Nuffnang Ads

Wednesday 26 February 2014

BR1M: Adakah benar benar diagihkan kepada yang memerlukan?

Dalam aku dok walk blogging kat satu website yang aku suka baca kat sini, aku tebaca satu artikel mengenai BR1M dan jugak mengenai seorang kanak-kanak bernama Zahka. Seriously, aku yang suka buat hal sendiri, suka cakap diri ini serba kekurangan sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Terkedu aku baca artikel tu dan terkejut jugak bila dapat tahu mengenai realiti kemiskinan kat Malaysia ni yang sebenarnya.



Dalam kebanyakan kawan Facebook kita asyik tanya BR1M dah masuk ke belum, kau dapat apa? berapa banyak , dapat duit BR1M nak beli apa, dan sebagainya, cuba kita tanya diri kita adakah kita benar2 perlukan wang BR1M tersebut dari orang yang lebih memerlukan? Jika kita masih mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal yang boleh dikatakan selesa, mahupun tinggal dengan ibu bapa, apakah kita masih lagi berharap pada duit kerajaan? BR1M ni? Kengkadang aku terpikir macam mana pembahagian BR1M ni dibuat sedangkan yang dapat tu, ada kereta besar, rumah 2 tingkat tapi layak dapat BR1M. Pelik tapi benar, itulah hakikatnya sekarang. Yang sepatutnya dapat, tak dapat. Apa kes?

Ok, berbalik pada cerita kanak2 bernama Zahka ni, dia tinggal bersama keluarga angkatnya di kawasan setinggan Air Panas, di Setapak, Kuala Lumpur. Zahka tidak bersekolah, dan hanya tahu bercakap bahasa Tamil, serta sedikit Bahasa Malaysia. Cerita tentang Zahka ni actually bermula bila seorang pelajar tahun akhir, yang mengambil jurusan reka bentuk grafik, Chia Hong, mendokumentarikan dalam bentuk esei foto dan hasil kerja beliau telah dipamerkan di Art & Design Graduation Show di New Era College, Kajang, yang menarik perhatian ramai orang.


Kehidupan kanak2 ini dihabiskan dengan mencari  barang2 terpakai di tempat pembuangan sampah, dan ini merupakan sumber pencarian utama buat Zahka dan keluarga angkatnya. Lebih sayu bila melihat kanak2 ini memakai selipar yang diperbuat daripada tali & botol sebagai kasut. Aduyai, tak pernah terpikir masih ada lagi rakyat Malaysia yang sedaif ini. Sedih kan?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah kanak2 bernama Zahka ni, korang boleh pergi ke site ini, Saya Anak Bangsa Malaysia , takpun, versi Bahasa Malaysia boleh dibaca di link di atas ataupun kat tepi blog aku ada website dia, Wanista.com.


p/s: Kredit gambar - Chia Hong- Portal Saya Anak Bangsa Malaysia
Pendapat adalah luahan penulis semata-mata.


No comments:

Post a Comment