Nuffnang Ads

Friday 21 June 2013

Low self esteem...

Cuba tgk gambar bwh ni..kesian adik ni kan..




 

Korang pernah rasa down? rasa tak best? rasa sumer org benci korang? Rasa mcm xde siapa sayang korang? rasa keseorangan? Rasa nak bunuh diri? (Err..yg ni jgn ikut ke..dosa tau), atau rasa disisihkan? Well, i bet maybe ramai yg ada perasaan macam ni. Including me.

Well, terus terang aku ckp, memiliki self esteem yg rendah bukanlah sesuatu yg diimpikan semua org. Rata2 org lebih suka pada perhatian, rasa diperlukan, rasa popular dan rasa diingini oleh org lain. Tapi, like the quote always said,

"Nobody's perfect".

Yes. True enough. Kalau ye pun seseorg tu rasa dirinya dah terlalu perfect, dia patut pikirkan semula adakah dia mmg betul2 perfect. Think deep, only then  you will see. Mungkin ada part yg dia mempunyai kelebihan, dan di satu sudut yg lain, dia ada kelemahan. Antara nampak atau tidak jer. Segalanya terpulang pada bagaimana individu tu berfikir dan cara dia menerima kelemahan dia seadanya. Dan apa pula yg dia harus buat bagi menebus kelemahan tersebut.

Contohnya, seorg girl ni ada sifat rendah diri,low self esteem, dia tak yakin pd diri dia sendiri. Padahal, di mata org lain, tidak ada apa yg kurang padanya. Nak kata dia tak lawa, dia ada rupa, nak kata dia bad fashion sense, tak jugak sbb dressing dia boleh tahan gak stylo. Tapi, entah kenapa, disbbkan dia kurang yakin pada diri dia sendiri, dia rasa diri dia tak spt org lain. Bila tgk girls lain pakai lagi stylo dari dia, mulalah emo tak tentu psl, terdetik di hati "pergh ..cantik giler pompuan tuh. stylo maut siut..aku ni..biasa2 jer. Nak stylo pun tak jadi". Pulak. Pada hal, apa yg dia pakai ok jer. Tak de apa yg kurang. Last2..tension sendiri. Apa daa...

Contoh di atas agak terkena dgn aku. Kadang2 aku pun tak tau kenapa. Aku mmg dari kecik ada masalah self esteem. Tapi, semakin usia meningkat, aku dah kikis sikit..demi sikit sifat ni. Even skrg pun masih bersisa lagi, tapi aku sentiasa akan ckp pada diri aku, ingat apa yg kau telah capai selama ni, apa beza kau dgn dia..biarpun berbeza fizikal, mungkin dia lebih cantik dari kau tapi, dia mungkin ada kelemahan yg kau tak tau. Sama jer konsep dia. Macam mana ko nk handle, itu yg ko kena paham.

Mungkin disbbkan itu jgk aku agak pendiam dan jarang bersosial. Tapi, yg aku pelik, biarpun aku tak bersosial, org tetap akan kenal aku. Aku tak ingat nama diorang, tapi diorg ingat nama aku, bila birthday aku facebook aku dah rupe artis plak berderet org dok wish selamat hari tua. See, disitu, baru aku perasan, org notice kehadiran aku biarpun aku ni pendiam dan hanya buat keje aku. So, soal sama ada aku ada masalah self esteem yg kronik tak timbul. Mungkin ada kelebihan yg aku tak sedar org lain perasan dan aku hanya cuma perlu sedikit masa untuk kenal siapa diri aku sbnrnya.

Hidup aku sejak kecil byk masalah. Aku tak ramai kawan dan tidak jugak pandai, spt abg mahupun adik lelaki aku. Aku disisihkan disekolah, jadi mangsa buli, dan tiada siapa nak kawan dgn aku. Aku pernah digelar hodoh oleh rakan sekolah yg sebaya dgn aku. Tapi, entah kenapa, berapa byk nista,hinaan yg org kata kat aku, aku tak pernah amik pot dan aku akan lupa tidak lama selepas tu.

Sama jugak di rumah, aku mempunyai keluarga yg baik tapi aku perasan ada byk sentimen pilih kasih dlm family aku. In conclusion, i'm the black sheep of the family. Bila aku baca novel HLOVATE, "Rooftop Rant" aku byk terkenang kisah zaman kanak2 aku.

Despite all of this, i've grown up normally with one goal. Lepas aku habis PMR dan dpt keputusan yg kurang memberangsangkan, aku buat keputusan utk membuat yg terbaik dlm SPM supaya aku boleh keluar dari rumah dan belajar di universiti. Bebas. Aku lebih rajin belajar masa di Tingkatan 4, keputusan pelajaran aku agak baik dan aku juga dilantik sbg pengawas sekolah. Dan syukur Alhamdulilah, berkat kesabaran, finally aku dpt jgk masuk universiti. Masuk UIA."Sheesh" sungguh tidak kusangka boleh masuk UIA. Padahal, bukan senang wei dulu nk masuk matrik dia. Even bila aku ckp dkt bekas2 cikgu aku pun diorg tak percaya, sbb result SPM aku biasa2 jer. Tu lah namanya rezeki. Dan tak kurang jgk cikgu yg cuba nk menjahanamkan self esteem aku;

"Anak sedara saya yg dpt 3A pun tak dapat masuk U, inikan pulak awak yg tak ada A langsung. Apa pun, elok2 la belajar kat UIA tu, sbb diorg kat sana belajar pakai Bahasa Inggeris".

Itu..antara kata2 pengetua sekolah aku dulu masa aku nk mintak signature pengesahan sijil dari dia. Kalau aku jumpa lagi pengetua ni, aku nk ckp terima kasih sgt kat dia psl kalau bukan sbb kata2 dia tu, maka aku tak akan jadi manusia macam skrg. Yes, apa yg dia ckp masa aku baru lepas sekolah tu agak sakit hati gak pun ada, tapi, bila dah lama tuh, biarlah org nk kata apa pun.

Even parents aku pun terkejut aku masuk universiti. Heh.

See, betapa ramai org pandang rendah kat aku selama ni. Memang diorg akan pandang rendah, sbb aku mmg takde self esteem. Tu ar. Dont judge a book by its cover.

Aku nk citer pjg lagi, tapi memandangkan aku cuma tulis blog time waktu lunch, aku cuma nk bagitau,

Jgn mengalah kalau kita tau kita ada self esteem yg rendah. Ada sbb mengapa dan kenapa kita mcm tu, earn form mistakes. Work hard and let people off guard with you. They dont know what you are capable of and let them be.

Low self esteem is not a disease, it is something that you need to fight for a better u.

p/s: gambar sumber dari google.















Wednesday 19 June 2013

Game dulu-dulu..

