Aku suka giler layan Running Man. Boleh kata every week memang aku dan husband bersengkang mata semata-mata nak tengok telatah 7 ahli Running Man ni di samping artis-artis jemputan yang diorang invite. Serious kelakar giler. Diorang ni serius takde nak cover macho ke..cover ayu sangat ke apa. Semua jadi diri sendiri jer. Lawak tengok Jong Kook, Kwang So, Jae Suk, Gary, Seok Jin, Haha dan Ji Hyo . Lawak yang sangat spontan dengan artis jemputan yang tersangatlah sporting giler, memang cool habis. Pastu gelak macam langsuir malam-malam buta. Siap ayah mertua aku istighfar ingatkan ada hantu malam-malam. Part tu bila mak mertua aku bagitau kat husband aku, memang tak boleh belah. Aku ni kalau gelak tak ingat dunia gamaknya. Hahahha...
Bukan setakat layan Running Man, segala drama dan lagu K-Pop pun aku layan gak. Kenapa? Entah? Paham sangatkah part diorang nyanyi segala bagai tu? Tak jugak. Tapi..entah..kira rasa cam leh masuk la dengan K-pop wave nih...
Mungkin apa yang aku cakap ni tidak hanya berlaku kat aku jer, aku taklah hardcore sangat minat K-pop, sekadar hiburan yang memang aku minat. Tu jer...Takde lah pulak sampai segala bagai sticker, key chain, Uchiha artis K-pop yang diminati nak dikumpul. Not to that extreme lagi la setakat ni.
Kat bawah ni aku senaraikan beberapa possibilities..ataupun sebab kenapa orang kita layan sangat dengan Korean Wave ni..
1- Sebab artis diorang memang hensem. Dan cantik-cantik. Tengok Running Man, mesti nak tengok Ji Hyo. Mulus giler kulit minah sorang ni. Geram je tengok. Dari segi fizikal, memang comel-comel belaka. Tapi, bukan semua cantik asli. Rata2 artis K-pop ni suka buat plastic surgery. Tu yang muka perfect semacam tuh.
2-Artis K-pop kalau yang lelaki mesti tinggi lampai, gentleman giler. Pastu dalam drama pun..sweet habis. Hahahha. Contoh, drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk punya karekter memang aku like sangat. Gila-gila tapi bila bab bedah orang..pergh, cool bebeh.
3- Jalan cerita yang memang boleh dilayan walaupun kita sedar sometimes plot yang dibawa tu tak masuk akal pun. Contoh, drama My love from the Star, ada pulak alien hensem suka kat manusia. Tapi, layan je.Dah nama pun drama.Hahaha.
4- Lagu-lagu K-pop yang catchy dan ada identiti tersendiri. Plus, tarian yang memang modern dan nampak cool. Macam lagu BEAST, On Rainy Days..aku boleh dengar lagu ni ulang2 banyak kali tak bosan. Heh.
5-Artis K-pop sangat menghargai peminat. That's why bila diorang buat konsert, diorang akan entertain sehabis mungkin atas dasar menghargai peminat yang datang ke konsert diorang,
Nak cakap apalagi ek? Hmm..ni antara some of the point yang aku nampak la. Tak tau nak tulis apa lagi..
Till then peeps.
p/s: Sumber gambar dan link sources kredit dari Google.
No comments:
Post a Comment