Mostly kebanyakan orang suka keluar secara berkumpulan, dengan best friends, boy friend, office mate, bff dan yang seangkatan dengannya. Well, up to you guys but there is a few people who actually enjoy going out or doing stuffs alone. Like me.
Aku lebih prefer keluar seorang. Sebab kebanyakan benda yang aku nak buat bukan semua orang boleh terima. Actually, memang dari kecik aku a loner. Baik dekat rumah, sekolah, universiti dan jugak time bekerja sekarang. Having said that, It's not that I dont have a so called best friend or whatever, but, due to some circumstances, aku rasa , lebih baik aku buat hal aku je kot.
Aku tak kisah orang panggil aku kera sumbang ke, misfits ke, weirdo ke..lone ranger ke hape ke..sebab, bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. Masa aku kat universiti, I used to be in groups, hang out with my "dearest" girlfriends. Hu ha hu ha ...gelak2..lepak2 sama2. But then, aku tak pernah jadi diri sendiri. Aku paksa diri aku untuk jadi macam diorang, which my mind totally rejected. Sometimes, badan aku je dengan diorang ni, tapi minda..pemikiran kat mana2 tah melayang. Lagi satu, kalau dalam grouping ni mesti ada sorang yang nak sgt berlagak as if dia ni leader. Entah sapa2 tah lantik. Dia lantik diri sendiri je pun. Padahal..mana ada orang appoint dia jadi so called leader. Sentiasa akan ada seorang kawan kita yang merasakan diri dia lagi superior dan influencer dari grouping dia yang lain. Yela..dah kita ni ala2 backdrop je untuk dia. Kira, ala2 tuan puteri dengan dayang2. Nak2 kawan kita yang kira ada rupa sikit. Actually..tak la lawa mana pun. Harap darah kacukan, muka ala2 Pan Asia sikit dah budget cantik ar. One thing yang aku perasan, bila kita sentiasa dalam grouping dengan orang lain, kita jadi penat. Penat untuk jaga hati org lain, tapi diorang tak jaga hati kita. Yelah, sometimes, kita kawan2 pun ada gaduh2 jugak kan. Dan entah kenapa la..grouping aku suka tikam aku dari belakang. Maksudnya, ada benda yang diorang tau, aku tak tau..ada benda yang diorang buat, diorang tak ajak aku ataupun aku orang terakhir yang tau. See..I care for them for nothing. But then..aku tak nafikan ada jugak kawan2 yang baik, ambil berat pasal hal kita apa sumer. SO, tak payah cakap pasal best friend forever dengan aku. Because they don't exist. But good friends, yes. They exist.
In fact ramai sangat yang salah sangka dengan orang yang suka buat hal sendiri, suka keluar sengsorang..makan sengsorang ni. Dicopnya kita kera sumbang. Tak reti nak bersosial..etc..bla..bla..bla.. Amboi..senang betul orang judge kita kan. Tapi, biasalah..orang judge berdasarkan apa yang diorang nampak. Even benda tu bukannya hakikat yang sebenar.
Aku tak tau dengan orang lain, tapi based on my true story, berseorangan menjadikan aku seperti di bawah:
1- Independant. Berdikari. Sebab aku tau aku hanya bergantung pada diri sendiri untuk hidup dan tak ada siapa akan tolong aku bila aku susah.
2- Berwaspada. Criminals is everywhere .Especially when you are alone, be careful. Kalau boleh jangan jalan kat tempat2 yang vulnerable untuk orang amik kesempatan melakukan sesuatu yang tak baik kat kita.
3- Banyak masa untuk diri sendiri. Manjakan diri. Buatlah apa je aku nak. Janji aku tak susahkan hidup orang lain.
4-Lebih berkeyakinan. Tak kisah kalau takde sapa nak teman. Unless if you already married. Like me.
5-Boleh duduk sengsorang sambil fikir apa yang aku dah buat selama ni. Selalunya lepas jogging, masa zaman bujang2 dulu aku amik masa dalam 30 ke 45 minit, rehat sambil dengar lagu dan fikirkan tentang apa yang aku dah lalui sebelum ni.
6-Lasak. When you are alone, you are much more conscious. Kita jadi lebih peka. Orang takkan senang nak kenakan kau.
7- Embrace your solitude. At least. Terimalah keadaan seadanya andai kita selalu berseorangan. Dengan ini kita akan jadi lebih sedar diri dan menghargai setiap orang yang menyayangi kita dan menerima kita seadanya. In my case, my husband is my greatest "best friend" I have ever had.
8-Lebih menghargai diri sendiri. Sebab susah senang..it's only between you & yourself.
9- You can be alone, but never forget people around you. Such as a few good friends, family. Trust me, one day..some how....no matter how alone you are, you gonna get their help some day.
10- When you die, you die alone.
Apa yang aku tulis ni..adalah based on my experience. Mungkin pengalaman orang lain berbeza2. But, just my two cents.
P/S: Sumber gambar google.
No comments:
Post a Comment