Korang suka main game tak? Mesti ramai gamers kat Msia ni especially guys. Aku pun gamers gak, tapi amatur jer...dan hanya bermain satu jenis style games, iaitu..fighting games! Main pun hanya suka2, membazir waktu tapi sometimes terbabas gak main dari pagi smpi ke ptg..Selagi tak rosak, pecah komputer tu main je la lupa makan minum..solat apa sumer..buruk tul perangai. Tapi, tu dulu la, masa zaman aku muda mudi dulu...what a lifeless life..-_-
Ok..ni antara game-game classic dalam era 90-an yg mmg fav aku:

                                                                 1-Street Fighter



Sorry, pics a little bit blur, tapi im pretty sure korang mmg kenal dgn game classic ni. Ini adalah game first yg aku pernah main sejak abah aku beli komputer. Kira game ni dah di pre-installed dalam komputer tu la. Disbbkan aku ni jakun dan masih muda remaja time tuh (baru form 2), maka aku mmg addicted giler main game ni apalagi bila dah pandai kontrol dan buat power apa sumer. Siap bergaduh dgn abg dan adik aku lagi kalau kitaorg main versus. keh3.. Fav character aku adalah Chun-li. Tak pun, kalau boring, aku suka pakai Ryu atau Ken, sbb power diorg ni senang nk buat dan kontrol.

Street fighter ni ada byk versi, dan antara versi fav aku adalah, Street Fighter Zero dan Alpha. Street Fighter Zero sbb aku suka pakai Sakura, minah wannabe nk jadi mcm Ryu ni mmg best kalau pakai dia. Aku jarang kalah kalau aku select dia sbg character. One of the thing sbb pukulan dia yg agak heavy hit, dan nak power letup2 tu mmg best ar, pastu level power dia cpt naik. So, mmg best kalau nk time aku bad mood, aku main jer game ni. belasah dan hamburkan perasaan bad mood tersebut dlm game ni. Pergh. Terbaek!! :)

                                                                  2- Last Blade 1 & 2


Haa..game yg ni mungkin ramai yg tak tau kot atau kurang popular kat Msia ni. Aku main game ni pun sbb abg aku suka beli game SNK atau Neogeo. Game keluaran diorg ni kebanyakannya dari arcade, so game ni pun actually arcade version tp masuk PC version plak. Why i like this game? Simple. Emotionally attached. Game ni pun latar belakang dia mengambil tahun sekitar 1864 @ AD Bakumatsu. Time lepas Edo period. Maksudnya, org putih dah masuk Jepun dan bermulalah era  Meiji. Cheh..citer pasal sejarah plak. Game ni bila aku main mulala emotional tak tentu psl, sbb background music, intro, dan ending credits dia lagu sayu semacam jer. Sayu, tapi sedap. Ngee. Aku tak pernah boring dgn game ni sbb mmg best. Antara character kegemaran aku adalah Yuki, Morita dan Kaede.

Game ni ada dua siri, Last Blade 1 & 2, tp Last Blade 2 aku tak main sgt sbb susah dan aku tak brp phm key keyboard dia.SO, disbbkan kesusahan yg amat sgt maka aku main cheat. Ngeehehehe. Apalagi, tukar settings la wei..Select - Very easy!! . Kah3..Memang menang punya la. Aku main tipu ni pun sbb nk tau cerita character lepas dah menang tu jer. Character mmg sama tapi bila masuk Last Blade 2 entah kenapa dari segi control kureng sket. So, aku still prefer Last Blade 1. Kalau Last Blade 1, there's no enemy that i could not defeat, so long i have Yuki as my character. Heh.


3- King of Fighters Series



Dalam byk2 game yg aku pernah main, ni antara yg paling epik dan the most memorable games ever. Aku start main game ni dari version  96, 97,98,99,2000, 2003, Yg versi mcm utk PS2 apa sumer tu tak berpeluang nak main lagi psl x mampu nk beli PS2*cedey*. But, still alright. Fav version adalah 97 & 98. Kenapa aku pilih dua version ni jer? sbb bila trilogi Orochi tu dah habis, KOF ibarat hidup segan mati tak mau. Start KOF 99 dan citer psl klon Kyo Kusanagi tu ha, yg boring dan sampai hati diorg mengklonkan character lelaki kesayangan aku yg encem tu. * euww*. Masuk KOF 2000 hingga KOF2003, citer psl Ash lembik tu tak abis2. Apa yg kuat sgt tah mamat sotong tu pun aku tak tau! *duh*. Terror dan macho lagi Iori Yagami. Hahahahahha. Dan tahun yg seterusnya plot utk KOF ni dah makin merepek. The only thing yg aku still enjoy adalah gerakan dan stunts character akan byk mengalami perubahan year by year. Contoh mcm Kyo Kusanagi kesayangan aku, dari budak tak abis grad berusia 21 tahun (ni masa KOF 97) terus berubah jd hensem dan macho *blush*. Waa...gedik sungguh aku ni. Jgn mare haa.

Personally, game ni sgt dekat dgn aku sbb bila aku down atau stress dgn  PMR dan SPM, aku main game ni untuk release tension. My high school life is not as merrier as other teenagers. So, ada game ni la yg aku gunakan as a medium utk melepaskan apa yg terbuku di dada. Yela, mana leh nk belasah org sesuka ati kat real world kan? Dalam game pun jadi la. Lepas main terus ok balik. Apa lagi kalau aku menang bergaya bila dah belasah cukup2 si Orochi tu ha. Mmg rasa best jer..Heh.


4- Devil May Cry 3 &4



Yg ni plak..aku start main masa aku dah keje. Aku tak pernah main game versi fighting 3D sblm ni, tapi, kira SONY VAIO aku specs graphic card dia power gak ar sbb leh support main game ni dgn lancarnya. Tapi, mesti letak atas cooler pad, kalau tak Laptop aku conform panas giler.

Devil May Cry ni aku sesaja je beli CD dia, sbb nk try main bec according to review, byk yg ckp game ni best dan berbaloi main.   Dan, mmg tak tipu, best giler. Apalagi dgn perangai Dante yg mmg loyar buruk tapi maintain cool dan hensem. Oh ya, kebetulan time tuh byk kontroversi mengatakan yg game ni hina Islam. But to me, untuk mengetahui betapa benarnya dakwaan itu, so aku pun main la game ni. But well, its true. Ada certain part dlm game ni yg mmg korang boleh nmpk terang2 perkataan 'Allah" terpampang depan pintu. Mmg bodohlah org Jepun yg create game ni kan. Apa dia ingat bahasa Arab dalam Quran tu boleh buat tulisan zaman purba ke? Sengal!!But to me, Aku tak amik pot sgt benda2 mcm ni, sbb a game remains a game. And that's it. Full stop.

