Nuffnang Ads

Thursday 22 May 2014

Siapa Dyana Sofya ni?

Ibarat diluah mati mak..ditelan mati bapak. Inilah ungkapan yang paling sesuai aku boleh kaitkan dengan entry aku kali ni. Ikutkan hati..kalau boleh maleh nak tulis entry pasal politik. Salah tulis karang ramai yang emosi..tapi nak buat macam mana...kalau aku terasa ada benda yang aku nak tulis then aku akan tulis je lah..Kata negara demokrasi..ye dak..



Ok, kebelakangan ni mesti tengah kepoh pasal Calon DAP kiut miut dari Teluk Intan yang bakal bertanding dalam Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan. Actually, aku ni on and off jer kalau tgk berita. Almaklum jer keje je selalu balik lmbt so..always terlepas nak tgk berita, but anyway..semalam, aku berkesempatan jugak tonton berita pasal Dyana Sofya ni ha..

To me, its kinda love & hate situation. Samaada korang nak suka atau kritik kaw2 kat minah ni aku tak tau la. Tapi pada aku,..dia ada pro's & con's factor. Pro's kat sini boleh kata dia antara muka baru yang boleh dikatakan "rising star" la jugak. Con's pulak..politically speaking we can speculate her joining in DAP  is based on her personal experiences. But, surprisingly parents dia sumernya aktif dalam UMNO. Heh.

Ok, bila aku google tak banyak sangat info yang aku dapat, so aku cuma tau Dyana Sofya seorang Peguam, dan memiliki Law firm sendiri kat Cyberjaya. Asal cik adik sorang ni, Ipoh! (Aisey ..sama kampung la dei..) dan dia mula  join DAP dalam tahun 2012 semasa membantu Kempen Lim Kit Siang di Gelang Patah semasa Pilihanraya Umum (PRU -13). Sekarang Dyana adalah full time setiausaha politik for Lim Kit Siang.

Aku ni nak cakap pasal politik taklah pandai sangat..but we all have opinions..so I'm just sharing my two cents here..sebagai rakyat biasa yang miskin dan tak tahu apa2 ni...

Tak kisahlah nak pilih parti politik mana sekalipun, kalau dah namanya parti politik, tetap akan ada kepentingan. Sebab apa orang join politik? because of "Interest" atau dalam Bahasa Malaysianya..kepentingan. Sebab pada aku..kalau kau dari UMNO ke..DAP ke..PKR ke...kalau korang memang ikhlas nak tolong rakyat, then buat! do it! But nowadays..it's just like all pretty words..semua orang boleh berjanji...tapi adakah janji tu boleh ditepati?Pada aku..aku prefer orang yang kurang berpolitik dan lebih banyak buat kerja. Itu lebih baik.

And one more thing..Cik Dyana kita ni sentuh pasal UITM..

“While I managed to get into UiTM, some of my (non-bumiputera) friends who had similar results were not accepted into public universities. They couldn’t get any scholarship.
“So I think that’s not fair. What would happen to my friends? Do they have to spend a lot of money to get into the private university?” she said during an interview last month.
UiTM for non-Malays
Looking back at her experience in UiTM, Dyana opined that a public higher education similar to UiTM should be established for non-Malays.
She was disappointed that some of her non-Malay friends, regardless of whether they had good results, were denied the opportunity to further their studies at public higher education institutes.
“The non-Malays should have equal opportunity as Malays. A higher education institute that accepts the enrollment of non-Malays but at the same time only charges the same amount as UiTM is necessary.”

Petikan dari blog "Lim Kit Siang". Kalau nak baca full version, sila klik sini.

