Nuffnang Ads

Wednesday, 7 January 2015

Azam tahun baru..perlu ke??

        Actually azam untuk tahun baru ni perlu ke? Sebab dulu pun every new year memang aku ada pasang azam jugak..tapi azam tu langsung tak pernah menjadi. Delay punya delay..punya delay..terus tak buat.
Tapi, bila aku tak berazam, jadi pulak! Misteri betul hidup aku ni hohoho..tapi ini bergantung la. Sebab azam ni sesuatu yang subjektif. Dan bergantung pada individu itu sendiri. Kalau korang jenis yang memang suka buat azam dan capai azam tersebut sebelum tahun tu berakhir, baguslah! Sebab korang memang positif dan berdisiplin. 

Tapi kalau perangai macam aku ni hoh, suka buat keje last minute pastu buat benda sumer main spontan jer, kalau rasa2 nak buat, buatlah...kalau rasa2 tak nak buat..tak buatlah, baik tak payah nak berazam sangatlah. Azam lama2 jadi pekasam...meh..!

Having said that, tak bermakna aku ni tak berazam langsung. Actually ada a few things jugak la in my mind which I want to "achieve" lor kononnyer..Tapi jadi achieve atau tak itu masih lagi menjadi misteri, Ibarat MH370 yang tak dijumpai lagi tu hoh..pape pun..at least aku ni masih ada harapan lagi lor..Meh tengok listing kat bawah ni samaada jadi ke tak azam aku untuk tahun ni..




1- Tukar Kerja.

Rasanya..dah banyak entry kot sejak aku ada blog kecik dan tak famous aku ni dok citer pasal tukar kerja..resign..tukar kerja..resign..husband aku pun boring dok dengar aku citer pasal benda ni. Dah tau apa yg patut dibuat, lagi mau tanya.Aisey. Masalahnya, bukan aku taknak tukar kerja, tapi aku suka kerja aku cuma sekarang ni ibarat semua benda dah jatuh kat kepala aku. Baru2 ni pun time cuti aku terpaksa datang kerja on and off untuk siapkan parts of my job sebab orang lain tak tau apa nak buat. Pathetic giler aku cakap. Belum lagi kira time cuti macam aku tak cuti jer. Dari pagi dok menjawab call dan sms boss aku pasal hal kerja. Time aku tgh goreng ikan pun nak call?? Bayangkan sebelah tangan kiri ko jawab call, pastu tgn kanan ko tengah dok balik2 ikan tu takut hangus..Haisey..seksa wey. Mungkin dah sampai masa kot aku kena angkat kaki.

Aku ni bukan kaki suka lompat2 kerja. Sebab once aku dah ada kerja, aku akan kerja sampailah aku tak leh nak adapt lagi. Rasanya kali ni memang agak keterlaluan la. Sampai kerja orang lain pun aku kena handle padahal orang tu dok hire orang jer tapi yang lain sumer tak nak buat. Aduyai. Serius penat. Aku kena decide cepat la gamaknya.

Moral of the story: Work & life balance is very important. Aku taknak end up macam zombie. Serius! takde perasaan.



2- Belajar Bahasa Jepun - Official and not casual!

Aku suka tengok drama Jepun, anime dan yang seangkatan dengannya. In fact, aku pernah amik kelas bahasa Jepun. Satu masa di universiti dan satu lagi masa aku baru start kerja. Tapi..dua tiga kelas aku datang pastu aku drop sebab boring giler belajar benda basic yang aku dah tau. Masa aku nak register although aku cakap aku boleh bawa yang Intermediate skills for Japanese Language tu diorang tak bagi sebab takut ada benda yang aku tak belajar lagi.Aku pun..oklah..tapi bila masuk kelas, baru nak mengajar cakap Ogenki desuka? (Apa Khabar), Ohayo gozaimasu..(Selamat pagi)..bla..bla..bla..terus hilang mood nak belajar. So, aku drop je la. Semua ni ibarat just like casual study. Aku ada skill tu tapi takde apa2 documentation yang official mengatakan aku pernah belajar bahasa Jepun. Kebetulan tetiba tahun ni rasa cam rajin la plak nak belajar balik bahasa Jepun ni. Ingat nak amik kat UITM tapi kelas Bahasa Jepun dah penuh. Sayang sgt. So, aku decide utk tunggu pengambilan yg seterusnya la utk tahun ni,.Kalau dah amik..boleh try amik Japanese Language Proficiency Test plak. Mana tau pas ni leh jadi lecturer bahasa Jepun pulak ke..ahahahaha..

Moral of the story: Belajar jangan hangat2 taik ayam. Pfft...!!


3-Simpan duit nak beli rumah.

Sekarang takpe lagi sebab tinggal rumah mertua. Tapi..sampai bila? aku teringin jugak nak ada rumah sendiri. So..kena gigih lagi simpan duit sebagai persediaan nak beli rumah. Rumah sekarang makin lama makin mahal, tapi at least lebih baik ada rumah sendiri. Kan? Tak kisahlah samada kat KL ni ke..ataupun kat home town aku tak tau lagi. Kumpul duit dulu baru leh citer pasal hal ni, ye dak? No money..no talk!

Moral of the story: simpan duit vs shopping..takpe akan pastikan "simpan duit" itu menang! *rolls eye*. 


Kejap..ada lagi ke azam aku untuk tahun ni? err...so far yang aku terpikir dan Insya Allah boleh buat takat ni dulu la. Banyak2 azam sangat kang tak terkejar aku dibuatnya. 



p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar google. 







No comments:

Post a Comment