Nuffnang Ads

Friday 28 March 2014

Konspirasi MH370 - Sentimen double standard dan diskriminasi

Actually aku dah nak stop citer pasal MH370  after aku dah buat satu entry berkenaan kes ni kat entry ni. Tapi, nampaknya aku dah terpaksa masuk part 2 sebab aku rasa macam dah tak tahan dah dok tengok banyak sangat sentimen  anti Malaysia kat internet, pastu ada yang berani pulak melabelkan kita sebagai terrorist, pengganas...dan yang paling tak boleh blah, nak menghina Islam..aduh..tension sungguh!.So, sebagai rakyat Malaysia of course la aku terasa kan? Sakit hati kot baca citer2 fitnah yang datang dari sumber yang memang tidak boleh dipercayai sangat ni hari hari...



CNN dan Fox News  contohnya, buat liputan yang sememangnya berbaur fitnah dan banyak memutar belitkan fakta sebenarnya. Ikut sedap diorang jer cakap pilot pesawat MH370 tu terrorist! Apa? Asal nama Islam jer terrorist? Orang Jahat? Macam lah mat salleh ni semua bagus sgt! Itu satu hal, dahlah buat tuduhan serkap jarang, pastu memburukkan orang Islam dan negara kita sesuka hati! Kengkadang aku terfikir, diorang ni sajer jer nak membesar2kan cerita. Of course, they wanted to keep selling the "Islamophobia" effect to the people of the world. Sebab apa? sebab nak menutup aib sendiri dan jugak sebab diorang tak tau nak buat citer apa dah. Kalau aku selalu tgk news mcm ni aku akan fikir terbalik, tak semua yang diceritakan berita dunia ni boleh pakai. Yela..diorang ni kalau nak dapat rating tinggi ada je idea2 kotor yang boleh direka..kan? Janji rating maintain. Kalau dah ikut macam principal Nicollo Machiavelli, matlamat menghalalkan cara macam ni la jadinya. Unfortunately, we are the black sheep this time.

Setau aku la..ramai yang tak suka dengan Malaysia ni, dengan kemakmurannya, dan agama serta bangsa berbilang kaum boleh hidup aman damai ,pendek kata ramai yang berdendam, contoh paling senang, krisis kegawatan ekonomi yang dimulakan oleh spekulator matawang yahudi, George Soros, sgt berdendam dengan Malaysia. Sebab apa, dia bengang pasal mantan perdana menteri kita yang bijak dan berani itu (You know who)(aisey, ayat skema beb), panggil dia "Penyangak matawang" . Berbulu kot mamat ni. So, bila terjadinya kes seperti ni, orang akan ambil kesempatan untuk menghentam kita.

Banyak lagi contoh yang berbaur sabotaj dan macam2 lagi unsur double standard serta diskriminasi kat negara kita berlaku, kalau kita observe memang akan nampak, tapi, masalahnya diorang tak boleh buat apa2 time tu sebab kerajaan kita banyak ambil langkah2 keselamatan contigency plan dan juga kaedah berbincang secara baik yang banyak membantu negara kita menangani masalah negara macam ni. Even negara jiran pun macam tu jugak. Nak lagi best, Malaysia banyak sumbangan di luar negara dan membantu macam2 negara pun kadang2 ada jugak kes kacang lupakan kulit. Siap bakar flag negara kita lagi..heh. Sangat tak matang dan ada  unsur2 tak sedar diri kat situ.