Despite the controversy, this game was something you couldn't resist. Kalau every mission ko dah clear, mmg aku happy sgt. Game ni agak susah gak utk aku. Ye la, slalu main game fighting 2D , ni 3D ..lari sana sini, lompat sana..lompat sini, terkejut lagi dgn makhluk2 dlm game ni, aii..nama pun aku ni gamers amatur, biasalah. Tapi, aku managed utk habiskan gak game ni biarpun amik masa yg lama utk dihabiskan. keh3.

Utk DMC 4, plak, ada hero baru, sebijik tak ubah muka ala2 Dante, tapi dia ni lagi muda. Namanya Nero. Dante pun ada gak, watak dia dlm versi ni ibarat mentor pun ada sbb asyik dok guide mamat Nero ni hah. Versi DMC 4 ni kalau bab power lagi best, sbb syok wo main pakai Nero ni, power dia kira dah byk upgrade dari DMC 3. Apalagi lepas aku dah upgrade dpt pedang Yamato (previously pedang ni milik abg Dante, Vergil, dlm DMC 3). Hehe...mmg aku tibai cukup2 la sumer setan dlm DMC 4 ni. Smoking....!!

Anyway, by the time i'm writing this entry, aku still lagi tak habiskan mission dlm DMC4. Tinggal mcm tu jer dek disbbkan kesibukan kerja dan personal life. Dah rupe mcm xde mood nk main. Tersadai mcm tu dlm laptop aku. Aku stop smpi mission 10. Tunang aku pun dah habis main benda ni. Dia yg tak pernah tau ada game DMC4 ni, dia yg habis main dulu. keh3. Ahhh..geram. Tapi xpe, aku main cheating lagi, mana boss mission yg kuat2, susah, sumer aku bagi tunang aku settlekan. Kih3. Teruk sungguh perangai. Heh.


p/s: gambar sumber dari google





Monday 17 June 2013

Review filem :Man of Steel



Sapa dah tgk filem ni? sila angkat tgn. Ya, aku salah seorg dari mereka. Hehehe

Hari Sabtu lepas aku berpeluang tonton citer ni berseorangan di TGV, KLCC. Memandangkan tunang aku busy dan dia tak berapa minat dgn hero yg pakai seluar dlm di luar, maka tunang aku memberi keizinan bagi aku tgk citer ni by myself..*cedey* Anyway, its ok because.....

"THE MOVIE IS DAMN AWESOME!!

Seriously, for those who have watch should know the excitement within and for those who are yet to watch, you should give it a chance though! Only then you know whether this superhero deserves chances to be the only hero who wears "spender" outside! Keh3. Just joking.

First of all, aku takde apa2 expection sgt dgn "Man of Steel" ni sbb dah berapa kali daa Hollywood nk remake citer nih (xde idea kot). Some of the previous remake was kinda a so-so to me. Tak berapa nk lekat sgt dlm kepala otak ni. Buat abeh duit byr tiket wyg yg mahal je adala. Previous remake yg aku  tgk adalah "Superman Returns". And even Brandon Rough tu was kinda cute but he doesnt stand out so much!So, by the time diorg nk remake alek Superman ni yg aku rasa entah versi yg keberapa, so, i dont really care except when i watch the trailer dan antara pengarah dia yg aku minat, Christopher Nolan, pengarah yg sama remake Batman to Dark Knight, i thought i should give it a chance.

And, yes. I dont regret. Mmg best giler. Even aku tak brp kenal mamat yg jadi Superman dlm citer ni, Henry Cavill (tanya en google), He potrays as Clark Kent @ Superman differently. In fact plot, serta jalan cerita dalam "Man of Steel" ni kinda fullfilling with me. Selalunya kalau aku keluar wayang mesti ada certain things yg aku rasa.."Ek ele..habis mcm tu je ke..entah apa2 la citer ni" , But this one, its like a complete package. Dalam tempoh 2 jam 30 minit tuh (Approximately), segalanya diterangkan secara ringkas tapi padat. Selalu remake org taknak amik tau sgt tempat asal Superman dan pasal parents dia, tapi dlm versi ni, ada diterangkan tentang planet Krypton dan apa sbb Superman dihantar ke bumi. Juga ada scene bagaimana parents Superman ni mati. Juga, masa Superman dah diambil sbg anak angkat, diceritakan jgk tentang kekeliruan identiti Superman tu sendiri cuba nk menyesuaikan diri hidup di bumi. Part ini pada aku sgt touching, sbb betapa mak bapak angkat dia sgt cuba untuk memahami anak angkat mereka walaupun tiada pertalian darah. Rasanya, maka bapak angkat dia jugak sgt mempengaruhi pilihan Superman ni dgn apa yg dia buat. Yup, there are times when strangers are like family but family are not. True enough.

Dan, baru aku tau..rupenya huruf "S' tu sbnrnya dlm bhs Krypton maksudnya "HOPE". Tapi, bak kata Louis Lane:

"Here...its just "S". "

And i totallly smitten by it. Heh.

Ok, the bad guys is some bunch of gangsta from Krypton as well, which is General Zod dan konco2nya. Diaorg ni ala2 reformist la. Sblm Planet Krypton hancur diorg dihukum dan dihantar ke "Black Hole" buat selama-lamanya. Tapi, bila planet Kryton musnah, diorg secara automatiknya bebas dari hukuman tersebut. Merayau2 nk bina balik Krypton. Diorg ni carik Superman sbb nak "Cordex". Cordex tu ibarat teras Krypton utk bina semula planet Krypton. So, memandangkan planet Krypton dah hancur, so diorg bercadang nk bukak "Krypton baru" kat Bumi plak. Ok, yg ni aku rasa tahun ni mmg byk movie kuar pasal city destruction. Please refer Transformer trilogi movie for your reference. Scene belasah membelasah plak, mmg best. Aku terasa macam main video game. Dah ala2 King of Fighters pun ada gak. Takpun RPG games. CGI mmg terbaik.Biasalah, Hollywood kaya dgn tech gadgets. Dan tak lupa juga, dakyah bahawa Amerika adalah polis dunia tak tinggal..yg ni, err..semantics! XD.

Overall, the story was very entertaining and satisfying. Rasanya pasni ada sequel kot. Sbb ending dia nmpk mcm boleh sambung sequel. Other actors and actress seriously level of acting diorang mmg memberikan feel yg amat sgt. Aku suka General Zod. Sbb apa tau, he is tenacious, ambitious and he will do anything for the sake of his own planet. Memang cara dia nmpk kejam, tapi dia tahu apa yg dia nak, dan sanggup buat apa saja demi cita2 tercapai. The motivation is good, but i guess cara dia nk menghalalkan cara tu yg salah. Maybe sbb tu la Superman tak sebulu dgn dia. Hiks.


