Nuffnang Ads

Saturday, 24 January 2015

Throwback: Biodata diri masa kecik kecik!!

Aku ni dah jadi old timer. Belia zaman awal 80-an. Tak tau la dengan budak zaman sekarang tapi kalau masa time aku sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah..ramai di kalangan kawan sekolah aku ada satu buku yang unik, cantik mahupun cute untuk tulis biodata diri ala2 diari. Siap ada tandatangan okey!! Kalau ada secret admirer pun..digalakkan sangatlah tulis biodata diri dalam diari tu. Time tu mana ada Facebook apa sumer. Yang ada pun masa tu kalau nak glamer sikit, Friendster. Sekarang rasanya tak wujud dah kot. 



Termasuk la aku. Selalu dalam biodata diri ni kita selalu letak banyak perkara berkenaan dengan diri kita. Maklumlah budak baru nak up. Masa tu masih lagi mencari identiti diri. Masih muda dan suka pada benda2 yang entah..pelik kot. Hahahha. Tapi bila aku imbas balik, rasa macam seronok pun ada. ibarat kita ceritakan tentang diri kita tapi dalam bentuk point.

Selalu..biodata diri ni mesti ada point2 macam kat bawah ni:


Nama: ****** ***** (Bukan nama sebenar)

Umur: 31(kasik umur aku sekarang lor)

Cita2: Saintis, Doktor, Cikgu..(Hakikatnya..cakap lebih senang dari mencapai cita2. Masa kecik bukannya paham pun benda2 ni sumer. Asal cita2 tu rasa tinggi, tu la yg dipakai. In the end..kerja bidang yg tak langsung berkaitan dengan cita2. Kahkahkah)


Makanan kegemaran: Nasi campur. Tak pun nasi putih dengan telur mata letak kicap. The best in the world!!

Minuman kegemaran: San Francisco coffee, low fat milk, green tea , Teh tarik!

Pelakon lelaki fav: Lee Byung Hun, Ian Somerhalder (Damon Salvatore yang gila2 dalam citer Vampire Diaries tu hah. AKA Dante. Muka lebih kurang..hahaha), Lee Jong Suk (Pinocchio, Doctor Stranger), Lee Min Ho (muka je jambu tapi bila bergasak..pergh, dahsyat mamat ni!), Johnny Depp.

Pelakon wanita fav: None.

Status: Berkahwin. (Yes..i am married. so what?)

Anak: Belum ada rezeki lagi. Kalau tension ramai sangat orang tanya bila nak ada anak. aku akan sound.."ko tau ke ko nak mati bila?". Kasar kan? Ni cuma option terakhir kalau ko boring nk cakap belum ada rezeki. Tak digalakkan menggunakan ayat ni kerana bakal merosakkan silaturrahim. (Actually aku dah terfikir nak jawab macam ni bila tension balik kg selalu kena soal dengan sedara mara bila nak kawin..bila nak kawin..kalau nak pakai jugak,use it at your own risk, ya?"


Pekerjaan: HR - Specialize in payroll and expatriate management. (Serious sakit otak, jiwa dan raga keje ni..tapi..experience..priceless!)

Perkara yang tidak disukai:  Tin kosong. Bising je lebih tapi keje tak jalan. Office Politics. Hate Opression, Pengkid, gay people dan yang seangkatan dengannnya. Sorry, not cool.

Suka/Hobi: Die hard fans for Devil May Cry game series (Baru habis main DMC:Reboot aka DMC 5), King of Fighters fans..(dulu2), makan, jogging, tidur. Ahaks. DMC ni lebih kepada release stress.


Filem kegemaran: V for Vendetta, Rurouni Kenshin - Live Action, Never been kissed, LOTR Series.


Lelaki pujaan: Of coz la husband aku! *blushed*


Sifat: Straightforward, independent, weird, short temper, high level of jealousy, tapi..cepat sedih bila tengok cerita korea. Hua3.


Hmm..apa lagi ke? anyway, contoh kat atas ni adalah antara benda2 yang kita akan tulis dalam biodata kita. Actually, it is another way of how we interpret ourselves. Biodata secara tidak langsung mencerminkan kecenderungan diri kita kat mana. Mahupun personaliti kita di tahap yang macam mana.

To me, biodata ala2 diari ni lebih kepada suka2. Saja2 mengisi masa senggang time kecik. Pape pun..memang ada sentimental value jugak la kat aku. 


Biodata korang macam mana pulak ek?


P/S: Pendapat hanya idea spontan penulis semata2.































No comments:

Post a Comment