Nuffnang Ads

Tuesday 24 February 2015

Tips kalau korang terasa seperti black sheep in the family..

Aku anak kedua. Satu2nya anak perempuan kat rumah aku. Dari kecik memang pendiam, dan suka buat hal sendiri. Degil. Memang kepala batu. Bak kata encik husband. Pastu..perangai pulak pelik, Baran. suka buat benda yang bukan sumer anak perempuan lain akan buat. Tumbuk budak lelaki, bergaduh dengan budak lelaki. Ponteng sekolah..pendek kata, aku bukan anak perempuan mithali ler. 

Ingat jadi anak tunggal perempuan ni seronok sebab ye la..kitakan satu2nya anak perempuan dalam family. In the end, adeh. Kena buli lagi adalah. Dan jadi maid tak bergaji. Tapi, takpelah.,.sebab benda tu sumer dah membuatkan aku train diri aku lebih berdikari. Tak bergantung pada family sangat. kebanyakan benda aku akan usahakan sendiri. Walaupun aku ni takdelah pandai mana. Buat setakat yang boleh je la..

Makin aku meningkat dewasa, makin aku perasan aku ni ada 2nd child Syndrome. Segala sifat dan perangai aku seperti di atas memang kena . Dan aku perasan, aku bukanlah 'favourate" sangat dalam family aku sendiri. But then, This is me. Maybe sebab aku ni jenis yang suka 'langgar" peraturan /tak ikut cakap  mak bapak sangat. Tapi, even aku langgar sekalipun, bukanlah benda yang buruk. Contoh, family aku nak aku carik kerja kerajaan, aku carik keje swasta. Suruh cari menantu yang menepati ciri2 yang parents aku nak..aku pilih pilihan aku sendiri. Ada sebab dan alasan kenapa aku opt untuk tidak ikut apa yang parents aku nak. 

So, kalau korang terasa macam "kambing hitam" dalam keluarga, tak payah sedih, tak payah nak rasa terasing ke apa..buat bodoh jer dan layankan family anda seperti biasa. Hakikatnya, mungkin korang rasa sedih, terkilan, even aku sendiri kengkadang rasa macam tu, but, bear in mind, pikirlah dengan matang, Mereka masih mak ayah yang jaga dan besarkan korang. Buruk ke..baik ke..still diorang adalah mak ayah kita. Aku selalu buat macam ni jer..:






1- Mungkin akan nampak parents kita macam lebihkan adik beradik kita yang lain. Don't be sad. Buat something yang akan membuatkan mereka nampak kita  satu hari nanti. Dalam kes aku, aku lebihkan tolong mak bapak dari segi buat keje rumah , kemas apa yang patut..bla..bla..walaupun diorang tak suruh, tapi aku buat.

2- Selalunya bila family kita dlm kesusahan, baru tahu sapa sebenarnya yang amik berat tentang family. For some reason, bila time family aku perlukan pertolongan, semua orang akan carik aku. Pelik, but Im fine with that. 

3- Bila balik, aku selalu akan buat shopping stok kat rumah family aku. Cukupkan mana yang tak cukup. Dan kalau ada yg mintak duit, aku bagi jer. Sebab aku jarang balik. Tapi sebab ni jugak  org amik kesempatan. Sebab aku tak pernah menolak. Takpe..tolong jer. 


4- Bersikap ramah jer dengan adik beradik korang even diorang ni berat mulut dan asyik dengan handphone jer dari  nak tegur korang. Tak luak pun. Adik beradik sendiri jugak. 


5- Even parents aku kurang communicate dengan aku, aku still layan diorang macam biasa. Hormat sebagai seorang anak kepada mak ayah. 


Although sometimes aku terasa aku tak dapat support yang aku nak dari family aku, still, aku cuma ambil pendekatan bersabar. Itu yang aku buat dari kecik. Tahan..dan tahan. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa, but..hidup memang macam tu. Dugaan hidup masing2 berbeza. Dan, in this case, inilah dugaan aku.


Don't be sad if you are the black sheep in the family. Because if you did, black sheep will always be black. And again, just my two cents.


P/S: Sumber gambar google. Pendapat hanya luahan peribadi penulis.