P/S: gambar sumber google

Friday 14 June 2013

HR Blues..

Hari ni hari jumaat, patutnya hari jumaat adalah hari yg amat dinantikan oleh semua org yg bekerja, tapi..hari ni, memandangkan aku agk moody, stress dan bad mood hari ni dan tak tau kpd siapa nk diluahkan perasan terbuku di hati ni..biarlah aku ekspresasikan dlm blog aku ni hah..-__-

Aku keje dlm HR dah lama dah,dekat 7 tahun la mcm tu. In fact sejak aku grad lagi background kerja aku mmg purely HR. Even bukannya aku ni full practice sgt tp kira advance level gak, still, i am in the learning curve, byk lg technical skills as HR practitioner yg perlu diasah, so, setakat aku nak resign dan apply keje kat tmpat lain ok lagi kot. Kekekeke. Mana la tau...

Kalau dah nama pun keje di HR dept, mmg byk ragam manusia yg aku boleh nmpk. Perangai budak fresh grad, peel colleague kat ofis, ada baik dan buruk, peel HOD lagi..Office politics..pergh byk giler kot. Nak lagi best, aku mmg keje swasta dan entah kenapa mmg aku slalu dpt company yg bangsa kulit kuning lebih ramai dari bangsa lain. Aku tak pernah dpt boss Melayu, sumer ex-boss aku chinese. Tapi, byk kelebihan bekerja dgn diorg ni. Byk benda ko akan bljr dan baru kau tau langit tu tinggi rendah mcm mana. By rights, diorg ni lebih suka nk keje dgn kaum sendiri je tapi if you can prove that you are competed, hardworking as same level as them, they dont mind to work with you. Another thing, diorg ni very demanding. Everything must be accurate, fast & the bosses only want to know bout the results. They dont care how you do it, they just want to know the results.If you are complaining, to them you are not competent. If you are asking so many questions, they will tell you that you are not confident. Jadi staff in HR dept jugak byk mengajar aku mcm mana nk berdepan dgn org, deal with problems, dan lebih penting, (pada aku la), nak ajar staff yg mengada2 melebih2! Staff mcm2 perangai, ada ok , ada yg kena explain baru faham dan ada yg ignorance. Org yg ignorance ni agak mencabar sket pada aku. Dah tau benda tu salah, buat jgk, kena hantar show cause letter tak bls, time bila warning letter sampai ckp company tak adil. Pulak. Ada jugak yg "pintar" belaka. Dapat gaji, hantar surat resign menerusi faks! Giler kentang wa cakap lu! Mmg kreatif kalau bab2 mcm ni. Tapi, lepas tu call aku balik mintak tolong kalau ada company call nk buat reference check ckp benda yg baik2 jer utk diorg. Ada seorg ex-staff company lama aku lahabau sungguh berani call aku dan buat mcm ni. Aku balas jer;

"Maaf la, i tak kenal you sgt, so i tak leh nk komen apa2"

Terus staff ni tak call aku. Kekeke.

Org tak tau sbnrnya apa yg tersirat di hati HR personnel. Hr ibarat org pertengahan antara company management dan staff. So, apa2 yg management buat dan pd staff diorg rasa itu tak adil, HR yg kena handle sumer tuh. Truthfully, i love my job! Seriously! tapi, sometimes, perangai manusia ni kita tak leh nak agak sgt. Bila kita wat keje sepenuh hati, diorg ckp kita ni tak buat keje, dan sesuka hati SERANG HR. Apa ni? just because kitaorg ni dept yg tidak membawa bisnes kepada company korg boleh ckp sesuka hati as if kitaorg ni takde perasaan ke? Jgn nk berlagak sgt la kawan! Kalau HR kononnya tak buat keje, korang takkan dpt gaji tetiap bulan ok!! Respect org sket, bukan main terjah mcm tu jer.

Pagi ni plak, aku gak sakit hati dgn seorg staff ni. Aku baru je masuk ofis dan baru nk bukak laptop, minah ni datang dan tanya kenapa dia still tak dpt duit claims dia lagi. Tapi, pertanyaan dia tu, mmg membuatkan aku agak hot la. Biadap tak bertempat dan dia ckp aku plak yg agitated?? What the F***??
Tu baru soalan, belum jawapan lagi. Aku tanya dia balik ada submit hardcopy tak, dia ckp dia tak ingat. Ha..part ni yg mmg aku panas dgn pompuan ni. Claims yg aku process basically adalah hardcopy. Kalau hardcopy staff takde dgn aku maknanya aku tak process utk bulan tersebut. Staff kena submit benda tu kat aku. Kalau benda tu tak ada dgn aku, then maknanya, mmg aku tak dapat la claim tersebut. Time aku explain kat dia, dia tiba2 snap dan ckp "Yeah, ok fine." Then terus blah dari situ. Disbbkan aku agak tidak puas hati dgn statement minah ni, aku pegi check alek claims yg aku dh process utk last month. Claim dia mmg takde, so x perlu nk buat scene ckp kuat2 bagi sumer org dgr! Baru manager, even HOD pun bagi claim kat aku personally. Ko yg baru tahap manager bossy nk mampus! Rasa terkilan, geram, sedih, sumer bercampur baur la time tu. Follow up as per our conversation, aku hantar emel kat dia suh check kat dia nyer side lak sbb aku dah check claim dia mmg takde. Pastu dia emel alek ckp dia tak jumpa claim tuh. Fine, aku balas balik kat dia yg aku akan process claim dia dulu sbb copy dah ada dlm sistem, cuma nk kena print out report jer. Sbb bila aku fikir balik, geram tu ada, tp, still kena profesional. Sbb tu aku ckp aku akan process claim dia. Yelah, dia pakai duit jumpa client duit gaji dia, kenalah reimburse balik. Takpelah. Tgk, HR personnel sampai ke situ pikir utk staff. Aku masih lagi respect dia sbg staff , tp dia, tak pandang langsung pun aku ni. Ala, ko dgn aku pun sama2 makan gaji. rileks la..tak payah nk poyo sgt! AKu tau ko tuh mgr..tapi jgn perasan bagus sgt boleh tak??

But..in the end, nothing personnel, it's just work. Yeah, mmg ada pahit manis gak keje dlm HR ni, tapi, nilah kerja yg byk mematangkan aku dan melihat sesuatu dari perspektif yg berbeza.Still, aku pernah menang award, dan dapat promotion. Yang paling tak leh aku lupe, ada staff panggil aku "HR Gangster" sbb style aku yg entahlah..nk kata garang tu idaklah tapi..erm...entahlah..Kekeke.

p/s: coretan hanya luahan penulis semata-mata.




