Nuffnang Ads

Friday 19 July 2013

Review : Cosmoderm Gentle Series

Pergh...sejuk giler ofis ari ni. Macam dalam cooler jer hah. Nak tutup aircond..xleh plak..bertahan je la gamaknya.heh.

Actually aku nak tulis review pasal produk Cosmoderm ni yg aku dapat tau  hasil dari walk blogging masa aku nk info utk masalah iritation kat muka aku ni hah. Mungkin ada jodoh kot dgn produk ni sbb tu jumpa..hehehe. Yela...almost a month gak aku x letak apa benda kat muka aku selain krim nk redakan iritation kat muka ni hah..muka pun dah jadi kusam dan aisey..tue beb..*cedey*.

So, jeng..jeng..jeng...ni la produk Cosmoderm yg aku maksudkan;

'Cosmoderm Gentle Series"



Dah almost dua minggu jgk aku pakai benda alah ni. So far, Alhamdulilah, muka bertambah baik, dah xde sgt dah dpt irritation ke apa ke. Kecuali kengkadang gatal2 tu ada lagi, tp dah kurang la. Muka aku jenis sensitif, sedikit mengelupas sejak aku kena irritation tak lama dulu, rasa kering dan agak berminyak kat area zon T.Lagi sadis..jerawat2 comey mula naik ..aduh..nak nanes rasa. Dulu muka aku tak mcm ni.Mulus jer..tapi salah aku gak..suka sgt dok tepek foundation lama2 pastu tak jaga muka betul2..padan muke ler..*cedey lagi*



Aku pakai produk ni full set, dia ada Gentle milky foam cleanser, toner, Night revival cream dan Day mosturizer. Kiranya ada 4 steps la. So, here comes my review:

1-Gentle milky foam cleanser:
Cleanser ni pada aku best la. sbb dia tak berbuih tp aku tau bila cuci muka rasa best jer. lembut. Dan yg paling penting..tak gatal2 sgt. Rasa gatal tu ada tp dah kurang. Bau dia pun best.

2- Gentle Toning Lotion:
Lepas cuci muka, aku sapu toner ni. Toner ni lepas sapu kulit rasa licin dan rasa gatal2 tu mmg takde langsung. Nice.Sesuai buat aku yg ada masalah kulit sensitif ni ha.

3-Night Revival Cream:
Malam lepas aku solat, aku pakai toner ni alek sbb aku dah cuci muka ptg time balik keje, so takyah nk cuci muka byk2 kali la. So, apply jer toner ni pastu baru aku sapu dgn Night Revival Cream ni ha. Cream ni yg paling aku suka, sbb bila sapu, kulit rasa lembut. Aku suka pakai time nak tidur. Sbb, esk pagi bgn muka tak berminyak, licin, lembut dan cela2 di muka tu dah kurang sket la. yg ni mmg Fav. Heh.


4- Day Mosturizer Cream:
Sblm masuk ofis aku akan apply toner dan pakai cream ni. Salah satu sbb kenapa kulit aku sensitif sgt sbb dulu pakai foundation tapi x pernah nk letak mosturizer sblm pakai foundation tu. Tu yg jadi sensitif sgt kulit muka aku ni. Nak lagi best, duduk dlm aircond. Memang terbaik... Lepas pakai kulit rasa licin, lembut dan yg paling best tak berminyak sebab cepat serap dalam kulit.


Hah,,tu la sedikit sbyk review aku psl produk Cosmoderm ni. So far, aku agak berpuas hati dgn produk ni sbb kulit aku bereaksi dgn baik dan setakat ni tak ada masalah irritation lagi ke apa..Harga dia pun agak berpatutan. Kalau beli online, ada diskaun 20%, Yes, i love discount. Hehehehe. Kalau nak beli boleh pergi kat sini - COSMODERM

Selain Gentle Series ni, aku pakai gak dia nyer Sunscreen & Foundation. Not bad. Even dia takdela leh tutup sgt segala kecelaan yg ada kat muka ni tapi best sbb bila pakai rasa mcm tak pakai foundation pun ada. Sbb texture dia yg ringan, cair dan cepat serap and also not greasy ok. Nak pakai mcm tu pun tak pe. Tapi aku slalu pakai sekali dgn Ronasutra punya bedak tu ha. Yg tu kira pelengkap la. Heh. Sunscreen ni ada dlm 5 choice, spt gambar di bawah, aku pakai yg no 3, natural beige.



