku perlukan duit. Ye la..sapa taknak jadi kaya kan? Bergantung pada rezeki dan usaha masing2. Yang lain biar Allah tentukan. 

Yang menjadi masalah bila kita kaya orang amik kesempatan kat kita. Aku tak cakap semua orang yang kaya tu teruk. Hanya segelintir je yang ada attitude macam tu. Contoh, ada seorang sedara kita ni hidup senang, kaya la jugak. Everytime bila sedara mara dia ada masalah kewangan, dia bantu. Tapi takkan setiap kali pun nak mintak orang lain bantu kita kan? Tak malu ke? Bila mintak nak bayar balik, liat. 

Bila kita miskin pulak lain ceritanya. Sometimes, ada orang tu "miskin" biarpun dia mampu beli kereta, sewa rumah, bayar bil utilities apa sumer, tapi takde duit simpanan. Itu miskin zaman sekarang dengan pura2 kaya. Biar papa asal bergaya ha tu la dia. Duit gaji cukup2  untuk bayar bil dan ....HUTANG. Hutang kereta dan rumah tak termasuk sebab itu adalah hutang "wajib" zaman sekarang ni. Yang aku maksudkan hutang loan2 personal dan kredit kad. Actually kalau pandai manage duit, hutang ni takkan jadi masalah pun, Bergantung macam mana korang nak roll duit gaji korang jer.

Nak kaya susah..tapi nak miskin aka biar papa asal bergaya cara moden, memang senang. Macam nak carik duit susah..tapi bila nak habiskan, memang senang. Senang cerita, kalau kita kerja teruk2, kita faham nak cari duit tu susah, kita akan lebih menghargai nilai duit yang kita ada tu. Tapi, kalau kita jenis yang memang tak fikir sangat akan masa depan, tau nak enjoy je sekarang  memang kita paling senang nak jadi "Miskin".


Chow.


p/s: pendapat hanyalah luahan penulis semata2. Based on true experience. Sumber gambar google.








Test: Left Brain or Right Brain??

Korang lebih kepada otak kanan ke otak kiri?



Yang ni result aku!!





Klik kat link ni    http://braintest.sommer-sommer.com/en/


p/s: kredit to  nizam malek blog. Sumber gambar google.




Saturday 22 November 2014

My picks: Top 5 outlet shopping branded mengikut budget!

Hi.Suka shopping tak? Aku suka. Tak kisahlah online mahupun offline. Tapi..kalau nak shopping pun, kena ukur baju di badan sendiri. Yela ..bukan semua orang mampu nak pakai designer label macam blogger Shazwani Hamid. Kita2  ni... biasa2 jer. Pakai sempoi2 sudah. Kalau pergi pasar malam pun, boleh dapat baju yang decent kalau pandai cari.

Dalam banyak2 outlet shopping yang bersepah kat shopping mall, ada a few outlet yang aku suka pergi dan shopping. Kiranya within budget la.



1- Jusco Outlet

Rasanya..nama Jusco ni sumer orang tau kan. Kalau tak tau, tak tau nak cakap apa la. Serious, kalau aku beli groceries, selalu aku jenguk2 gak baju 2 kat Jusco ni. Harganya bukan sahaja murah tapi cantik2 pulak tu. Selalu aku usha brand Scarlet. dari pakaian,  kasut hingga lah ke  office wear boleh kata berbaloi la. Tak rugi pun beli kat Jusco ni. In fact kalau pandai mix & match, memang confirm nampak cantik je. Ngee...



2-The Store

Nama pun The Store..memang nampak macam stor jugak la kalau pergi outlet diorang ni. Sebab macam pasar lambak. Tapi, dont judge the book by it's cover kawan...cuba survey dan tengok betul2 pakaian yang dijual kat situ. Lebih kurang sama jer macam yang dijual kat outlet branded lain. Cuma kena pandai carik je la. Aku kalau nk shopping jeans..boleh beli sampai 2 - 3 helai kat sini. Sebab selalu diorang bagi diskaun. Beli sampai 3 helai bwh RM100. Tak untung kak Ton??


