Aku maybe memang dah out to date punya manusia yang tinggal sebab Fatih ni pernah datang ke Malaysia tahun lepas..tapi disebabkan kejahilan aku yang suka Google benda bukan2 maka aku terlepas pandang contoh2 baik macam Fatih ni. Heh. Harap dapat dimaafkan..mihmihmih...
Fatih pada mulanya tinggal di Baltimore selepas berhijrah ke US ketika usianya 4 tahun dan belajar hafazan selama 7 tahun di Islamic Society Baltimore , di bawah tunjuk ajar Syeikh Qari Zahid & Qari Abid. Beliau kemudian berpindah ke Dallas selama 10 bulan mempelajari bahasa Arab klasik di Bayyinah's Dream. Kini, beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan guru Qur'an. Fatih juga dilantik sebagai Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.
Yang membuat aku tertarik adalah...even Fatih adalah seorang hafiz, dia masih seperti remaja2 di US yang lain. Hobinya seperti menulis, membaca, main games, belajar bahasa, falsafah dan psikologi malah ice-skating seperti kebanyakan remaja kita. Bezanya, level Fatih ni sebagai seorang belia atau remaja lagi up dari kita sebab muda2 lagi dah boleh hafaz Al-Quran. Point aku..pernah dengar seorang Qari atau Hafiz hobi dia suka main games? Sempoi giler. Heh. Siap ada Facebook dan Twitter. Fuyoo...
And..walaupun dia handsome..muda2 dah jadi laki orang..so, gigit jari je lah hijabista kat Malaysia ni hah yang dok angau kat mamat ni.. Takpe..stok "Qari" Malaysia ramai lagi. Pilih..pilih..Mihmihmih..
Fatih adalah antara a few rare teenage Islamic role model yang boleh dijadikan teladan buat belia2 kita kat sini, dari kebanyakan teenage role model yang entah apa2...contohnya macam Justin Bieber. One word for JB..Loser! Eh,.apa aku mengarut dok masuk pasal JB lak nih...duh!
Kalau nak ketahui lebih lanjut pasal Fatih ni, aku letak je la facebook dan Twitter link dia..
* Artikel dipetik dari blog ini HITAM PUTIH KEHIDUPAN.
P/s: pendapat hanya luahan penulis semata2. Sumber gambar google.
No comments:
Post a Comment