Monday 16 February 2015

Mari Menabung versi comel!!

 Korang suka kumpul duit syiling tak? Aku suka. Suka sangat. Ussually aku akan kumpul sampai dah nak termuntah tabung katak aku. Selagi boleh masuk..masuk. Bila dah penuh, aku akan tukar ke wang riggit dan simpan sebagai petty cash. Husband aku la yang rajin dok tukarkan untuk aku. Hohoho. Sayang dia..muah x3.

Bila husband aku tau aku ni suka menabung, tetiba last week, dia suruh aku pejam mata:

"Ayang..pejam mata. Tadah tangan. Abang nak bagi something ni." Encik husband berkata.

Aku plak time tu tengah blur2..ikut je.

Sekali husband aku letak satu benda berkotak kat telapak tangan aku. Aku pun membuka mata kembali. (ayat skema duh..)

"Apa ni bang..birthday ayang kan lambat lagi..". Aku membalas.

"Bukak je la dulu..". Husband aku balas balik.

So, aku pun buka la. Tadaa.....




Comel tak? ni namanya Pet coin box. Sebab aku suka menabung maka husband aku pun hadiahkan la benda cute ni kat aku. XD

Aku namakan kucing ni Ocelot..macam nama kat kotak tu hoh.

Pet coin box ni serius cute dan kreatif sangat, By the time korang nak simpan duit , letak je duit tu macam ni:


Letak kat atas tempat letak dia yang bentuk macam tulang ikan tu ha..pastu..




Tekan kat bhgn tu. bila tempat tu korang tekan, nanti kotak coin box ni berbunyi. Dan..adalah makhluk comel bernama Ocelot ni keluar..




See..comel tak? kucing ni ibarat macam take a peek sikit..pastu dia keluarkan tangan dia, dan tarik syiling yang kita letak kat bekas dia tadi..





Dan wallah..Ocelot menyorok balik dalam kotak dia..hehehehe.


Actually pet coin box ni adalah mainan untuk budak2. Tapi..orang dewasa pun boleh je main. Macam aku. XD, Kalau nak masukkan syiling kat coin box ni, semua syiling boleh, selain syiling 50 sen yang lama tu. Sebab kalau nak keluarkan balik duit dari kotak tu takut tak muat.

Pet coin box ni pakai bateri AAA. So kalau selalu main..standby la bateri byk2 ek. Kalau korang berminat nak beli pet coin box ni, korang boleh search kat sini. 


Dan FYI, lepas husband aku beli, baru husband aku dapat tau rupa2nya model yang dia beli utk aku ni adalah fake!! arghh..sedih sgt. Tapi nak buat macam mana. Dah terbeli dah pun. Sebab pet coin box ni memang popular. Coin box ni asalnya dari Jepun dan hanya dijual utk pasaran di sana jer. Kalau korang nak beli yg original punya, boleh tengok2 kat website yang aku bagi tu. 

Nak tau dia original atau tak..senang jer..

"The real one should come in a clear box with japanese characters, いたずら BANK  But I've seen fake ones with even the package being completely copied. "



 Model yang aku dapat ni adalah 2nd hand item dari mudah.com. Melalui website diatas ianya adalah original dan harga juga lebih mahal kerana matawang adalah dalam USD. So, harga coin box ni in USD adalah USD58, kalau convert ke RM bersamaan dengan RM203++ (USD58 x 3.50) tak termasuk postage. 



Thank you for reading ^___^


p/s: Entry ini just for sharing. Tiada kaitan dengan apa2 promo sekalipun ya. 








Saturday 7 February 2015

Malaysia Best Blog 2015

Sepanjang berblogging ni..teringat kenapa aku nak start ada blog. First, sebab aku suka menulis. Even menulis hanya untuk suka2 tapi memang seronok bila aku ada blog sendiri. Dan sebab kenapa aku nak ada blog sendiri pasal terpengaruh dengan blogger2 otai yang sememangnya buat aku cam jeles ler dengan diorang ni..sebab blog diorang memang daebak habis!!

