Nuffnang Ads

Wednesday, 28 January 2015

Tips beli Hantaran buat pasangan budget!!

Masa aku nak kahwin dulu, bab2 beli hantaran ni aku dan husband settle sendiri. Takde orang yang tolong mahupun hulur nak beli barang2. Bertuahlah badan bakal pengantin andai banyak sponsor itu dan ini, mak bapak..adik beradik banyak tolong. 




SO, sebab aku ni sedar diri tak berduit sangat dan perlu kawal cash flow, aku dan husband aku cuba seboleh mungkin untuk beli barang2 sendiri. Kat bawah ni antara perkara yang kitaorang buat dan beli untuk hantaran.

Hantaran masa aku kahwin dulu, 5 dulang berbalas 7, tapi dlm entry aku yang ni, terlebih la pulak jadinya. Tetiba last minute terpaksa buat dulang lebih sebab ada orang bagi..so, by that time, dah tak kisah la berapa banyak pun dulang yg dibagi.Hihihi..

1- Siapkan listing dan bincang dengan pasangan barangan apa yang diperlukan, boleh diguna pakai dan tahan lama selepas berkahwin. Kalau korang pasangan budget. jangan mintak bakal suami atau bakal isteri belikan hantaran berdasarkan minat korang ataupun korang pikir time ni la nak "pau" pasangan masing2. Parah tu. Orang sekarang kalau hantaran memang gempak. Bagi laptop, kamera DSLR, Ipad, Iphone, gitar elektrik la , apa la...Dan yang paling penting, tak yah nak terpengaruh dengan "Raikan Cinta" punya program. Sebab kebanyakan pasangan pengantin dalam program ni sumernya berkemampuan. Memang nampak cantik dlm TV. Tapi poket nanti lagi sakit. 

Time ni kena banyak bertolak ansur dan paham situasi kewangan pasangan masing2. Nak kawin kan?


2- Beli barangan at least satu atau dua barang setiap bulan. Aku dulu, habis jer merisik, sebab kitaorang  takde tunang, Next month jer dah terus beli barang sikit2. Guna duit gaji untuk mana yang mampu. 

3- Actually kalau nak lagi budget, bagi hantaran dalam bentuk makanan jer. Serious jimat. Bagilah Tat Nenas ke..Almond London ke..kek buah ke..buah-buahan..coklat, manisan2 tradisional tu hah. Memang jimat. Aku terbaca dalam a few random blogs yang Ustaz Don pun buat macam ni. Sempoi jer. 


4- Dan kalau nak lagi budget, buat hantaran display. Maksud aku, masa aku kahwin dulu, aku nak bagi jam tapi husband aku cakap tak yah beli sebab dia ada jam mahal dapat sebagai hadiah, tapi tak pernah pakai. So, jam tu nampak eksklusif giler, Jenama Skagen. Hadiah2 pun..nilai jam tu dalam RM600++ . See..dah boleh jadi "calon" hantaran dah. Settle satu dulang. Tak yah kuar "ka ching" pun.  


5- Guna kad kredit. Kenapa aku cakap kad kredit? kat sini korang nak limitkan penggunaan cash dan beli barang secara bulk shopping. Kalau cash, memang kita akan nampak cepat sangat cash flow keluar sebab banyak sangat membeli barang, Tapi, make sure kad kredit tu takde outstanding balance. Dan lebih baik, limitkan penggunaan. Kebetulan dulu masa aku nak kawin, Swiss Polo ada buat sale giler2 kat IOI Mall, Puchong. So, most of hantaran untuk husband aku , kasut, belt, wallet beli kat situ jer. termasuk a few hantaran belah aku. Nampak macam banyak barang , tapi bila bayar..baru habis dalam RM300++ . Untung tak?*wink* wink*

Dan of course,. make sure bayar balik on time sebelum interest naik! 


6- Beli time SALE!! Macam point #5, Beli time sale tersangatlah untung.


7- Aku tak paham  kenapa, bila orang nak kawin jer, mesti atau wajib beli kat SOGO! Padahal tu la tempat yang aku paling anti dalam KL ni. Serious..barang sama yang SOGO tu jual, boleh dapat lagi murah kat tempat lain. Nak lagi best, barang yang diorang jual tu untuk clearance stok jer. KLCC lagi murah bila sale dari kat SOGO to hoh. Serious, tak paham!

Cuba luaskan tempat untuk beli barang hantaran ni sebab banyak je tempat best yang lain, yang lebih baik. murah dari SOGO. 


8-Dalam seronok, excited nak beli barang hantaran ni, cuba letak satu jumlah yang realistik nak beli barang hantaran ni. Kalau kita takde kredit kad dan pakai cash, limitkan penggunaan cash bwh RM1000 ke, apa ke..bergantung pada kemampuan.

Kalau ada credit card, dan nak jimatkan penggunaan cash, limitkan jugak amount yang kita nak pakai. Contoh, kalau limit kad kredit ko RM13000, guna je bwah RM1000 macam tu. Still, kena control sebab taknak dicharge interest yang tinggi.


9-Jangan ikut orang lain. Kalau orang lain bagi hantaran grand, glam, mahal, biarlah..itu rezeki dia. Ini perkahwinan kita, cara kita, budget kita. Ukur baju di badan sendiri.

10- Cincin kahwin kalau nak budget, belilah white gold. Kalau suka emas, beli jer yang 916 punya. Nak lagi murah, cari Bausch K. Harga sangat berpatutan dan design memang smart. Bausch K memang jual cincin untuk couples. Dlm RM300++ (Bergantung design) , korang boleh dapat design yang modern dalam harga mampu milik. Sebab, ianya stainless steel. Aku belikan cincin kahwin husband aku kat sini. Ada dua outlet, satu kat Mid Valley, satu kat jalan nak menghala The Curve kat IKEA tu hah. Aku beli kat The Curve.


11- Sirih Junjung? Pada aku sebenarnya tak perlu kot sebab ini lebih kepada adat. Even time aku pun sirih tu layu cam tu jer. Padahal nak menggubah dia still kena bayar upah sewa barang2. Ada ke orang dok makan sirih lagi? Yang ni terpulang pada budi bicara keluarga masing2. Kalu still nak bagi buat tanda..up to you guys.


12- Sebelum semua tips diatas boleh dipraktikkan, cubalah  menyimpan dan beringat utk masa hadapan. Sebab hantaran ni, lepas kahwin, belum tentu lagi akan diguna pakai lepas kahwin.


Tips kat atas ni just for sharing based from my experience. And again, nothing is perfect, so kalau ada salah ke..tak sesuai ke...tak boleh digunakan pakai ke...apa2 je la..terpulang. Sebab lain orang, lain pengalamannya.

Happy shopping! :)


P/S: Sumber gambar google.













No comments:

Post a Comment