Nuffnang Ads

Tuesday 28 July 2015

Tak mampu pakai SKII ? Hada Labo pun ok!!

Wah...sekarang ni memang aku ni pemalas giler nak update blog. Bukan apa, busy dengan keje dan tengah memantau rapi masa hadapan.. Nah..just joking. Memang terlalu busy sekarang ni. Busy keje dan personal life. Ada je yang nak dibuat dan perlu disettlekan. Tu yang kengkadang terlupa aku ada blog kecik comey yg famous ni. HEH.


Dalam entry aku yang lepas aku ada story pasal betapa daebaknya SKII kan, Yes, memang SKII terbaik dalam regim penjagaan wajah tapi disebabkan produknya memang edisi kopak purse nak membelinya, so..aku terpikir dari aku menghabiskan duit beratus2 semata2 nak nampak kiut miut depan husband aku (almaklum dah terasa tua) baik aku cari alternatif lain yang boleh memberikan impak serupa ala2 SKII ni.

Dan tada.... HADA LABO Lotion is here come to the rescue. Aku pakai yang botol hijau tu.. Yes!! alternatif mudah lagi murah!! (Mcm Iklan tak?)


Hada labo ni memang produk hit kiranya la jugak kat Jepun. Bukan setakat hit..produk ni boleh dikatakan terjual lebih 4 botol setiap berapa saat tah. Aku dah lupa. Tapi, for those yang maybe tengah tercari2 alternatif produk wajah yang sesuai dan harga agak berpatutan, Hada Labo is a good choice. 

Rasanya aku takkan  cerita  Hada Labo ni dirumus dari formula apa ke hape ke..sebab korang boleh google jer. Banyak info korang boleh dapat. Aku cuma akan review dari pengalaman aku sendiri dok pakai lotion ni , but, make sure korang pilih produk Hada Labo lotion yang betul dan sesuai dengan kulit muka. Macam aku sebab kulit jenis berminyak, aku guna Hada Labo  Light Lotion. Produk ni ada kategori untuk jenis kulit masing2.

Aku dah start pakai produk ni start masa bulan puasa dulu. And here goes my review:


1- Produk ni tiada alkohol. So very gentle to my face. Bila korang pakai memang takkan ada bau fermentasi ke..hape ke..Just ..lotion. Memang takkan ada bau apa2. Sebab ianya Hyaluranic Acid.


2- Cukup pakai 3 ke 4 titik dari produk lotion ni. Letakkan di tapak tangan pastu gosok kasi rata kat telapak tangan dan tepuk 2 sekata ke wajah.  Kebarangkalian untuk ada irritation tu...takde kot.  Zero.Serious. First time aku pakai produk yang memang takde effect nak purging bagai sangat ke hape ke.. Tapi..ni pun bergantung kulit wajah jugak.

3- Tepuk hingga korang rasa macam muka korang melekit, dan perasan telapak tangan korang macam sticky melekat2 skit kat kulit muka. Hah..tu tandanya lotion ni  cepat menyerap dalam kulit. Effect dia memang cepat. Pastu kulit muka korang akan rasa lebih lembut.

4-Aku selalu pakai lotion ni dimuka, leher dan lebihan lotion ni aku gosok kat tangan hingga ke siku. Hasilnya, kulit tangan aku yang dulunya nampak kering sekarang nampak lebih lembap dan lembut.

5- Kalau first time pakai, maybe effect bergantung kulit wajah kita macam mana. Macam aku, first time pakai, takde rasa apa sangat, tapi bila dah nak masuk seminggu macam tu, baru aku perasan muka aku macam lain sikit. Nampak minyak muka dah makin berkurangan dan kalau keluar dating dengan husband aku tak mekap pun ok. Kulit muka nampak sekata.

6- Selalu aku pakai Hada Labo ni sebelum tidur dan kalau hujung  minggu baru akan pakai time lepas mandi. Kalau sebelum tidur, aku cuma akan pakai lotion ni jer, tanpa pelembap. Sebab jenis kulit muka aku berminyak, since Hada Labo ni rich with moisture, tak perlu pelembap dah. Sebab aku perasan, kalau pakai sekali dengan pelembap, besoknya bangun tido muka dah macam minyak masak. Dan kecenderungan jerawat2 kecil tu akan muncul. Cis..tak bestnya.