Tuesday 11 June 2013

Perkara-perkara kecil yang membuatkan orang menyampah..

Aku tak tau la dgn org lain tapi disbbkan aku ni sejak azali lagi mmg suka observe org, ni, ada beberapa perkara yg pada org lain mungkin tak bermakna apa2 tapi pada aku sedikit kurang senang dgn sikap diorg yg perasan betul ni:

1-Pakai Tudung/Menutup Aurat tapi MEROKOK!!

Aku seriusly mmg tak phm dgn org zaman sekarang ni. Seperti pernyataan di atas. Dah cantik molek tutup aurat tp yg gi gatai sgt merokok tu apa kes? Org tgk pun naik segan. Dahlah tu, buat muka mcm bagus. Yg non-muslim plak tertanya2. Eh, sepatutnya kalau bertudung patut akhlak dan moral tuh lebih baik la. Takde la skrg ni org kuar statement ala bertudung dgn tak bertudung, sama jer. Tgk, tak psl2 tudung yg jadi mangsa. Niat mulia nak menutup aurat tapi apa la yg pandai sgt buat keje bo*** tu kenapa? Kalau ye pun ketagihan, buat sorang2 sudeh. tak yah nk tunjuk dpn org ramai. Nak lagi best, bertudung, pakai baju kurung, merokok! Cheh..terencat org tgk nk buat calon isteri.

2-Pakai Tudung/Menutup aurat tapi BUAT MAKSIAT!!

Ni cerita benar. Masa aku lepak kat Dataran Shah Alam, ada dua ekor beruk ni yg sedang memadu kasih asmara. Nak lagi best, pompuan tu bertudung, yg mamat tu lak muka tgh stim horny giler nk mampus. Kalau laki bini, diorg takkan buat mcm tu. Disbbkan aku ni baran dan mmg tak thn tgk org macam tu, aku sound direct jer beruk dua ekor nih!

"Hoi..dan azan maghrib, tak reti nak balik ke? nak beromen pun pegilah hotel then call JAIS suh tangkap khalwat pastu boleh kawin free"

See, again, tudung di kepala, otak letak kat lutut! Buat malu bangsa dan agama jer! Still, beruk dua ekor ni buat muka poyo dpn aku dan lepas tuh terus diorg blah. Aku bukan apa, kesian dgn pompuan tu je nanti. Dah pregnant, blum tentu laki tu akan bertanggungwb. Lelaki ni tau nak seronok dan sedap jer. Dah puas, dia carik pompuan lain buat bini.

3- High Fashion girls group vs simple girls:

Pernah tak situasi ni berlaku kat korang? tgh tggu tren skali ada la group bebudak muda nih yg tggu tren gak bergelak ketawa, tepuk menampar, ckp kuat2 nk bagi semua org tau yg we are the happening , fashionista girls group! Pastu bila org pandang2 lagi kuat bercakap. Babe, come on ! Yes you might be a fashionista but you are also gedik, young , hopeless group of girls who doesnt even know the truth about the real world..yet! Yup, enjoy la selagi boleh. When the time comes, you'll cry for nothing!

4- Tak suka beratur! Tolak menolak:

Org Malaysia ni agaknya mmg tak suka beratur agaknya. kalau ko biasa naik tren, mostly penumpang tren tak akan berdiri kat luar kotak yg sepatutnya dikhaskan utk org yg baru nk keluar tren. Dah ada arrow mana nk beratur lagi mau nk berdiri kat dlm  kotak tuh. Such ignorance! Tak semestinya kat LRT, kadang2 kalau aku tggu bas pun mcm tuh. Even kat pasar raya..Dan, sorry to say, kebanyakan yg tak suka beratur ni ada jugak segelintir warga veteren yg mmg suka rempuh dan potong barisan org lain. Selalunya aku akan biarkan jer, takpelah, org tua.

5-Pemandu kereta suka hon kereta even kita berada di line yg betul:

Hon boleh, tapi jgn annoying sgt kwn. Katakanlah ko stuck dlm jem. Tak leh nk jln pastu kereta blkng ko tak habis2 nk hon2. Dia hon kuat pulak tu. Annoying giler. Ko tak rasa ke nak amik besi pecahkan jer kete blkg ko tuh dan hentak kepala owner tu ngn besi tuh! Sabar tetap sabar, tapi sabar ada batasnya wei. Ada bakat jadi road bully nih!

6-Perasan bagus:

Perasan bagus ni lebih general sbnrnya, sometimes, org tu tak sedar yg dia sbnrnya membuatkan org lain menyampah kat dia. Budget konon2 dia lebih bagus la. Bagi someone yg agak pendiam dan berckp bila perlu spt aku nih mmg akan rasa "ko apa hal berlagak giler nih? " Pendek kata apa yg org lain buat semua salah, dia sorg je betul. Situasi ni akan lebih terasa jika kita dah bekerja atau di mana2 organisasi.

7- Pakai Toilet tapi tak reti pam:

Yang paling basic ni pun susah nk buat. Apa la susah sgt nk pam lepas korang buat hajat tuh? Susah sgt ke? Ini, bila org lain nk pakai toilet, pergh...terus xde selera. Pakai tandas awam pun jagalah jugk kebersihan tu. Jgn ingat ko sorang je nk pakai, org lain pun pakai gak der!! Akal letak kat lutut..macam ni la!

8-Housemate kurang ajar:

Ini pulak satu hal. Kalau dah dpt housemate yg mmg tak semenggah ikut kepala dia jer mmg sakit ati la jwbnya. Bygkan kalau korang sidai baju, dah kering, tapi budak housemate rumah ko pun nak sidai baju gak tapi, akal jugak letak kat lutut sidai baju dekat2. Elok2 baju tu dah kering, basah balik..kotor balik. dibuatnya kalau baju  yg dia baru basuh tu jenis yg senang luntur warna kena baju kesayangan ko..aduh..sakit ati woii!! Apa lagi kalau baju yg korang beli tu mahal. Tu baru bab sidai baju, kebersihan rumah, suka ati pakai benda org lain, bukak TV kuat2 memalam bute, bwk kawan tanpa bagitau, merokok...haii...sabar..sabar..bykkan sabar...Sabar, sabar gak. Apa dia ingat dia sorang byr sewa ke kat umah tu??

9-Speaking ala London:

Skrg ni kan org suka speaking omputih, termasuk lah dgn bangsa kita jgk. Pada aku la, tak kisah kalau ko nk speaking skalipun, tapi biarla grammar tu betul dan sedap didgr. Ini speaking lintang pukang, cakap pun berterabur lagi mau cakap kuat2? apa kes? duh! Sakit telinga dibuatnya wei. Speaking tak salah tapi biar kena pada tempatnya. Dibuatnya time ko speaking lintang pukang tu , org yg diam hanya mendgr speaking London siap dgn loghat dia skali malu karang. Nak berlagak pun, agak2 la ye. Tgk, tak pasal2 org menyampah free jer..


