Nuffnang Ads

Sunday 9 February 2014

Review filem: Kami histeria yang memang histeria!!

       Boleh kata dah lama jugak aku dah tak tengok apa-apa movie from our local scene sejak "Rumah sewa RM50". Movie yang boleh aku katakan total failure disebabkan jalan cerita yang sangat sengal!!

     

           Anyway, semalam aku berpeluang tonton "Kami Histeria" bersama dengan abang aku dan familynya..hehehe...ni kira first time jugak aku tgk wayang dengan diorg selepas almost 6 years jugak diorg kawin. Seronok tgk gelagat anak buah aku tutup muka dgn sweater tgk wyg sebab takut tgk skrin besar . So cute!!

         All I can tell, this movie rocks!!tak sia sia tgk sbb jalan cerita dia yg sememangnya fresh, unik dan feel dia lain bila menonton. Tak keterlaluan kalau aku cakap movie ni ala2 plot cerita mat salleh pun ada. Really interesting plot.

     Bercakap psl jalan cerita aku rasa tak pyh aku nak asyik repeat jalan cerita dia byk2 kali sbb korang pun boleh google sendiri. Cerita ni pada aku very colourful, dgn kebanyakan scene yg kalau korang tengok boleh rasa mood ceria dia..complete with a very loveable character, sebab each and every actress yang berlakon dalam movie ni ada energy dan kekuatan masing2.  Aku tak tau nk pilih yg mana sbb sumer girls dlm band ni ada kelebihan masing2.


           

       Laila(Diana Danielle) yg cool, Bad(Sara Ali) yg tough, Peanut (Nad Zainal) yg pendiam, Airin (Mila Jirin) yg girly dan Jojo (Umie..err..lupa) yg always positif , all of them mmg best. Tapi antara fav aku adalah Laila dgn Airin. Lawa dan smart giler aku tgk Diana Danielle. Suka cara dia ckp, style dia, mmg cool. Airin pulak edven org ckp dia ni ala2 gedik tp entah kenapa aku rasa dia ni cute sgt dlm movie ni. Hihihihi..

        Satu lagi, karakter Nur Fazura, Cik Lang. Ni fav aku. Langsuir gedik yg suka gossip. Trademark dia yg "ui ui ui ui uiiii.."  tu mmg kelakar dan gedik at the same time. I loike.... lagi satu aku suka tgk ekspresi dia.!Menjadi kot dgn jelingan mata yg mmg wow...first class aku ckp..

      Overall, movie ni mmg enjoyable. Movie genre komedi seram yg simple dan ringan dn mmg boleh layan la..paling best sbb dialog dia tak skema dan aku paling suka introductory movie ni. "Cerita ini mengarut".  Nampak je ayat tu aku dah gelak mcm org giler..sbb kreatif kot diorg guna ayat tu..other than that, lagu2 dlm movie ni mmg layan, catchy dan seronok didgr..plus, Diana  Danielle mmg boleh menyanyi. Penggunaan CGI mmg nmpk best dan tak plastik. Kira effect dia pun tak tipikal mcm certain local movies yg selalu kita tgk la..

       Cuma satu je la, penggunaan surah Yasin dlm movie ni mungkin lebih baik dibaca dari hanya ditekap kat rambut Cik Lang tu..kalau mcm niat nak buat mcm simbolik tu, tak tau la...

Rating 3.5 out of 5

p/s: sumber gambar google.
       

No comments:

Post a Comment