Pergh berhabuk blog kecik dan tak famous aku ni ha...almaklumlah pemilik blog ni still lagi dalam mood raya yang ke-9 ...hinggalah tamat Syawal yang mulia ni...-_-. Still lagi tengah berhempas pulas kat ofis menyettlekan apa patut. Keje berlambak2 takde orang nak tolong buat atau offer untuk buatkan sebab keje aku sangat complicated. Heh.
So, dikesempatan ni aku curik2 jugak buat entry baru time lunch hour. HAHAHA.
Tahun ni..aku dah tak raya sengsorang lagi. Balik kampung pun bukan seorang, sebab sekarang dah berdua..ada teman nak balik kampung raya...mih3. Sapa lagi kalau bukan hero filem tamil aku yang sorang ni...husband aku daa!!!
Pape pun raya tahun ni boleh kata banyak pembaharuan jugak la dalam erti Raya seumur hidup aku. Tak pernah tempoh jem every time balik raya, tahun ni...amik ko! 8 jam redah jem semata2 nak balik kampung aku yang selalunya amik masa 2 jam je nak sampai. Ipoh je pun. Bukannya balik Kelantan ke...Terengganu ke... Siap husband aku leh cuci dashboard lagi.. Tengok! Punya la dasyat jem tahun ni...
Kesian aku tgk husband aku bawak kete dengan puasa dia..penat dia...tak sihat lagi...aku nak tolong tak dapat sebab aku ni bukan reti bawak kete pun. Entah. Aku memang takut bawak kereta. Tak tau kenapa. Dahlah dia puasa aku pulak...hihihi...tak pose! (biasalah...time bulan2 kan). Sian je aku tengok.. Siap sampai husband aku leh cuci dashboard lagi time tengah jem tu.
Rasa best Raya tahun ni beraya ada orang tersayang. Rajin husband aku dok kemas rumah bapak mertua dia yang comey ni hah. Tu yang teroverdose Raya pertama demam..tak sihat. Pastu kena beraya jauh plak tu sampai ke Tanjung Malim sana haa..Seronok dapat husband berdikari macam ni. XD
Time pagi Raya plak...lain pulak ceritanya, kitaorang dok gaduh2 manja pulak. Alkisahnya husband aku nak pakai sampin, masalahnya aku ni bodoh biang tak pernah nak pakaikan sampin untuk lelaki ni ha. Adik beradik lelaki termasuk ayah aku mana nak pakai sampin sangat, panas katanya. So, yang husband aku ni lak, rajin dok pakai serba lengkap time raya. Dah aku ni tak reti nak buat macam mana. Nasib baik gak adik laki aku yang ajar, so, bila dah tau ni senang je la aku nak menyiapkan husband aku. Takdelah susah mana nak pakaikan sampin husband ni ha. So, bila kita dah kawin ni sebenarnya banyak benda jugak kena amik tau ek? Aku bab2 pakai sampin, pakaikan tie untuk lelaki sumer out. Sian husband aku dapat wife yang ex-tomboy lagu ni. Takpe...tak tau boleh belajar kome.
Time nak mintak maaf di pagi Hari Raya plak, aku takde nyer nak cakap:
'Abang...maafkan ayang dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum ayang apa sumer..bla..bla..."
Ni yang aku cakap:
'Abang..ayang mintak maaf kalau ada buat silap, mengada2, suka marah2, suka gedik2 dengan abang setakat kita kawin ni, sebab maybe lepas ni ayang buat lagi..hihihi.. selamat hari raya abang"
Takyah nak kosong2 sangat. Sebab memang tipikal, kita time raya la nak mintak ampun maaf semua. Pastu..buat balik. Baik tak yah. Yang kosong2 tu apa ke bendanya? Ingat main badminton ke nak 0-0? Choy!
Pape pun...Selamat Hari Raya! Enjoy gi Open house lepas ni alrite!!!
P/s: Baju Raya tahun ni sebab malas beli kat Poplook je. Cantik jugak. Baju Melayu Husband aku, hantaran kawin last year. XD
No comments:
Post a Comment