Nuffnang Ads

Saturday 14 November 2015

Port Dickson & Grand Lexis Part II

Hah..ni sambungan dari part 1..

Sampai Grand Lexis dah nak pukul 5 ptg..orang plak makin ramai, mostly family. So lepas jer check in terus laju jer nak gi villa. 

Nak pergi Villa dia..ada option, samada nak jalan kaki takpun ambil buggy service diorang, bergantung pada betapa jauhnya villa korang dan berapa banyak beg korang bawak. Macam kitaorang haritu, tak bawak barang byk sgt, so ok la..Masa first time nak gi Villa je naik buggy, lepas dari tu, aku dgn husband jalan kaki jer. Lagi senang.

First time impression bila sampai kat villa..

Pergh...mewah dan private giler..

Ni kira bhgn pantry la..siap ada microwave tu..

Hallway masuk nak ke swimming pool

Ni katil ler!

Pandangan atas katil

Villa kitaorang ni..betul2 kawasan tepi laut..boleh nampak air laut lagi

Pandangan dari dalam ke bhgn luar swimming pool

Swimming pool


Hah..swimming pool ni la part paling excited buat aku dan husband:

Bahagian atas 

Pandangan sisi

Siap ada katak pancut air lagi!

Safety first..sebelum masuk ke swimming pool ni..bawak2 la baca rules dia dulu  yer!


Swimming pool dia memang best la. Kedalaman pool ni dalam 4 kaki ker. So takdela dalam sangat. Best sangat lepak kat sini sebab sangat privasi dan takde orang kacau. 


Husband aku pulak..sampai2 jer..dia testing "tongkang" dulu:






Suke ler tu dapat main tongkang dia tu..selalu main kat Tasik Shah Alam tu segan2 dia nak main hah pasal bot tak laju..hah..kat Grand Lexis ni..main ler sampai dah tak leh nak jalan dah bot ni..Hua3. 


Berbaloi la bayar mahal sikit untuk hotel ni tapi sangat puas hati. Service, makanan pastu villa memang terbaik! Ni baru betul hotel 5 bintang. Kiranya kat sini Avani Sepang dah kalah la. Hua3. Insya Allah..ada rezeki lebih aku nak dtg sini lagi bawak family.

This is the 2nd hotel best after Langkapuri Inn.! :)

Till the next post.

Bubye XD




















Port Dickson & Grand Lexis Part 1

Hai!
Lepas minggu konvo husband aku..kitaorang amik cuti la plak minggu lepas. Sebab Deepavali kan hari Selasa, so sambung cuti sampai hari Selasa ari tu..

Cuti pun short vacation jer, ingat nak gi Port Dickson ..sebab dah booked villa kat Grand Lexis. Ala hotel yang ada swimming pool private tuh.. Boleh kata dah lama la jugak aku tak datang PD ni..Kali terakhir masa umur aku dalam 11- 12 tahun  macam tu..sebelum kitaorang pindah dari Klang ke Perak..

Selfie dulu!

Masa kitaorang sampai..panas terik. Tapi ramai orang la. Pergh..memang terkezuut gak aku. Dah lain benau dah pantai Teluk Kemang ni..Pantai pun dan cantik. Memang best ar.




Cuba teka gambar ni diorang lukis kat mane? hehehehe..


Kitaorang lepak kat Teluk Kemang ni pun tak lama..ada la dalam 45 minit macam tu. Sementara nak tggu masa check -in kat Grand Lexis. Overall, next time memang kitaorang nak pergi lagi. Sebab nak mandi laut hari tu macam panas terik sangat la pulak..pastu terlalu ramai orang. 

Next time kalau nak pergi, pergi awal2 pagi. Orang tak ramai..suasana pun sejuk jer.

Ok..sambung citer pasal Grand Lexis plak dalam Part 2.

Bubye!!  :)









Friday 13 November 2015

Majlis Istiadat Konvokesyen UITM ke 83

Dah nak dekat dua minggu baru nak update..ceh buruk perangai sungguh!

Finally husband aku dah menamatkan pengajiannya dan akhirnya kita beroleh....kemenangan!! 
Eh salah..Beliau memperoleh Diploma. Bila ditanya nak sambung Ijazah ke..jawapannya..
'Urmm..tak tau lah.."  

Actually, dah lama gak aku tak jejak kaki kat Universiti ni..grad pun dah lama..tahun 2007..ni 2015 baru nak jejak  balik..rasa nostalgia jap.. tetiba rindu balik zaman belajar kat UIA dulu. Kengkawan ramai, pastu suka buat keje pelik2 time universiti, kerje part time..lepak dengan kengkawan yang kaki Jpop & Kpop..Adui..bestnyer.

Sekarang..sumer bawak haluan masing2..sorang demi sorang dah takde...lost contact terus..cari kat Fesbuk pun tak jumpa..tapi harapnya sumer kengkawan aku success dunia akhirat. Amin...

First time aku attend Convo ni jadi penonton. Seriusly..tak tau nak buat apa dlm tempoh 3 jam berada dalam dewan tuh. Aku pergi dengan mak mertua aku so kitarorang sembang2 kejap..pastu dah tak tau nak sembang apa dah. Ngantuk giler... 

Habis konvo jer of course la sesi paling famous, glamour ...candid time! Aku pun tak ketinggalan jugak..
Tangkap gambar tu haruslah berdua suami isteri!



Lagi gambar berdua!


Husband aku dan gengnyer!
Candid pics
Say cheese!
Adeh muka boolat..!


Kesimpulannya..boleh kata majlis Istiadat UITM ni agak happening la jugak! 

Penat memang penat..tapi happy dan relax jer time ni! 

P/S: Entry ni pendek jer.. hehehe