Belum pun MH370 dijumpai, semalam pesawat MAS MH17 dilaporkan terhempas selepas pesawat tersebut ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat yang membawa seramai 280 penumpang dan 15 kru maut di tempat kejadian.
Aku taknak komen banyak la pasal insiden ngeri ni. Definitely korang boleh google sendiri kat internet dan aku pun taknak cakap benda yang sama berulang kali. Aku pun tak nak komen pasal segala teori konspirasi yang memang akan wujud everytime benda macam ni terjadi. Entry ni cuma hanya pendapat peribadi yang aku fikir dan rasa mengikut pemahaman aku and that's it.
Memang orang sekarang tengah heboh dan kecoh pasal tragedi hitam MH17 ni. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Bila dah jadi benda-benda macam ni, rasa macam seriau nak naik kapal terbang tu pun ada. Terus aku cancelkan segala plan percutian untuk sementara. Bukan apa, atas dasar keselamatan jugak.
Dan bawak-bawak kurangkanlah dok bergossip dan buat andaian sendiri pasal MH17 ni. Biar pihak berwajib dan yang berkenaan buat kerja diorang. Siapa kita nak mempertikaikan? Tak salah nak berkonspirasi tapi biar kena dengan fakta. Sebab zaman sekarang ni banyak fakta akan jadi auta. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri yang suka habiskan waktu dekat area-area menunggu macam tren LRT, etc..orang sumer bercakap benda yang sama dan mulalah masing-masing start jadi CSI (Crime Scene Investigation). Siap boleh citer dari awal sampai pasal MH17 ni dan disertakan sekali dengan teori konspirasinya. Masalahnya kalau teori tu boleh diterima pakai takpela jugak, ini diblamekan kerajaan, tak pasal-pasal Pak Najib pun terkena tempiasnya jugak. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab dah memang diorang ni sembang kuat nak mampus. Satu stesen LRT boleh dengar kot.
Nak buat macam mana, kita ni memang dah terbiasa dengan sembang kedai kopi takpun politik kedai kopi. Cakap berdegak-degak tapi takde apa - apa tindakan. Cakap ikut sedap mulut tapi memang apa yang dicakapnya takde point. So, its a meaningless conversation. Nak cakap ke nak argue ke boleh, takde apa masalah pun sebenarnya. Cuma biarlah arguement tu masuk akal dan tidak emosi.
MAS dah bagaikan jatuh ditimpa tangga. Belum kes MH370 selesai, kes MH17 pulak jadi tumpuan.
Ni belum citer lagi pasal askar Sulu nak serang balas tawan Sabah. Banyak betul dugaan bulan puasa ni kan?
P/S: Sumber gambar google
No comments:
Post a Comment