Dan ini, kira buat julung2 (chewah) kali jugak la aku join contest SEO anjuran ohduit.com. First and ever. Ada kemajuan, hehehe. :)

Kat bawah ni adalah senarai 10 Malaysia Best Blog 2015 pilihan empunya diriku sendiri: 


Ichi - Namee Roslan

Blog Namee ni memang ada daya tarikan tersendiri. Suka dengan stail penulisan yang sempoi, funny,giler2 dan entry blog yang memang best. Rileks jer baca. Dan Namee ni memang kiut. Comel jer hoh tengok dia ni. Macam ramai orang cakap dan rasa..tersengih/senyum sorang2 jer bila baca blog Namee ni.  :)




Seriously brother ni memang sporting habis. Selalu jugak masuk blog brother ni walk blogging, sebab blog dia memang up to date dan banyak tips2 macam SEO utk blogger baru macam aku ni. Very friendly dan tak kedekut ilmu. Sangat berterima kasih juga kat brother ni sebab add blog aku masa mula2 dulu. :)


San - Cik Epal

Blog cik Epal ni ala2 Namee jugak. Santai, funny dan suka dengan post gambar2 Cik Epal yang kreatif. Paling suka entry pasal wedding Cik Epal. Very beautiful. Entry blog ini selalunya berkaitan dengan promosi sesuatu produk mahupun sesuatu yang related tentang aktiviti, kehidupan sehari2.



Honestly, This is a blog which either makes you hate me, or love. Antara tag blog ni yang paling menarik minat aku. Dan blog ini jugalah yang membuatkan aku terdetik nak ada blog sendiri. Cara penyampaian yang selamba, ibarat komunikasi dua hala memang membuatkan blog ni antara blog yang paling best pernah aku lawat. Dalam blog ni juga ada entry tentang SEO, dan juga tips untuk berblogging yang sangat membantu blogger2 baru. 


Agak baru la jugak aku tahu pasal blog ni. Suka dengan blog ni sebab blognya kemas,dan banyak isu2 semasa serta tips tentang  SEO yang sempoi dan senang boleh dibaca di blog ni. Juga adalah penganjur untuk kontest SEO blog ni.



Blogger kecil molek dari Langkawi ni memang comel. Setiap entrynya memang panjang tapi seronok dibaca. Suka dengan stail penulisan yang juga santai dan rileks.



Blog yang merangkumi kisah, gossip tentang selebriti, artis Malaysia. Blog ni juga sangat up to date dan seronok dibaca. Kalau korang nak mengikuti perkembangan terbaru tentang selebriti Malaysia..blog ni lah pembacaanya. :)


Hachi- Ariff Shah

Orangnya hensem, blognyer juga "hensem". I mean resourceful. Jangan salah sangka yer. Suka walk blogging blog ni yang banyak info dan tips yang sangat berguna tentang pelaburan dan penggunaan wang. Banyak benda jugak la yang aku pelajari pasal penggunaan wang dari blog ni.




Blog yang menceritakan tentang aktiviti, kehidupan sebagai isteri dan juga ibu dalam setiap entry postnya. Suka walk blogging blog ni. Sebab banyak post entry gambar2 yang cantik. :)



Ju - Pakdi

Aku selalu walk blogging blog ni dari masa ke semasa. Blog yang banyak memberikan informasi tentang tips pengurusan kewangan, pengurusan hutang, hartanah dan jugak tentang cashflow. Banyak info berguna yang boleh didapati dalam blog ini.


Ini antara 10 blog yang dari masa ke semasa yang aku suka walk blogging hinggalah ke saat ini. Banyak lagi blog2 yang best tapi kesemua blog yang disenaraikan di atas adalah berdasarkan pilihan peribadi yang aku rasa layak untuk dinobatkan sebagai Malaysia Best Blog tahun ni.


Kalau korang nak menang hadiah hadiah hebat ni, sila join contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ini dan korang  berpeluang memenangi hadiah hadiah utama yang daebak!  Wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com


Last but not least, kontest ini berlangsung dari 15 Januari hingga 31 Mac 2015. So, kepada semua blogger yang nak join, tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Februari 2015.

Happy Joining!! 



p/s: Gambar sumber Google.