Cukup2 la dengan isu UITM ni...takde isu lain ke nak dicakap?. Sorry to say but I have to disagree. First of all..UITM bukan satu2nya universiti awam kat Malaysia ni...banyak lagi universiti kat Malaysia ni ha..tak pun..universiti swasta ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..tak terkira jumlahnya kat Malaysia ni sekarang..so, isu tentang biasiswa takkan timbul sebab biasiswa adalah hanya untuk orang yang layak...aku dulu pun nak apply UITM tak lepas sebab result tak bagus...so sapa cakap semua bangsa kat Malaysia ni takde equal opportunity in education? By rights sebelum ni pun UITM pernah membuka 10% kuota untuk bukan Bumiputera. Ingat lagi ke respon dia macam mana..? krik...krik..krik...bunyi cengkerik....sama je kot. Tak perlu nak disentuh pasal UITM ni lagi. UITM adalah antara a few special privileges to the Malays yang tinggal. Sebab..banyak hak kepentingan orang Melayu sekarang ni yang makin diusik..sikit..sikit...lama2 kita dah tak tinggal apa2 pun. Tak kesian ke dengan orang Melayu beragama Islam kita sendiri? 
Lagi satu..Cik Dyana ni cakap dia tak menentang Hudud, tapi menentang pelaksanaannya. I say what? Bukan maksud dia lebih kurang macam menolak Hudud jugak ke? Hmmm..
Aku bukan nak memburukkan mana2 pihak mahupun nak cakap parti mana lebih baik sebab masa pilihanraya lepas ayah aku pernah marah aku teruk2 pasal  aku mengundi parti politik yang dia tak suka. But in the end, it's just politics.
To Ms Dyana Sofya...I wish you Good Luck!
p/s: Lepas ni..aku nak dengar Cik Dyana Sofya ni bercakap pasal diskriminasi wanita bertudung dan diskriminasi peluang pekerjaan pulak. 
Sumber gambar Google








Sunday 18 May 2014

Review Filem: Godzilla!!! Aummm!!!

Seriously?? Bila aku tengok gazette kat wayang Godzilla ni akan diremake semula, I was like...nah...remake lagi citer nih..padahal dah berapa kali remake daa...dan pada aku , Godzilla movies never impress me..I dunno why..I'm just not into 'Gojira" (Pronunciation in Japanese Language).




But then, bila aku tengok gazette dia..this time macam ada feeling2 Pacific Rim la..but hey, Pacific Rim was much more better & entertaining ok! (Despite all those crap critiques or whatever). Aku boleh tengok Pacific Rim banyak kali and got no complain about it. And when it comes to Godzilla...Hmmm..

Tapi semalam, disbbkan husband aku ada keje kat ofis dia dan disebabkan aku ni memang suka menyibuk time dia buat keje, so dia buat keputusan drastik "campak" aku kat mana2..bagi duit..dan cakap;

"Ayang..abang nak buat keje sikit kat ofis..amik duit ni..pegi tgk wayang ok! Abang sponsor!"

"Ala..orang nak tgk dengan abang..!" Aku merengek dengan gedik sekali.

"Abang taknk tgk Godzilla..tak best..lagipun, Ayang macam Godzilla bila ayang membebel dan marah!"

Aku? Pfft...diam terus..bertuah punya husband! Samakan aku dengan Godzilla??? Cheh.. 

See? Tengok..drama minggu ini..Aduyai. Redha je lah..


So, aku pun  membawa diri ke KLCC. Tengok wayang sengsorang. Bila pikir balik, aku maleh tengok Godzilla sebenarnya tapi apakan daya dah takde citer lain yang best..belasah je lah..

Opening untuk Godzilla ni..memula nampak macam best la..tapi bila dah masuk 20 -30 minit lepas tu..dia jadi ada sikit lembap dan pastu fast pace balik bila banyak scene yang melibatkan raksasa..cuba nak lepaskan diri...terhumban sana sini..bangunan runtuh sana sini...yang tu standard la kan..

Ingatkan remake ni best sangat..rupanye..biasa je la..kira masih boleh layan lagi..thanks to improved & enhanced version of those so called Special effects/CGI.

Kronologi citer ni senang jer..Alkisahnya dua raksasa bangun dari tidur semata2 nak mengawan, Godzilla pulak ibarat abang kawasan yang taknak berkongsi bumi dengan raksasa lain..so Godzilla yang mendengar seruan dua ekor raksasa yang di kenali sebagi MUTO ni mula memburu dan akibatnya manusia terhimpit di tengah2. Tu je la? Cheh...

Dari segi casting plak..nothing so much that I can called outstanding. Ingatkan ada Ken Watanabe dalam citer ni boleh expect something la, tapi, watak dia sbg pengkaji/saintis dalam citer ni takde ada2 impak pun..infact kalau dia takde pun sama jer..

