Nuffnang Ads

Friday 17 May 2013

It's a diet thing...Senaman vs Makan Supplemen

Korang suka makan tak? Tapi TAK suka bersenam?

Well, here it goes..

Honestly.. i hate people who said they want to manage their weight like hell but at the same time, action does'nt seem same like words!! No offence y'all. Pastu bising gemuk..gemuk..gemuk..mmg padan la muka! makan tak beringat. Pastu sibuk tanya macam mana nak kurus! What the hell...*sheesh*

And, conclusionnya, mula la buat muka desperate tanya kengkawan, rakan taulan, laki, bini , sedara mara sekalian..bagaimana mau kurus? Aku ckp satu je la. Korang dah tau jawapan untuk tu kenapa masih nak tanya diorg? Yg sedara mara..kengkawan ni plak kebetulan mmg jual produk untuk kurus, so apa lagi? hehehe..lauk ni..apa lagi..sedara tak sedara..kawan tak kawan..yg penting produk kena jual. So, org yg nk kurus ni pun telah ditipu hidup2...aduyai. kesian-kesian.

Nak lagi best, makan..pulun produk ******** tersebut berkotak-kotak...duit dah banyak habis,badan tak turun2 jgk. bila dah jadi macam ni..mulalah gi serang si penjual tadi. Yg menjual produk ni lak, byk berdalih, ckp "alah..ko makan cara tak betul kot..org lain makan elok jer..! " tak pun "you tak control makan ke?" Hmph...menghabiskan beras je la ckp dgn si penjual produk ni. Yang org ni plak, duit takde..tapi lemak makin byk berkumpul ada la! keh keh keh.

Ini antara contoh yg mana aku pernah tgk sendiri terjadi. Yang aku ckp ni, mungkin ada pihak yg akan terasa ataupun tersinggung, tapi, selalunya yg asyik promote nak jual brg ni Org Melayu. Katakan kalau bangsa lain, ya, dia mungkin jual produk yg sama tapi dia akan nasihat jugak, Produk ni akan lagi berkesan kalau disertai sekali dgn senaman, dan mengamalkan pemakanan yg sihat. Yg kita org Melayu ni plak buta2 beli brg, tak buat research apa sumer main beli jer, tu yg jadi "pandai" tak tentu pasal tuh. ada setengah org ni ikut kwn, kawan kata bagus, boleh turun berat badan tanpa senaman, mula excited bodoh tak tentu psl. Berat dlm 78kg, terus berangan nak buang lemak sampai berat jd 50 kg. Apa kes? takdenye produk yg begitu ajaib begitu. Kalau ye pun la, mesti org yg jual produk tu letak julap. :p

Takde benda senang dlm dunia ni. Yes, life is always like that. Sama jugak kalau kita nak turunkan berat badan. Kalau tak berusaha dan asyik nk makan jamu, supplemen yg entah apa2..yg selalu korang nmpk dlm suratkhabar, majalah apa sumer tu, pikirkan jgk kesannya terhadap tubuh korang. Aku tak kata sumer produk tu buruk, tapi at least for the safe side, make research dan baca testimoni. Dan cuba check adakah testimoni tersebut betul atau tipu. Even aku pun kalau nk mkn supplemen, aku research dulu baru try. Kurus nak, tapi usaha taknak..eh, mana leh mcm tu.

Aku nk bgtau cerita benar ttg diri aku. Dulu masa kat universiti aku suke makan. Makan jer keje aku. Jajan apa sumer aku lantak. Dan cukup suka dgn makanan bergoreng. Tapi, aku beruntung sbb even aku mkn byk skalipun badan aku tak mudah naik sbb doktor ckp tahap metabolisme aku agak tinggi, so bdn tu mmg akan naik..tapi dia amik masa, sbb aku byk berjalan. Kat situ, kira dah cover jgk la nk buang lemak sket2. *Ahaks* .Tapi, nak dijadikan citer, masa final year, bdn aku naik tetiba..tapi takde la gemuk cuma aku rasa dagu aku dah ada double chin *cedey* . Pastu, parents ngn kawan sumer tegur muka dah bolaat! Oh No! Shit! Damn! Ni tak leh jadi ni..

Lepas je aku grade, aku duduk kat umah mcm tu..jadi penganggur terhormat sat sblm dpt keje. Aku start jadi "Serial Killer" . Nak hapuskan segala lemak2 aku.  Aku control makan dan exercise 3 kali seminggu (takde keje ma...byk masa. hehehehe). Selalunya aku jogging round kawasan perumahan aku tu jela..sekali round ada la dlm 2.5KM mcm tu. Mula2 seksa jugak la. Ni mesti lemak2 aku menjerit suruh berhenti. Sbb jarang senam apa sumer, Cepat jer pancit. Lari tak sampai 500 meter, dah mengah. (Pathetic sungguh! ). Tapi, masuk minggu ketiga, aku dah mula rasakan perubahan. Badan agak ringan dan aku dah boleh lari agak jauh, non stop. Breathing dah makin boleh kawal. Start dari situ, aku mmg cukup seronok jogging. Kira mcm kalau tak exercise tu, rasa pelik la. Lepas sebulan, berat aku turun 1kg. Kira oklah. Sbb aku taknk turun mendadak sgt. Not good for health anyway. Tak elok utk jantung.

Di pendekkan cerita, dgn senaman dan kawalan makan yg ketat, berat aku sblm ni dlm 58kg, Turun ke 52kg dlm masa 3 bulan. Kira 1 bulan 2 kg . Maintain la.Pada aku. And, i am so happy about it. Baju dah makin longgar, badan mmg man***. Masa time Konvo, sumer tegur aku dah kurus. Kira penat lelah aku selama ni berbayar la. Dan paling best, i can get rid of my double chin already! *yeay*

So, even skrg ni aku berkerja, masa dah makin kurang, stress makin byk, aku still lagi meluangkan masa utk bersenam at least sekali seminggu. Aku tak punya byk time masa hari kerja sbb aku balik pun dah mlm. Still, even badan naik sket pun (faktor umur dan sbb suka melantak ayam goreng mcd dgn lahapnya) aku bukan dlm kategori obes ataupun gemuk. Cuma bdn berisi jela dari dulu, kurus kering. Tapi, aku lebih suka bdn aku skrg sbb at least nmpk la mcm pompuan kalau tak mcm papan. Dan aku masih lagi control makan mcm biasa especially malam. Aku tak makan nasi. Selalu dinner aku makan roti ataupun kuih jer. Kecuali jumaat, aku makan nasi utk tenaga esk paginya nak jogging. Itu rutin aku every week. Aku jgk mkn supplemen Catalyst.

So conclusionnyer, you can take supplemen as long as you know how your body works. Kenapa kita nak diet? sbb kita terlebih isi perut kan? then kalau nk diet senang jer. Kurangkan makan atau makan bila lapar. Ni jgn pagi kau lantak Nasi berlauk, tgh hari nasi goreng USA , malam  Nasi Daging Merah. Sumer karbohidrat alamat mmg terlebih isi ler jwbnya. Pastu, jgn biasakan makan lewat mlm. Mlm perut perlu rehat, bukan bekerja. Lebih baik makan 2 jam sblm tido atau nak lebih baik lagi, dinner sblm pukul 8 mlm. Kalau malam tu lapar, makan la low fat yogurt, minum jus buah ke, salad buah ke apa ke. So long tak berat.

Aku bukan nak kurus, aku cumer nk maintainkan berat badan aku skrg. Anda bagaimana?






No comments:

Post a Comment