Nuffnang Ads

Thursday 26 December 2013

Honeymoon review: Langkapuri Inn Langkawi

Helo..hai..hai..hai..dah kahwin? best kahwin? seronok kahwin? Kalau best Alhamdulilah. Itu yg diharapkan dari sebuah perkahwinan. Anyway, dah macam trend skrg ni kalau lepas kahwin jer mesti nak terus pergi honeymoon kan? Tak kisahlah mana pun destinasi, janji kalau pergi dgn suami atau isteri tersayang itu memang terbaik.



Well, as for me, lepas jer habis majlis bertandang belah suami tempoh hari, sehari lepas tu, kami bertolak untuk honeymoon di Langkawi. Kami naik flight jer awal pagi via Air Asia. Kalau naik flight, cepat jer sampai Langkawi ni ha. Dalam satu jam macam tu. Flight aku tempoh hari pukul 7 pagi, so seawal 3 pagi mmg aku dan suami dah bgn. Actualy, suami aku tak tido pun that;s why managed bgn awl. Hahaha.





Ok, pakej honeymoon yg kami ambil adalah 4 hari 3 malam dan hotel yang kitaorg booked adalah Langkapuri Inn hotel. Hotel ni even 2 bintang sekalipun popular beb. Sebab apa? Hotel budget yang murah dan sangat2 convinient.  Yang paling best, belakang hotel ni, laut. Sea view. Selain dari tu, byk kedai2 makan, kedai kedai comel untuk membeli belah, dekat dengan shopping mall which is Cenang Mall, dan jarak berjalan kaki sahaja nak ke Underwater World Langkawi. Seberang jalan jer. Memang pekan hidup la.

View bilik kami adalah garden view dan kat belakang tu pantai la..standard room. Kalau standard room, bilik dilengkapi dengan queen size bed, mini bar & tv. Yang ni kira standard atau basic punya facilities la. Bilik air pun sempoi jer tapi bersih dan selesa. Not bad la for 2 star type of hotel.





Sepanjang penginapan kat sini, aku selesa dan enjoy duduk kat hotel ni sbb most staffs kat Langkapuri Inn ni ramah. Customer service memang bagus. View dekat Langkapuri Inn ni jgk sgt cantik sbb diorg mmg jaga pantai Cenang ni. Airnya hijau jernih , pasir takde sampah . Cuma bila mandi kat pantai tu jaga2 sikitla sebab ada Obor-obor. Yang lain ..terbaek. Dari segi makanan pulak, oklah buat sebuah hotel 2 bintang. Not bad. Nak kata sedap sangat tu tak la tapi better than nothing. Variety is there but not that many. Anyway, hotel 2 bintang maa..low ur expection. Heh. Sepanjang aku menginap kat sini aku tak makan kat hotel sgt pun. Breakfast jer. Lunch, dinner jalan2 cari makan kat pekan Kuah tak pun restoran dekat dekat situ jer.

Overall honeymoon aku kat sini tak mengecewakan. Sangat berpuas hati dan enjoy sangat duduk kat hotel ni. Insya Allah kalau aku datang Langkawi lagi aku akan menginap kat sini lagi..

Till then..chow.

P/S: Sumber gambar. Google.

No comments:

Post a Comment