So, hero dalam citer ni seperti namanya adalah abang kawasan, Godzilla!!! Auum...!! Sebab tup2 dah jadi saviour of the city?? Hah??

Rating..3 out of 5.

P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis. Sumber gambar Google.

Wednesday 14 May 2014

Tips menggunakan Kredit Kad!

Hi hi hi...korang ada kredit kad? Takpun pernah pakai kredit kad? Mostly kebanyakan orang sekarang ramai yg menggunakan kredit kad.

Kad plastik magik!!


Kad kredit ni tujuan sebenarnya adalah utk kemudahan orang ramai berbelanja tanpa menggunakan wang tunai. Yela sometimes rasa macam hassle giler kot nak bawa cash banyak giler dalam purse, dan kalau dah bawa duit banyak2 tu, of course la rasa tak selamat pun ada gak kan..mana tau purse atau wallet kena copet ke..apa ke..dah tak pasal2 rugi. Kan tak best tu...

Tapi...lagi tak best kalau salah guna kredit kad. Mentang2la kasi swap jer...swap kad tu plak bukannya sekali dua, berkali2 plak tu. Konon perasan kaya la dah pakai kad plastik berkuasa tu. Tak dinafikan kalau korang nk pakai kredit kad skrg gaji wajib lebih dari RM1500 ke atas ..tapi itu tak bermakna korang boleh swap sesuka hati sampai habis limit kredit kad tu korang guna..seronok ka dok byr interest bulan2 kat bank?
Dulu aku pernah ada kredit kad. Tapi...macam aku ckp perasan konon2 diri ni dah kaya dok swap kredit kad sesuka hati last2 terpaksa bayar almost RM3000++ kat bank gara2 hobi aku yg suka shopping...nasib baik gak aku leh settle lagi hutang kredit kad tu atas bantuan  cik tunang..eh silap..skrg dah jadi husband. Habis jer byr hutang tu..aku terus bagi kredit kad tu kat husband sku suh simpan. Tinggal aku tak buat ala2 citer" Confessions of a Shopaholic" jer gamaknya. Simpan kad kredit dlm Chiller fridge.. hahahha...Sbb aku ni mmg gatal sket tgn ni nk swap kad je kejenya. Heh.

Ada reason gak kenapa aku masih tak cancelkan kredit kad aku tuh...atas advice husband gak, kitaorg pakai bila perlu jer...mcm tips kat bwh ni ha...
1- Pakai kredit kad utk booking flight ticket atau booking hotel shj.  Nak buat mcm mana sbb mostly hotel kan selalunya kalau nk booking kena at least byr half dulu. Flight ticket pun sama. Selagi tak byr, tak confirm la seat ko dlm flight tu ha.

2- settle outstanding payment dulu baru swap kad lagi. Sekarang aku buat mcm ni jer. Kalau aku nk shopping online ke apa ke..aku make sure no outstanding payment dlm bil aku.

3- Jgn buat potongan auto debit ke..standing instructions ke kalau potongan melalui kredit kad..sbb biasanya interest byk dari cara macam ni.Dulu aku buat potongan insurans melalui kredit kad tapi lepas few months aku tukar ke potongan dari akaun simpanan.

4- Kalau nak shopping baju ke..tudung ke..better jgn swap kredit kad. Pakai cash lagi bagus. Sbb kalau kita swap untuk kehendak tak berbaloi nak byr sekali dgn interestnya. Same goes bila shopping online cthnya kat Zalora (fav online shopping aku), shopping mengikut kemampuan.

5-Elakkan isi minyak pakai kredit kad. Interest sgt byk kat sini. Setengah org mungkin ckp byk cash rebate..but to me...yeah..whatever...

6- kad kredit hanya utk emergency...just in case kalau2 kita betul2 terdesak takde cash maka terpaksa la pakai jugak..

7-kalau terasa nak tidur hotel 5 bintang sekali sekala, pakailah kredit kad...pastu settlekan bil kredit kad tu sblm guna lagi...barulah bila nk byr bil ni tak terasa sgt.