Dan yang terbaru, sentimen anti Malaysia. I say..what??? .. Kenapa kes pesawat terhempas korang nak anti semua orang Malaysia pulak? Dah satu hal pulak kedutaan Malaysia kat China kena kawal sebab banyak penunjuk perasaan. Even selebriti China, Zhang Zi Yi pun nak boikot Malaysia? Even Shila Hamzah yang sedang mencipta nama di China pun terkena tempiasnya. Apa kes? First of all, apa yang berlaku bukan sesuatu yang kita boleh kawal, dan sekarang ni pun Malaysia masih lagi mencari pesawat MH370 . Sometimes, when things doesn't really go with our way we tend to blame it on someone else. Same goes here. Kalau kita boleh terima keadaan itu seadanya, sabar dan redha, things such as sentimen anti Malaysia takkan wujud. And again I know, orang mungkin akan cakap kita yang tak kena ni, tak ada family members dalam flight MH370 ni boleh la cakap macam tu, but again kita semua berharap agar dipermudahkan pencarian dan jumpa semula pesawat ni. We all share the same prayers. Dan please la..dalam dunia ni, bukan flight MAS je yang terhempas tau. Ada jugak flight negara lain yang terhempas jugak. Tak nak komen dan outrage ke??


Sepatutnya dalam tempoh krisis macam ni, we should be more united rather than separated.Externally dan internally. Tapi, nampaknya bila keadaan dah macam  ni, masing2 tak boleh terima hakikat, mulalah sentimen diskriminasi dan double standard terjadi..apa la nak jadi.

p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar..google.






Friday 21 March 2014

think: Cabaran bekerja di sektor swasta

I am pretty sure that most of you are working. Yelah, kalau tak bekerja macam mana nak sara hidup kan? Tak kisahlah sektor mana pun, sektor kerajaan ke, ataupun sektor swasta. Despite kita bekerja di mana sekalipun, cabaran dlm pekerjaan tu tentu ada kan? Susah ke senang ke...at the end of the day, no matter what itulah periuk nasi kita. So, entry aku yg ni lebih kepada cabaran bekerja di sektor swasta.



Actually if you ask me, kerja di sektor swasta ni is a fast pace type of work. Dateline is very tight, semuanya kena cepat, even ada juga ad hoc task yang tak masuk akal. Especially if you are working within international company. Sometimes, the task doesn't really make sense. But, samaada ko suka atau tak, ko kena buat jugak! Letih memang letih...tapi, dah nama pun keje makan gaji..buat je la..

Kat bawah ni aku senaraikan antara cabaran2 bekerja kat sektor swasta (mengikut pengalaman aku):

1- Efficiency & Accuracy:

Rasanya kat atas ni, kat mana2 tempat keje pun memang patut mengamalkan cara kerja yang efisien dan tepat. Yelah, kalau banyak salah kan payah. Nak kena buat balik apa sumer..kan tension dan menyusahkan diri tu. Benda ni masa aku baru masuk ke tempat keje baru selalu berlaku pada aku. Yelah, orientation baru sehari..keje yang dicampak kat aku as if aku dah bertahun keje kat situ. Mau tunggang langgang data dibuatnya. Naya beb. Dahlah instruction pun ramai giler kot orang bagi kat aku. Mentang2 time tu junior lagi. But anyway..after a few months..everything started to be in order. Of course, belajar dari pengalaman. Heh.

2- Boss is always right!

Patutnya yang ni aku letak no 1 kan? entah..tetiba idea ni dok poppep up dari kepala otak aku yang tak berapa nak pandai nih..aisey..boss is always right! even kalau dia bagi arahan tak betul ke, instruction ke laut ke, dia yang hilangkan dokumen ke..dia jugak yang betul. Someone has to be the black sheep. Aku cakap ni bukan semua boss macam ni. Kalau korang dapat bos yang sempoi, memahami dan suka backup staff tahniah aku ucapkan! Serious! sebab ibarat 1 dalam sejuta kot nak dapat boss baik giler macam tu. Papepun, if you are working within private sector, aku sarankan cuba cari bos yang multi racial, tak kisah..sebab korang akan lebih senang dapat keje. Ini berdasarkan pengalaman aku la..Why? adalah..hehehehe.

3-Dateline is the 2nd Boss!!

Sapa yang keje swasta kalau kata dia takde dateline maknanya dia tipu..takpun takde keje. Dateline is like a second boss to you. Selain dari ko menjawab dengan boss ko sendiri ko juga masih kena menjawab dengan boss ko kalau dateline lambat atau delay. But anyway, to me dateline ko still kena observe. Sebab itu antara KPI dan why you were hired in the first place. So, kalau ko tak siapkan dateline ko, you are digging your own grave la jawabnya...