3-H & M

H & M ni branded high fashion. Tapi surprisingly harga dia memang tak begitu mahal dan masih boleh dikatakan aku mampu lagi la kalau nak shopping sakan kat sini.  Kat sini pakaian, aksesori, kasut, beg...sumernya ada. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Cuba korang bukak website overseas dia. Kenapa aku kata murah? Sebab harga dia kalau dalam matawang asing je nampak cam murah. Tapi bila dah convert dengan Ringgit, of course la lain harganya. Still..sangat berbaloi kalau nak shopping kat sini. Sebab design pakaian, aksesori, kasut sumernya sangat up to date dan smart. Seriously.


4- Uniqlo

Kalau korang sukakan pakaian simple, kasual dan selesa macam aku, outlet Uniqlo memang tersangatla sesuai. Dari T-shirt, seluar, skirt, pakaian formal untuk kerja semuanya sangat praktikal. Aku kalau shopping kat Uniqlo, loafer, body shaper , dan T-shirt memang favourate aku. Even aku selalu belikan husband aku t-shirt dan boxer dari Uniqlo ni. Sangat comfortable dan berkualiti. Yes. it is.


5- Bershka

Kalau aku lepak KLCC, aku memang akan singgah outlet Bershka. Like H & M outlet ni pun lebih kurang je. Harga berpatutan, selesa dan design simple but just nice. Selalu aku akan beli t-shirt, tak pun blaus kat Bershka ni. Memang nice.


Well then..happy shopping peeps! Nantok. Nak tito. Huargh....


p/s; sumber gambar google.




Wednesday 19 November 2014

Beza remaja dulu dan sekarang

Remaja dulu lasak dan lebih survival berbanding remaja sekarang? Ada setuju? Entah. Aku tak sure la pulak tapi boleh kata nampak banyak bezanya dari segi pemikiran dan tindakan.Let's see:


1- Remaja dulu2 lebih dengar cakap berbanding remaja zaman sekarang. Kalau mak bapak kata jangan buat, memang kita takkan berani nak buat. Sebab memang dah diasuh dari kecil supaya tak melawan cakap mak bapak. Nowadays, mak bapak lebih sporting, lebih terbuka dalam mendidik anak2 dan kebanyakannya lebih suka anak anggap mereka seperti BFF forever. Katanya ikut peredaran zaman gitu. Hmmmmmm..



2-Kalau dulu mak bapak selalu merotan anak untuk tujuan mengajar, tapi sekarang kalau rotan anak jer, dikata nak mendera anak pulak. Betul ke? Itu aku tak pasti tapi sebab aku ni kategori remaja dulu2  aku dibesarkan dengan rotan dan tali pinggang polis. Tapi, still aku tak repot polis pun kalau parents aku pukul aku. Sebab, senang jer. Memukul untuk mendisiplin dan mengajar anak itu perkara biasa bagi aku. Sometimes, memang kita kena rotan anak. Macam aku cakap tadi, rotan utk mengajar anak tak pe. Pada aku la. Janji tak mati keras budak tu sudah. Sebab pengalaman aku dengan anak2 saudara sendiri. Perangai nakal macam setan. Sebab? mak bapak sentiasa ada attitude ni:

"Ala..tak pe. Budak tu kecik lagi. Biar je. Budak2 kan...memang la bergaduh."


Betul. Tapi dari sini kita dah tengok perangai budak tu macam mana dan apa tindakan kita sebagai ibu bapa utk betulkan anak2 masing. Still. Ramai yang fail. Sebab "sayangkan anak". 



3- Remaja dulu2 bila kena rotan kat sekolah cakap kat mak bapak, mak bapak sound kita balik. Marah kita balik. Tapi remaja sekarang bagitau mak bapak kena rotan kat sekolah mak bapak datang sekolah sound cikgu pulak. Aik, dah terbalik. No wonder anak ko pun..***** . 