10- Orang Alim berlagak riak:

Ni probably agak sensitif, but yeah, truth hurts. Aku cuma nak cakap, bagus kalau ko lebih alim dan berilmu agama lebih tinggi, tapi, jangan riak. Nak berdakwah boleh, tapi kalau boleh peka dgn keadaan sekeliling. Sesetengah org bila nk berdakwah ni tak amik kira perasaan org yg nk diubahnya tu mcm mana and sometimes dihina, dicaci, judge terlalu awal. Pandangan aku, siapa kita nk judge org lain? Orang alim yg betul2 alim pun masih ada rasa rendah diri dan masih lagi menganggap dirinya byk dosa, inikan pulak org alim yg menganggap dia sorg je betul..dia sorg je boleh  masuk syurga..apa kes? Hanya Allah yg lebih tahu. Kita cuma boleh membimbing dan memberi nasihat, tidak putus asa supaya org yg kita nk ubah tu berubah. Tak perlu nk pandang serong atau anggap sedara seagama yg tidak setinggi ilmu agama mcm ko tuh hina sgt. Tak baik. Tak elok.


Coretan hanya pendapat sendiri, semata2. So, no offense ya. :)






Friday 7 June 2013

Salahkah wanita bersolek??

Seperti tajuk diatas..salah ke wanita bersolek?? kenapa wanita bersolek? utk apa? atas dasar apa solekan ni semua..cuba tgk akak kat bwh ni ha..




Lawa kan dia make up, senyum hingga ke telinga.Hehehehe..

Aku bab2 solekan, makeup apa semua ni xdelah pandai sgt..boleh la sket2. Tapi slalunya kalau aku pakai makeup pun sempoi jer. Memadai setakat foundation (Ronasutra),  lip balm dan lip gloss serta maskara dan light blusher. Makeup aku slalunya tak tebal, biasa jer. Kira boleh kata muka tu nmpk segar dan terurus itu je la. sbb aku kalau x makeup muka aku pucat. nampak mcm org tak cukup darah.KEKEKE.

Pada aku la..tak salah wanita nk bersolek. Asalkan jgn over sudah. Ni kalau makeup terlampau tebal kang menyampah plak org tgk. Nak make up boleh, asal bersederhana.Actually function make up ni sbnrnya nak menutup sbrg cela yg ada di wajah. Dan juga boleh mengubah penampilan seseorg. Biasa tgk tak make up grooming? Muka biasa pun jadi luar biasa. Yelah, dah putih lagi putih..yg hitam manis, jadi koko mocha..yg kuning langsat jadi buah langsat..dan, err..entahlah..setengah girls yg aku kenal mmg tak boleh hidup tanpa solekan..it's like second husband gitu. Kalau lelaki second wife dia either kereta atau PS3, mcm tu jgklah dgn pompuan. Even kalau tak make up bila kuar rumah tu rasa jatuh merudum je self esteem tuh. Rasa mcm ada yg tak kena. Kalau yg jenis mcm ni, parah la.

Tapi, solekan cuma kecantikan sementara. Same goes to me because i wear make up as well. Still, tak leh lawan rupa bentuk muka kita yg sbnr. Kalau wajah kita mmg dah lawa, tak yah makeup pun xpe, kalau muka mcm aku ni , yg tak berapa nk lawa, pakai make up sempoi2 sudeh.Ala ..nk tutup sket jerawat2 comey kat muke ni ha.. lagipun, keje aku byk deal dgn org. Of course kena nmpk presentable sket. Tapi yg tak boleh blah tu ada girls yg make up mengalahkan opera cina. Bila cuci je make up tuh, pergh..muka "lawa" giler. segala jerawat batu, panau, fungus, apa sumer nmpk. Ini yg jenis mmg suka make up tebal. Sbb, selagi dia tak bersihkan make up tu, kita tak tau rupa sbnr dia mcm mana.kan?kan?

Ada lelaki yg suka kalau isteri/tunang/gf diorg make up sempoi, natural ataupun tak pakai makeup langsung. Dan ada juga lelaki yg tak suka pompuan make up. But come on, be real guys, aku tau korang suka tgk pompuan lawa, kalau bini, awek korang cantik walaupun bermekap mesti korang bangga kan? Lelaki ni plak satu hal..konon nk maintain macho x suka pasangan bermekap, tapi bila pasangan dia tak bubuh satu tepek bedak pun kat muka..mulalah mengomel tak up to date la, bandingkan bini dgn janda kampung sebelah la..apa la..macam-macam wei. Tak phm betul aku. Kejap nk natural beauty, kejap nk kecantikan sintetik..entah hape hape..

Anyway..walau apa pun la, make up, make up jgk..jgn smpi nanti makeup makan diri tu sudah. Takut nanti muka tu rosak. Even aku yg pakai makeup tipis pun masa aku kena irritation kat muka doktor sarankan kalau boleh elakkan make up. Terlalu byk kosmetik, chemical kat muka tak elok utk kesihatan kulit. Mmg aku tau bukan semua perempuan termasuk aku tak boleh elak dari bersolek, atas kehendak kerja dan sbgnya, tapi, pandai make up, pandai2 la jaga muka tu. At least asas menjaga muka tu wajib tau. Membersih, menyegar, melembap. 3 steps ni wajib dititik beratkan. Jgn malas nk cuci muka lepas dah pakai make up. Nanti, sendiri jgk yg susah.

Nak solek tak salah, tapi, jgn obses dgn make up. Sekali sekala biarkan wajah bernafas sendiri tanpa mengenakan apa2 solekan. Kengkadang aku kuar je umah tak pakai makeup. Takde sapa nak kaco. Fuh..lega. ;)

p/s: gambar dari google.







Tuesday 4 June 2013

Novelis Thriller no 1. Malaysia..Ramlee Awang Murshid




Sapa suka baca novel Ramlee Awang Murshid? Mesti ramai gak yg minat gaya penulisan Ramlee Awang Murshid ni termasuk aku. Karya2 dia mmg best. Aku tak tau la pada org lain tapi pada aku, bila aku baca novel dia ni ibarat mcm aku boleh berimaginasi dgn apa yg penulis ni nak sampaikan.