4-Diskriminasi:

Ok, yang ni sangat subjektif. Sepanjang aku keje sektor swasta, diskriminasi wujud dalam macam2 cara. Samada  nampak tak nampak jer. Tapi, kalau ko jenis yang observant, ko memang boleh nampak. Yang, ni..tak payahlah cakap banyak2..aku rasa korang pun paham kan..ermmm...

5-Office Politics!

Hah..yang ni paling beracun tak kiralah ko keje sektor mana sekalipun. Selagi ada politik office ni..selagi tu la kita memang akan sakit hati. Especially if  kita ni jenis yang buat keje sahaja dan tak main kipas2 orang lain.Mana tak sakit hati, kita keje teruk2, orang lain dapat nama. Samaada you will end up frustrated or straight tender 24 hours and look for another job.

6-Dept yang bukan team Player:

It's all about individual performance. Sumer berebut nak jadi hero/heroin. Pastu, suka cantas mencantas dan suka sibuk nak buat keje orang lain. Ada satu situasi kat ofis aku dimana ada orang lain yang cukup suka nak menyibuk dan asyik cari kesalahan team aku. Macamlah team dia tu bagus sangat! Sangat tak bertuah dapat department macam ni.

7-No work life balance:

If you are working back end/processing site macam aku, conform every month keje macam orang giler. Stayback sampai 10 hingga 11 malam tu normal...semata2 nak memastikan everything should be in order. Especially bab payroll. Dahlah aku sorang yang manage. dari awal sampai akhir memang rasa nak muntah buat sumer tu. But in the end, I feel burn out. Percaya tak staff yang buat payroll ni takde orang akan respect? Orang cuma akan cakap, "Ala keje ko data entry je pun..bukannya kena jumpa orang apa sumer..". Iyer, nampak senang tapi orang yang buat payroll tu sendiri rasa azabnya. Even Sabtu atau Ahad aku still lagi kena datang keje. Pendek kata..hidup aku lebih kepada keje je la...sampai terbawa2 kat rumah. Adeh.


Itu antara sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang keje kat sektor swasta ni la. Actually, tak kisahlah korang keje sektor mana sekalipun, yang penting pengalaman keje tu memang priceless! Apa pun..make sure keje yang korang buat memang korang suka dan enjoy. Like me, although I know buat payroll ni leceh dan tak banyak orang appreciate, I still love my job and I enjoy doing it! Sometimes memang rasa down dan penat buat keje ni tapi..bila time gaji dah masuk..memang masyuk!! Ahaks!. Apa pun again..bekerjalah dengan ikhlas..dan Insya Allah..Allah akan sentiasa permudahkan kerja kita.

Till then peeps!

p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar Google.

Tuesday 18 March 2014

Konspirasi MH 370 : Jangan pandang remeh!

Sekarang ni memang tengah ramai orang yang dok memperkatakan tentang kes pesawat MH 370 milik MAS yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 lepas. Mana-mana tempat yang aku pergi mesti akan bukak cerita pasal MH 370 ni. Tak lupa gak buat Raja Bomoh..tikar terbang. Pun tengah hot. Sebab sampai sekarang tikar terbang dia tak dapat cari pesawat tu. Yang dia dapat cari..hanyalah cari gaduh dengan Menteri Belia dan Sukan kita, Khairy Jamalludin yang hot! (Ouch!!). Tak habis- habis lagi tuh. Nasihat aku la..sudah2 la tu. Aku bukan memihak kepada sesiapa tapi ada betulnya menteri kita tu. Kita ni sebagai orang Islam..orang Melayu tak payahlah nak buat gimik mengarut. Buat malu kaum dan negara jer! Syirik lagi adalah!



