Hola...
Katakanlah satu hari ni korang tengah relax2 enjoy lunch sambil lepak dengan kawan2 mahupun family atau husband dan wife masing2 makan2.. tetiba ada la hamba Allah ni datang dgn penuh budi bahasa...
Bagi salam dulu
"Kak ..abang mintak maaf menganggu..saya ada jual satu produk yang bla..bla..bla..
Tak pun
"Kak..abang..sorry ganggu time abang tengah makan ni...saya dari rumah anak yatim bla..bla..harap boleh menderma dengan ikhlas...bla..bla...
Hmm...Pfft. Tak terkata hendaknya.
First of all, time makan adalah time ataupun masa untuk kita berehat dari segala kerja yang kita tengah buat ataupun bakal buat. Pada aku la..bukan benar2 masa yang sesuai untuk meminta derma atau menjual barang2 dan sebagainya. Aku tau zaman sekarang ni memang ramai yang buat idea yang unik dan kreatif dalam berniaga tapi agak -agak la. Takkan time tengah makan pun korang nak masuk line gak??.
Seriously..benda ni selalu terjadi kat aku masa time lunch. Orang mintak jual barang bukan2. Bukannya kita perlu sangat pun barang tu tapi salesman kalau nak masuk line bukan main lagi ayat2 pengayat dia. Nak lagi best, siap dia berdiri sebelah kita macam tak nak blah kalau tak beli barangan dia..so, kalau orang tu macam tak selesa nak tak nak terpaksa beli jugak la..barangnyer pun bukan murah..ada yang lagi mahal dari pasar malam. Contoh..apek jual DVD cetak rompak..siap duduk depan kita suh belek2 citer2 baru yang telah dirompaknya...aku still prefer enjoy tgk wayang ..takpun tgk kat astro first sudeh...
Tu baru satu contoh, contoh yang lagi satu ni..ini hanya pendapat aku je la..ada yang gunakan unsur agama untuk tarik pembeli. Nak jual barang boleh...tapi kalau dah menyalahgunakan agama untuk sesuatu kepentingan tu..memang aku tak bagi muka la. Ada satu hari ni ada sorang salesman ni panggil aku non-muslim hanya disebabkan aku tak jawab salam!! Macam mana aku nak dgr dia bagi salam sedangkan telinga aku bersumbat earphone?? Pastu..bagi pandangan yang sangat sinis pulak tu.. Terasa den.. huhuhu...tapi tak kisah...bab2 double standard ni memang aku dah biasa dah hoh! Heh.
Tu baru bab salesman jalanan, belum bab orang mintak derma lagi...orang zaman sekarang ni mintak derma memang kreatif. Cakap dengan berbudi bahasa, tunjuk license mintak derma apa sumer..entah betul entah tidak tak tau la..tapi, bila orang mintak derma kat aku ussually aku akan just ignore sahaja. Esok aku tgk muka orang yang sama jugak mintak derma. Yang kesian kengkadang, pelancong..kena tipu hidup2 wei.
Lagi satu, kalau korang selalu jalan kat KL Sentral, ada a few ways diorang nak kenakan ko atas nama belas kasihan. Yang ni memang jadi kat aku. Atas dasar nama nak tolong menolong orang yang kurang upaya ni...aku tertolong seorang mak cik tua keturunan India sorang ni sebab dia ni cacat penglihatan (buta) asyik terpekik2 mintak tolong nak pergi LRT. Aku pelik apasal semua orang tak nak tolong, last2 aku tolong la jugak..Hah...time tu la...pancing dah mengena..
" Miss , you are so kind, thank you for helping me". kata mak cik tu.
"No worries, I was on my way to take LRT as well". Balas aku.
Then...dalam dia dok berbual2 tu, tetiba dia keluarkan satu paket kecil warna pink mengandungi minuman ala2 Milo la kiranya.
" Miss, you can help me by buying this nice drink, it's only RM1" mak cik tu berkata lagi.
" Urm...It's ok.. I do not need that. Thanks!" Balas aku pulak.
Tapi, dia punya memaksa nak suruh aku beli tu..memang menjengkelkan. Seriously, dan aku suspect dia sengaja taknak bayar tambang tren LRT dia. Aku plak time tu memang rasa macam dah malas nak layan mak cik tu lagi so aku tanya dia nak pegi mana, dia cakap nak pegi Asia Jaya, so aku pun bayarkan je la tambang dan aku cepat2 blah dari situ lepas aku hantar dia naik ke platform yang sepatutnya.
Another similar tactics same like this:
Ada sorang pak cik tua berketurunan cina ni pulak, dia pun cacat penglihatan jugak, pun gunakan cara yang sama. Bezanya, dia takkan jual apa2, dia akan terus direct cakap macam ni;
"Miss can you give me some money? I dont have money to buy food". Pak cik tu berkata.
Kebetulan pulak kes mak cik berketurunan India tu baru je lagi kena kat aku, tak dinafikan time tu memang aku bengang sikit la..Terus aku sound pak cik tu..
" Uncle, do you always did this to everyone who help you?" Aku balas. Nada aku time ni boleh kata tegas la jugak.
Uncle tu terdiam.. belum sempat aku nak hantar dia kat LRT dia kata takpe. Then, oklah fine.
See, macam macam taktik sekarang ni. Point aku bukan nak memburukkan mana2 pihak tapi benda ni nampak remeh tapi sebenarnya boleh buat ramai orang kurang selesa.
Nak jual barang...boleh, tapi biarlah kena pada tempatnya. In fact orang zaman sekarang ni tau je mana nak carik barang2 tu semua in case kalau diorang betul2 perlukan barang2 macam ni.
Nak mintak derma boleh, tapi biarlah dengan betul dan bukan mengambil kesempatan ke atas sesiapa. Banyak saluran untuk menderma dengan betul, contoh sebagai orang Islam, kita digalakkan membuat bayaran Zakat. Itu lebih baik. Kat masjid pun boleh. Tapi, mintak derma kat restoran mahupun mana2 kedai makan ....ish..sendiri mau ingat la...
Till then peeps.
p/s: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar google.
No comments:
Post a Comment