Berikut di bawah aku senaraikan antara karya Ramlee Awang Murshid yg all time fav aku:

1- Hatiku Di Harajuku:

Ini adalah first novel karya Ramlee Awang Murshid yg aku baca. Actually aku pinjam novel ni dari abg aku. Kisah mengenai seorg lelaki Malaysia bangsa Melayu yg terjebak dlm kancah gangster di Jepun atau lebih dikenali sbg Yakuza, dek penangan cinta wanita Jepun. Karya ni mmg superb dari segi jalan cerita sbb byk babak pertarungan, diselang seli ala melo drama gitu. Yg lagi satu best sbb bahasa dia bercampur, byk menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris. Sbb aku ni dulu giler J-pop. Ahaks!

2-Satu Janji:

Novel pertama Ramlee Awang Murshid yg aku beli dgn gaji pertama aku yg ciput tu hah. Cerita novel ni mengisahkan betapa seorg lelaki sanggup berbuat apa shj demi cinta yg benar2 tulus yg lahir dari hati seorg lelaki. Hero dlm cerita ni byk berkorban demi seorg gadis yg dicintainya, tapi, yg heroin ni plak mula2 jual mahal. Sanggup jadi tukang buat roti canai kat restoran milik heroin semata2 nak tackle tuan punya restoran. Dlm novel ni mmg byk unsur lawak yg pada aku, its kind a cute and sweet. Aku kalau baca novel ni tak sah kalau tak sengih sorang2. Mcm org giler. kekekeke. Dalam novel ni jgk sbnrnya banyak makna tersirat mengenai perhubungan suami isteri. Suami yg penyayang, sabar dpt isteri yg benci akan dirinya. Actually bukan benci la, tapi term heroin tu yg suka pikir dia dikahwinkan secara paksa dgn hero nih. Akhirnya, kesabaran suami terbalas bila si isteri sedar akan kesalahannya. Cerita dia jiwang sket tp jiwang yg aku leh layan. Best!

3-Trilogi Bagaikan Puteri

Part pertama Trilogi kisah pengembaraan Laksamana Sunan. Aduh, aku rasa mmg aku angau kot kat Laksamana Sunan aka Saifuddin. Mmg lelaki Melayu terakhir la.Anyway, its just a character. Dalam part ni, Laksamana Sunan bertemu dgn Haryani, seorg wanita abad ke -21 yg koma akibat kemalangan lalu rohnya mengembara ke zaman abad ke-15, dgn izin Allah. Dan Laksamana Sunan jugak yg menyelamatkan Haryani. So, biasalah, kalau dah hero dgn heroin sentiasa bersama2, mesti ada crush kan, cintan cintun gitu. Itu yg dirasai mereka berdua ni hah.Tapi, in the end, Haryani terpaksa berpisah dgn Laksamana Sunan kerana Haryani dari masa hadapan dan mustahil dpt hidup pada abad ke-15. Aku ada nangis2 jgk la baca citer ni. huahuahua. Yg membuatkan buku ni lagi terbaik adalah byk unsur2 keislaman yg diserapkan dari segi jln cerita dan sikap Laksamana Sunan itu sendiri. So, check it out.

4-Trilogi Bagaikan Puteri - Cinta Sang Ratu

Part kedua, bilamana Laksamana Sunan bertemu Sang Ratu yg ampuh kekuatan ilmu hitamnya. Tapi, akhirnya ditewaskan, diselamatkan dan diislamkan oleh Laksamana Sunan. Sang Ratu kemudian dinikahi oleh Laksamana Sunan Sendiri. Part ni jgk menceritakan pundak, keturunan Laksamana Sunan dari belah abgnya di masa hadapan yg rohnya spt Haryani mengembara ke abad -15,setelah terselamat dari bencana Tsunami yg menimpa Acheh pada abad ke -21. Again, ada part 3.

5- Trilogi Bagaikan Puteri - Hijab Sang Pencinta

Part ketiga, turn Laksamana Sunan pulak mengembara ke abad 21. Dia ditemukan semula dgn Haryani, dna hampir menikahi Haryani. Oh lupa nk bgtau, dlm part 2 sbnrnya Sang Ratu yg jadi isteri Laksamana Sunan mati ketika cuba menyelamatkan Laksamana Sunan.

6-Trilogi Bagaikan Puteri - Cinta Sufi

Laksamana Sunan kembali ke abad ke-15, bila dlm part 3 ketika saat dia nk disatukan dgn Haryani, ditembak dan tercampak kembali ke abad sbnrnya. Part ni plak, Laksamana Sunan mengembara ke tanah Portugal, dan kembali semula ke Tanah Melayu.

7- Trilogi Bagaikan Puteri - Sutera Bidadari

Still lagi cerita pasal Laksamana Sunan, Tapi tak byk. Dlm part ni, berbalik semula ke zaman sekrg, hero dia still lagi seorg lelaki mirip Laksamana Sunan, tp bukan sbnrnya.

8-Trilogi Bagaikan Puteri - Sunan Musafir

Part terakhir dan juga merupakan penutup kepada trilogi ni. Dalam part ni byk benda yg kalau korang bca the whole story akan ada beberapa perkara yg nmpk tergantung, diceritakan dalam bab ni. Dan baru aku tau sbnrnya isteri Laksamana Sunan yg disangka mati tu,tak mati sbnrnya.

Dan lain2 fav novel aku adalah, 9 Nyawa, Ranggau, Ungu Karmila dan byk lagi..Kalau aku tertulis agk sikit jer psl info novel2 nih, hrp dimaafkan la ek, sbb aku dh x brp nk ingat jln citer dia, sbb dah lama. Nmpk gaya kena marthon alek la ni..hihihihi..

p/s: gambar dari Google






Monday 3 June 2013

D'Massella Collection Boutique vs Seri Mempelai Collection

Semalam aku ngn tunang aku menghabiskan cuti hujung minggu dgn menyetelkan beberapa perkara penting utk majlis bertandang belah dia nanti. Yelah..skrg dah masuk bulan 6, majlis kitaorg lagi 6 bulan, so..mmg dah kena nk settlekan segala perkara berkaitan baju sanding, pelamin dan jugak catering.

Ok, Actually tunang aku ni family dia selalu pakai khidmat Seri Mempelai collection kalau nak buat bab2 kawin ni. Dari zaman abg2 dia dan kakak dia sumer mmg pakai khidmat Seri Mempelai collection ni. Memandangkan reputasi (cewah..ecece) Seri Mempelai mmg dekat di hati family so, aku pun ikut je la tunang aku ni pergi butik diorg. Cadang nk book date dgn baju, catering, pelamin apa sumer.

