Nuffnang Ads

Thursday 24 July 2014

Kau rasa kau suka tak kerja kau sekarang??

Aku terbaca pasal ni kat blog mantot. Seriously, apa yang mamat Mantot ni cakap memang banyak yang terkena kat aku. Sebab apa? Apa yang aku rasa dan lalui sekarang lebih kurang macam apa yang dia cakap kat blog dia. Technically speaking I am fed up, tired dan rasa menyampah nak teruskan kat tempat kerja sekarang. Tetiap pagi bangun pagi rasa cam malas jer...rasa cam nak tidur balik..nak MC pun ada. Tapi, bila difikirkan dengan otak yang waras..tak guna gak aku buat semua tu. Masalah, tetap masalah. Tak boleh nak asyik nak mengelak. Kena face the problem jugak!. Selagi tak selesai selagi tulah muke toya  jer..-_- 



Sebab apa aku rasa fed up, tired, menyampah dengan tempat kerja sekarang?

1. Bila masuk ofis rasa macam rumah hantu. sunyi gila si** . Pastu sumer dok mengadap laptop jer. Nak bukak radio pun tak boleh! Ala biasa la kita kalau taknak boring keje suka dengar radio takpun lagu kengkadang, ye tak? Boss aku cakap tak professional kalau client dengar. Gila kentang punya rules! what the F***!

2.Rakan sekerja yang overly sensitif! Tegur sikit dalam email mulalah nak emosi. Padahal, claim yang dihantar dah sah2 salah dan tak ikut policy. Pastu nak marah kita balik. Kata kenapa mesti pakai paper la..apa la...dah policy kata nak hardcopy untuk submit claim, bagi je la. So..aku dengan selambanya cakap,
"Hey..I'm just doing my job!".

3.Environment kerja yang tak begitu mesra alam. Semua orang duduk dalam klik masing2 dan hanya bergaul dengan rakan sekerja dalam satu team. Bila buat aktiviti, sumer macam kekok giler nak bergaul!Aku? I prefer to be Lone Ranger.

4-Ofis politik yang memang tak boleh belah teruknya! Ada satu insiden boss aku suruh aku process claim HOD kawan dia yang sepatutnya diberi sebelum cut off date tapi cara dia bagi dan suruh aku buat macam gangster! Siap datang kat tempat kerja aku dan "paksa" aku proses claim tu.

5. Boss berat sebelah. Pilih kasih. Kat company kitaorang takde racist ok. Lagi teruk daripada tu, melawan jer..taknak buat benda yang bukan sepatutnya kita kena buat dah dicop pekerja bermasalah. Masuk dalam black book boss! Including me!

6.Staff kat sini sumer hipokrit. Depan baik belakang..tikam kita dari belakang. Lahanat punya perangai!Memandangkan dah sumer orang hipokrit so aku pun terpaksalah jadi hipokrit gak even hakikatnya aku menyampah giler nak buat cam tu!


Ok. Enough is enough. Dah..dah ...tak yah citer panjang la. Contoh di atas antara apa yang pernah dan selalu terjadi kat aku. Bila dah selalu kena rasa cam kebal dan lali dengan semua ni. Dah malas nak bertekak dengan orang yang memang tak reti bahasa. Kalau argue sekali pun, boss aku takkan dengar pendapat aku. Dia takkan backup aku sekalipun. So, buat per nak keje mati-matian untuk boss macam ni? 

Aku suka kerja aku. Cuma aku hanya tak berkenan dengan environment tempat kerja dan office politik yang suka tikam orang dari belakang. Serius tak cool ok! 

Mungkin ini jugak petanda yang aku dah terlalu lama kat company ni dan aku rasa kerja aku tak berkembang. Boss aku masa mula2 masuk memang manis mulut...kata nak promotedkan aku la..apa la..tapi after 3 years...Haram! Hampeh segala yang dijanjikan tu gula-gulakan aku jer semata2. Aku pun salah gak. Dok percaya dan menaruh harapan. Sekarang tengok? pelamin anganku musnah la jawabnya. Tidaaaaaaak!!!!!!!!!!!

Dah sampai masanya untuk aku pikir tentang diri sendiri.It's time.

Sampai bila nak asyik ikut bontot orang lain.?? Buat keje separuh mati, semata-mata nak siapkan untuk boss pun mana boss pernah peduli? kesilapan aku jugak dia nak highlight lebih2. Poorah!

So, moral of the story, suka dengan kerja, boleh. Nak excel dalam kerja? Lagi bagus. 

Tapi nak sayang company lebih2...tak dapek nak janji la bai...

Chow.

p/s: Sumber gambar google.


\

No comments:

Post a Comment