Pasni, aku nk try Tea tree anti blemish ngn Magic exfoliating gel tu. Baca review byk yg kata bagus. Lagipun, aku xde produk nk exfoliate muka lagi ni hah. Ok la tuh..Nanti..bila dah try aku review lagi k..




Produk Gentle Series ni jugak diperkayakan dgn Q10 dan Collagen, utk awet muda gitu..sbb, aku mmg dah tua pun..hehehehhe. Terbaik..


Chow.


P/S: sumber gambar dari Google.

Thursday 18 July 2013

Tinggal 4 bulan...

Pejam celik pejam celik...dah makin dekat tarikh aku nk menamatkan zaman anak dara ni...Lagi 4 bulan je ni haa...aduyai...byk benda tak siap lagi dey...ko nak kawin ke xnak?? * Tepuk dahi*.

Baru je colleague mat salleh aku yg tak berapa nak mat saleh sbb lama sgt dok Msia (dia asal Australia) sorang ni dtg kat cubicle aku tanya persiapan aku;

"SO, how's ur wedding preparation?"

"Well..its kinda slow you now.."

Itu yg aku balas kat dia. But, yeah it is. SO true. Memeng slow giler. Sejak tunang aku dah start kelas balik mmg busy giler mamat sorang nih. Tapi xpe la..dia belajar demi masa depan. Anyway..persiapan bukan tak siap langsung la..dah ada progress cuma tinggal benda yg leceh meceh ni jer..Kat bwh ni aku senaraikan checklist yg aku dah settle dan pending lagi. Heh:

Belah perempuan:

1-Pelamin & catering - Settle. Mak bapak aku dok berkenan betul ngn Abby Catering ni hah. So, ikut je la. Byr kat diorg ni agak mahal tapi mmg puas hati la. Makanan sedap, presentation khemah pun best. Masa abang aku kawin dulu pun mmg pakai service diorg.

2- Fitting baju sanding - Settle. Dekat 3-4 pasang gak aku try tak kena dgn badan.Ada yg nmpk mcm penguin, badan macam anak dah 3, singkat..tak muat (bukan sbb gemuk ek), terlalu menggelebeh, susah nak jalan , and finally...ada jugak yg fit. Aku baru je lagi gi fitting ni. Awal bulan 7 hari tu. Balik kg dgn tunang aku.



3-Photography - Settle. Memula tak tau mana nak cari area Ipoh ni , pastu sumernye mahal belaka, beribu semata-mata nk tangkap gambar. Membazir shj. Ingat aku nk upah adik kwn aku je yg ada kamera DSLR tuh, yg suka2 tangkap gambar, at last, tukar plan, amik photographer bertauliah gak. Kawan kpd tunang aku. Kawan dia tu leh cover utk 2 majlis. Senang sket.

4-Hantaran - Ai ..yg ni aku lemau sket. Pening..fening nk carik brg hantaran belah tunang aku ni. Sbb brg dia mmg susah nk carik. Dah jumpa tp stok xde..nk kena tunggu 2 -3 bulan. Tak payah la. setakat ni aku cuma dapat beli cincin dia kat Bausch K tu jer. Yg lain blum lagi, ada lagi 6 dulang nk kena settle. Takpe..rilex dulu. Tu baru nk beli, belum gubah lagi. -_-



5- Doorgift tuk tetamu - 80% settle - utk tetamu, doorgift bekas muffin dah beli, same goes for VIP doorgift. Tinggal nk beli paperbag, food freebies utk kanak2 (just in case kalau x cukup) dgn doorgift VIP aku blum settle lagi. Still tgh survey apa benda yg menarik dan org akan ingat.