So, nk dijadikan cerita. Masa datang, butik bukak tp dikunci dari luar. Beberapa kali lepas kitaorg memberi salam, baru ada org bukak. Tu pun, sorang budak perempuan "sihat" yg bukak. Sorry if my words a bit harsh..(tak la harsh pun). So, kitaorg pun masuk dan mula belek2 apa yg patut. Tunang aku duduk sambil tgk album, gambar pelamin, pakey catering etc. Aku plak..mata dok melilau tgk baju sanding. First impression aku. Style yg aku nk, mmg xde..diorg punya baju sanding byk yg jenis tradisional, kebaya, kurung moden dan jubah cutting dress moden. Ada yg lawa tapi tak byk la.So, time aku belek2 tuh, ada la dua tiga helai yg agak berkenan di hati. So, aku pun ckp nk try fitting. Tapi budak sihat tu ckp kalau nk fitting cuma dua helai jer. And, aku pun oklah since aku nk tgk gak kalau aku pakai mcm mana.

Nak dijadikan cerita kedua plak, first baju yg aku try, jubah dress moden, muat memang muat tp zip blkg tak leh nk kamcing lak. Ah..sudah. Apakah aku juga "sihat" spt budak "sihat" yg jaga butik tu? oh tidak. No.No.No. It can be. Actually size dia tak seswai ngn aku. Aku tak "sihat" cuma size tak kena. Takpelah..The, oh lupa, dress pertama warna biru, then try dress kedua lak warna peach. Yg peach ni ok, tapi, bila aku pakai..mcm pengu si penguin tu lak..almaklumlah aku ni pendek orgnya.  Dan aku rasa mcm aku xde cutting pompuan..gelebeh jer..ngee..terus takde mood...Ahahah. What the hell..Tapi, mmg tak rasa lawa betul la pakai baju tuh. Rasa pelik.Aku ni kalau tak masuk di jiwa mmg terserlah kat muka.Air muka mmg nampak tak suka la. So, habis fitting tunang aku panggil suh tgk pelamin plak. Pelamin diorg ok..Tapi xde wow factor. Yg paling aku menyampah tu, memandangkan kitaorg ni pengantin budget, of coz la nak amik catering pun budget gak kan, tapi, yg geramnyer byk giler charges kot. Aku dlm hati mmg menyumpah2 Butik tuh diorg ni mmg "pandai" giler wat business. Tukar kerusi utk pelamin, ada charge RM300, Canopy, hanya VIP shj kerusi ada cover, canopy biasa takde. Kalau nk kerusi bercover, ada charges RM100 satu khemah. Nk PA System ngn DJ, Ada charges lagi RM600.Mak ai. Kalau mcm tu baik aku suh tunang aku amik yg RM16.80 satu kepala! giler. Kalau yg pakej budget dah nk sama dgn amik pakej lengkap mahal baik takyah ckp pakej budget la! Mmg pandai diorg ni wat business. Nak lagi best, duit deposit, kalau nk booking, RM1000 ye! tak leh main byr separuh2.Huh!

Aku serius dah bengang, so aku amik phone, aku type kat msg "byk hidden charges". Tunang aku pandang. Dia pun terdiam gak. So skrg ni, aku dah berbelah bagi nk amik pakej kat Seri Mempelai ni. Tapi terpulang kat dia la. Yelah, bertandang belah dia kan. Aku taknak masuk campur sgt. Tapi, bila aku tgk design baju kat butik tuh yg pd aku, boss dia patut rombak balik koleksi yg ada kalau nk lagi better. Aku mmg kalau boleh xnk amik butik nih. Dalam customer service pun ala kadar jer. Budak sihat tu pun senyum pun mcm nk taknak..memang berangin la jwbnya.

In the end, tunang aku ckp dia akan dtg lain kali. So, keluar je dari butik tuh, dia tanya pendapat aku ok tak dgn butik tuh? Aku pun apa lagi, ckp la apa yg terbuku kat hati ni hah. Tak dinafikan, tunang aku pun agak tidak berpuas hati jgk dgn layanan kat situ. Even dia mmg slalu deal dgn butik tuh. last2 dia mengalah. Dia ajk survey butik lain plak. So kita gi la kat Plaza Alam Sentral, Seksyen 14 Shah Alam sana tu ha.

Sampai kat sana, kitaorg pun mula carik butik perkahwinan, then, baik je naik eskalator tuh, jumpa la satu butik ni. D'Massela Collection Boutique. Butik dia kecik tp busana dia mmg sgt ekslusif. Kebetulan time tu tak ramai org, so aku pun try tanya. Masuk jer, layanan mmg jauh beza dari Seri Mempelai tadi. Owner sgt friendly dan ramah. Aku mmg suka la. Akak kat butik tuh, tunjuk pakej yg diorg ada. Aku tgk jer dah berkenan. Even tunang aku pun suka. Kebetulan baju diorg mmg lawa, modern dan nmpk eksklusif. Kakak kedai tu layan jer peel budak dua ekor gedik nk kawin mcm kitaorg ni mcm dia dah kenal lama. Rileks jer dia layan. Sabar ngn kitaorg yg byk songeh ni hah! hehehe

SO, finally, kitaorg decide nk amik kat butik D'Massela ni je la. Kitaorg pilih pakej no 2. Dlm RM2590 la mcm tu. Pada kitaorg within budget la. Siap ada free gift dan bagi bunga segar lagi k. Yg Seri Mempelai tuh, kalau kitaorg mintak bunga segar agak2 berapa agaknya diorg taram harga tu hah. Kekwat sungguh!. This time tunang aku terus bayar duit booking. Kitaorg byr RM200 je dulu. Lagi RM300 tuh dia akan byr hari Rabu nanti. Tgk, betapa senangnya nk berurusan dgn diorg nih. Bukan aku nk memuji lebih2 tapi patutnya pemilik butik pengantin patut lebih prihatin, peramah dan sabar melayan customer. Diaorg kena ingat, kitaorg ni takde pengalaman bab2 kawin, so kena profesional jgklah. In this case, i really like the energy of the owner dan jugak keramahan dia. Mmg baguslah.

Final discussion, akak tu ckp dtg fitting nanti dia akan call sebulan sblm majlis. Yelah, takut shape badan ternaik atau terkurang pyh gak. tu aku risau gak tu. Skrg nih tgh gigih menguruskan bdn jgk..kekekeke.Tapi xpela..apa pun  cuba berdiet dgn berhemah. hehehe.

Design baju..nantilah aku tunjuk k..tp ini antara yg mendapat perhatian aku la..

                               


Pelamin ni mmg confirm kitaorg nak...
  

Baju sanding tuh seriusly aku suka sgt2. Sbb veil dia mmg labuh dan tak byk benda pelik2. Aku ni jenis suka yg simple tp elegan.

Tapi, kalau aku pakai nanti tak tau la elegan ke tak..hehehe..pape pun, aku mmg suka sgt. Pelamin dia pun cantik.


So, aku rasa korang mesti dah tau butik mana yg menang kan, ;p

P/S: Gambar dari Google