Nuffnang Ads

Tuesday, 18 February 2014

Think: 9 Perkara yang diamalkan Yahudi yang patut kita renung renungkan..

Ok, Aku terbaca satu artikel ni dari blog ini. Artikel yang cukup menarik dan memang patut utk kita fikir fikirkan..As ussual, my point matters..Aku cuma akan ulas mengikut pendapat aku je la..:




1- Orang YAHUDI tidak merokok:

Seriously. Memang bangsa Yahudi tidak merokok, tapi diorang ni lah tauke2 kilang rokok yang terbesar di dunia. Sebab, Mahal. Satu kotak rokok di jual dgn harga USD12. Cuba ko buat foreign exchange jap.. Mahu dekat RM30 sekotak? So, kalau RM30 sekotak sapa nak beli? Kau mau kah?

Sebab diorang ni (Yahudi) tau yang merokok ni memang tak mendatangkan apa2 faedah, maka pasaran rokok tu dialihkan ke negara2 lain.Especially, Muslim countries. Nice move dude!. Sebab Orang Yahudi pandaila maka diorang ni tak merokok apa sumer, tapi, orang Islam kita (Dalam konteks ni, Orang Melayu), dok pi bangga,"wei aku merokok wei" Tak rock la kalau tak isap rokok". Pastu, pi buli budak yang tak isap rokok. Ceh. Apakah kebodohan ini? Ramai yang simpan duit nak beli stok rokok, tapi tak nak simpan duit menabung atau pelaburan contohnya. WTF?

2-Bahaya Vaksin dan Ubat Moden:

Seriously. Orang Yahudi jugak bijak pandai dalam buat2 ubat apa sumer ni. Tapi, diorang tak berubat pakai ubat moden mahupun vaksin maksin sumer nih, sebab diorang tau ubat2 moden ni banyak chemical yang membahayakan kesihatan. Diorang pakai natural medicine jer. Contoh, Habbatus Sauda. Tengok, punyalah ironi dan kita orang Islam tak malu ke? Orang Yahudi praktikkan sunnah Rasullah (SAW) dalam kehidupan sehari2. Tapi, yang kita dok berkejar nak makan pil bagai. Apa kes?

3-Hubungan Ibu dan Bayi dalam Kandungan:

Yang ni pulak terbaik. Saat wanita Yahudi mengandung, mereka akan mendengar suami membaca, menyanyi dan menyelesaikan masalah matematik. Supaya anak yang bakal dilahirkan bijak dan pintar. Pergh. Respek. Yang ni aku tak nk komen banyak. Pandai2 la nak pikir.

4-Mengganti Kafein  Berbahaya:

Orang Yahudi tahu akan bahaya kafein. Mcdonalds di Israel menggantikan kafein dengan teh yang mengandungi polyphenols. Polyphenols adalah antioksidan yang berupaya memperbaiki sel2 rosak dan mencegah kanser.Kita plak? Masih lagi terpedaya dan diperdayakan kafein. Termasuk aku. hahahaha.

5-Makan Buah sebagai pembuka selera:

Di Israel mereka mengamalkan makan buah sebagai makanan pembuka terlebih dahulu sebelum makanan utama. Mereka berpendapat sekiranya makan makanan utama seperti nasi atau roti boleh menyebabkan mengantuk, malas dan lemah. Kombinasi yang tidak produktif untuk bekerja dan belajar. Kita pulak, buah untuk desert. Tapi, pada aku la..kalau makan nasi byk memang mengantuk. So, kena pandai2 la agak. Nak makan nasi dan roti tu boleh, tapi, bersederhana.

6-Penggalian Masjid Al-Aqsa & Qubah Shahkrah

Israel menggali lubang bawah tanah sejak 50 tahun dahulu. Ini kerana Israel menginginkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shahkrah runtuh dengan sendirinya. I say....go digging your own grave!

7-Penipuan Fakta Sejarah Israel:

Israel memanipulasikan fakta dengan mengatakan negara2 Arab menyerang mereka terlebih dahulu, pada perang 1967, tapi sebenarnya diorang yang menyerang negara Arab terlebih dahulu dan merebut Kota Al-Quds dan Tebing Barat. reason? Demi mempertahankan diri. say whaaat??

8-Umat Islam dan Kristian Bersatu:

Tahukah anda umat Islam dan Kristian di Palestin bersatu menentang penjajahan Zionis? Sebab ini jugalah, orang Yahudi berbulu dan cuba nak memusnahkan kesatuan yang ada. Biasalah..nak cover line..

9-Wajib Militer:

Pelajar Israel wajib mengikuti latihan ketenteraan dan dilatih taktik peperangan seperti menembak dan memanah seawal 8 tahun. Pergh. Mantap! I say, we should at least implement this! Prepare for the worst!

Entry aku kali ni bukanlah nak mengagungkan bangsa Yahudi ni ke..apa ke..cuma, you know..ada benda yang Yahudi ni buat boleh kita jadikan contoh untuk diserap dan cuba dibuat untuk menjadi lebih baik dan bijak dari sekarang..who knows right?

chow..

p/s: Sumber gambar google.Pendapat hanya pendapat peribadi penulis semata2.




No comments:

Post a Comment