6- Tudung nikah/sanding - Tudung nikah dgn baju dah beli. Tinggal utk sanding jer. Belah lelaki aku tak pakai tudung. Utk tudung sanding nanti..aku beli kat Tudung Fareeda je la.Mahal sket..tp xpe la..





7- Isi borang nikah/HIV Test - Sbb majlis kitaorg lmbt lagi..tunggu dlm bulan 10 atau 11 baru tunang aku buat application..yelah..benda tu boleh pakai 3 bulan sblm majlis jer..sam goes nk buat checking utk HIV test tu.



8 - Homestay - Utk keluarga tunang dan some close friends..blum lagi..




Tu dia ..ingat senang nk kawin? hua..hua..hua..


P/S: sumber gambar di atas adalah dari encik google




Tuesday 16 July 2013

Heart Ramblings...

Today is a hectic life..-_-. I know...Bulan puasa..lagi byk cabaran. Cabaran yg byk mencabar keimanan dan kemarahan. Heh.

Pagi tadi aku dok google2 kat internet. Terbaca la satu artikel yg agak inspiring. And then, terdetik kat hati aku, aku just nk tulis tentang hala tuju, matlamat hidup semasa kita masih diberikan peluang utk hidup kat dunia ni. Apa kejayaan kita..dimana kita 5 tahun akan datang..etc..etc..

Masa kecik pernah tak korang berangan nak jadi apa? Doktor? Magistrate? Lawyer? Manager? Mesti ramai yg berangan macam ni kan, termasuk aku. Tapi, hakikatnya skrg, kita bukanlah Doktor, magistrate, Lawyer mahupun manager. Paling jauh pun..loyar buruk je la..heh. Realiti vs Mimpi. Sentiasa realiti yg akan menang. Ini pandangan aku. Biasanya org yg suka berangan ni selalu tak dpt apa yg dimpikan. Termasuklah aku. Ngee... Tapi, berangan itu lebih baik dari tiada angan2 langsung. Maksud aku, ko hidup, tapi sbnrnya ko mati. Hati jadi hati kering. Takde impian, mimpi..Sedih bagi org2 macam ni. Hidup..tapi, tidak tahu setiap nafas dia tu utk apa.

Life is to short..to be little. Yes. True enough. Hidup manusia ni hanya sekali. Jgn sia-siakan. Dont live  a meaningless life. Ad sbb kenapa kita masih hidup dan ada tujuannya kehidupan kita di bumi Allah ni. Tinggal kita nak cari jer.

Aku masa kecik mmg suka berangan. Favourate la kiranya. Aku slalu berangan nak kawin dgn org kaya, hensem, jadi kaya, byk duit, tinggal rumah besar..kiranya bila time aku sedih atau tak tau nk wat per, suke berangan mcm tu. Entahlah..mengong agaknya aku ni. Tapi, nama pun kita ni muda..of course la slalu berangan something yg meaningless. Makin aku besar..meningkat usia, i found that berangan tak ke mana tanpa usaha. Iyer, betul..angan2 tu mungkin membuatkan kita lupa utk seketika tapi, that's it. Kepuasan yg hanya sekejap jer. Tak balik modal pun. SO, rather than aku ni asyik berangan jer, aku cuba utk merealitikan aku yg aku angan2kan tuh..even sampai skrg pun tak kaya2 lagi..kah3.

Jgn salah anggap..what i meant is that, kaya tak semestinya ko kena ada rumah besar, kete ferrari, duit byk apa sumer tuh, terpulang kepada definisi masing2. Dalam kes aku, aku berjaya dpt kehidupan yg lebih baik dari family aku sblm umur aku genap 30. Dan..semuanya adalah hasil angan2 aku. Memang aku tak kaya, tp, cukup makan pakai apa sumer, aku tak pernah kebulur lagi spt masa aku baru2 grade dulu. Duit xde..gaji kecik, maggi yg paling sadis, belah 2 semata2 nk budget. Makan pagi dan malam sbb takde duit. Siang malam asyik kira kalendar bila hari gaji. Cheh. What a life. Seriously, i was damn pathetic! Family aku tak tau hidup aku kat KL mcm mana. No one is helping me. And, berangan adalah satu cara aku salurkan hala tuju aku ke arah yg lebih baik. Aku, pada masa tu, hanya berharap satu hari nanti aku takkan sekat makan sampai macam ni punya teruk lagi. And, i work to it. Keje keras, cari byk pengalaman dan bertukar kerja utk hidup yg lebih baik. And then, here comes the sacrifices. Nak duit byk, keje pun kena setimpal dgn apa yg dibuat. Aku nak sesuatu, dan aku kena korbankan sesuatu. Aku nak hidup yg lebih baik, maka aku kena berkerja lebih. Tu yg sampai asyik demam teruk jer. Not so good as well, but i have a plan for that.