8-andai kalau korang bayar minimum amount every month dan at the same time menambah hutang baru...interest akan naik tinggi sgt2 dan smpi bila2 pun korang takkan mampu byr  hutang kredit kad tu dgn sepenuhnya.

9- Stick to only one credit card...jgn sesuka hati tambah kad hutang ni kalau tak mampu. Ingatlah bank2 akan sentiasa menghasut anda gunakan kredit kad. Ada juga yg menawarkan cash advance dan lepas tu boleh byr balik ansuran bulan2..Tapi pada aku...cara ni merugikan..

10- Most important...kawal nafsu berbelanja. Zaman sekarang ni zaman materialistik dan yg seangkatan dgnnya...aisey..dulu aku pun terjebak gini gak...huahuahua...sekarang dah insaf sket..heh. 

Interest got me caught!!



Pape pun...kad kredit adalah kad plastik yg bernama hutang. Kalau dah namanya hutang, pandai2 la guna. Kelebihan kredit kad adalah membolehkan kita memiliki barang yang kita nak secara segera tapi kalau salah guna takpun swap kad sampai ke laut alamatnya bersedialah untuk masuk ke kancah interest yang tak terkira jumlahnya..in fact , buat rugi duit kita..sbb dari bayar bil, kad plastik ni byk2 kat bank lebih baik buat savings. Keje penat2 wajib la ada savings...


Till then peeps!

P/S: Pendapat adalah luahan penulis semata2.Sumber gambar dari google.

Sunday 11 May 2014

Life the way it is....

In life there is always up's and down. Samaada ianya boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik atau sebaliknya, we would not sure as well. Depends on how we react or response to the challenges in life.
Kalau dari kecik..zaman kanak2 ribena dulu aku suka perceive atau terima sesuatu perkara as the way it is...takkan ada byk soal dan kalau A lah jawapannya, itu jelah jawapan yang aku akan percaya. Masa kecik kita jugak byk dimomokkan dengan perkara yang tak masuk akal. Contoh..kalau menyanyi kat dapur masa kita sedang masak nanti dapat jodoh dgn lelaki tua la...jangan makan leher ayam nanti nak kahwin leher teleng la..senget la...apa la...dan macam2 lagi cerita dongeng...time tu, kalau aku dok dengar jer macam tu..mula.lah aku pun dok imagine agaknya macam mana la teleng leher tu ha time tgh sanding...kekekeke..kelakar pun iye gak ..Heh.



Then, bila dah besau sikit..as time goes by...persepsi dan cara kita berfikir makin berubah...aku boleh dikategorikan antara manusia yg lambat matured dari segi pengalaman, tapi dari segi pemikiran, lebih cepat matang dari yang sepatutnya (angkat bakul sendiri nampak). Maksud aku ...lambat matang dari segi pengalaman ni sebab dari kecik aku dah dibiasakan atau dgn kata lain...byk benda yg orang lain tak bagi aku buat, stand with a reason, the complication or the result is bad...yeah..something like that..but i dont them blame them either. At least sampai aku besar, aku tau sesetengah benda tu mmg tak patut dibuat. Maybe because im the only daughter in the family...so my parents thought that they just want to protect their daughter tapi aku selalu fikir parents aku suka mengongkong...funny isn't it how we thought the earlier days...but i always know its for my own good.

And , what i meant by more matured in terms of thinking...i know where i stand..sejak aku kecik mmg aku dah sgt sedar tentang benda ni...aku tau aku dari keluarga susah masa kecik dulu..so probably compared to my dearest brothers, aku lebih independent. I do most of things on my own. Both my parents are working so kebanyakan kerja rumah mmg aku yg buat..about my brothers...well, let's just say God knows them better...hmmm.

Pastu bila kita dah pandai sket lagi...dah semakin besau mencecah usia gila2 remaja...pemikiran pun..aisey..makin songsang..(songsang ke)...aku maksudkan songsang ni mcm masa time kita remaja ni...byk nak try buat benda baru...cuba benda baru...dan jadi lebih sensitif...kat sinilah kita baru nk cari identiti diri...nak kenal siapa kita sebenarnya...pro and cons...aku anggap dalam time2 macam ni adalah learning curve dalam diri aku. Belajar dari kesilapan...being young is fun , but dangerous if you know what I mean. Kalau time ni ko buat silap dan tak melakukan something untuk betulkan semula kesalahan tu...maybe akibatnya akan makan diri sendiri...i dunno about other people..but that's how i look at it.