Ok, enough bout that. Selain dari kisah Raja bomoh tu, sejak pesawat tu hilang, aku tengok berlambak teori konspirasi yang dibuat. Ada yang cakap ini jenayah terancang, agenda Amerika, agenda China dan tak dilupakan jugak agenda Yahudi (Yang ni maybe ada kaitan) dan macam2 lagi la..so, entry aku yang ni, bukan nak menambah lagi banyak2 teori konspirasi yang ditimbulkan tapi, ianya hanya luahan pendapat aku semata2, berdasarkan pemerhatian on & off aku pasal kes MH 370 hilang ni.

Pokok takkan bergoyang jika tiada angin yang bertiup. Itula sedikit sebanyak yang aku boleh simpulkan pasal MH 370 ni. Dalam banyak teori konspirasi yang aku baca, aku paling boleh adapt dengan logik dari blog ini.  Tak tahulah kenapa tapi teori yang ditimbulkan tu sedikit sebanyak lebih kurang macam apa yang aku fikir secara tak langsung. Contoh False Flag dan kemungkinan Malaysia bakal ditakluk,(Nauzubillah), aku terpikir pasal ni everytime bila aku tengok kat Astro Awani berapa ramai negara yang dah start masuk ke perairan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang sayang dan wajib ada patriotic spirit, situasi ni sedikit sebanyak menggusarkan jugak. Yelah, banyak kemungkinan boleh terjadi cuma diharapkan kita sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Sebenarnya teori konspirasi ni, cuma ada dua benda je yang boleh dibuat (pada aku la). Take it or ignore it! Take it maksud aku bukan telan bulat2, tapi, spekulasi yang di buat berdasarkan teori konspirasi sometimes ada betulnya. It's just the matter of thinking and how to find a solution, but at the same time, kita takkan terjerat dan menjadi mangsa keadaan.

Ignore it pulak, just think it like this.."ala..sumer ni konspirasi mengarut dan takkan berlaku! Pengaruh movie semata2.. Well, as for me, kita mungkin boleh jadi ignorant macam tu, tapi kalau ada orang yang cakap macam tu dgn aku dalam tempoh krisis sebegini, aku akan cakap dia ni si B**** dengan labu2nya. Labu jatuh dalam laut dia pun turut sama tenggelam. Reason? Simple. Orang sebegini cukup naif dan tidak memandang sesuatu kecurigaan dengan mata hati. Dia hanya akan percaya dengan apa yang dia nampak dan dengar dan hanya akan percaya apa yang dia nk percaya. Other than that..they don't care! Or probably they are afraid to admit the truth.

Apa pun teori konspirasi yang dibuat, jangan pandang remeh! sometimes, we just dont know what these people who hijacked (kalau betul kena hijacked) planned for all this. Dah masuk hari ke 9 pesawat MH 370 hilang namun tiada khabar berita mengenai penumpang dan krew pesawat which is something yang kita semua patut risau akan keselamatan 239 nyawa dalam pesawat tersebut. Imagine, kalau ada ahli keluarga kita di tempat diorang, we would feel anxious and worried all the time.

Despite kita semua mendoakan keselamatan kesemua penumpang MH 370, kita jangan lupa dengan keselamatan negara juga. It's like detour to another detour. Mengalihkan perhatian kepada satu kejadian, just to let our guard down and reveal our weaknesses to the enemy. Cunning don't you think?

p/s: Sumber gambar google. Pendapat hanya luahan penulis semata2.




Thursday 13 March 2014

Holiday Review: Riang ria Lost World Of Tambun!!

2 minggu lepas aku berkesempatan mengunjungi Lost World of Tambun, the second Sunway Lagoon OF Sunway Lagoon? Err..macam mana nak cakap ek? Err...tak kisah lah..-__- . ala..yang dekat Ipoh tu hah..



Aku memang asal Ipoh. Tapi, sepanjang aku tinggal kat Ipoh belum pernah lagi menjejakkan kai kat Lost World Of Tambun ni. Kebetulan plak minggu tu memang niat aku nak balik Ipoh sebab dah lama tak balik dan rindu masakan mak, kebetulan lagi sumer adik beradik aku pun ada jugak, so, memang timing ni tersangatla perfect! So, kiatorang pun decide la short holiday kat situ (Padahal 15 minit naik kereta je dari area rumah aku).

