Nuffnang Ads

Friday 21 March 2014

think: Cabaran bekerja di sektor swasta

I am pretty sure that most of you are working. Yelah, kalau tak bekerja macam mana nak sara hidup kan? Tak kisahlah sektor mana pun, sektor kerajaan ke, ataupun sektor swasta. Despite kita bekerja di mana sekalipun, cabaran dlm pekerjaan tu tentu ada kan? Susah ke senang ke...at the end of the day, no matter what itulah periuk nasi kita. So, entry aku yg ni lebih kepada cabaran bekerja di sektor swasta.



Actually if you ask me, kerja di sektor swasta ni is a fast pace type of work. Dateline is very tight, semuanya kena cepat, even ada juga ad hoc task yang tak masuk akal. Especially if you are working within international company. Sometimes, the task doesn't really make sense. But, samaada ko suka atau tak, ko kena buat jugak! Letih memang letih...tapi, dah nama pun keje makan gaji..buat je la..

Kat bawah ni aku senaraikan antara cabaran2 bekerja kat sektor swasta (mengikut pengalaman aku):

1- Efficiency & Accuracy:

Rasanya kat atas ni, kat mana2 tempat keje pun memang patut mengamalkan cara kerja yang efisien dan tepat. Yelah, kalau banyak salah kan payah. Nak kena buat balik apa sumer..kan tension dan menyusahkan diri tu. Benda ni masa aku baru masuk ke tempat keje baru selalu berlaku pada aku. Yelah, orientation baru sehari..keje yang dicampak kat aku as if aku dah bertahun keje kat situ. Mau tunggang langgang data dibuatnya. Naya beb. Dahlah instruction pun ramai giler kot orang bagi kat aku. Mentang2 time tu junior lagi. But anyway..after a few months..everything started to be in order. Of course, belajar dari pengalaman. Heh.

2- Boss is always right!

Patutnya yang ni aku letak no 1 kan? entah..tetiba idea ni dok poppep up dari kepala otak aku yang tak berapa nak pandai nih..aisey..boss is always right! even kalau dia bagi arahan tak betul ke, instruction ke laut ke, dia yang hilangkan dokumen ke..dia jugak yang betul. Someone has to be the black sheep. Aku cakap ni bukan semua boss macam ni. Kalau korang dapat bos yang sempoi, memahami dan suka backup staff tahniah aku ucapkan! Serious! sebab ibarat 1 dalam sejuta kot nak dapat boss baik giler macam tu. Papepun, if you are working within private sector, aku sarankan cuba cari bos yang multi racial, tak kisah..sebab korang akan lebih senang dapat keje. Ini berdasarkan pengalaman aku la..Why? adalah..hehehehe.

3-Dateline is the 2nd Boss!!

Sapa yang keje swasta kalau kata dia takde dateline maknanya dia tipu..takpun takde keje. Dateline is like a second boss to you. Selain dari ko menjawab dengan boss ko sendiri ko juga masih kena menjawab dengan boss ko kalau dateline lambat atau delay. But anyway, to me dateline ko still kena observe. Sebab itu antara KPI dan why you were hired in the first place. So, kalau ko tak siapkan dateline ko, you are digging your own grave la jawabnya...

4-Diskriminasi:

Ok, yang ni sangat subjektif. Sepanjang aku keje sektor swasta, diskriminasi wujud dalam macam2 cara. Samada  nampak tak nampak jer. Tapi, kalau ko jenis yang observant, ko memang boleh nampak. Yang, ni..tak payahlah cakap banyak2..aku rasa korang pun paham kan..ermmm...

5-Office Politics!

Hah..yang ni paling beracun tak kiralah ko keje sektor mana sekalipun. Selagi ada politik office ni..selagi tu la kita memang akan sakit hati. Especially if  kita ni jenis yang buat keje sahaja dan tak main kipas2 orang lain.Mana tak sakit hati, kita keje teruk2, orang lain dapat nama. Samaada you will end up frustrated or straight tender 24 hours and look for another job.

6-Dept yang bukan team Player:

It's all about individual performance. Sumer berebut nak jadi hero/heroin. Pastu, suka cantas mencantas dan suka sibuk nak buat keje orang lain. Ada satu situasi kat ofis aku dimana ada orang lain yang cukup suka nak menyibuk dan asyik cari kesalahan team aku. Macamlah team dia tu bagus sangat! Sangat tak bertuah dapat department macam ni.

7-No work life balance:

If you are working back end/processing site macam aku, conform every month keje macam orang giler. Stayback sampai 10 hingga 11 malam tu normal...semata2 nak memastikan everything should be in order. Especially bab payroll. Dahlah aku sorang yang manage. dari awal sampai akhir memang rasa nak muntah buat sumer tu. But in the end, I feel burn out. Percaya tak staff yang buat payroll ni takde orang akan respect? Orang cuma akan cakap, "Ala keje ko data entry je pun..bukannya kena jumpa orang apa sumer..". Iyer, nampak senang tapi orang yang buat payroll tu sendiri rasa azabnya. Even Sabtu atau Ahad aku still lagi kena datang keje. Pendek kata..hidup aku lebih kepada keje je la...sampai terbawa2 kat rumah. Adeh.


Itu antara sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang keje kat sektor swasta ni la. Actually, tak kisahlah korang keje sektor mana sekalipun, yang penting pengalaman keje tu memang priceless! Apa pun..make sure keje yang korang buat memang korang suka dan enjoy. Like me, although I know buat payroll ni leceh dan tak banyak orang appreciate, I still love my job and I enjoy doing it! Sometimes memang rasa down dan penat buat keje ni tapi..bila time gaji dah masuk..memang masyuk!! Ahaks!. Apa pun again..bekerjalah dengan ikhlas..dan Insya Allah..Allah akan sentiasa permudahkan kerja kita.

Till then peeps!

p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar Google.

No comments:

Post a Comment