4-Remaja dulu2 tak perlukan gadget pelik2. Cukup dengan main botol, papan karem,batu seremban, congkak dan macam2 lagi permainan budak2 dulu selalu main. Still we enjoy it wholeheartedly.

Remaja zaman sekarang, gadget based. Kalau boleh sumer gadget terbaru nak dibeli. Sebab tu ramai jadi "zombie" sekarang nih.


5- Remaja zaman dulu pergi beraya still lagi ada effort nak bertegur sapa dengan sedara mara. Remaja sekarang? belum tentu kenal sapa sedara masing2. Sibuk katanya. Sibuk main game handphone. Tak pun..tenet..tenet..internet.

6-Remaja zaman dulu masalah sosialnya tak seteruk zaman sekarang. Sekarang, sex is nothing. Kondom pun boleh beli direct kat farmasi. Sebab tu banyak benau kes buang anak . Nak gugurkan kandungan pun beli pil via online jer. Semudah ABC. Macam mana tu?



7- Remaja zaman dulu biasa2 jer. Remaja zaman sekarang, materialistik. Tak caya cuba tengok kat shopping complex. Nak minum kopi kat cafe mewah jer. Nak beli baju, cari Zara jer. Nak beli perfume, kat Sephora jer. Dan macam2 lagi lah.

8- Remaja zaman dulu tak kisah takde  boyfriend/girlfriend. Remaja zaman sekarang, Wajib ada pasangan masing2. Macam laki bini plak aku tgk. Kawinnya tidak.


9-Beza remaja fresh grad dulu, carik pengalaman lebih penting dari gaji. Remaja fresh grads sekarang, orang bagi opportunity kerja, tanya basic salary dulu berapa. Cheh. Keje dulu ..carik pengalaman dulu baru sembang pasal duit. Tak kerja, menganggur, salahkan kerajaan. Haish.



10- Last but not least, remaja zaman dulu , pemikirannya simple tapi daya tahan pressure, stress tinggi. Remaja zaman dulu bukan attention seekers, but they know how to survive. Remaja zaman sekarang, lebih suka post something yang pelik2 for attention dan dok tunggu how many likes you got  on Facebook. Seriously?



p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar Google.




Monday 17 November 2014

Review Filem: Rurouni Kenshin - Kyoto Inferno

Hari Sabtu last week. Husband aku tak nak tengok movie ni sebab dia bukan kipas susah mati Rurouni Kenshin aka Samurai X. Tapi disebabkan aku memang follow anime Kenshin ni, maka haruslah aku menonton movie ini di GSC One Utama. Sebab..kat GSC jer yang boleh tengok citer ni. Tu pun kena tapis dulu nak tengok kat mana. Either kat Mid Valley, Pavillion ..last2 aku pilih tengok kat One Utama je la. Senang. Tak yah banyak songeh.




So, hari Sabtu tu..ala2 aku enjoy my own time dengan kebenaran husband la. Sebab dia memang tak minat. Takkan nak paksa ye dak. So, husband aku drop aku jer kat One Utama dan yes..off to go girl! Sebab laki aku nak buat hal dia plak. Pegi settlekan kerja dan bengkel kereta. 

Alrite.Enough babbling about things yang orang tak interested nak tahu. Hua3. 


Actually, aku ingatkan masa tayangan movie ni wayang tak penuh. Tapi, by the time nak beli tiket tayangan pukul 1.50 pm tuh, boleh kat almost semua tempat yang best dalam wayang tu dah sold out seh! Fuh..ingatkan tak ramai yang tengok. SO, aku terpaksa la duduk row keempat dari screen. Ok la. Dari tak dapat langsung. Tapi, memang full house la masa show 1.50 tu. Siap orang Jepun dan mat saleh pun hade hokeyy!

Selama 2 jam 40 minit movie ni on air..pergh aku memang enjoy giler tengok movie ni. Not to mentioned that I am one of Rurouni Kenshin anime fans, but seriously, hanya orang Jepun je yang tau nak mengadaptasi anime ke Live action yang sebenar, Bukan nak puji lebih2 tapi, dari segi originaliti, pelakon dan jalan cerita memang banyak berikan impak kepada penonton. Starting pun macam ice breaking la..,ada masanya lawak, ada lebih kepada mainan emosi dan bila time lawan fighting scene sekalipun kita rasa excited. Especially dengan background music yang best.

