Nuffnang Ads

Thursday 29 October 2015

The only thing that holding me is because he is a Muslim!

Semalam saje2 la usik sorang colleaque aku yang suka fling2 dengan lelaki melayu ni.. 

sumber gambar google


Alkisahnya minah ni ada minat sorang mamat Melayu ni la, Kira boleh tahan handsome la jugak. (Although aku tak tau hensem dia tang mana). Pada aku mamat ni ok la, cuma dia ni jenis pendiam. Tapi bukan pendiam kosong ok, sebab aku pernah gak deal dgn mamat ni a few times. Sekali dia bukak mulut, semua orang sentap ok. 

Nak dijadikan cerita kitaorang saja la tanya dia kenapa dia suka kat mamat ni. So, obviously dia akan cakap mamat ni cute, bla..bla bla...

Tapi, yang tak bestnya..bila dia "nak" jugak cakap, 

"The only thing that holding me is because he is a Muslim". 

Time dia cakap macam tu I was like...

What?? What's wrong of him being a Muslim?? And, another colleaque of mine which is also a free thinker seconds her opinion. Ikutkan hati aku memang aku nak sekolahkan je minah ni tapi disebabkan aku masih lagi waras dan aku taknak menyentuh soal sensitif seperti agama macam ni di pejabat yang membuatkan aku just reply"Lantak ko la" terus diam minah dan all of us back to work.

Seriously, minah ni nak cakap apa sebenarnya? Teruk sangat ke kalau jadi orang Islam ni? 

See? betapa hipokritnya diorang ni!! Sumber gambar google


Aku masih ingat minah ni pernah cakap kat aku yang kalau masuk Islam ni kena banyak berkorban.

Berkorban? Ko nak korban apa jer? Pada aku kalau ada saudara baru ni yang memeluk Islam aku tak akan cakap dia berkorban atau apa jer, aku lebih suka anggap dia "berhijrah" pada agama yang benar, syumul. Kerana saudara baru ni nampak dan syukur Alhamdulilah mendapat hidayah dari Allah SWT. Tiada paksaan pun dalam Islam ni.

Senang macam ni jer, hentikanlah segala perasaan fling2 tu kalau rasa2 tak sanggup dan buta hati nak memeluk Islam. Tak perlu nak keluar statement racist agama dengan  "rakan sekerja" lain beragama Islam. Nak cari gaduh ke hape? Aku pun boleh gak keluarkan "hujah" racist agama ni kalau aku nak tapi sebab aku ni beragama Islam dan dalam agama Islam sendiri kita  ditegah dari menghina agama lain so sebab tu aku diam dan cuba relaks dari membalas kata2 minah ni.  

Aku rasa Islamophobia ni bukan setakat kat luar negara, dalam Malaysia sendiri ni pun banyak. Antara kita perasan dan tak perasan jer.


Tapi sekarang ni macam dah banyak yang perasan jer..kan? korang rasa?


P/S: True story of a friend of mine, He is a non-muslim and couple with a non-muslim female as well. In the end they break up because of the female likes cheating him. In the end, he just follow what destiny have for him and now he is married with a Muslim woman.And they live happily ever after. Sweet kan? Alhamdulilah. Syukur pada Allah. :)

*Pendapat hanya luahan peribadi penulis.





No comments:

Post a Comment