Nuffnang Ads

Monday, 24 February 2014

Tips: Adakah Blog Anda Blog Yang Baik?

Seriously? I don't think my blog is good enough *-__-* . I think? I guess? Kau rasa?

Ok, entahlah, ni pendapat aku je la..Iyer aku tau blog aku ni *Zero* follower, tak market pun sebenarnya tapi bila tgk posting, not bad la..at least aku tau ada orang jugak yang termasuk dan terbaca blog kecik aku ni hah...nak dibandingkan aku dengan orang yang dah lama blogging, memang jauh beza. Hehehehe. Aku lebih suka blog walking dari dok promote blog sendiri..Kalau dah pemalas tu, memang pemalas jugak la.*duh*. Tapi, kebelakangan ni traffic aku kira agak cepat gak naik even tak mencapai beribu2 views tu tak kisahlah, it's fine. So, happy la sket. *blush*.



Ok, aku terbaca artikel ni kat blog sini. Tapi, aku bukan nak copy paste, just nak share dan cuba nak buat comparison blog aku ni ok ke ko. *Ahaks* Ada ala2 masuk bakul angkat sendiri tak? :

1- Berinformasi:

Kalau korang nak tau blog korang OK ke KO? blog korang kenalah mempunyai isi kandungan berunsur maklumat ataupun pengetahuan am. Contohnya, berkongsi masalah, menyelesaikan masalah tak pun share information dengan readers.

Hmm..yang ni..aku pass kot rasanya. Ada jugaklah informasi even tak seberapa seperti review filem, produk , pengetahuan Am dan juga personal opinion. Heh.

2-Tak Banyak berbual:

As the above subject. Straight goes to the point. Ini penting. Sebab maybe some blogs bila contohnya letak video. Video kahwin la contohnya. Pastu mesti ramai yang puji memuji mula lah dah ke laut. Pastu orang baca pun naik serabut jugak! Adeh. So, blog ditinggalkan begitu sahaja. Kan rugi!

Since aku takde sesapa pun nak diajak berbual..blog kera sumbang, maka part ni bukanlah utk aku. Lagi satu, maleh nak upload video. Lambat. Loading nanti lagi slow macam siput.

3-Dekorasi yang sesuai:

Pernah tak masuk blog yang serabut? bukak2 keluar lagu entah apa2. Konon feeling bagus la tu. EMO lagi adalah. Pastu dengan segala bunga, salji jatuh masa nak baca blog, ada riben sana sini, gambar bertepek tak bertempat..aku kalau nampak blog mcm ni, conform maleh nak baca tak pun tutup terus.

Sebenarnya, tak kisah la korang nak decorate macam mana pun blog korang, hak korang, tapi perlu diingatkan readers masuk blog nak membaca bukan bagi impression "blog lawa tapi slow dan info kureng".

Simplicity is the best module. Apply on it.

Blog, aku decoration, macam takde, except ads Nuffnang kat atas tu jer. Strictly used Blogger template only. Hmm..pass kot.

4-Followers:

Yang ni bab yang paling menyedihkan buat aku "Zero". Telur Ayam.

Bukan taknak ada followers tapi segan wei nak add korang yang market nih. Boleh add kita tak? "cedey".
Aku ni..pemalu orang nyer. Sobsobsob.

Even followers memainkan peranan jugak andai korang nak traffic yang bagus, itu tidak semestinya. Kalau page views ko dah beribu tahap gaban ko masih lagi boleh berbangga dengan blog sendiri. Sebab, bukan semua followers akan baca blog ko, unless ko adalah blogger popular cam Hanis Zalikha, tak pun Mr K.


Yang ni,,,korang leh condemn aku banyak2. Aku redha. *cedey*.

5-Bersopan:

Pernah tak masuk certain blog dan sumer perkataannya adalah always about me?. Well, even aku pun masa memula buat blog banyak meluahkan perasaan dalam blog sendiri, which bila aku baca balik, "wei apasal aku punya entry ni b**** semacam jer? Rasa menyampah kat blog sendiri pun ada jugak kan?

So, rasanya, kalau ada benda yang nak dimaki tu, cuba kontrol emosi dan jangan buat online. Yelah, dah asyik maki hamun conform segala perkataan tak baik pun keluar sekali. Even memang korang nak meletup skalipun cuba channel benda tu kat something yang lebih privacy. Macam aku, aku simpan satu work document utk aku luahkan segala yang aku tak suka. Ko nak maki hamun macam mana sekalipun, suka atilah janji  lepaskan perasaan marah..But make sure, no one knows. It's private.

Yang ni..dulu aku buat..sekarang dah insaf sikit2. *Ye ke?*

6-Gambar Menarik:

Aku suka letak gambar tapi ussually gambar yang aku letak tidaklah menarik mana pun. Kebanyakannya courtesy dari en.google jer. Sebab, aku lebih kepada penulisan dari gambar. Tapi, moving forward aku akan cuba untuk letak gambar yang lebih menarik. Insya Allah..Maksud aku menarik tu, tak semestinya korang kena letak gambar seksi ke hapo ek. Bahaya. Kang tak pasal2 kena mark.

7-Cara penulisan:

Kalau korang baca penulisan blog2 otai macam Mr K, Ariff Shah, Pak Di (Lebih kepada investment), Hanis Zalika dan sebagainya, diorang ada personaliti dan identiti tersendiri. That's why ramai orang suka baca entry diorang. Termasuk aku.

So, moral of the story, be original. be yourself. Setiap manusia ada karekter dia. Find and utilize it. If you do have a blog.

Aku? tulis blog dengan etika, hentam sajalah labu. Heh.

8-Buat Research/revision:

Jika ada entry post kita yang berunsurkan fakta, rajin2 lah buat research dan revision. Walk blogging, google, sumer tu membantu menyokong entry kita sendiri. Kalau main hentam je letak, nampak sangat korang ni blogger wannabe, followers nak banyak tapi entry, apa daa..dan readers akan tau korang tak serius dengan post sendiri.

Let's say korang interested nak buat opinion gak tentang entry yang blogger lain dah cover, make it like your own article dan pikir dari pemahaman korang sendiri. so orang tau ko refer dari satu artikel dan di terjemahkan dalam pemahaman ko sendiri.

9-Mesra Alam:

Mesra ALam? Adakah aku mesra alam juga? macam tak. Ahahaha. Maksud mesra alam di sini adalah komunikasi dua hala, jangan syok sendiri. Kalau yang takde follower macam aku ni ha..imagine korang cuba nak bagitau something kat someone. At least the readers know you are writing for them. Takde feedback pun, buat2 je macam ada. Hihihihi..

P/S: Sumber artikel dari blog ini.

Gambar dari google.


No comments:

Post a Comment