Nuffnang Ads

Sunday 15 June 2014

Past & Present....




April tahun 2007....aku baru je tamat Degree aku dalam bidang Sains Politik, major in Internal relations...so..bila dah habis ni..aku cakap kat diri aku...

Selamat tinggal US Foreign Policy...goodbye Weapon of Mass Destruction...selamat jalan Principals of Macro Economics...sayonara Introduction to Law...dan semua course yang pernah aku amik, study dan score. Ada yang baik..cukup2 makan dan ada jugak yang aku fail...heh. See...aku taklah pandai sgt pun...dan last but not least...its time to face the real world....


6 Months. Masa yang aku amik untuk dapatkan keje. Betapa tempoh 6 bulan yang aku lalui ni banyak cabaran dan dugaan..kena perli dgn family sebab ada degree tapi tak dapat keje..sedara mara dok tanya bila nk dpt keje...kengkawan bila jumpa dok saing asyik tanya keje apa yang ko dapat? Gaji berapa...asyik bandingkan aku dengan anak orang lain takpun adik beradik sendiri..dan macam2 lagi soalan yang seriously memang buat aku pressure dan pening tak tau nak cakap apa...

So...bila kita selalu ditekan begini...aku rasa letih. Penat. Semua orang seakan menghukum hanya disebabkan aku masih tak dapat keje walaupun lulusan universiti. Kadang2 orang lupa yang rezeki masing2 tu banyak caranya kalau Allah nak bagi. Mungkin ini yang berlaku kat aku. Tapi.. rezeki tak datang bergolek kalau tak berusaha. Lepas jer majlis kahwin abang aku selesai...aku terus carik keje. Atas bantuan seorang kawan...akhirnya aku dapat keje jugak...

Biarpun ianya cuma kerja kontrak biasa selama sebulan dengan gaji yg ciput...aku still terima dengan rasa syukur. Bila aku bagitau kat family aku diorang tak kata apa2 pun. Macam tu je la..
takde pujian ...tiada apa2. Deep down in my heart...walaupun aku tak patut cakap aku sebenarnya agak terkilan dgn semua tu tapi aku just cool down jer..tapi bila difikirkan balik maybe takde apa yang nak diorang bangga atas kejayaan aku pun. Kerja HR Admin Asst je pun.sapa nak bangga ye dak?. nak buat macam mana...parents aku memang tak berkenan aku keje swasta.


Dan bermulalah kehidupan aku kembali ke KL. Aku pindah balik KL atas dasar kerja..dan tanpa bantuan sesiapa. Aku sendiri yang cari rumah sewa, biayai sendiri segala perbelanjaan. Hanya Allah shj yang tau macam mana extremenya aku ikat perut sebab gaji kecik tak cukup nak buat belanja. Siap Maggi tu aku belah dua pasal takde duit nak makan. Ada jugak 2 atau 3 hari aku cuma alas perut dengan roti dan air kosong..semata2 nak survive. Nampak macam apa yang kita selalu tengok dalam drama Melayu kan tapi itulah hakikatnya yang aku lalui. Seksa memang seksa...tapi aku buat dunno je. Sabar jelah...sebab takde sesiapa akan tolong aku. Full stop.

Dari segi keje plak, nama pun fresh grads so banyak benda aku kena belajar dari mula. From zero to something. Mula2 keje selalu kena marah dan buat salah tu biasa...aku tak kisah kena marah janji aku boleh settlekan keje aku.The most beneficial  life lessons yg sebenar bukannya masa universiti...zaman kita boleh honeymoon..tak datang kelas, ponteng pun takpe sebab kawan akan tolong signkan attendance kita tapi adalah saat dimana kita dah mula bekerja nak carik duit sendiri. Aku tau orang underestimate aku masa mula2 keje just because so called fresh grads status. Heh. Even ada satu insiden yg lebih menguatkan semangat aku utk terus bekerja adalah seorang consultant ni yg sgt pndg rendah pada aku..but i take the challenge. Akhirnya..dari budak temps yang selalu kena buli finally diserap sbg permanent.

Dah jadi permanent...gaji dah up but still negative impression dari family tu tetap ada. Aku still tak phm kenapa . Probably sebab aku masih lagi dlm.sektor swasta kot. Gaji pun cukup2 makan dan masih tak terlalu mapu lagi nak tolong family. Bila parents aku berleter suruh tukar keje, aku lebih suka mendengar dari mempertahankan diri aku sendiri. Tadah telinga jelah gamaknya. Maybe sebab tu kot aku lebih suka duduk sengsorang kat KL dulu dari balik rumah parents aku. 

Rezeki aku agaknya lepas 2 tahun kerja dinaikkan pangkat dan gaji lebih bagus. Masa berlalu terlalu cepat. Byk pengalaman kerja yg aku dpt and now its time for me to change...

Aku decide untuk resign. Sebab...aku nk cari dan buat benda lain pulak...Alhamdulilah sebelum notis berhenti kerja aku habis aku berjaya dapat kerja di sebuah company swasta yg lebih baik  dan aku boleh belajar banyak lagi knowledge kat company baru aku ni.

But being in this new company for the past few years was kinda rocky to me. Macam naik roller coaster but I managed to survive. Sampai sekarang aku masih lagi boleh bertahan even kerja bertimbun2. Masuk tahun ketiga bekerja byk benda yang aku dah mahir dan boleh siapkan dalam tempoh yg singkat.

Compared to the good old days...I think I achieved more now. Hidup aku lebih terurus...tak perlu nk ikat perut lagi..orang sekeliling pun dah tak cakap banyak dah..including my parents.. Please don't get a wrong message about my parents. Although they lecture me a lot, hakikatnya diorang cuma mahu yang terbaik untuk aku. Mungkin pada parents aku usaha yang aku buat tak cukup so that's why diorang sangat tegas dalam mendidik aku.I'm not trying to impress or brag about myself but hey, it's a fact. Selagi kita tak buktikan sesuatu pada orang yang pandang rendah kat kita ni, selama itulah diorang akan labelkan kita  tak mampun untuk berjaya. Kejayaan tu tak semestinya kena hebat, cukup andai kita mampu buktikan yang kita boleh berdikari dan tahan dengan cabaran hidup. Selain tu, hidup ni kena banyak sabar. I admit I am not a patient person, but I can manage to be as much as patience as it gets. 

Well..i guess all those pain and vain i've been through paid off. Looks like not all of it goes straight to the drain.

After all...no pain..no gain.

Cheers.


P/s: pendapat hanya nukilan penulis semata2. Sumber gambar google.

No comments:

Post a Comment