Nuffnang Ads

Saturday, 10 January 2015

Profesionalism, Office Politics and Relationship

Baru2 ni aku baru sahaja habis buat KPI appraisal dengan boss aku. Honestly speaking, sepanjang aku keje company aku yang sekarang ni aku tak tau la appraisal style lagu mana. Nak kata salah..tak jugak. Nak kata tak salah pun. tak boleh jugak.See..tersepit kat tengah2.  



Kalau yang memang keje swasta ni, of course dah terbiasa dengan term KPI (Key performance Indicator) masa nak buat appraisal kan. So..memang akan masuk la bab2 profesionalism la ..relationship kita dengan rakan sekerja la...macam mana kerja kita..achieve KPI atau tidak dan lain2 isu berkaitan kerja yg berkaitan. 

Actually, professionalism is good. Sebab kalau kita boleh tunjukkan kita ni profesional, kita akan dipandang tinggi oleh orang lain. Even office mate kita pun confirm senang nak keje dengan kita. Tapi..aku rasa mungkin sesetengah orang yang "tertindas" sebab profesionalism. Biasanya boss akan selalu cakap atau gebang kat kita suruh maintain profesionalism so orang sekeliling akan pandang tinggi kat kita. Tapi bukan semua orang boleh maintain level profesionalism yang sama. Sometimes boss kita sendiri tak profesional kat staff dia. Bila ada hal urgent, kita terpaksa minta signature dia, tarik muka..buat muka masam..tinggikan suara la..Selalu buat body gesture yang menunjukkan boss tak nak berinteraksi dengan staff. Cuba kalau staff pulak yang buat benda macam tu. Orang sekeliling dok menyibuk , bagi feedback kat boss cakap kita ni tak professional la ..tak matured la...negative mind la...apa la...Dan..in the end, appraisal kita jadi mangsa. Mana keadilannya kat situ? Sebab boss kita sendiri pun tak profesional kat staff sendiri. Orang tak nampak pulak? Ye..aku tau..boss kan . Apa yg boss buat semuanya betul.

Lagi satu yang aku perasan. Ni pendapat aku je la. Profesionalism dan emosi takkan klik! Cuba bayangkan ko tengah banyak keje, email masuk macam banjir at the same time plak rakan sekerja ko tanya soalan yang macam lahanat, padahal dah diberitahu banyak kali..siap ajar lagi, lagi nak tanya kita soalan "bodoh" tu. Tak rasa ke macam ei...nak bagi back flip sekali kat colleaque ko tuh? Sebab benda2 macam ni memang banyak giler terjadi kat aku. Apa perasaan dan emosi aku time tuh? Tak stabil. Macam mana nak maintain profesionalism sepanjang masa? Kalau ko bukan setakat buat keje ko jer, ko kena assist boss ko, manager ko and at the same time lagi colleaque ko. This is all about emotions, attitude and respect as a human being. Aku macam menyampah dengar kebanyakan orang kat office aku yang cakap pasal profesionalism tapi diri sendiri tak profesional langsung! 

Tu baru bab profesionalism, meh cakap pasal office politics pulak. Hah..yg ni..kat mana2 pun ada. Tak kisahlah samaada kerja swasta mahupun kerajaan. Confirm ada. Bezanya, macam mana ko nak handle.Tu jer. Sebab aku dah boleh dikatakan agak seasoned laa jugak keje kat company ni, aku dah tau dah segala taktik politik kat office aku ni. Tapi, yg sedihnya, sebab aku dicap tak profesional, maka aku dok terheret jugak dalam ofis politik ni. Tapi, so far  i can handle it well. Tak kisah pun. Sebab aku tau, kat ofis aku ramai orang cakap buruk pasal aku tanpa mengenali siapa aku sebenarnya. Gossip, orang mengata apa sumer , cukup!. Tapi, in a positive side, aku ambil ni sebagai cabaran utk membuktikan yang aku perform based on work, bukan kaki kipas boss..nak jadi budak suruhan dia tak bertempat atau tanpa berfikir. Satu benda yg memang aku tak suka dari dulu. Tapi, nak buat macam mana..inilah realiti dunia kita sekarang. 


Dan lagi satu culture kerja yang cukup buat aku really thinks that its pathetic, relationship. built rappo!. Benda yang paling aku menyampah. Honestly, really? seriously? Apa kaitan dengan relationship dan kerja kita? Time kerja buat cara kerja la.. Bukannya dok mengampu boss apa sumer. Nak lagi best, orang yg macam ni la suka amik kesempatan. Sebab dia "berpayung". Kita tak. Kita hanya "berpayung" pada kaki  dan tulang empat kerat ni sendiri dan hanya tunjukkan "relationship" dari segi kerja sahaja. Tapi aku amat bersyukur sebab kalau bila aku deal dengan vendor luar, diorang sangat profesional. Kita berdiri atas kaki sendiri dan usaha atas kaki sendiri. Itu boss tak nampak. Dia hanya nampak bila kita buat silap..dia cuci tangan dulu. Kita ni la yang terseksa. See..is this the professionalism that they want?? Siapa yang tak profesional sebenarnya? 


But then..sebelum appraisal aku habis..aku straight to the point cakap aku takkan lama pun kat company ni. Sebab..dah boring dah dengar alasan yg diberikan sebab apa aku tak dinaikkan pangkat.

"Because you are not professional!" Kata boss aku.

Aku dalam hati..

"Hell right! Time for plan B!


Kalau dengan menjadi "profesional" aku terpaksa menjadi hipokrit, forget it!!




P/S: Sumber gambar google.















No comments:

Post a Comment