Demam World Cup 2014 AKA Piala Dunia dah pun bermula sejak beberapa minggu yang lepas. Maka berpusu2lah update kat Facebook, Twitter pasal World Cup. Siap terang2 cakap sapa yang disokong...bla..bla..bla..pastu, update profile apa sumer, tangkap gambar sekreatif yang mungkin lalu diupload ke Facebook takpun Instagram. See? macam tu hebat penangan World Cup. Yela, dah semua orang cakap; "Ala..4 tahun sekali maa"... Hmmm...Heh. Tu belum lagi masuk post sengal pasal World Cup yang buat rules untuk isteri2, tunang2, girlfriend2 comey sekalian yang tak boleh ganggu mahupun komen apa2 pasal team bola yang diorang minat dan entah apa2 la lagi. Macam la tengok bola tu boleh bagi ko duit, takpun buat ko kaya.Heh.
Tapi, kalau orang yang memang tak suka tengok bola macam aku ni ha seriously takde rasa pape pun. Ala..bola je pun...nak tgk sekumpulan lelaki beramai2 kejar sebiji bola semata2 nak masukkan bola dalam gawang gol. Tu je la. Pastu nak kena bersengkang mata plak? baik tak payah. Tidur lagi best. Heh.
Bercakap pasal fans bersengkang mata semata2 nak tengok bola di awal pagi ni, confirm tetiba MC naik mendadak. Ye la, dah ramai yang apply MC semata2 tak dapat bangun gara2 bola. Semua ni berkemungkinan besar menyebabkan produktiviti syarikat terjejas, disebabkan ramai pekerja yang MC, ponteng kerja mahupun datang lewat ke pejabat.
Mana taknya, nak tengok siaran langsung jer dah dekat pukul 3 atau 4 pagi, of course memang akan jadi mata panda bila datang ofis. Pastu, badan rasa letih dan tak cergas. Yela, dah kesiangan, mengantuk di pagi hari. kalau tengok time weekends jer takpe. Sebab boleh qada tidur lepas tu. Kalau tengok hari2, paham2 snediri je la.
Di China contohnya, seorang peminat bola sepak meninggal dunia kerana langsung tak tidur selama 2 hari gara2 World Cup. Sampai macam tu sekali fanatiknya peminat bola nih. Umum mengetahui manusia memerlukan rehat yang cukup demi kesihatan diri. Bayangkan kalau kita tak tidur selama 48 jam, tak mengantuk ke wei? mesti rasa moody, rasa cam tak best. Pastu buat keje pun mesti banyak kesalahan sebab tak fokus.
Nak tengok bola boleh, nak jadi peminat bola pun, boleh tapi biarlah berpada2. Kalau tak dapat nak tgk time waktu keje, kalau ada Astro kat rumah tu, rakam je la. Bukannya susah pun. So, pagi esoknya lepas balik keje pun korang boleh tgk jugak. Aku tau certain people lebih enjoy siaran live tapi kalau impaknya tak membantu diri sendiri buat per? Kalau sakit dah tak boleh enjoy tengok dah.. kita sakit sekalipun World Cup still jalan!
Seperti gambar yang aku letak, Khairy Jamaludin try nak mintak MC pun PM kita tak bagi. Cool giler!
Till then peeps!
P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis. Kredit gambar dari Wanista.
No comments:
Post a Comment