Nuffnang Ads

Monday 12 October 2015

Yadah Air Powder Pact Review

Selalu dengar pasal produk Yadah ni. Apa benda Yadah ni? Jenama apa? Dari mana? Yadah? Apa tu Yadah? Apa ke jadah?

In the end, aku pun terpengaruh gak nak pakai Yadah ni. Ni semua gara2 terbaca entry 
Namee Roslan. Good entry anyway...tu pasal terpengaruh.. Hihihi.. Baru la dok kenal produk Yadah ni haa.. 

Sumber gambar google


Rasanya, mungkin aku ni dah ketinggalan zaman sikit kot bab2 produk Korea ni. Ini first time baru nak cuba try produk makeup dan kecantikan dari Korea. Dulu masa zaman2 Hansaegee famous, takdela tergerak hati sangat nak try makeup2 k-pop ni tapi entah kenapa aku tergerak hati pulak nak try produk ni.

Yadah ni produk dia memang natural based ingredients. Dan kebetulan pulak aku ni tengah cuba nak cari alternatif produk yang aku pakai sekarang, sebab kebanyakannya mengandungi Paraben. So, kalau boleh , cuba nak elakkan produk yang macam ni. That's why aku decide nak try produk Yadah ni.

Dan, Yadah Air Powder Pact ni antara produk yang memula aku cuba try. Here goes my review:

1- Best. Make up nampak natural. Daya ketahanan menahan minyak kat muka aku ni boleh kata agak lama jugak. Even after lunch time, still tak payah nak touch up sangat.

2-Didatangkan dalam packaging yang sangat comel. Kiut jer muka budak rambut merah Yadah ni..Eii..rasa cam nak cubit2..

3-Sponge yang serius lembut dan sangat hygiene sebab ada tempat letak sponge sekali. Again, no break out or anything.

4- Harga standard la. A little bit expensive than Ronasutra but worth it. 

5- Suka sebab bila touch bedak tak nampak bercapuk. Aku pilih rona natural beige.


Con's untuk Air Powder Pact Yadah:


1- Medium coverage. Better pakai dengan any foundation/BB/CC/Concealer untuk impak yang lebih cantik.

2-Hmm..tu je kot. 


Overall, aku sangat berpuas hati dengan Air Compact Powder ni. Kalau aku maleh skit nak makeup lebih2 letak bb cream pastu touch up dengan produk ni pun dah ok. Settle.  

Korang boleh beli kat website ni Hermo.MY . Aku beli masa MYCYBER sale baru2 ni so memang jimat sangat2.

Try it ladies, worth it. :)
Yadah BB cream for Sensitive skin+Air Compact Powder+Auto Lip Crayon


Selain dari Compact powder ni, aku jugak beli dia punya Yadah Auto Lip Crayon (Warna cotton candy), Yadah Lip Tint & jugak BB Concealer for Sensitive skin. Insya Allah aku akan review next time.


P/S: Entry berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Just sharing. Bukan entry berbayar.






No comments:

Post a Comment