Then...lepas habis SPM apa sumer...welcome to another step of adulthood.Why? Either ko akan sambung belajar..tak pun terus carik kerja. Time ni dah tak boleh salahkan mak ayah dah kalau SPM dah flop...result cukup2 makan...ko kena pikir masa depan. Apa ko nak buat? Takkan nak duduk umah perabih duit PAMA jer? Kalau yg dpt masuk universiti, belajarlah elok2 jgn pikir nk ada bf atau gf je memanjang..perabih duit PTPTN je..beli handfon canggih dan mcm2 aktiviti yg takde faedah sgt. Sbb...graduan universiti skrg byk sgt saingan...jgn ingat CGPA gempak boleh terus dpt keje gaji ribu riban...ada jugak yg score pointer dasyat tp disebbkan low self confidence dan comnunication skill...keje kerani je ..membazir duit dan masa kalau mcm tu...mungkin sesetengah student ni perasan kalau masuk universiti senang dapat keje...well. kalau 10..20 tahun lepas mungkin...but nowadays...keluarlah dari pemikiran lalala land korang sbb bukan senang nak cari keje sekarang. Hiduplah sbg seorang realist dan bukannya idealist.

Then bila umor dah masuk kategori belia...dah keje apa sumer...baru tau betapa susahnya nak carik duit. Baru tau macam mana mak bapak kita membanting tulang, pekakkan telinga dgr leteren bos, cuci 'taik' bos yang campak kat kita semata2 nak menyara keluarga..kita plak dulu tau tiap2 bulan nak mintak itu ini...so..sekarang bila dah rasa sendiri baru phm macam mana susahnya nak carik duit. Kalau kita budak baru teruk kena kerah dgn supervisor takpun boss...buat keje tak pernah habis...diperahnya kita habis2 san..tapi takpe...telan je dulu sumer kepahitan tu sbb pengalaman jauh lebih berharga...
Bila kita  dah mencapai usia akil baligh ni mula la kita gatal nak carik bf atau gf...takpe..itu sumer normal kecuali pada sesiapa yang kureng normal berminat pada jantina sesama sendiri..eeuww...bila dah dpt yg seswai..simpan duit takpun menjana hutang secara automatik. Dahlah time belajar pun berhutang...nak kahwin pun hutang jgk...again...tepuk poket nilai sendiri...semata2 nak kawin....

Then bila dah kawin...pandangan dan matlamat hidup pun lain..jadi lebih matang dan tau arah tujuan. Ye la..dah berkeluarga kena betul2 jadi dewasa..tak leh nak main2 dah...nak kena sara anak bini..takpun suami isteri bekerja cari rezeki...dulu sorang skrg berdua...pastu bertiga dan seterusnya..
.
Bila dah ada anak...baru phm akan hati seorang ibu atau ayah tu macam mana plak..bila anak kita pun 2x5 macam kita masa kecik2 dulu...kemana tumpahnya nakal kita kalau bukan pada baka kita sendiri, right? Betapa cabaran membesarkan anak tu bukan calang2 orang boleh buat..semua orang memang boleh buat anak..tapi bukan semua mampu mendidik anak menjadi manusia at least..yang lebih baik.

And, when we gets even older..byk benda yang kita akan fikirkan..could be work related matters, ataupun masalah keluarga yang perlu kita handle...or maybe bila anak2 dah besar panjang kita akan lebih sunyi sebab masing2 dah berjauhan, belajar kat tempat yang jauh ataupun  dah berkahwin..so rumah makin kosong..rumah besau tapi tinggal berdua..takpun..tinggal seorang..andai salah seorang dari suami isteri tu pergi dahulu menghadap Ilahi..kita pulak meniti hari2 dan sisa2 hidup dengan banyak termenung dan teringat balik apa yang pernah kita lakukan sepanjang usia kita dulu..adakah kita rasa kita telah banyak mencapai kepuasan hidup ataupun menyesal dengan jalan yang telah kita pilih..?