Tiket masuk ke Lost World of Tambun ni boleh dikatakan agak mahal la jugak. RM50 untuk dewasa, kanak2 RM28 , dan kalau kanak2 bawah 90 cm, free admission. So, untuk family aku, 7 orang dewasa dan 2 orang kanak2. So..total tiket dalam RM300++ la jugak. Nasib baik gak adik aku masa time beli tiket pakai kad diskaun Siswa tu ha, dapatlah diskaun 10%, kalau tidak jadi harga asal dalam RM400++. Mak aii...kopak akak nyah...nasib baik baru dapat gaji..huhuhuhu..

Even tiket mahal, aku enjoy sangat kat Lost World of Tambun ni. Rupanya tiket mahal sebab kat sini, korang bukan setakat main air je, tapi boleh main macam2 game jugak kat sini. Dan aku tak sangka kat dalam Lost World of Tambun ni ada Zoo, aka Petting Zoo. Petting Zoo ni dibuat sampai pinggiran gua2 kat situ. Pergh..first time kot aku masuk taman tema berhampiran gua.Heh.

Since ini adalah entry bergambar, maka aku pun maleh nak taip panjang berjela. Moh kite layan gambar je la...(Aisey..loghat perak aku dah mai dah..;p)

Spa kaki @Banjaran Hot Spring..pergh..berpeluh kot kat sini!  Cuaca panas lagi mau rendam kaki kat air panas.. :)

With My Aishiteru..My hubby ^_^

Cak!cak! Cak!


Sweet tak kitaorang? ececece..Perasan!


Menyibuk jer pompuan pakai baju "Stupo" nih. Ada jer nak menyendeng aku tgh tgkp gambar ! (Kata si kakak yg tak berapa tua kat belakang tu)



Muke penat!! ++ Kaki melecur kot! 



Peace y'all!!



Ok..cukup2 la si wanita yang memakai baju printed "Stupo" warna pink ni dok berposing dgn laki dia..nmpk sangat nak interframe!! Meh..orang kampung Petting Zoo pulak nak interframe!!

Aku ayam ok! Bukan merak!


Glamer tak aku! Ayam selalu warna gelap2 sket, aku ni campuran Michael Jackson ok! Kau hader??

Euwwwww!!!!!Yuck!



Aku...L.E.M.A.N



Lamb chop satu!! Aku tak pernah expect ada kambing dalam zoo ni..!!

Aku ..harimau dua alam!! Kelass kau!!!


P/s: Nak promote sket..aku pakai Naturactor Cover Face dok jenjalan panas2 buta tu hah! Kebanyakan pics ditangkap sepanjang Petting Zoo sebab tempat2 yang lain kitaorg asyik air..takut kamera rosak!
Caption hanyalah rekaan penulis dan husbandnyer yg tension tgh wat asignment!! :p














Tips: It's about the marriage not the wedding!

Ok..aku memang tengah dok bosan sorang2 kat cubicle tempat aku keje ni memandangkan aku keluar lunch awal sebab semua orang masih dalam meeting atau baru keluar meeting, maka aku pun merajinkan diri la nak buat entry baru..padahal otak tahap tepu lagi ni..dok pikir next cyle payroll aku..aiyaa..ahh..relax dulu!

Aku terbaca artikel ni kat fav website aku kat sini . Seperti biasa, aku pun terasa cam nak cover artikel ala2 question answer punya style la..again, it's  about marriage. Hey, I'm just 3 months happily married ok. Mood pun still tengah pengantin baru lagi..hihihi (Perasan!).



So, kepada bakal2 bride to be di luar sana..tanda 2 anda telah memikirkan tentang perkahwinan dan bukan tentang majlis perkahwinan adalah..

1- Baik buruk pasangan anda anda langsung tak kisah!

