Bila dah selalu online of course macam2 benda yang kita dah jumpa. Nak cari maklumat, hujung jari jer. No hassle mat saleh kata.
Dalam dok walk blogging, cari2 info, aku terjumpa dengan produk ni. Marine Essence Nourishing Shampoo. Aku pun dok baca la tentang khasiat dia . Baca punya baca lama2 tergoda la pulak nak try. Aisey, baru jer top up shampoo Dove masa shopping tempoh hari dan nak try produk baru pulak. Well, to me..berbaloi jugak kalau nak try shampoo ni sebab ianya:
BEBAS SABUN
BEBAS PARABEN
BEBAS SLES
Anti bakteria
Anti Oksidan
Again, a good combination of shampoo I would love to try out ^__^
Ingat nak beli online je sebab bersepah je agen yang jual Marine Essence Shampoo ni, tapi haritu kebetulan jenjalan kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam, ada jual benda ni. Harganya dalam RM33 tapi aku psyco budak tu sket suh kasi murah lagi dalam RM30, so aku pun beli la. Hahaha..Jimat RM3. Tak yah letak pun takpe next time. Kasi harga rounded sudeh.
Antara kelebihan dalam menggunakan Marine Essence Nourishing Shampoo ni:
First time try, rasa best. Kepala rasa ringan dan rasa sangat2 fresh. Aku suka dok bau shampoo ni pasal bau dia yang wangi dan ada macam bau2 masin. Dah namanya garam buluh kan.
The best part, masa aku still pakai shampoo Dove, rambut aku still gugur, walaupun tak banyak, tapi..bila pakai shampoo ni jer..rasa lain. Gugur hanya dalam 2 -3 helai je sehari. Tu pun sebab tertarik kuat bila aku pakai handbag yg jenis kepit tu mahupun bila aku tertarik rambut aku dengan kasar. Tu je la..takde lagi dah rambut melekat kat belakang baju ke apa ke..still keguguran yang tak extreme macam dulu2 ler.
Marine essence ni bukan sahaja terhad pada shampoo, produk ni jugak ada range dari body wash, sabun dan ubat gigi. Try google and see. Again, Pak cik Google sangat2 membantu.
So, kalau rasa nak kelainan sikit dalam produk penjagaan diri ni, boleh cuba try range Marine Essence ni punya produk. Mungkin harga dia tinggi sikit dari kita beli produk penjagaan diri kat Watson, Guardian famasi sumer tu tapi nak benda elok kenalah bayar lebih skit kan? Tak rugi pun kalau try, Insya Allah, berkesan.
p/s: Entry ini bukan entry berbayar ke..ditaja ke hape..just sharing the experience. Sumber gambar Google.
No comments:
Post a Comment