Nuffnang Ads

Thursday, 27 February 2014

Review Produk : Naturactor Cover Face

Hai..hai..buat apa tu? Tengah makan? minum Cocoa collagen? Kalau dah makan baguslah, kalau belum..sila makan sekarang k..*poyo je minah ni*. -_-

Ok, semalam parcel yang aku order dari  Naturactor Collections , Naturactor Cover Series selamat sampai kat ofis aku semalam. Hehehehe...yeyeyeyeyeye...suke..suke.. :) . Actually sekarang ni aku mencari satu produk untuk light makeup yang power dan rasanya macam dah berjaya kot. Sebab Naturactor Cover Face ni memang terbaik!  Before aku order benda ni, aku pakai BB cream Elite Models, Tapi, mungkin sebab tak compatible dengan kulit maka muka aku mulalah tunjuk tak suke dengan produk tu. Gatal2 merah2 tu memang biasa...biasa ni...nakal ni kulit aku ni *duh*..tapi takpe sebab aku tau BB cream tu tak sesuai buat aku.

Dan Alhamdulilah, jumpa produk ni..dan aku beli dari akak Zunita dari blog diatas yang memang friendly dan service dia memang tiptop! Thank you! Sangat berpuas hati dengan produk Naturactor ni.




Naturactor Cover Face ini adalah produk Meiko, dari Jepun yang memang tip top! Very the top Quality dan Murah! Dan paling best, natural ingredients is the heroin! Yeay! Antara kandungan dalam Naturactor Cover Face ni adalah Jojoba Oil (Minyak Jojoba) dan...Rice! Iyer,, aku tau. Beras...ala beras yang kita suka makan sampai gemuk tuh! Heh.

Kenapa korang patut beli Naturactor Cover Face:

1-Minyak Jojoba yang bertindak sebagai pelembap. Membantu menghidratkan kulit,  menjadikan kulit lembut dan cantik berseri.

2-Menyerap minyak berlebihan, since ianya rice based powder. Menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, so bebas radang dan jerawat.

3-Terkenal sebagai "Moist Powder Foundation" , bertindak sebagai bedak asas dan pelembap. Juga boleh dijadikan sebagai foundation.

4- Suka pakai Sun Block? Jangan risau kerana Naturactor Cover Face juga bertindak sebagai sun block bagi melindungi kulit dari sinar UV.

5-Tekstur yang ringan, tidak melekit dan tidak bertompok2 apabila dipakai.


Aku tak tau la kalau ada orang lain yang pernah beli benda ni tau yang Cover Face ni ada dua jenis. Satu dari Jepun dan satu lagi made in China!  Sebab, kalau yang made in China version, range tone color dia ada banyak. Tapi, kalau beli packaging dari Jepun, hanya ada 5 tone warna je.  Aku beli yang made in Japan punya. * Tak main la barang2 China ni*. Tapi, jangan risau, even kalau korang ada yang dah terbeli yang made in China punya pun tak ada masalah. Sebab company yang buat tetap sama.

5 tone color dari Naturactor Cover Face made in Japan, Tone 130, 140, 141 & 151. Aku beli tona color 141. Tone 141 untuk Fair skin. Nak tau tone mana yang sesuai korang boleh masuk blog yang aku dah linkkan tu.




Disebabkan Naturactor ni memang hot item, the next "in" thing in the market, maka mulalah, aktiviti mengklon produk beramai2 berlaku. Seriously aku tak paham dengan leeches (lintah) macam ni. Tau nak cari untung tanpa memikirkan keselamatan pengguna!. So, kalau nak tau benda tu ori ke tidak, belakang bekas bulat Naturactor ada macam kod, seperti gambar di atas. Yang kod ni hanya utk packaging dari Jepun. Kalau dari China, mesti ada hologram. Nak tau hologram asli, try google kat website Meiko China.

Aku dah try produk ni. Dan, aku sangat berpuas hati sebab muka aku takde apa2 iritasi, muka lepas pakai macam tak pakai make up tapi flawless. Rasa macam tak pakai make up pun ada. Husband aku pun cakap macam tak pakai makeup! Nampak natural wei..dan paling best..yeyeyeye..muka aku tak nmpk berkilat sgt. so aku tau, Cover Face ni long lasting! itu yang paling penting.

Harga sekotak Cover Face ni RM41, sebab aku beli dengan kak Zurita yang memang jadi agent produk ni. The best thing why I bought from her because she bought directly from Meiko booth di Jepun. So, produk original dijamin! Nak tau lebih lanjut pasal Cover Face ni, boleh cari kat blog Kak Zurita yang aku linkkan kat atas!


Nanti aku tepek gambar aku pakai benda alah ni...till then peeps!

Chow.

p/s: Gambar dari handphone Nokia Lumia 520 aku.Heh.

No comments:

Post a Comment