Nuffnang Ads

Tuesday 31 March 2015

Masa itu emas!!

Lama betul aku tak update blog. Bukan lupa..bukan sebab apa..cuma, terlalu sibuk. Sibuk dengan hal dunia tak habis2. Kerja, personal dan sebagainya. Kebelakangan ni banyak betul dugaannya. 

Sumber gambar Google


By the time aku tulis ni, aku baru je lepas settle down pindah ofis baru. Ofis baru..semuanya baru. Hanya, staff je yang masih sama..dan perangai pun masih sama. Annoying giler.

Pejam celik..pejam celik..kita dah nak masuk ke bulan keempat dalam tahun ni, iaitu bulan April. Bila difikirkan balik, apa yang aku dah capai sepanjang 3 bulan pertama untuk tahun 2015 ni, aku tak dapat nak pikirkan sangat. Perancangan banyak, cuma masa yang semakin mengejar aku. Entah samaada aku boleh buat semua planning aku tahun ni ataupun tidak . I dont know. I just don't know.

Hanya. Satu perkara yang aku pasti. Dalam soal kerja aku kena move on. Honestly, kehidupan aku yang terlalu busy ni disebabkan kerja. Company makin besar, kerja bertambah, tapi still aku jugak dok suffer sorang2. Aduyai..sampai bila nak jadi kuli kat company mat saleh ni? Bosan. Pressure, stress dah terlampau amat dah ni. Almost everyday ada issue dan drama. Bos aku pulak makin tak pedulikan staff bawahan. Padahal staff bawahan dia ni la yang berhempas pulas dok cover kerja2 yang bertimbun kat ofis tu. 

Bila pikir balik, setiap orang at least yang makan gaji memang stress. Terpulang macam mana kita nak handle stress kita je. Macam aku, aku akan fully concentrate 8 till 9 hours of my working time setiap hari non stop kecuali time lunch curi2 masa nak update blog tak popular aku ni. Still, aku kena datang ofis masa hujung minggu. Aku dah pernah try cuba pastikan semuanya lancar dan tak ada kerja tertangguh dan semuanya up to date, still, masa tak pernah cukup, Akhirnya, aku end up burnt out. Penat. Letih. Marah.Sedih. Kecewa. Semua ada. Sebab no appreciation at all. Bila buat salah sikit, mula lah kecoh macam la benda tu big issues giler2. 

Usia aku nak masuk 32 tahun ni.  Dah tua dah. Tapi, bukan terlambat untuk aku kejar apa yang aku nak dan apa yang aku nak capai. Berdasarkan background dan apa jua yang aku lalui dari kecik sampai besar, boleh kata sekecil2 pencapaian aku, itulah kebanggaan aku. Mungkin pencapaian aku lambat, atau tak segah rakan2 seuniversiti aku hanya sebab diorang ada kabel besar, bijak dan bla..bla..bla..pencapaian aku adalah hasil titik peluh dan usaha keras aku selama ni. Aku takde kabel, in fact family aku tak tolong pun masa aku susah. Semuanya, sebab aku tau takde siapa akan tolong aku kalau aku tak berusaha.


All that  I have, hanyalah tulang empat kerat ni yang bersengkang mata, bersusah payah mencari rezeki demi menanggung hidup aku dan demi untuk menolong husband aku. Tapi orang tak nampak dan assume aku dan husband aku macam2. So what? Let it be. Mulut orang takkan dapat ditutup. 


Orang kata tukar kerja was like easy at it seems. But actually, it's not. Banyak benda yang harus difikirkan dan dipertimbangkan. Tapi aku, rasanya dah cukup masa untuk aku angkat kaki, Again..I'm still writing the same thing and still working at the same place. Yes, truth hurts. Hopefully this will be my last. Harap aku dapat tulis blog kat company lain pulak lepas ni. Heh. 


Till then.


p/s: Just felt down. Dunno why. 




Sunday 15 March 2015

MATTA FAIR 2015

Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti sebab nak pegi MATTA Fair. Kalau nak rancang percutian yang best dan tidak terlalu merabakkan purse aku so wajib pegi event yang memang selalu buat jalan jem ni. Dan kalau korang masih lagi belum pergi event ni, digalakkan pergi jika ada masa. Bukan apa sebab hari ni adalah last day event untuk MATTA Fair ni. Mana tau kot2 terjumpa pakej vacation yang kena dengan budget dan mood korang.

