Kalau siapa yang memang kipas susah mati drama korea, mungkin ada yang follow citer baru yang tengah ditayangkan kat Astro Channel 393, "Heard it as Rumor", setiap Isnin dan Selasa, pukul 9 malam. Honestly speaking, reason being aku follow drama ni sebab props dan so called "dark furniture" yang ditonjolkan dalam citer ni. Gabungan perabut moden dan tradisional Korea/Jepun yang nampak unik dan "elegan"membuatkan aku rasa tertarik nak follow drama ni. But then..itu antara external factor yang sangat menarik berbanding drama2 korea yang aku pernah tonton sebelum ni.
Sumber gambar Google |
Rupanya..bila aku dah start follow dari mula drama ni agak addicting pada aku. Entah kenapa tapi rasa macam best dan aku boleh relate drama ni dalam dunia realiti.
Alkisahnya drama ni mengisahkan tentang Seo Bom (Ko Ah Sung) dan teman lelakinya, In Sang (Lee Joon) yang merupakan anak kepada keluarga elit dan ternama di Korea yang menjadi 'ibu bapa muda' (dek terlanjur dan Seo Bom mengandungkan anak luar nikah In Sang) akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Namun, disebabkan keluarga In Sang dari keluarga elit dan ternama agak sukar bagi ibu bapanya menerima Seo Bom yang berasal dari keluarga biasa. Pelbagai insiden lucu dan tidak disangka terjadi dlm drama ni hingga aku pun senyum simpul jer time tonton drama ni. HAHAHA.
Tapi..watak yang paling menarik dlm drama ni tentulah Seo Bom. Bagaimana cara dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan keluarga In Sang, cuba adapt dengan adat, budaya dan disiplin yang cukup ketat yang menjadi amalan turun temurun keluarga In Sang. Hanya disebabkan Seo Bom ingin jadi seperti bapa mertuanya yang berkuasa dan kaya. Hasil usaha keras dan sifat semulajadi Seo Bom yang bersikap ingin tahu dan bijak menggunakan kuasa, ibu bapa mertuanya semakin sayang dan menerima Seo Bom dan keluarganya, biarpun pada mulanya keluarga mertua Seo Bom tidak boleh menerima keluarga Seo Bom. Aku jugak agak kagum dan tertarik dengan pendekatan keluarga In Sang yang sentiasa mengatasi segala gossip semenjak mereka mendapat "Instant grandson" secara positif dan bijak dalam menyembunyikan perkara tersebut dari perhatian media dan umum.
Drama ni masih lagi on air. Rasanya panjang lagi kot sebab total episod untuk drama ni adalah 32 episod. Still a long way to go. Bagi aku pulak, menonton citer ni setiap Isnin dan selasa pukul 9 malam ibarat melepaskan tension kerja. XD
Actually, kalau difikirkan balik, banyak mesej yang terdapat dalam drama ni. Boleh kata sekarang ni kalau sesiapa mempunyai kuasa wang dan politik , kira orang tu memang "otai" la. Bezanya, dalam drama ni, macam mana keluarga In Sang tolong Seo Bom cuba untuk mengubah hidup dirinya sendiri dan keluarganya tanpa menggunakan wang tetapi cara lain seperti menaikkan status atau taraf hidup keluarganya sedikit demi sedikit cukup brilliant pada aku. Dapat mengelak supaya orang tidak mengambil kesempatan dan orang jugak tidak mengata.
Cuba tengok drama Melayu pulak. Kalau anak orang kaya kawin dengan anak orang biasa, jika besannya tu orang miskin, bukannya nak difahami, dihina lagi adalah. Entah apa2.
Bukanlah nak mengata drama luar ni bagus sangat, tapi, dah terang lagikan bersuluh, drama Melayu kita masih lagi di takuk lama dan sorry to say, sangat tak berkualiti. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku tengok drama Melayu yang berkualiti. Banyak sangat drama melepaskan batuk di tangga, sambil lewa dan so called novel adaptation yang entah apa2. Macam mana nak sokong produk sendiri kalau aku pun tak faham drama2 Melayu ni nak sampaikan mesej apa pun tak tau.
Asyik2 nak promote cinta pelik2. Macam drama Ariana Rose tu. Terlanjur dulu baru bercinta hingga ke syurga . Hah? What the heck??
P/S; Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2.
No comments:
Post a Comment