First of all..no one is perfect. Yang sempurna hanya Allah SWT sahaja. So, kalau ada kekurangan kat pasangan tu, kira kasi halal sudeh. Yelah..dah dok bercintan lama2 of course yang tak berapa nak perfect tu pun akan timbul satu hari nanti kan? Kita pun bukannya bagus sangat so apalah salahnya saling menerima dan melengkapi antara satu sama lain. Kan sweet? tak gitu?? (ecececece).

2- Pentingkan nilai perkahwinan dari dream wedding.

Yang ni aku 100% setuju banget. Wanita tak lari dari sentiasa berangan untuk jadi pengantin tercantik dan sempurna di hari bahagia sendiri. Benda ni memang normal. Even aku pun sebelum kahwin macam tu jugak. Tapi, hakikatnya kita harus berpijak di bumi yang nyata. Realiti. It's about the marriage not the wedding! Kalau kita sanggup berkorban semasa berkahwin dengan memakai pakaian pengantin yang bukan dari pereka terkenal, tahniah! korang memang dah layak untuk berkahwin. Tak perlu habiskan duit banyak2 untuk majlis satu hari tapi menderita bayar hutang bertahun2. Kalau mampu, lain cerita la. Kehidupan selepas berkahwin lebih penting . Aku nak tanya la..korang amik pakej kahwin buat pelamin indah bagai..nak duduk dalam satu jam je pun..pastu orang lain yang posing lebih. Apa kes?

3-Sedia berkompromi dan Berkongsi.

Dah kawin ni banyak kena tolak ansur suami isteri. Tak boleh pentingkan diri. Err..yang ni, maybe aku failed sket kot?? err..byk kot?? sebab aku ni memang mengada2 sket dengan encik hubby. Kitaorang memang selalu bergaduh..tapi cepat baik. Gaduh2 manja gitu. Ecececece. Tapi, even aku taknak bagi hubby aku interframe pun terpaksa kasi gak..tahap kesabaran dia melayan aku memang tinggi. Sebab aku ni keras kepala. Pernah dengar pepatah " In marriage you find one special person to disturb for the rest of your life" tak? HAHAHAHA.

4-Kewangan yang kukuh.

Maksud financial stability disini adalah sangat subjektif. Tak semestinya ko kena banyak duit..simpanan berjuta2..at least masing2 punya pekerjaan yang stabil dan ada duit masuk every month tu dah kira kewangan yang stabil. Kalau takde keje macam mana nak sara anak orang? Banyak kes penceraian yang berpunca dari masalah kewangan yg tak stabil.

5-Anak.

Sapa tak nak anak? ko tak nak?Aku nak. hakikatnya, salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat secara halal dan terjaga keturunannya. Anak adalah penyeri rumah tangga. Nak buat family planning? Boleh. Takde hal. Aku pun sekarang tgh buat family planning. Tunggu sampai husband aku habis belajar by next year. Tapi, kalau korang tak bersedia nak menimang anak lagi..maknanya tak sampai seru lagi la tu..


P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar. Google.


Tuesday 11 March 2014

Heart Ramblings..v 2.0

Ok..entry ni maybe aku akan tulis sesimple yang boleh..pengalaman walk blogging beribu blog dalam internet ni memberikan aku banyak aspek dan penerimaan dan kata hati yang mungkin orang akan cakap aku ni jelous ke..cemburu ke apa ke..but actually it's not. It's just how I felt and what makes I think that way..

Stop showing off! Showing off kat sini bermaksud I know you have plenty of money but please be considerate will you? With all those pictures..full with branded stuffs..your Datin's mak tin'S friends..These are something which we might not able to relate with most of the people out there, which is biasa2 jer. Some blogs that I went they love to show this kinda stuffs..I know you are pretty, having a $$$$ husband or even your good selves family is $$$$$$$$, but to be frank..it's kinda attitude to be modest but yet it is not! Aku rasa macam tak boleh blah kalau ada blogger cakap melangsungkan perkahwinan secara besederhana tapi, buat kat hotel, kek 5 tingkat, Pelamin anganku megah..say what???