Aku datang dengan husband. Dia pun cuti gak semata2 nak dtg event ni.Even kitaorang sampai dalam pukul 11.30 macam tu, pergh susahnya nak carik parking. Pusing2 dalam pukul 12 lebih jugak la nak masuk dalam event ni hoh. Last2 husband aku parking je kat area hotel berdekatan. Settle.

Even kitaorang datang hari Jumaat, still ramai giler orang kat sini. Meriah betul. Actually, ni kira first time la jugak aku dengan husband datang MATTA Fair ni. Dulu, kitaorang tak amik pot pun pasal event ni tapi lepas dah kawin ni, mood nak berjalan tu memang la tersangat tinggi.. XD. 

Tiket! Tiket!
Nak masuk tiket macam biasa, RM4 sekali masuk. Masuk2 jer, macam2 orang serbu kitaorang. Dok promote pakej yang diorang ada sumer. Kitaorang yang tak tau apa2 ni main dok gamble jer masuk buat2 macam paham je la. Nasib baik jugak sebab sebelum pergi event ni kitaorang tanya kengkawan yang biasa pegi MATTA Fair  macam mana nak deal apa sumer, dan aku ada buat research sikit dulu sebelum pergi, so takdela nampak macam aku ni loser tak tau tanya soalan apa...   -__-

Actually, kitaorang target nak travel dalam area Asia Tenggara dulu la..bukan apa, aku dengan husband tak pernah lagi travel overseas so better kitaorang take it easy je dulu. Although niat di hati aku nak terus je booked  flight pegi Jepun terus! Aisey, tak la sampai macam tu. So, husband aku decide, kita tempat untuk vacation. Satu local dan satu overseas. Local maybe dekat2 je la..yang ni anytime boleh settle so takde masalah. Then, kitaorang fokus lebih untuk overseas punya trip.

Honestly, aku datang event ni sebab kitaorang aim nak naik cruise. Macam Superstar Libra Cruise tu. Dah merasa naik flight, ni nak merasa naik kapal pulak..ececece..Sebab, kitaorang buat dua pilihan, samaada nak ke Bali for honeymoon ataupun cari cruise package yang buy 1 free 1 tu. 

Hasil main amik jer pamplet

beg yang penuh dengan pamplet yang kitaorang pun tak habis tengok lagi!
Dan Alhamdulilah, survey punya servey, dapat jugak carik. Cruise trip untuk buy 1 free 1, total dalam RM1700 jer. 4 hari 3 malam ke Phuket + Krabi. Naik cruise kat Penang. Tapi, transport ke Penang tu self sponsored la. Tu baru tiket, kalau korang dah confirm nak amik, ada taxes charges dalam RM204 per person. So total expenses dalam RM2100++ Kira good deal la. Sebab kitaorang budget untuk first trip ni dalam bawah RM3000.  Nak lagi best, 1 cabin hanya  untuk 2 orang. Sebab sesetengah cruise package yang kitaorg carik kat situ memang ada offer untuk buy 1 free 1, tapi destinasi mungkin berbeza, dan naik kapal berbeza. Dan kabin kena kongsi dengan orang lain. Dan by the time korang survey2 tu, kalau boleh carik la travel agent dari kalangan orang kita. Senang sikit nak deal. Tapi, kalau ada SA dari kalangan  cina2 tu yang tegur korang dan promote diorang punya package , pun ok jer,sebab sekarang ni cruise ni dah banyak orang kita travel, Makanan halal pun dah senang nak dapat.  Cuma, bila diorang explain kat korang , korang kena bagitau specifically apa yang  korang nak . Make sure tanya betul2 sampai korang puas hati. Sebab seriously, aku dengan husband aku serius rambang mata kat event ni. Banyak sangat event yg pergh..murah dan macam2. 


Cara payment dia pulak ok sangat. bila kitaorang dah confirmkan tarikh nak belayar tu, terus agent tu confirm dan kitaorang letak deposit dalam RM200. Baki selebihnya boleh dibayar sebelum 45 hari dari tarikh kitaorang belayar. Sempat la kalau nak kumpul duit apa sekalipun. 


Overall, memang puas hati datang Matta Fair ni. Service memang best dan banyak  travel agent yang friendly layan customer yang datang. Siap bagi tips lagi. Seronok haku. Dan paling best sebab ada rezeki kitaorang naik cruise tahun ni. Alhamdulilah.

Pasni of course la kena buat passport. Sebab aku takde passport lagi. Busy for preparation pulak.

