Hahaha..Hai..hai..hai..pergh..entry aku ni mmg tak boleh blah..ayat jiwang giler..tapi, bukan jiwang apa pun sbb aku nk share satu desert Jepun paling ummph aku pernah rasa seumur idup..mmg sedap giler! Heh.
Hari sabtu aritu aku kuar jenjalan dgn tunang aku (bakal husband..lagi 2 minggu..hihihi), kat Mid Valley. Kebetulan dah jalan lama sbb aku bengang dgn dia carik jeans pastu punyalah lama dan fussy giler mamat sekor nih..err..(Ayang..please dont be angry..ayang encem kan?kan?kan?) ;p so, perut aku lapo..Then naik kat tingkat 3 area food court yg baru buat tuh..ternmpklah..satu desert place ni..nama dia 'Aka-chan No Hoppe"! So, aku pun dok tgk2 lepas tu baru sedar rupenya..desert tu kuih Mochi. One of my all time fav japanese desert! So, aku pun apa lagi..spontan mengorder tanpa byk soal..Sbb aku mmg dah sedia maklum kuih Mochi tu apa kebenda..macam mana rasa dia..
Aku pun order la dlm 4 biji..1 Double Chocolate, Green Tea, Melty Caramel & Jungle Banana. Harga 1 bijik Kuih Mochi ni agak mahal la jgk..sebiji comey tu RM3.80, kecuali yg Double Chocolate, RM4 sebiji. So, aku pun ok jelah..Dah lepas order, dlm 10 minit mcm tu dia nyer waitress bwk kuih mochi tu..And guess what..
Walawei...sedap giler aku cakap ko!!Mmg best.Terus aku fell in love dgn desert nih!! Lembut je isi dan rasa dia. Sampai ari ni aku dok teringat kat rasa dia. Kuih Mochi paling sedap dan best dimakan sejuk. Flavor fav aku of course la Double Chocolate..Tunang aku lak..giler bantai Melty Caramel..even ini adalah first time dia dok merasa Kuih Mochi ni tp nmpk tunang aku enjoy la makan desert ni.Heh.Even dia desert tp rasa dia tak manis nk mati..sedap2 jer..yum..yummy!!
Aka chan no Hoppe ni asal dari kota Itoigawa, wilayah Niigata. Even aku tak pernah pegi Jepun tapi aku ingat tempat ni hasil dari tgk citer Jepun yg mmg tiada kesudahan. Siap boleh ingat tempat kat mana..hihihi.. Maksud Aka-chan adalah "baby" atau "bayi". And, Hoppe membawa maksud" baby cheek" atau "pipi bayi". Reason kenapa dia letak nama tu maybe sbb kuih Mochi dia lembut giler mcm pipi baby la kiranya. Aku suka sgt dgn kertas paper dia sbb sgt comel dan eksklusif..serta very the hygenic! Sesuai sgt kalau nk bg buah tgn kat org! hehehehe.
Korang jgn risau sbb Kuih Mochi ni dibuat daripada Tepung beras dan insyaAllah halal..Aku tak perasan gak tanda halal tp mmg ramai org kita yg dok melantak benda ni..Cara pembuatan Kuih ni jgk sgt teliti dan segala bhn diimport direct dari Jepun dan dibuat fresh everyday. Terbaek dari ladang !! Sbb apa aku appreciate sgt desert ni sbb aku mmg giler makan benda2 comey dan sedap! ^__^ Lagi satu susah nk dpt Kuih Mochi yg sedap kat Malaysia nih! Selalu biasa jer rasa dia..Tp yg ni mmg purely Mochi cuisine Nippon juga mari!!
Setakat ni aku cuma nmpk desert stall utk Kuih Mochi ni kat Mid Valley jer, tempat lain takde la plak..tp lepas ni mmg aku rajin la ajak tunang aku dok melepak kat Mid Valley ni psl "baby cheek" ni punya pasal..heheheheh.
The best in the world! Mochi cuisine ever! Banzai!!
P/S: Gambar sumber dari Google
No comments:
Post a Comment