Bila aku tgk kehidupan aku sedikit sebanyak berubah..aku tau aku sedang menuju ke hadapan, dan bukannya ke belakang atau statik. Kalau aku rasa hidup aku statik jer, then i told myself, do better than this. Aku jenis tak bersaing dgn org lain, aku bersaing dgn diri aku sendiri, sbb aku ni jenis suka keadaan comfort zone, that is something which i wont tolerate, but i tell myself, if you want more then you have to do more! So i did it. Tapi, ini semua takkan boleh aku buat jika aku takde motivasi pada diri aku sendiri. Bila aku dah set mind pada something, i'll do it. Takde org paksa pun.

Pada akulah..aku suka letak ISO mcm SIRIM tu kat diri aku. Aku ni bukannya baik sgt..nakal tu adalah, dan jahat tu pun ada..but, that is how human works..if you dont have all this then your heart were made of ice. That is the beauty of being human. jgn letak pressure sgt kat diri sendiri demi nk jadi macam org lain. Be unique, in your own way. Sbb, bukan org lain yg jaga hidup kau..kau kena jaga diri kau sendiri. Aku selfish..tapi bertempat. Pada aku, even kalau nak buat jahat sekalipun, ada limit dia. Dont go beyond the border, you'll regret.

So, tanya diri kita sendiri kejayaan kita dah di tahap mana. Apakah masih di takuk lama, baru, terbaru dan dah diupdate ke facebook masing2? Normal org slalu gunakan Facebook atau other social media utk update status hidup masing2. Yelah..byk kwn kan..but trust me, not all your Facebook friends are friends at all. True friends are real in the real world. Kalau di takuk lama, barukan. Sikit pun jadi la..Kalau masih baru jgn biar suam2 kuku. Kalau terbaru buat inovasi terbaru...baru adventure. Aku cakap mcm ni macam la aku ni bgs sgt kan..No. Hell no. I am not. I am a person with weird attitude and way of thinking. Im twisted. Org susah nk phm aku dan aku susah nk phm org. Sbb tu aku anti sosial. Heh.

Aku harap dlm tempoh 5 tahun akan dtg, aku akan lebih baik dari skrg..better position in financial & works. I was thinking whether i can have my own business as well. Penat mkn gaji dgn org ni. Terasa gak nk jadi boss. Asyik kita je dok mengkayakan org lain,...diri sendiri tak kaya2 gak..


Ok..chow.

Friday 12 July 2013

I'm Back..

Hai...dah berhabuk agaknya blog aku ni hah...lama betul tak update. Anyway..it's nice that i can greet again in my blog and ramble things. Heh.

Aku baru baik dari demam yg agak teruk akibat urine infection. Asyik ulang alik jumpa doktor. Syukur Alhamdulilah dah bertambah sihat sekarang. Terima kasih sgt dgn tunangku yg sgt memahami dan risau dgn keaadaan aku yg agak teruk masa demam ari tu. Apa pun sumer tu dah berlalu and here i am, ramble stuffs in my blog...:)