7- Dan, aku tak pakai lotion ni setiap hari. Cukup la dalam seminggu aku pakai 4 hingga ke 5 kali. Kenapa? Saja. XD. 


8- Lotion ni serious jimat. Since dari aku pakai time bulan puasa tempoh hari sampai sekarang, tak luak pun.nak cecah setengah pun payah. 

9- Harga Hada Labo Lotion ni dalam RM50+ jer. Tahan sampai expiry date. Dan senang sangat nak beli, Pergi je kat Watson, Guardian Pharmacy. Confirm ada.

10- Sangat friendly purse . Murah dan actually..lagi daebak kot dari SKII.


Selamat mencuba. :)


p/s: Ini bukan entry berbayar. Aku cuma suka share dengan orang benda best2 macam ni. XD 



Monday 20 July 2015

Selamat Hari Raya!!

Lama benau kiranya aku tak update apa2 kat blog aku ni masa bulan pose hari tu. Bukan apa..takut aku termerepek yang bukan2 time bulan pose hari tu free2 jer dapat dosa. Baiklah aku tak yah nak update apa2. Hahahha.

Hari ni masuk raya keempat dan dengan sedihnya aku dah ada kat Shah Alam. Hua3. Husband aku pun start keje hari ni..aku je yg tak masuk2 keje lagi. Tengah mood beraya lagi ni.

Tahun ni kiranya tahun kedua aku beraya dengan husband tercinta dan tahun pertama jugak beraya dengan family mertua. Rasa sedih gak sebab takde kat family sendiri tapi bila dah kawin ni kenalah give & take..tolak ansur, tahun lepas giliran aku beraya dengan family, tahun ni turn husband pulak la..

Raya tahun ni biasa2 jer..sebab adik beradik belah husband semua balik beraya kat kampung isteri masing. Sorang kat Grik, sorang lagi Kedah nun sana hoh.. so, tinggal kakak husband aku dengan suami dia jer kat rumah mertua tahun ni..tapi..still rasa beraya jugak biarpun tak ramai. 

Dan..theme raya tahun ni..warna hijau. Rasanya ramai gak kengkawan aku yang pilih tema kaler hijau tahun ni..Baju raya pun aku beli online jer. Tapi, bukan kat Poplook. Design baju raya kat Poplook tahun ni macam pelik jer, Pastu tops dia harga lain, skirt dia lak harga lain..taknak aku. Mahal seh. so that's why aku decide beli kat Zalora. Harga pun tak mahal sangat. Raya tahun ni aku beli kurung moden yang simple dan sangat sempoi. Dan paling penting selesa. Dan sebab aku memang suka pakai color block type of style. 

Baju kurung yang aku beli dari Zalora tu adalah dari Luxe by Ethnic Chic. Serious kalau korang nak beli baju raya yang cantik2, beli awal2 jer kat Zalora, banyak choice dan murah.

Disebabkan kitaorg cuti singkat jer, so petang raya tu aku dan husband dah bersiap2 nak balik Ipoh. Balik Ipoh pun tak la jem sangat mcm tahun lepas, sampai lapan jam ko kat highway, nak balik Ipoh jer pun.. ni, kitarorang bertolak pukul 3 ptg, dalam pukul 5.30 macam tu dah sampai Ipoh dah..

Semalam petang kitaorang balik Shah Alam dah. Aisey, kejap betul rasanya raya tahun ni..rasa macam tak puas lepak kat rumah parents aku tu hoh..

Papepun..Insya Allah. tahun depan ada rezeki, umur panjang dapat la bercuti panjang kat Ipoh tu hoh..

Di kesempatan ni..rasanya tak terlambat kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf andai ada post yang mengguris hati ke ..apa ke...dan terima kasih juga kepada yang sudi follow blog kecik dan tak glamer aku ni hoh..Tanpa anda takdelah traffic link blog kecik aku naik sikit2..


Selamat Hari Raya semua...XD

Selamat Hari Raya!!