Selfie kegembiraan lepas balik dari MATTA Fair!

Lagi Selfie kegembiraan !!


p/s: just sharing the thoughts.. XD









Wednesday 11 March 2015

Review: A day off with Asus Padfone S !!

Oops I did it again! Did what? Well try guessing peeps!

Aku akhirnya beli jugak phone baru. Selepas tak sampai setahun aku beli Asus Fonepad Note 6, dah beli handphone lain. Ala..brand Asus jugak.

Dah asyik dok pakai brand Asus ni lama2 macam attached jugak la dengan brand ni. Selain dari specs dia yang memang awesome , sebab lain jugak sebab brand Asus ni handphone dia yang power2 boleh dapat harga bawah RM1000. Tu penarik utama. Hehehe.

Sekarang, aku pakai Asus Padfone S. Handphone ni ada dia nyer tablet sekali tapi aku beli handphone dia jer sebab dah banyak sangat gadget kat umah nun..tak perlu tablet dah. Handphone ni kecik sikit dari previous phone aku, Asus Fonepad Note 6, dalam seinci macam tu la. But, rasanya lagi better kot pakai yang kecik sikit, senang nak simpan dalam purse.

Last week, aku amik cuti. Saja nak releasekan tension dan recharge diri jap lepas terlalu lama bekerja. Colleaque aku sumernya cuti, aku jer yg tak cuti2 so aku decide untuk refresh, relax apa yang patut. Sekali sekala dapat spend time dengan diri sendiri best jugak.

Cuti pun sehari jer, time keje. Dapatlah relax2 kat KLCC. Favourate place dari zaman universiti sampai dan berlaki. Hehhehe. Aku memang suka giler lepak dan shopping kat KLCC ni. 

Aku sampai kat KLCC dalam kul 9 lebih kot macam tu..gara2 terbangun lambat malam sebelumnya. Terus pegi breakfast kat Coffee & Spice Company. Selalu aku makan kat situ jer sebab servis cepat dan makanan pun boleh tahan. Makan la lambat2 macam tuan puteri , enjoying my Mee Siam with Fish Cracker & Teh Tarik, Ahhh.. bestnyer. Selalu aku kalau keje breakfast 5 minute je..beli..makan..jalan. Seronok sekali sekala makan lambat2 macam ni. Dan...seronok tgk org lain rush  pegi keje..ahahahahaha...ceh..gelak macam la ko pun tak pernah alami situasi macam tu. Dua kali lima ko ni..XD

Habis breakfast, aku terus naik level 3, sebab dah almost pukul 10 pagi, ingat nak tengok wayang. Apa citer best? Hmmm..tgk punya tgk..finally aku decide nak tgk Jupiter Ascending la. Takkan nak tgk Kingsman lagi? Tu dah tgk dengan husband aku. 




So, lepas jer  beli tiket, aku jenjalan jap kat area level 3, tgk Starbucks kosong, beli jap dia nyer Hazelnut Machiatto, pastu lepak dekat dua tiga jam sambil dengar lagu dan play around dengan camera Asus ni. Pixel kamera ni 13 megapixel untuk kamera utama dan 2 megapixel untuk kamera depan. Ada Flash.

Miniature theme


Asus padfone S ni best sebab bila dgr music, boleh kata almost tak sedar langsung dengan voice disturbance sekeliling kita sebab handphone ni ada function noise cancellation. Something yang memang  fav aku kalau nak dengar lagu. In fact sound dia sedap dan boleh dibuat kesesuaian dengan function Equalizer yang ada.


Sambil layan2 lagu..sampai tak sedar masa berlalu begitu cepat. Aik..dah kul 12. It's movie time. Sebab show aku pukul 12.15

Pegi balik masuk wayang, sambil tunggu sambil amik selfie dengan Asus Padfone S. Say cheese!! XD

Tgn pendek sebab tu senget!! XD



Actually tgk wayg time keje memang best sebab tak banyak orang dan tak bising sangat. Sebab aku cukup menyampah tgk wyg dengan orang yg tak beradap. Ingat dia sorang je ke bayar tiket wayang? Bawak2 la behave, vibratekan phone ke..tak yah nak cakap kuat, kalau yang bawak anak kecik tu bawak2 la control anak masing2, ni memekak jer . Pastu paling biadap kalau orang belakang dok letak kaki dia kat seat kita pastu dok goyang2 kaki dia tu.Tu belum masuk bab kaki berbau. Ish. Amboi ..anak sapa la ni..cantik benau perangai. Huh.