Masuk..masuk!

Jangan ingat kau Battusai aku takut hoh!


Dah namanya Kenshin (Takeh Satoru), of course la penarik cerita ni dari segi aksi pertarungan. Well, same like the first movie, fighting scene memang cool dan smart. Cuma disebabkan time diorang berlawan tu macam laju sangat aku terasa cam bersepah sikit. Or is it just me? Other than that..thumbs up to this movie. Really entertaining.

Kalau dalam anime, lawan Kenshin yang paling tough adalah Makoto Shishio (Tatsuya Fujiwara). Honestly speaking, memang patut pun movie ni protagonis nya adalah Makoto Shishio. Because he is Kenshin's worst nightmare. Ibarat macam bayang2 Kenshin sendiri. Bezanya, si Shishio ni ruthless, kejam, gila membunuh, psycho. Dia bukan macam Kenshin. Ye la, tengok la orangnya!

Apa tengok2?

Akulah..ketua kultus syaitan!


Other than that..I love the fact that Soujiro Seta (Ryunosuke Kamiki) & Aoshi Shinamori(Yusuke Iseya) was in the movie. Too bad Aoishi isnt that...ehemm hensem. Tapi, tak semestinya kena ikut 100% anime kan? 

Bawa pedang nak sembelih Kenshin!

Comel tak Kak Ton!


SO, part 1 untuk movie ni dah tengok..sekarang nak tunggu part 2 pulak. The best part is hari Khamis ni 20hb Nov, Rurouni Kenshin- The legend ends dah kuar dah. Tak ke sugoii gitu? Yeah..can't wait to watch the final movie as well!  Tak sabar nak tengok Kenshin berlatih final move dengan sensei dia..Seijiro Hiko (Masaharu Fukuyama). Masaharu Fukuyama...lama tak tengok mamat ni!

In Cinemas 20hb Nov 14


P/s: Andai korang perasan, Satoh Takeru ni dulu pernah berlakon Kamen Rider dan  pernah co star dengan Haruma Miura  dalam  j-Drama Bloody Monday. Tatsuya Fujiwara pulak..from Death Note. Seriously dengan berlakon live action movie macam ni menjadikan kedua2 aktor ni pelakon kelas A di Jepun. Dahsyat! Dahsyat! Sumber gambar Google.

p/s: caption hanya ciptaan penulis semata! 









Friday 7 November 2014

Berakhirnya Good Daughter Hana!

Hua3...semalam habis sudah episod terakhir  Good Daughter Hana! Kalau korang terbaca part 1 entry aku pasal citer ni, then ini adalah entry after the drama has ended.



Honestly speaking..aku rasa macam blur jap lepas citer ni dah habis. Bayangkan 2 bulan sebelum ni tak pernah miss tengok drama ni dari kul 10 malam hingga 11.40 malam kat One HD, pas ni..aku tak tau nak release tension tengok citer apa. Boleh tak?

Even citer ni berakhir dengan happy ending..I still cant get enough of the drama. Anyway, aku kena terima hakikat yang cerita ni dah pun habis. Diganti dengan citer skandal yang mcm The Women's Room yg memang tak best giler. Ches..

Apa yang aku suka sepanjang jadi fan Good Daughter Hana:

1- Mengingatkan aku dan kisah silam aku yang lebih kurang Ha na. Except part menyamar jadi lelaki tu la. Bezanya perangai aku ala2 tomboy sket. That's why drama ni dekat di hati aku.

2-Banyak pengajaran melalui cerita ni. Contohnya, yang jahat memang akan dapat pembalasannya. Itu hukum karma. Tuhan itu maha adil.

3- Aku tak kesian langsung dekat family Chung Ran. Si Ra Gong, Ra Hee..padan muka! Tau nak senang jer. Yang nenek dia pulak..lebih baik dia mati dulu dari datuk  si Ha Na.