Dan kalau umur kita masih panjang, adakah kita masih mampu mengecap kebahagiaan dengan anak2 dan cucu2 kita? ataupun anak2 semakin melupakan kita disaat mereka sendiri sibuk menguruskan keluarga masing? 

Life is not the way it's supposed to be, it's the way it is ... the way you cope with it is what makes the difference.

* Quotes by Virginia Satir.

P/S: Pendapat adalah luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar dan quotes dari Google.

Friday 2 May 2014

Riang ria Spiderman 2!!

Malam khamis lepas bersempena dgn hari pekerja esoknya aku berkesempatan menonton wayang bersama dengan husband aku...kat Citta Mall, Ara Damansara. Balik je dari ofis, terus alek umah , siap2 pakai sempoi2 kuar balik menuju ke Ara Damansara...
Sampai je kat sana memang org dah ramai..tapi, nasib baik dah beli tiket awal2, beli online jer so takde nak gaduh2 kena beratur pjg nak beli tiket tak pun wayang dah penuh...

Tak le ramai orang sangat..

So sementara tgh menunggu waktu nak masuk wyg, aku pun mula la menggatal nk amik pics2 yg errr..seperti di bwh...

Abg..takde keje lain ke??
Ni Spiderman ke Gaban??
Walawei..pegang tangan Spiderman lor!!
Tengok! Ada unsur2 dengki tak kat sini??

Pape pun, Spiderman 2 mmg awesome! Definitely one of the best movies yg aku enjoy tgk awal tahun 2014 ni...jalan cerita yg mmg best dan sgt enjoyable!

Andrew Garfield mmg awesome sbg Peter Parker. Maybe karekter Peter Parker dlm remake ni agak gila2 sikit but it works! No such thing like a lame super hero! And two thumbs up too Emma Stone! Watak dia sbg Gwen Stacy mmg top class! Watak yg tak lagi digambarkan sebagai kinda annoying mcm dlm trilogi Spiderman yang lepas2..because science geek should act like one! And, the chemistry between Gwen & Peter Parker mmg menjadi..cute, sweet, funny but at the same time we know they love each other too much!
Watak2 villian dalam citer ni sgt awesome! No more romantic flower boy Harry Osborne....remake yang ni wataknya lebih strong, except emotions complicated. Hakikatnya Harry Osborne cuma seorang remaja berusia 20 tahun yg psikologi nya sukar di duga dan tidak stabil dek tekanan yang dilakukan oleh ayahnya sendiri..Norman Osborne. Nak kata dia ni jahat pun tak leh jugak sebab back ground hidup yang memang dari kecik always be the victim of situation, memaksa dia berdepan dengan kejahatan diri dia sendiri...well, some destiny cant be easily changed I guess.

Other than Harry Osborne, we have another so called victimised villian known as Electro a.k.a Max. Max ni actually seorang yang baik dan lurus bendul sket, tapi obses kat Spiderman. Mamat ni salah seorang pekerja kat Oscorp Corporation sbg seorang Electrical Engineer kat situ. Yang kesiannya Max ni. Dia ni bijak tapi takde orang pun yang sedar akan kewujudan dia kat situ..so, there goes one more esteem goes down under...Nak dijadikan cerita...Max jadi Electro sebab kemalangan kat tempat kerja dia...kena renjatan elektrik dan jatuh ke dalam aquarium penuh dengan belut elektrik...so, welcome to the life of living people...Electro gonna kick some ass!! So. Kalau nak tau apa jadi dengan Electro ni cepat2lah gi tengok kat wayang k...

Kalau korang baca review ni especially from Rotten tomatoes ke, Movie critics ke apa ke..tak yah nak amik pot sgt bad review yang diorang cakap sebab to me, watch it first then decide. Because, you gonna miss what this movie really offers! Amazingly beautiful CGI graphics..lots of action, Tons of humorous goofy Spiderman attitude and best of all, terasa macam baca buku komik pun ada! I guess Spiderman is even better than Captain America. Yeah, I know Captain America does entertaining but Spiderman 2 ...just not so easy to forget! 

Anyway peeps, it' s just my two cents.

Chow.


P/S: Pendapat adalah luahan penulis semata2.