Masa aku sakit hari tu, aku amik cuti almost a week untuk berehat dan pulihkan diri balik. Yelah..keje byk, stress, mana tak mudah sakit. Seriously masa aku sakit aku byk berfikir akan hidup aku skrg. Muhasabah diri kata org. Sejak aku tuka keje baru ni, ever since last year, aku asyik jatuh sakit. Sakit yg pelik2 plak tuh. Tapi tak teruk macam apa yg aku alami baru2 ni. Tu dia. Penangan stress, dan tanpa rehat yg mencukupi. Mana tak sakit, keje berlambak, tak pernah habis, problem kat ofis pun byk, especially time closing. Pastu aku kena uruskan urusan wedding aku lagi, pegi sana, pegi sini..seriously, tidur mcm biasa tp asyik terjaga malam teringat hal kerja. Hai...apalah nak jadi dgn aku ni. Aku tak nafikan yg aku suka dgn keje aku skrg, tapi workload yg overload tidak membantu apatah lagi byk ad-hoc cases, payroll yg harus dibuat. sumer tu tanggungjwb yg byk memberi tekanan pada aku. Aku letih. Keje macam org giler..gaji byr ciput. Sabtu Ahad aku still kena spend 2 -3 jam untuk buat keje, sbb kalau tak Isnin mmg crash. What a hectic life!

Then its strike me in my mind, are u sure u want to do this for the rest of your life? Hell no. I dont want dude. Lebih2 lagi aku nak kawin dah ni. Taknk la lepas kawin asyik stress jer. Katakan ada rezeki aku pregnant, lagi aku xnk wei. Mommy doesnt want to be cranky ok!

Bayangkan, keje teruk tapi macam mana aku nk hidup dgn happy kalau aku asyik hidup dlm stress? Bila difikirkan balik, maybe i am right. Bila kali terakhir aku ketawa dgn gembira? senyum dan relax my mind? aku dah tak ingat. And, aku asyik berangin jer dgn tunang aku. asyik nak marah2 mcm org nk menopous(padahal muda lagi..ngee). Sumer tu tanda2 stress ler. Nasib baik tunang aku ni paham perangai aku. Kalau tak...tak tau la. Hmph.

So, after all these thinking. I want out. Really out. Ye, keje skrg mmg bagus dan gaji yg dibayar boleh tahan, tapi, jika difikirkan balik, tak cukup nk menampung keperluan selepas aku berkahwin. Belum lagi bila dah ada anak, mati keras fikir balik nk carik duit. Skrg i am all about present & the future. Takkan selamanya aku nk makan gaji dan asyik ikut bontot boss. Padahal, boss tu pun bukannya reti buat keje sgt.Pandai ckp jer, tapi tak reti nk wat keje sgt. Tak reti sumer disuruhnya staff buat untuk dia.

Life is like this. Its hard but its bearable if you have motivation. Dan sekarang, aku dah takde motivation lagi dah nak keje kat company skrg. Keje teruk2, asyik sakit jer, tapi, still org tak appreciate wat per. Aku ni cuma tunggu masa je nk blah dari company ni. Bygkan aku nk amik cuti pun aku kena pikir cut off payroll aku. Sbb aku xde backup. Aku sorg je wat payroll for the whole company. Mmg penat dan pressure siut. Even aku nk kawin ni pun, kena budget2 time gak.

Satu lagi reason adalah disbbkan environment, ramai colleagues aku yg aku kamcing sumer dah blah. Yg tinggal hanya golongan yg pilih kasih dan management yg not really care about employees. Trend company aku skrg, expelling staffs is even higher than hiring. Baru masuk, resign..tu la gamaknya Company aku skrg. Nak retained staff, jgn harap!.

In fact, bila dah kawin, tempat keje aku skrg akan lebih jauh dari tempat tinggal aku. Rasanya, eloklah kalau aku bertukar kerja kat tmpt lain. Aku xnk stress2 lepas kahwin. Aku nk relax, happy dan bhg di samping suami tercinta. Duit penting...tapi apa yg lebih penting adalah kesihatan dan masa yg berkualiti utk family dan personal life. Byk duit pun, kalau terlantar je kat katil, hospital..tak guna gak. Betullah..Kesihatan tu anugerah Allah swt yg sgt bermakna. Bila nikmat sihat tu Allah tarik sket jer..tgk, menggelupur aku.

The end.