4-Duit bukan segala2nya. Sometimes, duit boleh jadi kawan, mahupun lawan. Dalam kes Jang Ha Na, duit adalah kawannya. Dalam kes Tuan Sul, duit adalah musuhnya.

5-Jang Ha Na is a well indeed, a good daughter and inheritor. She has all the quality of a strong , smart women,with the support of  2 great man such as Yoon Chan & Do Hyun by her side, who loves her sincerely.

6-Mak Jang Ha Na memang seorang yang matang dalam mendidik anak2. Good role model as a mother compared to Ra Hee & Ra Gong's mother.

7- Datuk Ha Na seorang yang old fashion. Terlalu terikat dengan tradisi tapi in the end terpaksa mengakui yang kebolehan  dan bakat Ha Na dalam menguruskan perniagaan keluarga setanding lelaki. Akhirnya, terpaksa mengaku yang Ha Na memang layak jadi Chef diraja.

8-Tiada diskriminasi antara lelaki dan wanita. Like wise said, "In a battle to a death, there are no men & women". Well said.

9-Ra Hee seorang wanita yang bijak, namun tersalah langkah dek ketamakan dirinya sendiri.

10-Compared to Do Hyun, Yoon Chan lebih matang, lebih melindungi, lebih sayangkan dan lebih menghargai Ha Na. Sebab tu aku suka Ha Na dengan Yoon Chan. The chemistry is there. XD.




P.S: Sumber gambar Google.




Monday 3 November 2014

He's back! Rurouni Kenshin - Kyoto Inferno Movie 2 -Mengganas di pawagam 6hb November!!

Kalau aku rasa nak lari jap dari dunia nyata yang bohsan ni..masa aku muda2 aku suka tengok anime selain dari drama, dan tipikal me, aku suka tapis apa yang akan aku tengok. Kalau citer tak best mahupun lakonan cam celaka..I don't give a damn. 


Samurai X . AKA Rurouni Kenshin antara yang terlepas dari tapisan aku. (ceh..macam keje lembaga penapisan filem pulak ko ni). Sebab apa dia terlepas:

1- Lukisan anime yang cantik. Ini faktor pertama yang aku ambil kira dalam sesi tapisan ku. Hua3.

2- Berunsur politik. Bukan Yaoi, echi,harem dan yang seangkatan dengannya. Once in a while i can layan politics. 

3- Aku memang fan untuk Shounen type of anime (Shounen ni yang dikhaskan untuk penonton lelaki).

4- Aku minat Aoshi Shinamori yang giler tinggi, ganas, handal bertarung dan sangat hensem. Lebih dari aku minat kat Kenshin sendiri.

5. Fight dalam Samurai X ni memang best giler, especially masa Kenshin vs Makoto Shishio. Wajib tengok,

6- Anime dia bukan anime kosong. Sebab abang dan adik aku layan gak anime nih.

7- Fighting anime the best. Atas sebab tu jugak, aku suka giler tengok Bleach, Full Metal Alchemist, dan Code Geass. Naruto? Nah...


Ok..point di atas antara sebab2 kenapa aku suka tgk Samurai X . Mak aku selalu tegur kenapa aku suka tgk citer yang violent giler..bunuh2 macam  ni. Aisey..aku pun tak tau. Cam ner nak jawab soalan mak aku ni hoh?


Pada yang pernah tengok movie 1 citer Samurai X ni mesti dok tertunggu2 apa jadi plak kat movie 2 ni. Movie ni ada dua part, satu akan ditayangkan kat Malaysia pada 6hb Nov dan final part pulak pada 20hb November. Dulu yg movie first tak masuk Malaysia pun, but now, korang dah gi tengok kat wayang yang part 1 punya..memandangkan lagi berapa hari je lagi nak direleasekan. Aku dah tgk movie first (special thanks to my dearest husband tolong downloadkan) dan so far i like what i see..

Can't wait to see this.

Chow

P/S: Sumber gambar google.