Habis wayang, perut aku pun dah menyanyi lagu dondang sayang, so let's eat! Aku lepak makan kat Le Cucur, area ground floor. Tapi sebelum tu masuk Kinokuniya jap beli magazine. Nak lepak baca time makan, 

Nasi lemak +Milo Ais


Habis makan , jenjalan jap area ground floor tu, and last stop kat H & M. Favourate place. Aku boleh spend time kat sini berjam2 lamanya. Ahahaha. Tapi..takdela shopping apa sangat. Aku just beli kasut keje pasal dah buat shopping spree dengan husband aku previously kat The Curve. So, tgk barang pun macam biasa2 je la.


kasut cari rezeki!!



So..berakhir sudah sesi mereleasekan tension. Dalam pukul 5 lebih macam tu, aku amik tren la..sebab husband aku habis kerja pukul 5. 30.  Even takdela banyak sangat aktiviti, still, these are some of the activities which I always do when I went out alone, accompanied by my handphone. Kalau takde handphone Asus ni, maunya kebosanan jugak aku dibuatnya. Sebab aku ni kan pathetic sikit..bukan takde kawan, semua kawan aku xnk keluar dengan aku time keje..AHAHAHAHA.


Till later peeps ! 


p/s; Mesti korang confuse kan ni entry pasal phone ke atau pasal aktiviti aku yang entah apa2 ni hoh.. nanti aku buat review betul2 untuk Asus Padfone S ni alrite! XD










Tuesday 3 March 2015

Review: Marine Essence Nourishing Shampoo

Bila dah selalu online of course macam2 benda yang kita dah jumpa. Nak cari maklumat, hujung jari jer. No hassle mat saleh kata.  




Dalam dok walk blogging, cari2 info, aku terjumpa dengan produk ni. Marine Essence Nourishing Shampoo. Aku pun dok baca la tentang khasiat dia . Baca punya baca lama2 tergoda la pulak nak try. Aisey, baru jer top up shampoo Dove masa shopping tempoh hari dan nak try produk baru pulak. Well, to me..berbaloi jugak kalau nak try shampoo ni sebab ianya:



           BEBAS SABUN


            BEBAS PARABEN


            BEBAS SLES


            Anti bakteria 


          Anti Oksidan


Again, a good combination of shampoo I would love to try out ^__^


Ingat nak beli online je sebab bersepah je agen yang jual Marine Essence Shampoo ni, tapi haritu kebetulan jenjalan kat Plaza  Alam Sentral, Shah Alam, ada jual benda ni. Harganya dalam RM33 tapi aku psyco budak tu sket suh kasi murah lagi dalam RM30, so aku pun beli la. Hahaha..Jimat RM3. Tak yah letak pun takpe next time. Kasi harga rounded sudeh.


Antara kelebihan dalam menggunakan Marine Essence Nourishing Shampoo ni:



First time try, rasa best. Kepala rasa ringan dan rasa sangat2 fresh. Aku suka dok bau shampoo ni pasal bau dia yang wangi dan ada macam bau2 masin. Dah namanya garam buluh kan. 

The best part, masa aku still pakai shampoo Dove, rambut aku still gugur, walaupun tak banyak, tapi..bila pakai shampoo ni jer..rasa lain. Gugur hanya dalam 2 -3 helai je sehari. Tu pun sebab tertarik kuat bila aku pakai handbag yg jenis kepit tu mahupun bila aku tertarik rambut aku dengan kasar. Tu je la..takde lagi dah rambut melekat kat belakang baju ke apa ke..still keguguran yang tak extreme macam dulu2 ler.


Marine essence ni bukan sahaja terhad pada shampoo, produk ni jugak ada range dari body wash, sabun dan ubat gigi. Try google and see. Again, Pak cik Google sangat2 membantu.


So, kalau rasa nak kelainan sikit dalam produk penjagaan diri ni, boleh cuba try range Marine Essence ni punya produk. Mungkin harga dia tinggi sikit dari kita beli produk penjagaan diri kat Watson, Guardian famasi sumer tu tapi nak benda elok kenalah bayar lebih skit kan? Tak rugi pun kalau try, Insya Allah, berkesan.


p/s: Entry ini bukan entry berbayar ke..ditaja ke hape..just sharing the experience. Sumber gambar Google.