You might be lucky you have all that..but there is so much way of showing off your wedding without being so stuck up with all the wealth that you have. certain readers might find it nice, cool, elegant, bla..bla..bla..but to some, they don't share the same feelings. And, really, they don't!

I love blogs which we can relate with our normal daily life..they seems simple, pure & friendly. Not to mentioned, these people does have $$$$ & glamour as well, but they don't pretend to show off.


P/s: Raikan Cinta pun asyik cover majlis orang kaya2 jer. Sucks!

Saturday 8 March 2014

Review Produk: Nivea In-Shower Body Lotion Skin Conditioner

Aku sekarang ni banyak sgt entry dok review produk..Hahaha....takpelah..review produk pun entry juga, ye dak?? *wink* wink*. Ada barang bagus harus dipromote so orang lain pun leh pakai. Sharing is caring what? Heh.

Korang ada masalah kulit kering tak? Aku ada. Especially bila kita keje ni duduk dalam air-cond memanjang, pastu pulak kalau keluar, kena cahaya matahari..lagila kering gamaknya kulit kita ni ha..So, not a good sign for me. Sebab bila kulit kita kering , mudah gatal2 dan mengelupas. Actually aku ni pemalas sket kalau nak letak mosturizer kat badan. sebab pada aku la..mosturizer ko letak la branded mahal apa sekalipun, L'occitane ke, Mark & Spencer ke..apa ke..tak jalannyer kat badan aku ni ha. Kering juga. As an alternatif, since aku tau krim mmg tak leh jalan kat badan aku ni, so aku guna Bio-Oil. So far, aku suka sgt guna Bio Oil. Sebab kulit tgn aku tak kering dan entah..kulit nampak glowing dan muda kot..entah! But, the price is actually quite expensive. Even satu botol kecil tu pun dan RM30++. So, dah kawin ni kan byk sgt nak pakai duit..so terpaksalah aku carik alternatif lain yang tahap power gaban dia serupa Bio Oil ni dan Money friendly..Heh.

So, aku pun ternampak la satu barang baik ni kat TV. Nivea In-Shower Body Lotion Skin Conditioner. First time aku nampak iklan dia dok ulang2 kat Astro aku agak amazed actually dan Nivea memang sangat kreatif dalam pengeluaran produk dia. Mosturizer in shower? Macam best jer benda ni. Mulalah aku ni terkinja2 gedik merengek kat husband aku suh bawak ke Watson berdekatan cari benda alah ni.



Seperti gambar yang tertera, mosturizer In-Shower ni ada dua jenis. Satu utk kulit kering dan satu lagi untuk kulit normal. Aku pakai yang botol biru punya. Sebab dah sah2 memang kulit aku obvious kot kekeringannya. Harga? Harga? Price? Murah sangat beb. RM11.90 jer. Ni harga yang aku beli kat SACC Mall, Shah Alam tempoh hari.

So, balik jer rumah, kebetulan beli lepas keje so aku pun terus try benda ni time mandi. Dari segi tekstur, nampak light warna putih susu, sedikit cair(macam shower gel) , bau dia pun best. Wangi. So, bila sapu kat badan, lepas pakai shower gel dan bilas, rasa dia macam kita pakai losyen biasa jugak, tapi lepas bilas rasa syok jer. Licin dan badan bau wangi. Best sangat.

Tgh posing ;p


So, apa tunggu lagi..silalah dapatkan sebotol utk anda sekarang. :)

Ok, I admit. Ayat aku kat atas tu memang tak boleh blah. Skema duh..! Well, anyway. Tak rugi korang cuba In-shower lotion ni, memang best!.

Till then..Ciao!! 

p/s: Lagi satu, lepas mandi make sure lantai tak licin, sebab lepas bilas kita akan rasa lantai  licin/slippery.
Kat belakang botol ada dinyatakan. So, make sure be careful ya, kang badan licin pun tak guna kalau terpaksa menikmati kelicinan tubuh badan di hospital..;p. (Ok..ok..aku buat lawak! fine! -_-)