Nuffnang Ads

Saturday, 22 November 2014

My picks: Top 5 outlet shopping branded mengikut budget!

Hi.Suka shopping tak? Aku suka. Tak kisahlah online mahupun offline. Tapi..kalau nak shopping pun, kena ukur baju di badan sendiri. Yela ..bukan semua orang mampu nak pakai designer label macam blogger Shazwani Hamid. Kita2  ni... biasa2 jer. Pakai sempoi2 sudah. Kalau pergi pasar malam pun, boleh dapat baju yang decent kalau pandai cari.

Dalam banyak2 outlet shopping yang bersepah kat shopping mall, ada a few outlet yang aku suka pergi dan shopping. Kiranya within budget la.



1- Jusco Outlet

Rasanya..nama Jusco ni sumer orang tau kan. Kalau tak tau, tak tau nak cakap apa la. Serious, kalau aku beli groceries, selalu aku jenguk2 gak baju 2 kat Jusco ni. Harganya bukan sahaja murah tapi cantik2 pulak tu. Selalu aku usha brand Scarlet. dari pakaian,  kasut hingga lah ke  office wear boleh kata berbaloi la. Tak rugi pun beli kat Jusco ni. In fact kalau pandai mix & match, memang confirm nampak cantik je. Ngee...



2-The Store

Nama pun The Store..memang nampak macam stor jugak la kalau pergi outlet diorang ni. Sebab macam pasar lambak. Tapi, dont judge the book by it's cover kawan...cuba survey dan tengok betul2 pakaian yang dijual kat situ. Lebih kurang sama jer macam yang dijual kat outlet branded lain. Cuma kena pandai carik je la. Aku kalau nk shopping jeans..boleh beli sampai 2 - 3 helai kat sini. Sebab selalu diorang bagi diskaun. Beli sampai 3 helai bwh RM100. Tak untung kak Ton??


3-H & M

H & M ni branded high fashion. Tapi surprisingly harga dia memang tak begitu mahal dan masih boleh dikatakan aku mampu lagi la kalau nak shopping sakan kat sini.  Kat sini pakaian, aksesori, kasut, beg...sumernya ada. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Cuba korang bukak website overseas dia. Kenapa aku kata murah? Sebab harga dia kalau dalam matawang asing je nampak cam murah. Tapi bila dah convert dengan Ringgit, of course la lain harganya. Still..sangat berbaloi kalau nak shopping kat sini. Sebab design pakaian, aksesori, kasut sumernya sangat up to date dan smart. Seriously.


4- Uniqlo

Kalau korang sukakan pakaian simple, kasual dan selesa macam aku, outlet Uniqlo memang tersangatla sesuai. Dari T-shirt, seluar, skirt, pakaian formal untuk kerja semuanya sangat praktikal. Aku kalau shopping kat Uniqlo, loafer, body shaper , dan T-shirt memang favourate aku. Even aku selalu belikan husband aku t-shirt dan boxer dari Uniqlo ni. Sangat comfortable dan berkualiti. Yes. it is.


5- Bershka

Kalau aku lepak KLCC, aku memang akan singgah outlet Bershka. Like H & M outlet ni pun lebih kurang je. Harga berpatutan, selesa dan design simple but just nice. Selalu aku akan beli t-shirt, tak pun blaus kat Bershka ni. Memang nice.


Well then..happy shopping peeps! Nantok. Nak tito. Huargh....


p/s; sumber gambar google.




No comments:

Post a Comment