Nuffnang Ads

Monday, 6 January 2014

Review Movie: Rumah Sewa RM50 yang sucks!!

Hai..hai..Buat per? Tito? makan? Aku rasa everytime aku buat entry mesti tanya soalan yang sama kan? Hahhaha. Sorry kalau korang sumer boring..



Anyway, dah lama tak buat review filem even banyak gak filem sepanjang tahun 2013 yang aku tengok. Antaranya Carrie..KL Gangster 2, The Hunger Games - Catching Fire, The Hobbit - Desolation of Smaug, PAKU dan yang paling latest..Rumah Sewa RM50.

Dalam banyak2 filem yang aku tengok ni..sumernya aku taknak komplen ke, review ke apa ke sebab memang orang kata berbaloi la spend duit dan tengok movie ni. Tapi, malam sabtu lepas memang aku sangat frust dan rasa cukup menjengkelkan bila aku dan husband aku tengok movie "Rumah Sewa RM50". 

Aku ni bukannya suka sangat tengok citer hantu ke apa ke..sebab aku ni penakut tapi seriously dan first of all..movie ni cukup memalukan dan what a disgrace I tell you!!. Aku cakap memalukan sebab efek murahan dan cerita pun tak paham apa yang nak diceritakan dan "disgrace" adalah disebabkan nama jer rumah sewa RM50 berdasarkan cerita rumah hantu yang cukup popular kat Shah Alam, Seksyen 2 tuh tapi..bila tengok..tersangatla lari dari tajuk!

Dengan barisan pelakon yang entah apa2..skrip yang cukup lemah..suka ulang-ulang dialog yang sama..sikit2 hantu nak interframe lebih..siap ada undangan istimewa"Hantu Kak Limah" Dey..ada aku kisah ko panggil hantu kak limah sekalipun? Semua ni memang menjadikan movie Rumah Sewa RM50 ini sebuah movie membazir duit aku jer tengok kat wayang! Nak mengutuk lagi ada la!

The reason kenapa aku macam bengang betul dengan movie ni sebab aku dah tengok yang version drama, "Banglo Seksyen 2" awal bulan Disember tahun lepas dan story dalam drama tu memang sangat memberi impak ngeri dan takut pada penonton. In fact aku pun memang follow citer tu dan kira  Dan aku paham apa yang diceritakan. Semua aktor/Aktress yang  berlakon dalam drama tu memang tip top dari segi lakonan dan tidak kaku. Apa yang diceritakan dalam drama tu sebijik macam apa yang kita baca dalam internet masa time cerita Banglo tu tgh hot. So..memang aku tabik giler kat pengarah drama tu. That's why nak try cuba tengok versi movie plak. Tapi, bila tengok..apa la ke lahanatnyer diubah cerite ni dah jadi macam Zoo hantu2 pulak aku tengok. Kejap hantu bawah katil muncul..kejap hantu kat luar..kejap hantu kak limah mengilai macam orang bodoh..pulezzlah!

Walau apa pun view yang cuba disampaikan oleh pengarah M.Jamil untuk cerita ni..tolonglah jangan dirojak ataupun dimomokkan cerita ni! Habis hilang takut dan originaliti. Agak2 katakanlah kalau ni memang adalah kisah benar pernah berlaku apalah perasan budak2 yang pernah tinggal/menyewa kat Banglo Seksyen 2 ek? apa agaknya reaksi diorg? I dunno. In fact, kalau ye pun nak cut cost..cari la pelakon yang semenggah sikit bole? Sakit mata wei tengok!

Despite all that..part yang aku rasa paling lawak bila sorang kawan diorg berbangsa India bertubuh gempal kena rasuk. Jadi lah ChandraMukhi  ketuk2 tumit kaki pakai gelang...HAHAHAHAHAHAHA. Part ni satu wayang kot gelak macam orang giler..siap si M.Jamil ni speaking Tamil lagi..Kahkahkaha...sengal!

Aku rasa dari dia (Pengarah) nak buat movie Rumah Sewa RM50 baik dia tukar tajuk jadi "Semalam di Zoo Berhantu".. lagi sesuai kot.

Chow.

p/s: Gambar sumber Google.


No comments:

Post a Comment